The Cabin In The Woods bukan filem horror thriller yang biasa, filem ni sangat unik & sure style. Penceritaannya lain dari yang lain, tidak tipikal seperti movie horror atau thriller yang sebelum-sebelum ni. Kelainan plot filem ni membuatkan ia adalah antara BEST movie tahun 2012. Seriously syok!
Lima pelajar kolej - Dana (
Kristen Connolly), Curt (
Chris Hemsworth), Jules (
Anna Hutchison), Marty (
Fran Kranz), & Holden (
Jesse Williams), bercuti ke satu kawasan hutan, dan diorang stay dalam satu kabin yang misteri. Percutian diorang diperhatikan oleh satu fasiliti industri melalui hidden cameras, yang diketuai oleh Sitterson (
Richard Jenkins) & Hadley (
Bradley Whitford). Fasiliti ni sebenarnya merancang untuk membunuh kesemua pelajar tersebut satu-persatu, atas tujuan ritual. Upacara ritual moden ni dilakukan di kebanyakan negara dunia, dan lima pelajar tu tak bernasib baik sebab terpilih menjadi antara sasaran korban.
Dengan kecanggihan teknologi, fasiliti ni mampu mengawal persekitaran hutan itu termasuklah membebaskan dadah ke dalam udara semata-mata untuk memanipulasi pemikiran pelajar-pelajar tersebut. Malah fasiliti itu juga mampu membebaskan benda lebih teruk dan di situlah bermulanya adegan yang mampu menggugurkan jantung anda.
Kalau nak tahu apa 'benda' yang dibebaskan & betapa terancamnya kelima pelajar tersebut dek kawalan fasiliti yang kejam tu, korang kena tonton sendiri. Kalau aku cerita lebih, jadi tak saspen nanti sebab kekuatan filem ni adalah plot penceritaannya yang di luar jangkaan. Penonton takkan terduga dengan flow cerita, sehingga ada satu scene tu, mati-mati kitorang ingatkan cerita dah nak abis, tapi tak sangka rupanya panjang lagi & makin mendebarkan.
Kenapa aku cakap filem ni unik? Sebab 'macam-macam ada' dalam cerita ni. Walaupun genre utama adalah horror thriller, tapi genre humor, science fiction, & fantasy pun ada dimasukkan.
Mula-mula tu ada 2 part yang sangat kontra (seram & jenaka) silih berganti. First, unsur seram & mencemaskan di dalam adegan yang melibatkan kelima pelajar tu, iaitu bagaimana diorang menyelamatkan diri daripada ancaman-ancaman pelik di dalam kabin & hutan tersebut.
Second, unsur-unsur humor diselitkan dalam adegan kat fasiliti, iaitu bagaimana staf-staf fasiliti mengawal persekitaran hutan tersebut. Perangai & reaksi staf-staf fasiliti tu cukup menggelikan hati. Senang cakap, kekejaman dijenakakan.
Jadi perasaan kita yang menonton pun bersilih ganti, bila masuk adegan pelajar-pelajar tu, rasa seram tu datang, then bila masuk adegan dalam fasiliti, rasa seram bertukar kepada kelakar.
Masa adegan pertama start, iaitu lepas advertisement semua, aku keliru sebab apasal scene awal-awal tu macam cerita kelakar. Aku siap tanya member sebelah lagi, "Kita ni tak salah masuk panggung ker?" Haha~
Bagi aku, filem ni membawa cerita horror atau thriller ke satu dimensi yang baru, tidak tipikal seperti kebanyakan filem lain. Plot penceritaan yang unik tu memang berjaya memantapkan filem ni. Aku bagi score 8.5/10 untuk The Cabin In The Woods.