Saturday, April 7, 2012

Sem 3 - Pawagam Mini UMS



Dulu masa study, semua student wajib ambil kursus Asas Pembudayaan Keusahawanan (APK), tak kisah nanti nak jadi usahawan-kah, saintis-kah, ahli politik-kah, penyanyi-kah, nak mengelilingi dunia-kah (eh tiba-tiba~), nak kahwin dengan datuk-kah (uish, tetiba pulak~), semua kena ambil subjek tu & belajar asas-asas keusahawanan.

Setiap student kena berniaga atau buat aktiviti yang melibatkan keusahawanan secara berkumpulan. Kitorang sepakat untuk buat perniagaan tayangan filem, dinamakan Pawagam Mini. Mula-mula nak bekerjasama dengan syarikat panggung luar, konon-konon nak buat grand-lah, tapi buat punya buat, fikir punya fikir, tu hanya menyusahkan kitorang. Pensyarah pun tak setuju, buat macam biasa sudah~ 

Kitorang beli 6 DVD dan jual tiket tayangan kepada student. Ingat nak tayangkan movie yang dah download, yang latest tapi tak berani owh~ Ni nak buat projek keusahawanan, tak boleh buat secara lanun, takut keuntungan tak berkat & kalau orang tertentu dapat tahu, habis kitorang. 

Jadi, kitorang berusaha meminta kebenaran FINAS untuk benarkan kitorang buat tayangan 6 filem tersebut. Syukur, akhirnya FINAS benarkan dengan syarat filem yang akan ditayangkan adalah seperti dalam senarai permohonan & tayangan hanya untuk student dalaman sahaja, tidak boleh orang luar. 

Ini adalah DVD yang kami beli, semua original yer~ Hehe~

Jual tiket memang payah, yela student boleh download movie sendiri kalau nak & filem-filem kitorang pun tak latest sangat. Kitorang kenakan harga murah je, RM2 per tiket. Nasib baik, atas usaha, berjayalah juga jual melebihi kos 'pembuatan'. Means, dapat untunglah, tak rugi. Lagipun, setiap kitorang just pay RM10 for this. Tak banyak bajet, just beli DVD, printing poster & tiket. 

Inilah poster kitorang untuk tujuan promosi

Tayangan buat selama 2 hari, 3 filem sehari. Thanks to Sekolah Pengajian Seni yang sudi meminjamkan bilik tayangan. Kitorang variasikan sikit filem tayangan, ada filem Malaysia, Hollywood, Thailand, Korea & Spanish. Ada genre horror, comedy, fantasy & war. Semua best. hehe~

Kaunter tiket. Takde koyak-koyak tiket, main gunting je. Haha~
Pelakon-pelakon filem, eh silap, ni adalah group aku, 10 orang semuanya
FIlem Histeria lakonan Liyana Jasmay

Filem yang paling mendapat sambutan adalah cerita horror, iaitu Histeria (Malaysia) & Coming Soon (Thailand). Kedua-dua cerita ni boleh tahan seramnya terutama Coming Soon. Jalan cerita pun best gak. 

Masa tayang movie hantu, aku duduk je dekat belakang, since dah tonton DVD tu awal-awal lagi. Aku banyak perhatikan gelagat penonton terutama bila part seram dan mencemaskan. Kadang tu rasa nak tergelak tengok gelagat diorang yang tengah ketakutan. Kalau panggung sebenar, kita tak boleh tengok gelagat kita dan orang lain, tapi kat situ, dapat perhatikan penonton dengan jelas. So, aku rasa geli hati pula. Ayat ni macam menunjukkan aku jahat, kan? Haha~  

Filem Coming Soon yang seriously menakutkan

Ada satu lagi yang aku tak boleh lupa. Lepas habis tayangan filem Inkheart, kitorang rest 30 minit before cerita Histeria. Time rehat tu, akak-akak & abang cleaner datang masuk bilik tayangan untuk bersih-bersihkan, lepas tu duduk rehat kat situ, bual-bual. Masa filem hampir nak tayang, aku datanglah bagitau yang ni bukan tayangan free, kena bayar RM1 sorang kalau nak stay menonton. Hari tayangan kitorang kurangkan harga 1 tiket ke RM1. Diorang pun setuju bayar RM1, kami ambil je la, masuk jumlah pendapatan. 

Lawaknya bila boss diorang datang masuk cari diorang. Diorang yang sebelum tu bising terus bersembunyi dan senyap. Owh, rupanya diorang curi tulang. Yang berjaya ditemui terus ditarik keluar. Yang tak kedapatan tu terus menonton. Boss tu balik-balik masuk mencari tapi secara senyaplah. Kitorang benarkan dia masuk tapi pandai-pandailah dia cari sendiri, yang penting proses 'explorace'-nya tu tak ganggu tayangan. 

Walaupun ada beberapa orang yang tak berjaya ditemui, kitorang senyap je. Diorang dah bayar, so kitorang kena jaga customer-lah. Hehe~ Tu masalah boss tu sendiri sebab awal-awal tak pandai nak jaga pekerjanya. Yang aku tau, semua yang curi tulang tu kena marah habis-habisan.

Filem 17 Again, cerita yang best, one of my favorite movies
Ni time present kepada pensyarah tentang keseluruhan perniagaan kitorang ni.
Sempat pula bergambar, kan? Apalah~


Apapun, secara keseluruhan, aku sebagai ketua kumpulan berpuas hati dengan apa yang telah kitorang buat untuk menjayakan program ataupun bisnes ni. Orang lain enjoy, kitorang lagi rasa enjoy. Peace!



Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...