Showing posts with label Santai Bersama Teman. Show all posts
Showing posts with label Santai Bersama Teman. Show all posts

Sunday, June 29, 2014

Thanks Top Glove!


Alhamdulillah, peluang bekerja dalam bidang pembuatan (manufacturing) banyak menambah ilmu-ilmu baru kepada aku. Pengalaman bekerja sebagai quality assurance (QA) personnel telah memberi precious value yang bukan senang-senang nak dapat. Syukur atas ilmu yang Allah berikan.

Apa yang best-nya, Top Glove dipenuhi dengan ramai rakan, dan kebanyakannya pun sebaya. Good for us la untuk belajar & menimba ilmu bersama-sama, dimarah bersama, dan menyuarakan ketakpuashatian bersama. Haha~ 

Aku nak panjangkan ucapan terima kasih (kalau ada yang baca) kepada semua boss-boss dan rakan-rakan kerja yang banyak memberi tunjuk ajar, support, nasihat dan teguran. Sangat hargai perkongsian ilmu dan sokongan teguh yang telah diberikan.

Diharap silap dan salah, kata-kata yang terlanjur luah, pukulan dan hentaman samada sengaja atau tak sengaja mohon dimaafkan. Kita semua manusia, kesilapan tu mesti ada, so back to zero-zero ya. Hehe~

Meninggalkan Top Glove bukan keputusan yang suka-suka dibuat tapi di atas sebab beberapa aspek, moving on is the best way for me~ Itulah kehidupan  :)

Terharu dengan farewell 'party' yang diorang ni anjurkan. Thanks for the bowling, makan-makan, and the presents. Hadiah tu sangat berguna kat aku. Yes!



Last Day @TG [23/06/2014]

Thanks banyak-banyak kepada QA team dengan pelbagai peluang diberikan; sempat handle laboratory, in-process control, finished product monitoring & inspection, quality management system, international standards, etc.

Ni antara QA team yang sempat aku bergambar. Yang tak sempat, sorry ye  :)

Previous QA/IPQC team, 2012. Zaman aku junior dulu.


Second, thanks to Factory 24 team atas kerjasama, perkongsian ilmu terutama dalam latex, glove production process, quality issue and control, dan banyak lagilah. Bersama team ni menempuh kesusahan dan itu antara pengalaman berharga bagi aku. By the way, thanks jugak for the makan-makan on 18/06/2014. Makan KFC kat kilang memang style~ Hehe...

F24 team, as at June 2014.

Thanks to my F24 QA team for this watch!
Jam ni menjadi keperluan penting aku sekarang  
:)

Previous F24 team, 2013.


Then, thanks to Factory 19/20 team sebagai first factory aku berkhidmat. Banyak mendapat ilmu dari sini gak, started from zero knowledge of glove process kat kilang ni.

Ni antara member F19/20 yang tinggal, as at June 2014. Yang lain orang baru, tak kenal. Hehe...

Previous F19/20 team, 2012.



Farewell Dinner [23/06/2014]

Member-member QA especially IPQC (In-Process Quality Control) team anjurkan makan-makan kat Polperro Steak House, Seksyen 7 Shah Alam. Sini makan memang best dan berbaloi! Malam tu ramai gak datang meraikan misi 'melarikan diri' aku ni. Ahakz~ Thanks semua for the dinner & hadiah belt tu.  :)


QA bosses & colleagues yang sempoi, ex-IPQCs pun datang, makasih yer... :)

All the best to QA team!

Thanks guys for this belt! Banyak ia berkhidmat kat aku sekarang.



QA Bowling [18/06/2014]

Sebelum aku chow, kitorang bebudak QA sempat buat bowling game kat Setia City Mall. Takde kira menang kalah, main sekadar suka-suka, untuk relakskan minda dan fizikal, di samping merapatkan ukhwah antara rakan sekerja. Chewah, ayat nak karangan SPM sangat. LOL~ Yang penting, kitorang had fun!

Strike, spare, or masuk longkang, itu belakang cerita. Yang penting enjoy!



TG Annual Dinner [13/06/2014]

Satu Top Glove buat farewell kat aku. Sobs...sobs... terharu!
#tetibaperasansendiri

TG annual dinner, biasanya dibuat pada pertengahan tahun. Jadi, sempatlah aku attend dinner ni dengan berbaki seminggu lagi untuk chow.

Tema malam tu Glitz & Glamour Red. Walaupun diri ni tak glamer, buat-buat je la macam glamer. Hehe~ Nasib baik tema simple, kalau tema pelik-pelik dan susah, memang aku attend dengan t-shirt kilang je la. Hoho...

Merah menyala sungguh! Sempat bergambar dengan Tan Sri Lim Wee Chai, TG Chairman.

Kemerahan F24 team & QA team.


Alhamdulillah, sangat bersyukur dengan perjalanan yang aku tempuhi kat Top Glove. Semoga semua rakan berjaya, insyaAllah~ Doakan juga yang terbaik untuk perjalanan aku yang seterusnya. Thanks!  :)



**********
Selamat menyambut bulan Ramadhan kepada semua muslim. Mari bersama meningkatkan amal ibadah kita kepada-Nya. Semoga Ramadhan kita kali ni jauh lebih baik daripada yang sebelumnya. Aamiin~





Sunday, February 2, 2014

Wedding of Afis-Izzah


Assalamualaikum~

Lama aku tak update blog...huhu~ Macam la korang kisah aku update atau tak, kan? Bwahaha~

Since ni adalah first post aku untuk tahun 2014, jadi biarlah aku post pasal kawen. Eh, bukan, bukan aku orang yang bertuah tu, tapi member aku laa. Aku? Hurrmmm......entah bila! :p

Aku watak sampingan je, jadi pengapit kepada pengantin lelaki, who is my friend. Dapatlah share kegembiraan perkahwinan orang kan? Di samping tu, ambik pengalaman sikit tentang majlis nikah dan kahwin. Hehehe...

Okay-lah, tak macam orang pompuan, aku tak reti sangat story panjang-panjang pasal majlis kawen orang. Korang layan la dulu video pre-wedding diorang kat bawah ni:



Alhamdulillah, kedua pasangan selamat diijab kabul pada 31/01/2014, selepas waktu Asar. Sebagai teman, aku tumpang happy kepada Afis & isterinya, Izzah. Semoga ikatan korang berkekalan hingga ke jannah dan sentiasa dimurahkan rezeki oleh-Nya. Aamiinn~


Majlis akad nikah.





Majlis walimatulurus selamat diadakan kat Sangkot Villa, Hulu Langat pada 01.02.2014. Afis dan Izzah sungguh mantap dan meletoopp hari tu! Hehe...secocok korang yer~ By the way villa tu memang lawa la untuk majlis wedding. Nice!


Beautiful Bride & Handsome Groom.
Izzafis + bridesmaids + aku.





Monday, October 22, 2012

BBQ In Da' House!


Assalamualaikum & salam sejahtera

Aku duduk rumah bujang, provided by company. Kekadang hujung minggu tak ada benda mau buat, kalau rajin, masuk kerja ambil OT (kalau rajin ok, biasanya memang tak rajin, sayang owh nak musnahkan hujung minggu). Nak kata study, zaman belajar dah habis. Ceh, macamlah time zaman belajar jer kena study & macamlah time zaman belajar dulu, aku akan study kalau ada masa lapang  :p

Muncullah idea daripada segelintir penghuni yang selalu memikirkan pasal makan, "Jom buat BBQ!". Orang-orang yang arif dalam hal-hal M.A.K.A.N pun mengiyakan, "Ok ok, best gak tu!". Rasanya aku tergolong dalam kumpulan yang arif tu. Haha~

Kitorang buat BBQ dalam rumah je, saja mau buat asap bagi jiran-jiran sebelah (huh, jahat sungguh, makanan tak bagi pulak). Sebenarnya ni planning awal, 1st buat kat rumah dulu, next time buat dekat luar pula. Memang misi utama ni nak buat BBQ round 1 Malaysia, 'Jalan-jalan Buat BBQ'. LOL.

Kawasan depan rumah. Motor & kereta dialihkan untuk memberi laluan kepada pembakaran ayam terbuka. 

Dengan bantuan 4 orang pekerja + 1 tenaga mesin (kipas), terhasillah ayam-ayam yang tak sure-lah dah masak ker belum. Aku jadi cameraman + mandur dalam situasi ini, "Angkat-angkat, ayam dah hangus!". Bukan nak tolong, kan?

Dah siap! Macam-macam ada! Ayam, ikan, udang, sotong dan lain-lagi yang korang boleh lihat dengan mata kasar. Rasa pun macam-macam, manis, masin, masam, pahit, pedas, hangit & hangus, yeah!

Tadi gambar makanan, gambar ni pula menunjukkan si tukang-tukang makan.
Ok, it's time untuk tengok final bola, ATM VS Kelantan.

Nampak cool jer! Bajet candid...  :p

Nampak tak betapa excited + cemasnya diorang tengok bola. Kakaka~

Saja letak gambar ni, nak tunjukkan signboard tu, nampak tak?
"Tolong Jaga Kebersihan Tempat Ini".
Dalam rumah pun kitorang letak tau. Siapa jadi penghuni & tetamu, itulah syaratnya.
Nak cakap kepada tetamu, "Buatlah macam rumah sendiri" memang tak boleh, nanti lain jadinya.
Huh, pessimistic betul terhadap tetamu. Haha~

Tengok bola, tengok gak, tapi makanan kena abiskan!

Happy budak Kelate dengan kemenangan Kelantan, jelas terserlah di wajah diorang.
Anyway, tahniah Kelantan!


p/s: Korang ada cadangan tempat untuk buat BBQ?? :p




Sunday, June 17, 2012

Wayang Free @ GSC



Assalamualaikum & salam sejahtera~

Hari ni aku berpeluang tonton movie free di new GSC at new shopping mall, Setia City Mall. Mall ni dekat je dengan tempat aku, dari hostel, tak sampai 10 minit pun dah sampai. GSC tu pula baru buka minggu ni. So, GSC ni buatlah offer untuk tonton wayang free sampai hari Rabu minggu depan (20/06/12).

Movie lama gak, tak baru sangat, tapi tak kisahlah, free bah, ambil saja tiket, nak tengok atau tidak, terpulang. Kalau print gambar kat bawah ni, korang boleh dapatkan 2 tiket per 1 paper, tapi kena tonton filem hari yang sama dengan hari korang redeem tiket.



Aku dengan housemate aku, Edi tonton 2 filem tadi, Ghost Rider (2D) & Wrath of The Titans (3D). Dua-dua filem kitorang terlepas beberapa minit awal. Disebabkan free, so tak kisah sangat walaupun terlepas dalam 20-30 minit awal camtu 
(padahal, kisah gak sikit. Haha~). 

Aku bawa 4 papers tadi tapi tak larat tengok lebih 2 movie sebab kitorang dua pun dah tertidur-tidur tengok ending the Titans tu (penat sangat karaoke malam semalam sampai rasa tidur tak cukup. Hehe~)

Ghost Rider 2 ni, 1st time aku tonton tadi. Ok-lah, biasa-biasa je filem ni.
Aku bagi 3/5 bintang. Cerita dah lama, aku baru nak bagi bintang.

Ni 2nd time aku tengok, masa mula-mula keluar dulu, aku dah tonton tapi time tu aku tengok 2D & terlepas 30 minit awal filem. Tadi pula, aku tengok 3D & terlepas 20 minit awal filem (ada kemajuan sikit. Haha~). Haiya, aku rasa memang tiada rezeki aku tonton intro Wrath of The Titans ni. Btw, tengok 3D cerita ni best! Filem ni aku bagi 3.5/5 bintang.




Sunday, April 8, 2012

Join Audit @ NTV7



Assalamualaikum & salam sejahtera~

Petang tadi member aku, Ammar Farhan ajak temankan dia pergi Studio 1 NTV7. Dia kena datang untuk audit keputusan pertandingan program Mandarin Battle Star. Ini program pertandingan di antara pelajar sekolah rendah cina, dan tak sangka ada juga sekolah dari Sandakan, daerah tempat tinggal aku. 

Ni kira pengalaman baru bagi aku, tengok orang buat penggambaran dan rakaman program TV. Kerja Ammar ni adalah audit keputusan markah setiap peserta, sebagai bukti tiada penyelewengan keputusan semasa tayangan penuh di televisyen. Kitorang berdua memang tak faham Bahasa Mandarin, so tengok je la rakaman tu. Haha~

Studio 1 NTV7

Pentas program Mandarin Battle Star

Inilah auditor yang botak bergaya. Hehe~

Ini orang yang simple-simple aja

Bangunan NTV7. First time sampai sini, aku ambillah gambar.

Nice lori TV3 ni. Macam kejakunan pula aku, kan? Kalau ya, biarkan je. Hehe~

Program ni sangat bagus kepada kanak-kanak, aku dengan Ammar respek dengan program pendidikan ni. Program ni banyak segmen, melibatkan pelbagai subjek seperti Syarahan, Matematik, Pengetahuan Am, Literature dan lain-lain lagi.

Ini barulah program yang mendidik dan bersesuaian dengan kanak-kanak. Baguslah orang Cina buat program TV pendidikan macam ni. Kanak-kanak Melayu pula lagi suka join masuk pertandingan menyanyi dan hiburan lain, macam mana nak maju tinggi? Kecik-kecik nak latih dapat suara sedap, motif? Ibu bapa pula berlumba-lumba hantar anak join program nyanyian, nak jadikan anak popular. Ish ish ish, tak faham.

Dulu masa aku sekolah rendah, banyak juga program TV pendidikan kanak-kanak macam ni dalam Bahasa Malaysia. Aku memang minat dulu terutamanya "Joe Jambul". Haha~ Fanatik kot dulu. Sekarang jangan harap, kebanyakannya berunsur hiburan semata-mata. So, orang yang buat rancangan TV pun fikir-fikirkanlah masa hadapan anak-anak bangsa, bukan hanya pentingkan keuntungan semata-mata. 
Wallahualam.



Saturday, March 10, 2012

Sedapnya Aroi Tomyam



Assalamualaikum & salam sejahtera~

Tadi aku dengan housemates aku pergi makan kat kedai yang 1st time kitorang masuk, kat area Kapar. Nama kedai tu adalah Aroi Tomyam. Akak yang ambik order tu bagitau makanan yang special kat situ adalah Pok Tek Aroi Tomyam, so kitorang pun order satu tomyam untuk 3 orang. Then, order satu telur bistik. 

Inilah kedai Aroi Tomyam tu, gambaran dari tepi 

Fuh, bila order dah sampai & start makan, memang kitorang rasa macam berada di awangan. Sangat sedap beb~ Tomyam & telur bistik tu memang mantap! Rasa macam nak makan sekali pinggan mangkuk makanan tu. Haha~ Tapi memang seriously sedap. Kira kitorang tak rugilah pergi makan kat situ. 

Ni Pok Tek Aroi Tomyam yang dah dilahap separuh oleh kitorang 

Yang ni pula telur bistik yang bukan berwajah asal ya, dah dilahap separuh gak. 

Adoi, apa kenalah kau ni Ammar? Terkejut beruk tengok ketam tu. Takpa, layan je dia ni since hari ni his last working day, tu sebab excited habis. Pasni bestlah dia, hurm~ 

Ceh, dua orang ni control macho pulak. Eh, aku kutuk diri sendiri ker? Ish ish ish~ :p



Sunday, March 4, 2012

Kisah 3 Mac 2012



Assalamualaikum & salam sejahtera~

Semalam (3/3/12), my housemate, Aziedi Azlan ajak pegi tengok wayang kat Pavilion KL since dia pun nak upgrade handphone kat Low Yat. So, aku dengan last minute-nya ajak my ex-coursemates & nasib baik 3 orang jadi join, Syra, Suzana, & Ada. Kitorang decide untuk tonton filem This Means War, cerita romantic comedy action. Walaupun lambat masuk 10 minit, still boleh catch-up lagi cerita tu. Kenapa lambat masuk? Hah, 3 orang ladies tu sesat on the way ke Pavilion. Yela, ikut jalan baru, kan Syra? Hehe~

Sepanjang tengok movie tu, adoi memang tak boleh tahan perut. Asyik ketawa memanjang, nasib baik panggung tak pecah dengan gelak manusia dalam tu. Apapun, movie tu memang best & gila-gila lawak. 


After that, of course-lah kena isi perut yang dah kembang-kempis sepanjang tengok movie. So, kitorang yang dah lama tak jumpa ni bual-bual, tanya khabar masing-masing & mengimbau cerita-cerita lama time zaman study dulu. Haish, dah datang balik kerinduan student life. Kesian Edi terpaksa mendengar cerita & gelak kitorang semalam. Hehe~

Then, aku & Edi sampai Meru Klang dalam pukul 12.30 am gara-gara keadaan KL yang sesak. Memang sangat ngantuk time tu, kalau boleh, nak landing terus atas lantai rumah. Tapi memang malang, kitorang tak bawa kunci rumah & sorang je housemate yang ada di dalam rumah time tu, Fairuz. Ketuk-ketuk pintu & jerit-jerit adalah usaha gigih yang kami buat tengah malam tu. Tapi memang tak berbalas sebab budak tu dah mula 'bermimpi indah'. Jiran sebelah yang buka pintu. Ish, ish, ish, malu jugak~

Fikir punya fikir, ok jom panjat atap rumah. Aku tak naiklah, Edi yang pegi naik semata-mata kejutkan si Fairuz ni. Akhirnya, mestilah happy ending, kan? Fairuz berjaya dikejutkan dari 'membuat peta' & buka pintu untuk kitorang. Nasib baik yang tukang panjat ni pun selamat. Kiranya Edi ada potensi untuk pecah masuk rumah orang, so hati-hati dengan orang ni ya. Haha~

Macam gambar pencuri nak pecah masuk rumah, kan? Haha~


Usaha gigih seorang pemuda untuk masuk ke rumah. Thank you very much, Edi. :p



Friday, March 2, 2012

Mencari Si Puyuh

         

Malam ni seperti malam biasa, aku & housemates aku makan luar. Walaupun dapur dah provided, still malas nak masak sendiri. Kira makan luar ni adalah rutin harian kitoranglah. Mula-mula kena decide nak makan kat mana, so aku bagitau yang aku nak makan burung puyuh. Aku tak pernah makan, tiba-tiba ada keinginan pula malam ni untuk try puyuh. 

Pergi ke 1st restoran yang jual puyuh, malangnya tutup. Punah harapan, pergi ke satu restoran lagi tapi tu pun tutup juga. Last, pergi ke kedai tempat biasa kitorang makan. Waiter restoran tu bagitau yang diorang ada jual puyuh, then selera aku untuk puyuh tu datang balik. Malang kali kedua, lepas lebih kurang 3 minit tunggu, brother waiter tu datang balik bagitau yang puyuh habis. Adus, terpaksa order nasi goreng. Tiada rezeki nak merasa puyuh malam ni.

Kat bawah ni adalah gambar orang-orang yang happy. Yang kurang happy & sedikit kecewa adalah orang yang ambil gambar. Hehe~ Actually aku happy je~

Ini my roommate, Ammar Farhan. Bukan wajah sebenar, dia hanya 'melakonkan' watak burung puyuh. Dialah juga yang jadi driver kami time pergi makan tadi. Thanks Ammar~


Uish, seriusnya wajah-wajah di atas tu. Baju hitam tu adalah Fairuz & baju coklat tu adalah Anuar. Diorang control sikit dalam gambar. Hehe~ Kesian diorang ni, esok Sabtu kena kerja. Rajin & bersemangat, kan? Padahal tension.


1, 2, 3, pose! Ni background paling 'cantik', iaitu car park. Haha~ Yang ni after beli barang kat Tesco. Entah barang apa yang dibeli, aku pun tak tau. Aku cuma beli double tape untuk almari aku yang dah condong tu & majalah Knowledge yang entah bila aku nak baca. :p






Monday, February 20, 2012

Syafiq's Belated Birthday

                         

Assalamualaikum & salam sejahtera~

Hari ahad lepas (19 Feb '12), aku dan member-member aku celebrate belated birthday sorang anak jati Kajang, Syafiq Ridzwan, Pemangku Pre....eh silap, dah lepas pun position dia tu. Haha~ Birthday sebenar adalah 3 Feb, dah tua da abang sorang ni.

Actually plan ni dirancang awal bulan lagi, kira nak buat Prank la tapi since dia ada kursus dua minggu, so have to postpone-lah. Mula-mula planning buat di Klang tapi bila ada kesulitan, terpaksalah tukar plan last minute pergi ke Kajang secara beramai-ramai.

Lakon punya lakon yang kononnya aku datang Kajang sebab nak minta tolong something, akhirnya lakonan berjaya juga. Kalah lakonan Aaron Aziz dalam Ombak Rindu. Hehe~

Syafiq yang skema ni tak tahu yang kami datang ramai ke sana dan tunggu dalam Pizza Hut. Aku duduk luar kedai pizza dalam mood berlakon yang kononnya datang ke Kajang sorang-sorang naik tren. Bila masuk kedai Pizza, ada pula wajah-wajah yang dikenali. So, berjayalah juga dia dikenakan.

Kami pun dah tempah kek Barcelona yang diterbangkan dari Spain terus ke sini. Nasihat, usah percaya kata-kataku. Actually, aku buat sendirilah kek tu. Sekali lagi, jangan percaya kataku. Anyway, kek tu memang cantik dan sedap. Dekat bawah adalah gambar detik-detik penuaan seorang insan.


Hah, inilah kek tu, smart design dia, kan? Yes.



Ragu-ragu Syafiq nak potong, samada sayang sangat dengan kek tu atau takut dicop sebagai die-hard-fan yang khianat.



Yang tunjuk kek tu Ezwan ya, bukan Aaron. :p



Inilah antara orang-orang yang takkan rasa bersalah kenakan orang lain.



Ni pizza Hawaiian Tuna, I like it!



Apapun, selamat hari lahir Syafiq. Semoga panjang umur dan murah rezeki. InsyaAllah, amin~




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...