Klik Untuk Tawaran Hebat!

...................................................................................................

Saturday, December 31, 2011

Last Words in the End of 2011



Assalamualaikum & salam sejahtera~

Lama x post something dalam laman maya ni, actually ada ja benda mau dicerita tapi aku malas mau taip. Mau buka blog pun malas, ni kan mau menaip2 lagi. Laman sosial yang dibuka pun facebook sajalah, & selalunya FB tu pun mem-boring-kan. Macam mana pun canggih alam maya, komunikasi secara langsung juga la yang paling bagus. Apakan daya, jarak adalah pemisah utama ba kan...


Tahun baru 2012 ba malam ni. Seperti tahun2 sebelum ni, aku x pernah raikan tahun baru & langsung x berminat untuk raikan. Tahun baru ni sekadar peredaran masa ja yg telah ditentu ukur oleh sistem manusia sendiri, so nothing special pun, bagi akulah. Kalau diri kita berubah kepada kebaikan dari semasa ke semasa, itu barulah bermakna. Sorry kalau pemikiran aku macam kolot sikit, itu apa yang memang aku fikirkan sejak dulu lagi. Apapun, improvement is something that should be considered everyday. Majukan diri kita dari semasa ke semasa, itu yang penting. Make sure today is better than yesterday and tomorrow will be better than today.

Demi masa, manusia memang rugi.  Wallahualam~




Wednesday, November 23, 2011

Leading To Convocation



   Assalamualaikum & salam sejahtera~

Isnin depan aku officially tamat belajar di UMS. Tiga tahun belajar sungguh singkat rupanya, x sedar dah habis. Hidup di universiti memang enjoy, kalau dimanfaatkan dengan betul. Kalau bersuka-ria jak kerja, x juga enjoy. Kalau memanjang study 24 jam pun x juga enjoy. 

Remember, ilmu bukan hanya daripada kertas. Jika kita mau improve ourselves, jangan hanya dengan satu jalan & jangan hanya daripada 'hitam-putih' yang ada depan kita. Know what I meant, right? Masuk universiti ni, banyak peluang kita boleh ambil & rebutlah peluang tu sebaiknya, as long as you can balance everything ok. Kita study ini & itu, buat ini, itu, join benda ni, benda tu, communicate dengan orang tu, orang ni, semua tu boleh jadi peluang kita untuk mantapkan diri kita. Tapi apa yang aku maksudkan di sini buat perkara-perkara baik, bukan sebaliknya ya. Apa yang kita peroleh dari situ juga adalah ilmu cuma x dinilai secara sistematik oleh sistem manusia. That's why ada orang yang x masuk universiti pun, bahkan x pernah bersekolah boleh berjaya lebih bagus dengan hanya ada pengalaman apa yang dia telah lalui. So, pengalaman itulah ilmu yang telah membawa kejayaan kepada individu-individu tersebut. Simply said, knowledge is everywhere, written or unwritten, concrete or abstract, everything can be knowledge as long as you can grab it and applied in a good way. 

Convocation is just an end of a piece of my journey. Aku pun x tau sejauh mana aku dah pergi, setinggi mana aku dah naik sebab aku masih rasa aku kerdil di dunia ni. Masih banyak yang aku belum pelajari & perolehi. Masih banyak yang perlu dicari & diambil. Apa yang aku harapkan adalah peluang itu sentiasa ada & aku percaya, selagi kita di jalan yang betul, peluang itu tetap akan ada. InsyaAllah. 

Konvokesyen memang special tapi ia bukan benda paling berharga di universiti. Apa yang berharga sebenarnya adalah ilmu, pengalaman & kenangan yang telah aku peroleh. Memang sangat berharga, bersama pensyarah, sahabat, rakan-rakan, senior, junior, pegawai & semuanya. Segala yang aku pelajari, hadapi, & jalani sesungguhnya sedikit sebanyak merubah aku kepada insan yang InsyaAllah lebih baik daripada sebelumnya. Syukur Alhamdulillah~ Thanks a lot for everything~








Friday, November 4, 2011

Hantu Story



   Assalamualaikum & salam sejahtera~

Kebelakangan ni aku selalu tengok movie yang aku dah simpan berbulan-bulan. Memang saja kumpul banyak-banyak time di universiti dulu sebab untuk stok time cuti sementara tunggu konvo & dapat kerja. Kadang aku paksa diri untuk tengok, kalo x best, delete ia dari hidupku. Kalau best, simpan untuk anak cucu, boleh pula camtu kan. Haha~

Actually, I realized something about horror movie nowadays. Kalau kamu perasanlah, filem hantu Hollywood dulu & sekarang sangat berbeza. Dulu, waktu sekolah rendah, aku selalu tengok cerita hantu omputeh tapi cerita hantu Hollywood at that time memang sangat mengarut. Senang sebut, sangat bodoh. Kalau boleh diorang mahu buat hantu yang ganas gila & sesadis mungkin. Hantu makan orang, koyak orang, patahkan orang, boleh kira hantu yang 'terlampau'. Walaupun tu rekaan, tapi x payahlah mau takutkan orang dengan hantu-hantu 'low-class' yang nampak macam spesies binatang 'karnivor' menyerupai manusia. Kalau cerita @ plot best, kira ok la, tapi storyline pun entah apa-apa. Kalau begitu, bagus aku layan cerita Sang Kancil dengan Buaya, lagi best & suspen.

Dulu kalau mau tengok movie, kena pinjam kaset video dari kedai, so rugilah duit pinjam cerita hantu tapi x best. Contohnya filem seperti 'Freddy vs Jason', '13 Ghosts', & beberapa lagi yang aku pernah tengok. Ndak mampu ingat yang lain sebab x best. Masih ada part yang seram cuma overall story memang x tergambar dengan perkataan-perkataan negatif yang ada dalam kamus. Ada gak filem yang best tapi berapa kerat jak.

Freddy vs Jason

13 Ghosts

Penghujung 90-an & start Millenium, Jepun, Korea & Hong Kong pula naik dengan filem-filem seram diorang yang boleh tahan & hantu yang x mengarut sangat. Korang boleh perasan tu perbezaan genre cerita hantu Asia dengan Hollywood time tu. Contoh filem seram Asia yang popular adalah 'Ringu', 'Dark Water', 'Ju-On', 'A Tale of Two Sisters', 'The Eye', 'One Missed Call' & lain-lain lagi. 

Ringu

Ju-On

A Tale of Two Sisters

Dark Water

Hantu Hollywood pula masa tu memang dah x laku, nak takutkan budak tadika pun mungkin x mampu. So, mulalah diorang copy paste, ala macam kita buat assignment. Haha~  Mulalah diorang refilm balik cerita hantu Asia, 'The Grudge (Ju-On)', 'The Ring (Ringu)', The Eye, Dark Water, One Missed Call & beberapa lagi. Hollywood ni x la hebat sangat, kan? Bila dah kekeringan idea, copy juga daripada luar.

The Ring

The Grudge

One Missed Call

After that, cerita hantu Hollywood dah macam ok sikit. Seram tapi x berunsur 'karnivor' dah. Antara filem yang best macam Amityville Horror, Paranormal Activity & Insidious. Dah xda spesies pemakan & pengoyak manusia dalam filem-filem diorang. Mungkin sedar gak diorang 'kekhilafan' diorang sebelum ni. Hehe~  

The Amityville Horror

Insidious

Paranormal Activity 3

By the way, sekarang ni cerita hantu Melayu pun dah berlambak-lambak, ada yang boleh tahan tapi kebanyakannya memang menyedihkan. Bila aku tengok, aku x tau macam mana mau respon, rasa bercampur-baur, lawak, sedih, menyampah & macam-macam lagi. Yalah, jalan cerita tunggang terbalik, pastu pengajaran x banyak. Bukan apalah, kita di Malaysia pentingkan nilai-nilai murni kan, so filem kita pun kenalah banyak pengajaran juga. Janganlah sekadar mau cari untung semata-mata dengan filem yang x selaras dengan kepercayaan kita, maksud aku dengan agama Islam terutamanya. Memanglah ada gak unsur-unsur Islam dimasukkan dalam filem-filem hantu kita tapi ada yang x kena cara ia diselitkan. Harap kamu perasanlah. Sometimes aku rasa cerita hantu kita x selaras dengan aqidah kita. Di sini, kita x boleh samakan dengan International movie sebab pegangan diorang lain. Kita tahu pegangan kita camna, so bila buat story, kenalah buat mengikut kepercayaan kita. Bukan begitu?


Mistik

Karak

Rasuk

Apa-apapun, semua ni pendapat aku, berdasarkan pengamatan aku. Sebenarnya, kerap tengok movie memang x bagus kan, apatah lagi cerita hantu camni. Yang penting pandai bawa dirilah masa tengok cerita hantu, janganlah kita terikut-ikut dengan benda-benda dalam filem tu, sampai terbawa-bawa ke realiti.  Hehe~ Lagi satu, jangan pula pegangan agama kita tergugat bila tengok cerita seram ni, ni yang bahaya ni. Just relax & open. :)


B+ (Be Positive)



   "Buat Baik Berpada-pada, Buat Jahat Jangan Sesekali" 

Ni kata-kata orang tua, orang tua mana, aku pun x tau. Aku setuju gak dengan ayat ni, kalau buat baik, kita kena tengok keadaan. Selagi situasi tu x menyusahkan kita, teruskanlah bersifat baik kepada sesiapa saja. Dalam situasi yang ada something wrong, kita cuba perbetulkan apa yang silap, bergantung dengan keadaan tu. Sifat sebegini boleh dikira berbuat baik, kan? In any situation, kalau dengan menjadi terlalu positif boleh menyusahkan kita, hadkan sikit 'cas' positif dalam diri kita ke tahap yang dah x menyusahkan kita. 

Ada orang cakap 'buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali'. Jadi, buat jahat dua tiga kali xda masalah la? Nah, kan kita yang kena tembak balik kalau cakap camni. Jadi ayat di atas lebih tepat, iaitu buat jahat jangan sesekali. Yalah, x baik buat jahat kan, setiap agama mengajar penganut masing-masing untuk sentiasa berbuat baik & jangan berbuat jahat. Tapi, rasanya kita semua pernah berbuat x baik, kan? Kau penipu kalau x pernah. Haha~ Yang penting sedar & taubat.

Aku ni bukanlah bagus sangat. Baikkah aku ni? Aku pun x tau, biarlah orang-orang yang kenal aku judge sendiri. Tapi, pernah satu ketika aku telah menjadi terlalu positif, langsung x peduli perkara negatif yang terngiang-ngiang di kepala aku terhadap keputusan yang aku buat masa tu. In the end, benda negatif yang aku fikir tu betul & keputusan yang aku buat time tu aku rasa silap. Disebabkan terlalu positif, aku rasa kepercayaan aku dikhianati. Tapi, setiap yang berlaku ada hikmahnya kan. So, janganlah terus jadi x tentu arah bila perkara x baik berlaku dengan kita, inilah namanya kehidupan. Try setelkan selagi mampu. 

Mungkin tu mengajar aku bahawa jangan terlalu naif @ sangat positif sampai x fikir secara rasional. Bagi aku, be positive but don't be too much. Jadi, buatlah perkara baik tapi jangan sampai susahkan diri, yang penting perkara jahat itu harus jauhi.



p/s - sorry kalau apa yang aku post ni complicated, kadang aku baca balik, aku pun pening, haha~




Monday, September 19, 2011

Tension --> Sabar --> Happy



Assalamualaikum & salam sejahtera~

What a beautiful day~ Actually setiap hari adalah indah kalau kita pandai manfaatkannya. Tapi, jika hari kita ni ada cabaran, lagi best, sebab ia akan memberikan kehidupan kita lebih bermakna. :)

Hari ni 21 syawal kan? Hari ni jugalah aku baru start berpuasa 6. Adui, last minute kan... Harap kelemahan aku ni tak berulanglah next year. Itupun InsyaAllah kalau diberi kesempatan tahun depan. InsyaAllah.

Hari ni aku dapat dugaan, simple tapi memang menyebabkan kesabaran tercalar. Tadi tengahari, aku menggagahkan diri untuk buat resume kepada satu company. Sepatutnya last week lagi aku buat tapi disebabkan belum ada mood untuk cari kerja, sajalah lambat2. Tapi, buat jak la awal2 kan sebab kerja bukan dapat terus. Kalu boleh, aku mau rehat lagi 2-3 minggu macam tu. Sebagai PAMPASAN keletihan belajar. Hehe~

Benda yang aku cakap simple ni adalah UPLOAD PICTURE RESUME. Apa yang menggeramkan adalah saiz gambar yang boleh di-upload tak boleh lebih 15Kb. Ingatkan senang, siap dia bagi website lagi untuk resize picture. Resize punya resize, tak dapat juga dikecilkan kepada 15Kb ke bawah. Then, edit sendiri pakai software pun tak dapat2. Hui, tension gila, nasib baiklah aku x bunuh diri. But any problem has solution(s), right? Aku pun dapatlah idea, upload dulu gambar tu dalam facebook, then copy. Bila resize gambar tu, barulah berjaya dikecilkan. Berjayalah uploaded & submitted. Hampir 2 jam jugalah aku berusaha. Very tired.

~Sayangilah diri kita. Haha~


Mungkin aku tak berapa pandai resize gambar ni, tu mungkin sebabnya lambat & jadi sukar. Hehe... Sesungguhnya inilah dugaan yang Allah berikan padaku hari ni, sempena berpuasa ni. Nampak simple tapi sebenarnya melatih diri bersifat sabar & mengajar benda baru walaupun perkara kecil :)

~Submitting resume success!~



Friday, September 9, 2011

Merpati Oh Merpati



Sempena raya ni, rumah aku pun meriah dengan riuh-rendahnya burung MERPATI di atas bumbung rumah. Jangan terkejut kenapa ada burung merpati atas rumah kami. Actually, cucu cicit merpati ni x tau asal usul dorang. Dorang x tau yang dorang ni menumpang ja di atas rumah ni. Biar aku ceritalah, nenek moyang burung2 ni dulu sesuka hati dorang ja menginap & duduk tetap atas bumbung rumah, sedangkan rumah dorang dah disediakan dalam taman sekolah. Ohya, lupa gtau, burung2 ni hak milik sekolah & kami tinggal dalam kawasan sekolah rendah. Korang kenalkah MERPATI?

~Inilah burung merpati~


~Yang ni lagi cantik~


~Yang ni pun merpati gak. Sapa percaya tu maksudnya waras la tu. Hehe~ Ni ayam jiran kami sebenarnya, dia minta masukkan sekali dalam post ni, dia mau promote yang dia ada bela ayam.


Ok, sambung cerita balik, dulu lagi 'best' sebab merpati2 ni berak sukati di tangga rumah. Penat owh bersihkan tangga tiap2 minggu. Tapi anggap ja la itu cabaran hidup. Lepas dah pasang pagar di bumbung, dah x lagilah. So, skang xtau la mana dorang membuang. Suda ada toilet sendiri mungkin.

Selepas lama hidup bersama merpati ni, kami dah biasalah dengan bunyi2 'salakan' merpati ni. Kira berjiranlah katakan. Merpati di atas, kami di bawah. Tapi best gak lah, hari2 dapat tengok makhluk Allah yang cantik & sometimes memang dapat tengok merpati yang sangat cantik. Subahanallah~


Merpati ni sangat berguna sebenarnya. Dulu, masa xda telefon, pos laju & teknologi2 baru, manusia pakai merpati untuk urusan2 penghantaran utusan, contohnya surat, ubat-ubatan & barang-barang tertentu. Ni semua orang tahukan. Dalam perang pun merpati ni penting, contohnya merpati dipakaikan kamera untuk peninjauan udara. Merpati utusan ni boleh bawa muatan sehingga seberat 75 g & terbang sejauh 160 km perjalanan pulang balik. Hebatkan!

~Merpati kamera Jerman waktu WW1~


By da way, kita puji orang pun, pakai merpati juga, "bagai merpati dua sejoli". Tapi, xfaham lah dengan peribahasa ni, macam menipu ja. Jarang gila tengok merpati ni berdua2, biasa stay in group. Pastu, kalau nampak berdua pun, x la nampak sepadan. Jangan cakaplah peribahasa ni dengan orang, nanti kita jadi penipu pula. Haha~ juz joke. Indahnya bahasa Malaysia~ :)

~Ketua merpati ajak bersuka-ria~


~Ni mungkin merpati sejoli, kanak2 dilarang tiru aksi ni. Yang belum kahwin pun x boleh~


Tambahan, ada gak pencak silat yang dinamakan Merpati Putih, muncul sekitar tahun 1550-an di Indonesia. Itulah aku cakap, merpati ni hebat, sampai boleh diilhamkan jadi silat. Hehe~ Sebenarnya, 'Merpati Putih' ni singkatan daripada bahasa Jawa; Mersudi Patitising Tindak Pusakane Titising Hening yang dalam bahasa Indonesia bererti "Mencari sampai mendapat Kebenaran dengan Ketenangan".

~Bersilat sambil terbang~


Kalau mau terbang bersama merpati, ada yang boleh, ada yang x. Kalau mau terbang bersama merpati atas rumah aku ni, awal2 aku cakap orang tu x siuman (cakap dia GILA, kasar pula). Kalau betul2 mau juga, pergilah Indonesia, terbang bersama Merpati Nusantara Airlines. Huhu... jadi promoter pula sempena raya ni. :p

~Merpati gergasi~


Lastly, kalau mau lagi feel cerita pasal merpati ni, better kamu dengar lagu kumpulan OAG tu, apa tu tajuknya? Aku lupalah. Lirik dia ada, "kau umpama Merpati Putih, patah sayapnya di udara~". Hah, yang nilah. Mana tau kamu mau bermimpi pasal merpati malam ni, dengarlah lagu ni. Have a sweet dream!


P/s: Sebelum kami pindah di rumah ni iaitu tahun 1993, burung2 merpati ni memang dah ada atas bumbung rumah. So, mungkin kami yang sedang menumpang sekarang. Entah??? Haha~


Raya = Reunion

 

  Assalamualaikum & salam sejahtera~

Sekarang kita masih lagi dalam bulan Syawal, so x terlambatlah untuk ucapkan Selamat Hari Raya & Maaf Zahir Batin kepada semua. Cam skema ja. Hehe~ Tahun ni sambutan raya tempatku macam biasa juga as previous years, mungkin kebanyakan orang pun camtu juga kan... Tapi apa yang aku rasa best hari raya ni sebenarnya, bagi aku ia boleh dianggap sebagai reunion geng SPM & boleh gak untuk geng STPM. Plan ni memang saban tahun dibuat since 2004, kalo ndak silaplah. Cuma tahun ni x seramai tahun2 sudah. Mungkin ada yang time raya tu kalendarnya masih lagi bulan Ramadhan. Hehe... Just joke ba~

Bila jumpa balik setiap tahun time waktu2 raya ni, bolehlah share pengalaman hidup sepanjang tahun, gelak2 ketawa sambil makan kuih & juadah raya. Tapi syukurlah time makan minum tu teda juga yang termuntah kuih balik, terpancut air keluar dari mulut sebab ketawa x ingat dunia. Sekarang ni masing2 dah ada haluan sendirikan, jadi banyak jugalah benda2 boleh dikongsikan.

~Di rumah 'akak garang'~


~Di rumah Budak-17~


~Di rumah Doktor Gum-Gum~


Tapi ada satu perkara best yg memang x kena plan dalam plan raya tahun ni. Melawat sekolah menengah lama yang kami cintai, SMK Gum-Gum, tapi x masuklah, just ambil gambar di main gate jak. Mesti ada yang fikir, "apa yang best lawat sekolah lama?" Bagi kami best, sebab sekolah tu terletak dalam 'sikit' dari kampung utama, sekolah luar bandarlah katakan, so bukan hari2 dilalui, bukan hari2 kami tatapi. Maybe ada yang lihat setahun sekali, setahun dua kali, paling teruk mungkin 3-5 tahun sekali. Tapi, mungkin juga berkaitan since tahun ni Merdeka Raya-kan, jadi lawatlah skola lama yang mengajar kita erti kemerdekaan negara. Hehe...ada kaitankah??? Kasi YA jak bah...

Lagi satu, honestly aku rasa sangat best sebab dapat ambil gambar depan sekolah tu. Sepanjang aku skola di sana, seriously, x pernah ambil gambar di main gate tu, samada sorang2 atau dengan member2. Kesian kan...haha~ Dulu, time 2001-2005, time aku skola menengah ni, bukan zaman yang mana orang ada handphone berkamera, kamera digital & kamera yang pakai film tu pun jarang2 orang ada time tu. Lebih2 lagi sekolah luar bandarkan. Teknologi x berapa 'masuk' dulu. Lagi satu, aku ni pun dulu bukan orang yang selalu looking ahead of certain things, so dulu pasal gambar2 ni x kisah sangat, jadi tu sebab x banyak gambar2 kenangan time skola dulu... Menyesal gak la. Haha~





~Inilah antara gambar yang x berapa gila di main gate skola~


Apa-apapun, gambar bukan perkara utama (yalah tu~ haha), yang penting langkah kita ke hadapan bah. Selamat menempuh alam dewasa kepada rakan-rakanku semua. Aku baru maw start. Hehe~



Wednesday, September 7, 2011

Let Just Say This Is My INTRO~



Assalamualaikum & salam sejahtera....

Actually aku x trfikir pn utk post apa2 lg dalam blog ni cuz I think I'm d person who not interested in blogging...that's why dah setahun after my 1st post, barula aku buka balik blog ni....cuba berjinak2 dlm blog pla....

Aku try jak la utk post apa yg aku rasa mau 'tulis' dlam blog ni selepas ni... Blog ni bole dikira mcm diari jga ka?? Bagi aku, bole la jg cuma x personal la... Sebut pasal diari ni, actually I had been failed creating my own diary...entah brapa kali aku try buat diary tp pastu tulis sekali dua, ia ditinggal & dibuang... dulu2 tym skola menengah..... Hopefully, starting today, this blog x ditinggalkan pla la....hehe...padahal alam maya jak pun, bukannya pakai duit... x macam diari, pkai duit utk beli buku & pen....

Ni la pengenalan yg ntah apa2...Plis ignore if u feel it nothing....Tapi sapa yg dah baca sampai sini, that means u didn't ignore this post....then, i shud say a lot of thanks to YOU! Have a nice day! :)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kisah Bawah Bayu