Klik Untuk Tawaran Hebat!

Tuesday, September 16, 2014

Sandakan, Sabah


Selamat Hari Malaysia 16 September!

Sempena Hari Malaysia ni, mari aku ceritakan sikit pasal one part of Malaysia. Tempat asal dan tempat aku membesar, SANDAKAN, Sabah.

Tapi aku story lebih kepada Bandar Sandakan dalam entri ni. Kalau cerita satu Bahagian Sandakan, 7 keturunan pun aku tak habis tulis. Next time cerita lagi kalau ada chance. Hari tu dah story pasal Sepilok Sandakan.

Okay, bandar Sandakan ni biasa je, tak besar pun, ala-ala pekan classic gitu, tapi cukup sifat untuk keperluan. Lokasi dekat tepi laut, nak cari makanan laut dan barang mentah lain senang saja. Murah!

Pandangan bandar Sandakan dari atas bukit. Nice view, kan? Siapa yang nak bunuh diri terjun dari bukit ni akan terkesima kejap. Tengok pemandangan laut tu yang best sebenarnya. Hehe~


Bangunan-bangunan sini tak tinggi. Spiderman confirm tak boleh nak hidup kat sini.


Tepi laut. Lepak kat area sini petang-petang pun best jugak. Masa aku kecik dulu, kawasan ni adalah tempat kapal penumpang & kapal nelayan berlabuh. Dulu masa kecik, aku pergi bandar Sandakan selalu naik ikut kapal laut.


Kapal-kapal ni dari kampung jauh-jauh seberang sana, berlabuh di satu point. Masa duduk jauh dengan bandar dulu, bila nak sampai bandar je, terus kaki ni rasa macam nak lompat kijang dari kapal ke jeti bandar. Excited la katakan.


Pasar Umum Sandakan.
Tempat kalau nak cari ikan, udang, sotong, sayur, kerepek, etc. Souvenir, baju, keychain pun ada jual kat sini.


Dewan Bandaraya Sandakan.
Apa-apa majlis besar selalu dibuat di sini. Tapi berapa kali je aku pijak kaki masuk ke dewan ni, rasanya tak sampai 4 kali seumur hidup aku. Nampak macam anti-sosial aku kat situ. Haha~


Perpustakaan Sandakan.
Tempat menimba ilmu. Padahal masuk bukan cari ilmu sangat pun. Masa kecik dulu, masuk ikut kakak aku, tapi cari buku gambar binatang, sampai rasa macam nak curi buku binatang tu. Haha...

Tapi kan, view dari Perpustakaan ni best tau, nampak laut terbentang luas. Pernah sekali tu kitorang duduk tepi tingkap, siap nampak ikan lumba-lumba lagi, tapi ekornya je la, waktu tu hujan. Hujan biasanya muncul.

Okay, bila dah besar, sekolah menengah, kat sini jadi tempat lepak chit chat tak sudah. Kononnya study group, tapi menyimpang jadi gelak group. Rosak institusi bahan bacaan.


Masjid Jamik.
Ni masjid atas bukit kat bandar Sandakan. Biasa kalau lepak kat bandar, singgah solat kat masjid ni, termasuklah sembahyang Jumaat. Dah lama ni masjid ni, heritage site jugak la.


Agnes Keith's House.
Kenal tak Agnes Keith siapa? Dia seorang penulis (American) yang menulis buku Land Below the Wind. Tak silap Negeri di Bawah Bayu tu dapat nama daripada tajuk buku dia tu la.

Rumah ni sekarang dijadikan pameran kepada pelancong. Dulu tak pernah datang sini. Aku baru pergi awal tahun ni dengan member, tapi dah petang sangat masa tu, so dah tutup. Jadi kitorang berlegar kat luar je la.

Masa tu petang dah dekat maghrib, memang creepy kawasan rumah ni. Huhu... Boleh pulak time tu macam fefeeling nak benda ghaib muncul~ Haha... Nauzubillah.


Nah, guide untuk korang, mana la tau tetiba sampai ke Sandakan.


Pantai Pasir Putih.
Pantai ni dekat je dengan bandar Sandakan. Pantai ni dulu menjadi singgahan kitorang adik-beradik, sepupu-sepapat, mandi berenang beramai-ramai. Dulu sangat cantik, ramai orang datang. Selalu jumpa tapak sulaiman kat sini.

Tapi sekarang, dah kurang terjaga. Sayang la terbiar camtu. Harapnya lebih terurus la dari semasa ke semasa. Alam semulajadi, kalau tak jaga, kita juga yang rugi.


Pasar Sim-Sim.
Singgah pasar ni kalau nak makan ikan bakar sedap.


Proud to be orang Sandakan.
Nak dibanggakan sangat tu tidaklah, yang penting aku dah membesar dengan baik kat situ.
Sesiapa yang nanti nak pegi Sandakan, aku ucapkan Selamat Datang!






Thursday, September 11, 2014

Segmen Ben Ashaari : Impian Ku, Seorang Blogger!




Assalamualaikum...
Salam sejahtera...

Since sekarang tak ada idea nak update blog, so aku pun nak join gak segmen blogger famous, Mr. Ben Ashaari. Sambil-sambil tu, boleh la korang sebagai reader mengenali diri hamba ni serba sedikit. Hehe...

Empunya diri ni berasal dari Sabah. Membesar dan belajar kat negeri sendiri sampailah ke level degree di Universiti Malaysia Sabah (UMS). Berhijrah bersendirian ke Semenanjung Malaysia setelah menjunam ke bidang pekerjaan. Dah nak dekat 3 tahun berada kat semenanjung (tapi slang Sabah aku masih jelas kedengaran yaa...). It's okay, proud to be Sabahan baa. Hehe~ Tapi, aku tak lupa kampung halaman, tiap raya Aidilfitri & waktu ada rezeki, aku balik kampung demi family tercinta  :)

Blog aku ni biasa je sebenarnya, seperti yang korang tengok sekarang. Aku tulis blog tak tentu, kejap cerita pasal pengalaman aku, kejap cerita pasal aktiviti bersama kawan, kejap aku review movie, kejap aku merepek kat sini. Yang penting, aku suka cerita pasal negeri aku, tempat-tempat best kat Sabah. Bolehlah korang jenguk kejap. Then, aku suka layan dan nilaikan filem, tu sebab selalu tulis review filem. Kadang berangan nak buat filem sendiri. Haha~

Sebagai blogger, aku punya impian jugak. Aku nak jadi feymes mengalahkan Ben Ashaari. Mampu? Haha... tak ada la, memang takkan la. Sebenarnya, aku nak ada pembaca setia kepada blog aku, itu yang paling penting. Bila punya pembaca setia, semangat nak tulis blog tu berkobar-kobar. Apa yang kita tulis tu terasa dihargai & ada value. Tapi of course la blog kena best, kan. Jadi aku pun sentiasa memperbaiki dan meningkatkan skill menulis & ber-blogging. Harapnya mutu penulisan aku meningkat dari semasa ke semasa. InsyaAllah~ :)

Thanks sudi singgah & baca blog ni!




Monday, September 8, 2014

'Tembakan' Dalam Panggung



Korang pernah nak ber-enjoy, lepas tu kena marah oleh someone yang tak dikenali dengan kesalahan seolah-olah kau telah membelasah anak orang sehingga cacat lengkungan pelvisnya.

Sepanjang aku tengok wayang kat panggung, aku dengan bebas boleh buat apa aku suka. Aku nak duduk bersila sambil makan popcorn, aku nak gelak sepuas-puasnya sampai mukus & saliva meleleh-leleh (adui jijik pulak), atau aku nak korek hidung then lap kat baju orang sebelah (jahiliah sangat ni).

Yang penting aku BEBAS! Aku dah bayar untuk 'kebebasan' tu!


Taaaappppiiiiiiiiii~

Ada satu 'tatasusila' aku telah 'diajar' dengan berkesan sewaktu menonton wayang kat panggung, ekoran daripada satu peristiwa.

Kejadian berlaku di GSC Suria Sabah. Filem: Lone Survivor, lakonan Mark Wahlberg. Cerita perang tu.

Pergilah aku dengan 2 orang member beli tiket tayangan malam. Lepas tu masuklah kitorang ke hall dan duduklah seperti normalnya orang nak menonton wayang. Kitorang masuk time dah dekat wayang nak start. Macam biasa, duduk tengok iklan, sambil chit chat jap.


-----drum roll-----
"Dum dum dum dudududummmm....."
Filem pun start.
Tayangan bermula.

Masa yang sama, tangan kiri aku masuk poket seluar kejap. Masuk poket nak mencapai sesuatu. Sesuatu yang harus ku gapai masa tu. Sesuatu yang sedang bergetar-getar. Sesuatu yang harus segera aku keluarkan. Ia amat perlu! Ok, dapat! Fuuuhh...susah betul nak ambik handphone ni.

Open lock handphone. Scroll nak open message yang masuk.

Tak sampai 5 saat aku buka handphone tu, MAT SALEH berbadan besar duduk sebelah kiri aku tetiba menyergah! Dia dekatkan kepala botaknya kat aku, dengan sepantas cahaya, satu jurus ayat dilontarkan kepadaku. Sepantas cahaya okay, hanya hujung ayat je yang clear dapat ku tangkap, "......OFF your phone!"




Jurus ayat selaju tu membuatkan aku speechless, dan hanya mampu tutup phone dan simpan balik dalam poket. Aku tak sempat pun baca message tu. Huwaaa~

"Thank you!"
Errr...weelcommee, mampu jawab dalam hati je la... Terus Robot Mode activated, mata aku fokus kat skrin, mulut aku terkunci rapat.

........................................SILENCE...........................................
..........................................MOVIE TAMAT...........................................


Itulah detik paling tegang aku berada dalam panggung, sepanjang hidup ku.


Uncle mat saleh tu fokus habis tengok cerita tu. Aku nak pandang ke kiri pun tak berani. Dah la uncle tu badan besar. Maybe dulu dia askar kot. Tak pun, pernah nak jadi askar tapi gagal, dan aku pula jadi mangsa amarah (andaian tak mengena. Haha...).

Tapi apapun uncle, terima kasih la sebab bagi pengajaran. Kena respek orang lain la kan, kalau buka tutup handphone je sepanjang tayangan, confirm la orang sebelah depan belakang kau naik tension. Belajar tatasusila menonton wayang okay! Hehe...






Friday, September 5, 2014

Aku fanatik Street Fighter!


Assalamualaikum...

Masa kecik dulu aku adalah die-hard fan of Street Fighter! Minat nak mampus gitu...


Dulu zaman aku skola rendah bukan macam zaman sekarang yang ada game kat hujung jari. Budak sekarang, smartphone tu pun tak pandang, semua game dah habis main, bosan katanya.

Dulu masa zaman hingus meleleh tak reti nak lap, kitorang main console game yang pakai kaset tu je. Itu pun menagih belas kasihan member. Maklumlah, kat kampung, siapa yang punya game kaset tu layak mendapat layanan raja. Demi game, tak apa fren, aku terima denda cikgu walaupun kau yang bersalah tarik tudung si cinta hati kau.

Game kaset. Dah kira canggih la waktu dulu.
(shared from Google)

Kalau dah pegang joystick & console tu, game yang aku nak main, of course la Street Fighter, aku nak beat member-member dalam game sebab in reality aku tak boleh menang. Ahakz~

............................................

Then, dulu kan ada jual daun terup kartun; yang depan gambar kartun, belakang dia terup. Buat main tepuk-tepuk tu (oh, indahnya mainan zaman kanak-kanak dulu).

Kitorang kat Sabah panggil benda tu 'lakatan'. Kenapa 'lakatan'? Mana aku tau, cikgu dulu tak ajar sejarah penggubalan nama lakatan. Hehe...

Inilah dia, lakatan. Ingat lagi?
(shared from Google)

Mainan tradisi, budak sekarang main tak?
(shared from Google)

FYI ya, kalau lakatan ataupun sticker Street Fighter, memang kalau boleh aku nak frame-kan. Gambar tu tak boleh terguris walaupun sedikit, apatah lagi nak ditepuk-tepuk. Terguris je sikit, aku down tak nak makan seminggu. Haha~ hiperbola sungguh!

............................................

Dah besar sikit (takde la besar sangat, umur Darjah 6 je pun), sanggup naik bas pergi bandar sebab mau main 'tintong', arcade game yang masuk token tu. Tapi masuk takut-takut sebab umur tak cukup.

Habis duit belanja skola aku, menang game-nya pun tidak. Pengaruh rakan sebaya la ni (salahkan rakan pulak kan). Tapi enjoy, sebab bersama kawan-kawan la katakan.

Arcade game a.k.a tintong. Bazir je ni  :p
(shared from Google)
............................................

Disebabkan jantina aku lelaki, so minat masa kecik tu susah nak buang, minat makin berkurang tu, Ya! Kalau ingat-ingat balik, rasa kelakar pun ada. Nasib baik sampai sekarang aku tak berimaginasi jadi Ryu. Hehe...

Ada ciri-ciri fighter tak?
Fighter yang ditakdirkan untuk kalah, mungkin ya!


Jangan malu dengan minat kita masa kecik! Chewah...
Bukannya minat korang menghendap orang dalam jamban. Ker ade? :p





Thursday, September 4, 2014

Gunting Rambut


Setiap kali pegi gunting rambut, ucapan rutin aku,
"Gunting kasi layer, tepi gunting kasi nipis."

....................................

Suatu hari di September 2014, aku masuk kedai gunting rambut:

Mata meliar ke gambar-gambar fesyen rambut kat dinding. Lawa jugak kalau gunting rambut macam ni, smart! Hurm, potongan yang tu pun lawa jugak, ok ni kalau try, stylo!

Kali ni try buat fesyen lainlah, mesti nanti nampak hensem 200%. Takkan nak stick to same style saja. Imaginasi aku dah membuak-buak dengan bayangan potongan rambut baru, wajah baru la kononnya.

Okay relaks, relaks, duduk dulu tunggu turn.


...10 minit kemudian...

Ok, customer tu dah habis gunting, so aku punya turn.
Buka spec mata, letak kat depan, labuhkan punggung atas kerusi.

Si tukang gunting bentangkan kain kat aku, dan kepilkan.
"Mau gunting macam mana?"

:
:
...silent for a moment...
:
:
:
"Errk......"
:
:
:
:
:
"Errkk, gunting kasi layer laa, tepi gunting kasi nipis."



Cis, cissit, ciskek betul! Jatuh merudum confident level saat dah duduk nak gunting!

Imaginasi tadi memang kekal imaginasi je la, fesyen & wajah tipikal kembali lagi, yeah! :p


My typical hair & face!
Sorry k, aku tak reti ber-selfie~ Haha...


Harus ada percubaan berani next time!




Wednesday, September 3, 2014

Kisah Tasen 20 sen


Adakah korang pernah mengenali Tasen the fish? Keropok yang enak, rangup, dan bisa membuatkan anda sakit separa jiwa kalau tak makan dalam seminggu. Oh, lidah aku dah mula terasa kenikmatannya. Fuh, aku sangat ingat keenakannya (bajet citer Lucy pulak).

Tak payah nak ingat sangat nikmatnya. Ada lagi peristiwa 'hitam' yang membuatkan keropok Tasen sangat diingati.



Alkisahnya dalam tahun 1996 camtu. Waktu petang, sekolah dah habis, cuaca hening, tak hujan. Berjalanlah si budak kecik yang pemalu dan comel ke kedai runcit, berbekalkan duit di tangan. Entah apa la budak kecik tu nak beli, semangat nak pergi kedai.

Di pertengahan jalan, seorang abang yang tak dikenali, budak darjah 4 atau 5 camtu, menghampiri budak tadi. "Kau pegi kedai kan, tolong belikan Tasen."
Budak tu bertanya, "Apa tu?"
Abang tu, "Kau cakap jak Tasen, kedai tu tau juga tu."
Sambil abang tu menghulurkan duit 20 sen, si adik yang innocent tu ambillah duit tu dan pergi ke kedai.

Sampai di kedai, "Ada Tasen kah?"
Pak cik kedai tu bingung, "Apa tu?" Ni bahasa alien mana pulak ni.
Si budak, "Tasen." Sambil berfikir, betulkah sebutan tu???
Pak cik tu tanya lagi, "Tasen apa ni? Tangsi kah?"
Si budak mengiyakan, dia berfikir, mungkin 'Tangsi' adalah sebutan yang betul.

Pergilah si pak cik mengambil tali tangsi & ditunjukkan kepada si budak. "Ini kan?"
Si budak yang kehairanan, dalam hati, "Mesti bukan, tangsi ni bukan harga 20 sen".
"Berapa ni harganya?"
Si pak cik menyatakan harga RMxx, semestinya bukan 20 sen.
Si budak, "Bukan ini, Tasen yang harganya 20 sen."
Si pak cik mula bingung, "Tasen harga 20 sen? Apa juga tu sebenarnya?"
Dipanggil la pula si isterinya. "Tolong tanyakan dulu, budak ni mau Tasen, kah tangsi, atau apa?"
Soalan yang sama dikemukakan oleh si isteri, "Tasen apa tu?"

.....5 minit kemudian....
Si pak cik, si isterinya, dan beberapa orang lagi masih bingung merungkaikan apakah Tasen yang berharga 20 sen tu. Hanya tali tangsi je yang paling menepati, tapi harga bukan 20 sen. Beberapa lagi barang lain difikirkan tapi masih tak berjaya menepati harga 20 sen.

Si budak tu pun keluarlah kedai dengan kegagalan mendapatkan Tasen 20 sen. Masih menggenggam syiling 20 sen.

Abang tu datang, "Mana Tasen tu?"
Si budak, "Tiada dijual." Itulah konklusi yang boleh dinoktahkan.
Si abang, "Aik, banyaknya tu dijual. Kau tau ka juga Tasen ni yang mana satu?"

Masuklah si budak semula ke kedai tu, ditemani oleh abang tu. Ok, diambilnya la KEROPOK TASEN dan ditunjukkan kat budak tu. "Inilah Tasen."

Pak cik tadi tu gelak, "Owh keropok kah? Ingatkan tangsi atau apa tadi. Cakaplah keropok Tasen."

Tak tau la mana budak tu nak letak kemaluan time tu. Malu, malu, malu ok! Pengajaran kepada si budak, jangan pandai makan keropok je, belajar nama keropok jugak. Hoho... Abang tu pun bermasalah, kan senang kalau pergi beli sendiri je. Haha~


*******
Watak si budak telah dilakonkan secara realitinya oleh Ezwan Amrin, sewaktu berstatus Darjah 2.
Akulah budak innocent tu! :p

Boleh dikira Loser jugak la sebab nama keropok Tasen yang feymes di kalangan budak-budak masa tu pun aku tak tau. Huhu...

Inilah kisah keropok yang aku takkan lupa sampai mati kot! Malu wei... Keropok-keropok Tasen tu pun kalau boleh bernyawa, memang gelak beramai-ramai kat aku. Tasen oh Tasen! Nasib baik kau sedap!




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kisah Bawah Bayu