Klik Untuk Tawaran Hebat!

...................................................................................................

Sunday, April 29, 2012

Versus (TV9) - Minggu Ketiga


Kali ni aku share gambar yang aku ambil sepanjang konsert Versus TV9 pada Jumaat lepas. 'Rombongan' kitorang ramai sikit kali ni. Nasib baik still tak crowded, so dapat tengok kat depan sikit. Minggu ketiga ni bertemakan lagu Alleycats. Bagi aku, persembahan Black & Parallax paling best minggu ni!

Ni tengah tunggu lif, nak naik kat panggung MBO. Plan nak tonton The Avengers lepas Versus tapi apakan daya, seat belakang dah full, so kitorang cancel untuk tonton movie. Takpelah, aku dah tengok pun. 

Hujan dengan lagu Beribu Batu.
Aku tertarik dengan lighting persembahan diorang ni.

Go Gerila! dengan lagu Andaiku Pergi Dulu.
Suara Aizat tak berapa clear-lah.

Sofazr dengan lagu Seribu Bintang.
Persembahan diorang minggu ni biasa-biasa saja.

Black & Parallax dengan lagu Hingga Akhir Nanti.

Persembahan Black & Parallax memang mantap minggu ni. Suara Black cukup power!

6ixth Sense dengan lagu Kau & Aku.

Persembahan 6ixth Sense pun best gak. Ni tengah dengar komen juri.

Juri yang duduk kat belakang penonton.

Tak sesak pun tempat ni, tu yang sempat kitorang ambil gambar.

Aku dengan member tempat kerja, diorang ni staf factory sebelah.

Fokus sungguh diorang ni, kan?

Ok, konsert habis. Jumpa di minggu hadapan.  :)



*Kalau nak imej lebih jelas, klik saja gambar-gambar tu. 






Saturday, April 28, 2012

The Cabin In The Woods



The Cabin In The Woods bukan filem horror thriller yang biasa, filem ni sangat unik & sure style. Penceritaannya lain dari yang lain, tidak tipikal seperti movie horror atau thriller yang sebelum-sebelum ni. Kelainan plot filem ni membuatkan ia adalah antara BEST movie tahun 2012. Seriously syok!


Lima pelajar kolej - Dana (Kristen Connolly), Curt (Chris Hemsworth), Jules (Anna Hutchison), Marty (Fran Kranz), & Holden (Jesse Williams), bercuti ke satu kawasan hutan, dan diorang stay dalam satu kabin yang misteri. Percutian diorang diperhatikan oleh satu fasiliti industri melalui hidden cameras, yang diketuai oleh Sitterson (Richard Jenkins) & Hadley (Bradley Whitford). Fasiliti ni sebenarnya merancang untuk membunuh kesemua pelajar tersebut satu-persatu, atas tujuan ritual. Upacara ritual moden ni dilakukan di kebanyakan negara dunia, dan lima pelajar tu tak bernasib baik sebab terpilih menjadi antara sasaran korban. 


Dengan kecanggihan teknologi, fasiliti ni mampu mengawal persekitaran hutan itu termasuklah membebaskan dadah ke dalam udara semata-mata untuk memanipulasi pemikiran pelajar-pelajar tersebut. Malah fasiliti itu juga mampu membebaskan benda lebih teruk dan di situlah bermulanya adegan yang mampu menggugurkan jantung anda. 


Kalau nak tahu apa 'benda' yang dibebaskan & betapa terancamnya kelima pelajar tersebut dek kawalan fasiliti yang kejam tu, korang kena tonton sendiri. Kalau aku cerita lebih, jadi tak saspen nanti sebab kekuatan filem ni adalah plot penceritaannya yang di luar jangkaan. Penonton takkan terduga dengan flow cerita, sehingga ada satu scene tu, mati-mati kitorang ingatkan cerita dah nak abis, tapi tak sangka rupanya panjang lagi & makin mendebarkan.



Kenapa aku cakap filem ni unik? Sebab 'macam-macam ada' dalam cerita ni. Walaupun genre utama adalah horror thriller, tapi genre humor, science fiction, & fantasy pun ada dimasukkan. 

Mula-mula tu ada 2 part yang sangat kontra (seram & jenaka) silih berganti. First, unsur seram & mencemaskan di dalam adegan yang melibatkan kelima pelajar tu, iaitu bagaimana diorang menyelamatkan diri daripada ancaman-ancaman pelik di dalam kabin & hutan tersebut.



Second, unsur-unsur humor diselitkan dalam adegan kat fasiliti, iaitu bagaimana staf-staf fasiliti mengawal persekitaran hutan tersebut. Perangai & reaksi staf-staf fasiliti tu cukup menggelikan hati. Senang cakap, kekejaman dijenakakan.

Jadi perasaan kita yang menonton pun bersilih ganti, bila masuk adegan pelajar-pelajar tu, rasa seram tu datang, then bila masuk adegan dalam fasiliti, rasa seram bertukar kepada kelakar.

Masa adegan pertama start, iaitu lepas advertisement semua, aku keliru sebab apasal scene awal-awal tu macam cerita kelakar. Aku siap tanya member sebelah lagi, "Kita ni tak salah masuk panggung ker?" Haha~ 


Bagi aku, filem ni membawa cerita horror atau thriller ke satu dimensi yang baru, tidak tipikal seperti kebanyakan filem lain. Plot penceritaan yang unik tu memang berjaya memantapkan filem ni. Aku bagi score 8.5/10 untuk The Cabin In The Woods.





Wednesday, April 25, 2012

Sem 3 - Biotechnology Family Day 2009



Kali ni nak share banyak gambar sikit, kenangan masa Semester 3 zaman study dulu. Time tu aku 2nd year & batch kitorang yang kena anjurkan Family Day, program course setiap tahun. Kitorang buat aktiviti ni di Pantai Karambunai, selama sehari (25.07.2009), pagi sampai malam. Malam tu memang semua balik kepenatan, tapi yang penting enjoy. Tujuan utamanya adalah untuk merapatkan hubungan antara junior & senior.


The Green Activators.
Inilah batch aku, penganjur program yang kena pakai baju hijau.

Men From Nowhere.
Gaya je lebih. Hehe~

Banner untuk Family Day ni.

Awal pagi kena buat senaman dulu, barulah fresh.

Ice breaking.
Senior jadi fasilitator kepada junior. Entahlah apa yang diorang bincang.
Jangan bincang pasal study sudah.

Senior dengan junior. Happy ya semua~

Ni pendatang dari planet mana pula ni? Ni baru namanya recycle papers. Hehe~

Petang pula buat pertandingan tarik tali. Kena bagi diorang kotor-kotor sikit.

Lepas tu, ada yang main Banana Boat. Best naik boat ni, lagi best bila bot terbalik!

Santai-santai di petang hari.

BBQ. Kipas kuat lagi! Hehe~

Senior + Junior + pokok + pasir + everything you can see

Malam buat bulatan, then dinner, kongsi pengalaman, tegur-teguran,
dan paling penting kenakan Birthday Boys & Girls

Inilah Birthday Boys & Girls yang berjaya dikenakan.
Fuyoo, sambut birthday pakai kain sarung... :p


Alhamdulillah, Biotechnology Family Day 2009 ni berjalan lancar & memang sangat happening. Rindu dengan semua coursemate. Semoga semuanya berjaya dalam menghadapi hari-hari mendatang. InsyaAllah~





Saturday, April 21, 2012

Resident Evil 6 - Preview #2



Resident Evil 6 akhirnya diawalkan untuk release, baguslah Capcom ni. Sebelum ni plan nak release bulan November 2012, sekarang dah dijadualkan pada Oktober 2012 pula, memang cukup memuaskan hatiku. :)


Resident Evil 6 - Second Official Trailer


Kali ni dalam Second Trailer, diorang dedahkan profil kesemua 6 karakter utama dalam game RE6. Ada 3 pasangan karakter & setiap pasangan akan merentasi perjalanan yang berbeza dalam RE6. Kalau anda ni kaki game apatah lagi peminat Resident Evil, jom berkenalan dengan kesemua karakter.


Chris Redfield & Piers Nivans

Ni first game Chris Redfield bergandingan dengan lelaki sebab game-game sebelum ni, partner dia semua ladies. Chris Redfield adalah karakter utama Resident Evil 1 (1996) & Resident Evil 5 (2009). RE1 aku tak pernah main tapi RE5 memang aku ketagih main masa kat UMS dulu. 

Chris Redfield sekarang adalah kapten Bioterrorism Security Assessment Alliance (B.S.A.A), dan Piers Nivans ni pula salah seorang member B.S.A.A.  Piers Nivans ni adalah sniper, dan dikenali sebagai "the man who never miss a target" disebabkan tumpuan dan ketepatannya. Tapi kalau kita main nanti, tembak zombie pun tak pass, tak guna jugak gelaran dia tu. Haha~


Leon S. Kennedy & Helena Harper

Leon S. Kennedy muncul kembali setelah 8 tahun hilang di mata gamers. Last sekali dia muncul dalam Resident Evil 4 (2005). Tapi aku dah start play as him masa aku Form 1, tahun 2001 dulu, dalam game Resident Evil 2 (1998). Game RE dulu seram giler, meremang main tengah-tengah malam, tapi still main juga sebab dah gila nak bunuh zombie. Hehe~

Leon adalah seorang polis dalam RE2, then ditugaskan untuk menyelamatkan anak perempuan Presiden US dalam RE4. Dalam RE6 ni pula masih tak jelas misi si Leon ni. Dia digandingkan dengan karakter baru, Helena Harper, seorang ejen bagi agensi rahsia tentera. Ni juga first game yang menggandingkan dua hero veteran RE, Chris Redfield & Leon S. Kennedy. So, memang mengujakan!


Jake Muller & Sherry Birkin

Kedua-dua karakter ni mulanya dirahsiakan, then sekarang dah didedahkan. Jake Muller adalah anak kepada Albert Wesker manakala Sherry Birkin pula adalah anak kepada William Birkin. Kebetulannya, ayah diorang, iaitu Wesker dan William adalah saintis Umbrella Corporation yang pernah berkawan rapat dan seterusnya bermusuh. 

Albert Wesker adalah musuh sepanjang zaman RE yang akhirnya mampus dalam game RE5, ditewaskan oleh Chris Redfield. Tak sangka pula Wesker ni ada zuriat. Jake Muller yang ditinggalkan oleh Wesker telah bekerja sebagai mercenary untuk menyara ibunya. Dalam game ni, Jake terperangkap dalam satu serangan Bioterrorism dan seterusnya menemukan dia dengan ejen kerajaan US, Sherry Birkin.

Albert Wesker

Sherry Birkin dah start muncul dalam RE2, tapi masa tu dia budak kecik lagi. Ada sekejap play as her dalam RE2. Time tu, dia diselamatkan oleh Leon S. Kennedy dan Claire Redfield (adik perempuan Chris). Masa tu ayah dia, William Birkin dah bermutasi menjadi G, boss untuk game RE2. Susah gak lawan William @ G ni, ada 5 peringkat nak kena kalahkan.

G: Peringkat 1 hingga 5
(Mutasi akibat suntikan G-Virus)

Jadi, RE6 ni memuatkan 3 karakter lama & 3 karakter baru. Setiap karakter lama berpasangan dengan karakter baru. Fuh, tak sabar dah ni nak menghancurkan zombie.

Wajah lama diorang.
Chris Redfield (RE1), Leon S. Kennedy (RE2) & Sherry Birkin (RE2)





Versus (TV9) - Minggu Kedua



Assalamualaikum & salam sejahtera~

Baru je balik dari menonton Versus secara live kat Space U8, Shah Alam. Fuh, first time tengok music band main secara live & secara dekat, kena lagi dengan sound system yang memang gila-gila mantap, memang sungguh mengujakan. Excited & sangat puas hati tengok persembahan kesemua band yang sangatlah bertenaga. Mantap!

Aku pergi dengan dua orang housemates aku, Edi & Ammar. Ammar memang dah ada kat sana since dia jadi auditor untuk keputusan Versus tu. Aku dengan Edi datang selepas kitorang habis kerja, walaupun penat, sanggup gak datang. Padahal, esok kitorang kerja jugak. Penat pun penatlah, yang penting puas hati!

Aku dengan Ammar, orang kuat MediaPrima. 

Aku dengan Edi, berlatarbelakangkan pentas Versus. Kat belakang tu pengacara, Aidid & Hunny

Inilah 20 minit pertama yang korang tengok kat TV, Battle between Hujan & 6ixth Sense. Actually 20 minit pertama tu dah direkod awal, kitorang yang ada depan stage time tu siap kena ajar lagi camna nak shout & bagi tepukan.

Lepas dah habis recording tu, kitorang lepak luar kejap. Sempatlah juga ambil gambar dengan band Parallax (Meet Uncle Hussain). Yang paling tinggi tu adalah Taja, ala, orang yang cipta 'Lagu Untukmu' tu. Diorang ni mesra gak, bagus! Owh, yang baju biru tu orang biasa-biasa je. Hehe~

Dekat bawah ni adalah gambar-gambar time live yang sebenar, tapi gambar tak clear sangat. Semua persembahan best, aku paling suka 3 persembahan, iaitu Sofazr (Hidup Sederhana -Basikal Tua-), 6ixth Sense (Warisan), dan Hujan (Toyol).

Sofazr dengan lagu Hidup Sederhana (Basikal Tua). Persembahan pembukaan yang sangat energetic! Tak sangka Sofazr boleh perform dengan mantap camtu. Well done!

Go Gerila!, band yang disertai oleh Aizat. Time ni diorang tengah dengar komen judges.

Black & Parallax dengan lagu Merisik Khabar. Memang lagu tu diubah habis. Suara Black sangat power tapi lagu yang diubah tu macam dah kurang feel, pada pendapat akulah.

Best giler tengok performance 6ixth Sense dengan lagu Warisan. Enjoy tengok si vokalis yang begitu bertenaga, dia siap melompat-lompat lagi sepanjang persembahan. Best-lah~

Hujan yang sangat perform dengan lagu Toyol. Persembahan penutup yang power! Gubahan lagu Toyol tu dah jadi macam lagu ciptaan diorang, bak kata juri. Btw, Noh Hujan memang sporting habis.

Apapun, aku cukup penat menyumbangkan suara sebagai penonton. Haha~



*Kalau nak imej lebih jelas, klik saja gambar-gambar tu.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kisah Bawah Bayu