Klik Untuk Tawaran Hebat!

Sunday, June 23, 2013

Pulau Manukan & Mamutik


Kota Kinabalu kaya dengan pantai dan pulau kecil yang sesuai untuk kita beriadah beramai-ramai. Entri kali ni aku nak story pasal pulau-pulau kecil tersebut. Hendak berkelah dan bersantai bersama keluarga atau kawan-kawan, kat situ memang sesuai. Pulau-pulau tu tak jauh sangat, dalam15-20 minit dari bandar KK.

Dekat KK, ada pakej untuk pergi 1 hingga 3 pulau dalam sehari; Pulau Manukan, Pulau Mamutik & Pulau Sapi. Kalau pakej 1 hingga 2 pulau, korang boleh pilih which island yang korang nak pergi. Masa tu, kitorang ambik pakej 2 pulau; kitorang pilih Pulau Manukan & Mamutik. Pulau Manukan luas dan cantik. Pulau Mamutik pula best untuk snorkeling.

Ini cost per head kitorang masa tu:
Tambang bot untuk 2 pulau (pulang balik) = RM 30
Bayaran jeti = RM 3.60
Tiket masuk kesemua pulau = RM 3
Sewa goggle + life jacket (snorkeling) = RM 15
Jumlah kos = RM 51.60 per head

*Kos bergantung kepada tawar-menawar anda  :)

Booking kat jeti Jesselton Point. Kitorang pilih untuk memijakkan kaki ke Pulau Manukan dulu. Boleh pilih which island you want to go first.



Pulau Manukan

Pulau Manukan memang nyaman dan cantik!

Serius enjoy, nak berenang pun best!

Fuuuh, nikmat sungguh, dengan angin yang sepoi-sepoi bahasa.

Santai relakskan mental & fizikal.



Parasailing

Price for double parasailing = RM 140, meaning that RM 70 per head.
*Ni aktiviti tambahan, kalau nak main. Kena pandai tawar-menawar gak.

Ada banyak aktiviti disediakan kalau korang nak main, tapi kena tambah duit sikitlah. Member nak main parasailing, so aku follow diorang untuk snap their pictures. Tengok diorang kat atas tinggi melangit tu, memang best! Siap bot tarik masuk air lagi. Haha... Diorang cakap parasailing tu syok!



Pulau Mamutik

Pulau Mamutik sesuai untuk aktiviti snorkeling, jumpa macam-macam ikan, dengan pelbagai warna. Tapi lagi syok kalau ada waterproof camera. Ehem, dinasihatkan untuk pergi ke pulau ni di waktu pagi sebab waktu petang pantai dah surut. Masa tu kitorang sampai dalam pukul 2 pm, pantai dah mula surut. Snorkeling kejap, then dalam 2.50 pm, diorang dah tak bagi snorkeling. Bila pantai dah surut, kita dengan tak sengajanya akan menjadi 'pengganas' terhadap terumbu karang. Huhu...




Comments
16 Comments

16 comments:

  1. Suka part yg parasailing...dulu g langkawi tak sempat nk naik, view dia pun indah jer, damai...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy pn x naik lg...hehe...malas nk naik ari tu, next time la kot...member ckp msa kt atas tu, syok sbb tenang n xde bunyi kacau...bunyi bot pn x dgr.. :)

      Delete
  2. Gilaa ini sangat best!! Dari duu lagi mmg teringin sgt nak pergi Sabah. Man I love the islands there!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...jom la dtg Sabah...tunai kn keinginan tu kalau ada peluang... :)

      Delete
  3. Assalam. Good info. Kt pulau mane leh parasailing tu? In shaa Allah akn ke sane hjg thn ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. parasailing tu ade kt ketiga2 pulau rasanye...sbb diorang akan bawa berlegar2 kt sekeliling pulau2 tu jugak... Tapi masa tu, member nego parasailing kt pulau manukan...

      Delete
  4. Memang best la..penah tgk kwn pegi...huhu.puas ke pegi sehari je

    ReplyDelete
    Replies
    1. best utk santai2 kn diri...rasanye sehari dah cukup puas sbb pulau2 tu x besar sgt...

      Delete
  5. Mcm mana mahu hubungi kamu? Ada telefon nombor?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hubungi saya di talian 0133104355 zaid, sy mahu booking pakej ke manukan utk 6 org

      Delete
    2. Kitorang pegi hari tu x booking pn, terus beli tiket kt jeti...sbb kt sana byk bot... Terus pegi Jesselton Point & beli pakej kt situ...

      Delete
  6. parasailing tu rm70 per person ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. That time, kitorang dapat price RM70 per person urk double parasailing, means 2 org naik sekali...tapi kalau sorang saja naik (single), price jd mahal sikit, tak ingat berapa...

      Delete
  7. Salam... nak tanye.. bergerak dari jeti kul berapa eh time ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. depend dgn time korang beli tiket... pukul 8am camtu rasanye kaunter tiket dah bukak. Lepas beli tiket, tunggu dalam 10-15 min bot datang ambik. Kadang lepas beli terus bole naik bot.... Macam kita beli tiket bas la, nak pegi destinasi tu, beli tiket time tu jugak... :)

      Delete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kisah Bawah Bayu