Sunday, April 1, 2012

The Hunger Games [2012]



Semalam aku menonton 2 movie, Wrath of The Titans & The Hunger Games kat panggung. Tapi Wrath of The Titans tu aku terlepas hampir 30 minit pertama, so aku tak jelas sangat the whole story. The Hunger Games pula aku tonton time midnight dan durasi movie tu memang panjang, 2 jam 23 minit. The Hunger Games bagi aku best dan aku nak buat review pasal movie ni.

Poster filem : The Hunger Games

The Hunger Games adalah filem bergenre fiksyen sains / aksi / drama yang diadaptasi daripada novel dengan tajuk yang sama. Bila adaptasi daripada novel, biasanya durasi filem jadi panjang macam siri Harry Potter, Twilight, Lord of The Rings dan lain-lain lagi. 

Novel : The Hunger Games

Bagi filem yang bergenre drama, emosi watak-watak dalam cerita tu amat dipentingkan. Pembuat filem mesti nak penonton merasai dan menghayati emosi yang dialami watak. Itu apa yang aku faham dengan genre drama. Lagipun, filem ni adaptasi daripada novel, jadi emosi watak semasa kita membaca novel harus diterjemahkan dengan baik dalam filem. Jangan mengharap ia hanya filem aksi semata-mata kerana jika itu yang anda harapkan, anda akan tension bila tonton nanti. Kebanyakan scenes yang mana watak berada dalam emosi nervous, sakit, marah, sayang, atau sedih dipanjangkan, but it is common for drama film actually.


Aku dah ulas genre filem, sekarang aku cerita sinopsis sikit. Filem ni berlatar masa ke hadapan (future) yang bertempat di sebuah negara bernama Panem. Di situ, terdapat sebuah pusat, Capitol yang kaya raya, iaitu ibu kota Panem. Ibu kota ni dikelilingi oleh 12 District yang miskin. Sebagai hukuman kepada pemberontakan terhadap Capitol dulu sehingga memusnahkan District-13, Capitol telah membuat satu event  iaitu Hunger Games. Seorang remaja lelaki dan perempuan dari setiap District yang berumur di antara 12 hingga 18 tahun akan dipilih secara rawak dan dikumpulkan dalam satu kawasan. Diorang kena berlawan antara satu sama lain sehingga seorang yang tinggal hidup. Itulah pengajaran kejam yang diberikan oleh Capitol.

Hunger Games yang menjadi realiti TV show kepada semua penduduk Panem

Katniss Everdeen, seorang remaja 16 tahun secara sukarela mewakili District-12 untuk Hunger Games bagi menggantikan adik perempuannya. Peserta lelaki dari District-12 pula adalah Peeta Mellark, anak seorang baker dan pernah memberi roti kepada Katniss semasa dia kebuluran. Diorang berdua dibawa ke Capitol dan kesemua peserta dilatih untuk Hunger Games. Ok, macam biasa, kalau nak tahu apa yang berlaku selepas diorang sampai ke Capitol dan apa yang terjadi semasa permainan kejam tu berlaku, yang tu kena tonton sendirilah. 

Katniss yang sangat mahir dalam berburu dan memanah

Katniss diperkenalkan setelah secara sukarela menyertai Hunger Games

Seperti aku cakap tadi, filem ni banyak bermain dengan perasaan dan emosi watak-watak terutama karekter utama. Juga ditunjukkan dengan jelas perasaan penduduk-penduduk Districts yang tertindas dan kepuasan serta keseronokan penduduk Capitol yang menonton permainan tersebut.

Para peserta setiap District dilatih dan diberi tips oleh mentor dan orang tertentu

Setiap peserta dipromosikan kepada penonton sebelum permainan bermula

Aksi-aksi dalam movie ni boleh tahan dan Hunger Games itu sendiri memang cukup mencemaskan. Walaupun ia midnight, tapi aku tak mengantuk langsung time tonton. Cerita yang hampir sama dengan cerita ni adalah filem jepun Battle Royale (2000) yang turut diadaptasi daripada novel dan juga telah dikomikkan.

Sebenarnya novel The Hunger Games (diterbitkan 2008 & ditulis oleh Suzanne Collins) telah dikritik kerana sangat menyamai novel Battle Royale (terbitan 1999 & ditulis oleh Koushun Takami). Based on the movie, memang sangat serupa tapi still Battle Royale lagi best, lebih mencemaskan dan lebih dramatik.

Katniss dan Peeta semasa sesi latihan

Peserta dari district lain yang obses dengan Hunger Games dan masing-masing mempunyai kemahiran sendiri 

Pelakon utama filem ni muda-muda lagi dan baru naik. Watak utama Katniss Everdeen dilakonkan oleh Jennifer Lawrence (X-Men: First Class, 2011). Ala, yang berlakon sebagai Mystique dalam X-Men: First Class tu. Anyway, pompuan ni memang lawa. Hehe~ Watak Peeta Mellark pula dilakonkan oleh Josh Hutcherson (Journey 2: The Mysterious Island, 2012). Siapa pernah tengok cerita Zathura, tahun 2005? Si Josh nilah pelakon kanak-kanak cerita tu tapi sekarang dah besar panjang. Tapi tak sangka, time tu macam kecik sangat, sekarang dah besar. Yalah, 7 tahun lepas pula, kan? Watak Gale Hawthorne dilakonkan oleh Liam Hemsworth (The Last Song, 2010).

Lelaki ni adalah Gale, kawan baik kepada Katniss semasa di District-12

The Hunger Games ni adalah filem trilogi, means ada dua filem lagi. Next sequel untuk trilogi ni adalah Catching Fire yang dijadualkan release pada November 2013. Ketiga-tiga pelakon tu pun dah sign kontrak untuk kesemua movie. Ok, untuk filem The Hunger Games ni, aku bagi rating 8.5/10. Best!!!



Comments
3 Comments

3 comments:

  1. Waa ramai review cite the hunger games nie best..Emm xsempat lagi nk tgk cite nie..Mesti kene tgk nie :)

    ReplyDelete
  2. bestnye ada archery lagi tu...
    nak tengok.. nak tengok..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...