Saturday, April 21, 2012

Resident Evil 6 - Preview #2



Resident Evil 6 akhirnya diawalkan untuk release, baguslah Capcom ni. Sebelum ni plan nak release bulan November 2012, sekarang dah dijadualkan pada Oktober 2012 pula, memang cukup memuaskan hatiku. :)


Resident Evil 6 - Second Official Trailer


Kali ni dalam Second Trailer, diorang dedahkan profil kesemua 6 karakter utama dalam game RE6. Ada 3 pasangan karakter & setiap pasangan akan merentasi perjalanan yang berbeza dalam RE6. Kalau anda ni kaki game apatah lagi peminat Resident Evil, jom berkenalan dengan kesemua karakter.


Chris Redfield & Piers Nivans

Ni first game Chris Redfield bergandingan dengan lelaki sebab game-game sebelum ni, partner dia semua ladies. Chris Redfield adalah karakter utama Resident Evil 1 (1996) & Resident Evil 5 (2009). RE1 aku tak pernah main tapi RE5 memang aku ketagih main masa kat UMS dulu. 

Chris Redfield sekarang adalah kapten Bioterrorism Security Assessment Alliance (B.S.A.A), dan Piers Nivans ni pula salah seorang member B.S.A.A.  Piers Nivans ni adalah sniper, dan dikenali sebagai "the man who never miss a target" disebabkan tumpuan dan ketepatannya. Tapi kalau kita main nanti, tembak zombie pun tak pass, tak guna jugak gelaran dia tu. Haha~


Leon S. Kennedy & Helena Harper

Leon S. Kennedy muncul kembali setelah 8 tahun hilang di mata gamers. Last sekali dia muncul dalam Resident Evil 4 (2005). Tapi aku dah start play as him masa aku Form 1, tahun 2001 dulu, dalam game Resident Evil 2 (1998). Game RE dulu seram giler, meremang main tengah-tengah malam, tapi still main juga sebab dah gila nak bunuh zombie. Hehe~

Leon adalah seorang polis dalam RE2, then ditugaskan untuk menyelamatkan anak perempuan Presiden US dalam RE4. Dalam RE6 ni pula masih tak jelas misi si Leon ni. Dia digandingkan dengan karakter baru, Helena Harper, seorang ejen bagi agensi rahsia tentera. Ni juga first game yang menggandingkan dua hero veteran RE, Chris Redfield & Leon S. Kennedy. So, memang mengujakan!


Jake Muller & Sherry Birkin

Kedua-dua karakter ni mulanya dirahsiakan, then sekarang dah didedahkan. Jake Muller adalah anak kepada Albert Wesker manakala Sherry Birkin pula adalah anak kepada William Birkin. Kebetulannya, ayah diorang, iaitu Wesker dan William adalah saintis Umbrella Corporation yang pernah berkawan rapat dan seterusnya bermusuh. 

Albert Wesker adalah musuh sepanjang zaman RE yang akhirnya mampus dalam game RE5, ditewaskan oleh Chris Redfield. Tak sangka pula Wesker ni ada zuriat. Jake Muller yang ditinggalkan oleh Wesker telah bekerja sebagai mercenary untuk menyara ibunya. Dalam game ni, Jake terperangkap dalam satu serangan Bioterrorism dan seterusnya menemukan dia dengan ejen kerajaan US, Sherry Birkin.

Albert Wesker

Sherry Birkin dah start muncul dalam RE2, tapi masa tu dia budak kecik lagi. Ada sekejap play as her dalam RE2. Time tu, dia diselamatkan oleh Leon S. Kennedy dan Claire Redfield (adik perempuan Chris). Masa tu ayah dia, William Birkin dah bermutasi menjadi G, boss untuk game RE2. Susah gak lawan William @ G ni, ada 5 peringkat nak kena kalahkan.

G: Peringkat 1 hingga 5
(Mutasi akibat suntikan G-Virus)

Jadi, RE6 ni memuatkan 3 karakter lama & 3 karakter baru. Setiap karakter lama berpasangan dengan karakter baru. Fuh, tak sabar dah ni nak menghancurkan zombie.

Wajah lama diorang.
Chris Redfield (RE1), Leon S. Kennedy (RE2) & Sherry Birkin (RE2)





Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...