Klik Untuk Tawaran Hebat!

Sunday, April 15, 2012

Battleship [2012]



Battleship ni mengisahkan peperangan atau pertarungan di antara armada tentera laut dengan makhluk asing yang dikenali sebagai The Regents. The Regents mempunyai teknologi yang canggih dan kapal perang yang lebih besar. The Regents ni datang ke Bumi sebab nak bina sumber tenaga di dalam lautan. Pada masa itulah armada tentera laut bertembung dengan The Regents ni. Tentera laut of course-lah kena fight dan tentang habis-habisan alien ni, save the Earth-lah katakan.


Alex Hopper (Taylor Kitsch) adalah seorang tentera laut yang berbakat tetapi kurang berdisiplin. Dia telah dipaksa oleh abang dia, Stone Hopper (Alexander Skarsgard) untuk masuk navy. Alex Hopper ni juga dah jatuh cinta dengan Samantha (Brooklyn Decker), iaitu anak kepada Admiral Shane (Liam Neeson). Admiral Shane ni pula tak suka Hopper ni since dia kurang berdisiplin. Jadi, cerita selanjutnya, kenalah follow sendiri ya.


Cerita ni lain sikit daripada filem-filem penentangan alien yang lain. Biasanya, penentangan alien dalam filem lain berlaku di daratan dan melibatkan ketenteraan darat dan udara seperti penggunaan jet pejuang, kereta kebal, dan sebagainya. Filem Battleship ni pula memfokuskan pertarungan di atas lautan dan di situlah kekuatan filem ni. Aksi-aksi di bahagian klimaks berjaya mengujakan aku, pertarungan diorang masa tu memang boleh tahan.



Harapan aku tinggi untuk filem ni tapi sedikit kecewa sebenarnya. Hurm, mungkin juga sebab aku letak harapan tinggi sangat. Seriously, aku start teruja selepas dah hampir sejam suku tengok. Scenes time tu baru aku rasa best. Minit-minit sebelum tu bagi aku biasa-biasa saja, nothing special.


Detik-detik mencemaskan dalam filem ni kurang mencemaskan penonton, adegan sangat boleh dijangka. Adegan drama dia pun kurang menyentuh perasaan. Lakonan Rihanna bagi aku tak berapa jadi, mungkin sebab dia baru lagi dalam bidang lakonan. Untuk filem besar camni, better cari orang yang betul-betul boleh bawa watak, bukan pilih dengan tujuan untuk lariskan filem saja. 


CGI efek pun tak setanding dengan filem-filem blockbuster yang lain, contohnya Transformers. Aliens tu tak berapa real sangat, nampak seperti dalam trailer video game. Itu apa yang aku perasanlah sebab aku pun bukan tau sangat pasal CGI ni semua. 


Tak baik juga aku komen lebih-lebih, ker memang aku dah terlebih komen? Sorry kalau rosakkan mood anda untuk tonton Battleship lepas baca ulasan panjang lebar aku ni. Ini hanya pendapat aku, orang lain ada pendapat diorang masing-masing. Rating yang aku bagi untuk Battleship adalah 6/10. Selamat menonton!



Comments
6 Comments

6 comments:

  1. tq sebab jemput sy bace nukilan psal filem nie..terbaik... jgn lupe follow sy..
    http://akulahyansempoi.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. mujur datang ke laman pesona. Wow hebat ni..

    ReplyDelete
  3. masa aku tgk thriller, aku mati2 ingatkan transformer. patut pun xda optimus prime LOL. tapi boring cerita ni. aku xrasa best

    ReplyDelete
  4. mmg actually x best sgat pn...ending mcm cerita budak2...haha....

    ReplyDelete
  5. kau tak sekalian ceritakan kalo di film ini menyebut nama malaysia.? keren tuh..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kisah Bawah Bayu