Klik Untuk Tawaran Hebat!

...................................................................................................

Saturday, July 21, 2012

Batman: The Dark Knight Rises [2012]



Batman berjaya mengekalkan impak kekuatannya sehingga filem ketiga, The Dark Knight Rises. The latest film ni boleh tahan hebatnya dengan filem-filem Batman sebelum ni (The Dark Knight trilogy). Aku bukan cakap sebab aku minat Batman, tapi aku cakap sebagai penonton yang tak jemu duduk menonton selama 2 jam lebih. I'm neutral ok~


As previous movies, filem ni tak tipikal & not straight to the point macam cerita superhero yang lain. Budak-budak pun sukar sikit nak faham sebab the plot is a bit complicated. It's not for you kids, you can watch the Batman cartoon only. Haha~ Gurau je ya adik-adik, but seriously yang ia sedikit berat untuk bebudak fahamkan. Since ia boleh dikategorikan as 'matured film', so of course aku sangat enjoy tonton.


Filem ni adalah 8 tahun lanjutan selepas filem The Dark Knight (2008). Masa ni, Gotham City dah berada dalam keadaan aman damai. Walaupun Commissioner Jim Gordon (Gary Oldman) berjaya mengurangkan jenayah di bawah Akta Dent, dia tetap rasa bersalah terhadap penipuannya tentang jenayah Harvey Dent (rujuk The Dark Knight).


Batman (Christian Bale) pula telah menghilangkan diri selama 8 tahun, manakala Bruce Wayne pula hanya mengurungkan diri dalam Wayne Manor (dia rasa bersalah atas insiden dalam The Dark Knight). Walaupun Batman diburu oleh polis, namun seorang polis muda, John Blake (Joseph Gordon-Levitt) percaya yang Batman telah menyelamatkan Gotham City & khidmat Batman diperlukan.


Kemunculan sekumpulan pengganas, diketuai oleh Bane (Tom Hardy) yang mengancam ketenteraman Gotham City telah memotivasikan Batman untuk muncul semula menyelamatkan keadaan. Dengan mengharapkan bantuan daripada cat burglar, Selina Kyle (Anne Hathaway), Batman berusaha sedaya-upaya untuk menghalang Bane. So, mampukah Batman berhadapan dengan pelbagai halangan: Masalah dalamannya, polis yang tak henti memburunya & ancaman pengganas terhadap Gotham City? Korang follow-lah sendiri ye, bukan korang bagi aku duit pun kalau aku story. Ok, just joke~


Filem ni banyak berkesinambungan dengan 1st & 2nd films, so korang kena buat revision sebelum tengok. Ada gak flashback untuk part-part sebelum ni tapi lambat sikitlah korang nak tangkap & terpaksa memerah otak untuk ingat balik. So, tahap best tu akan lagi tinggi bila korang dah pernah tonton kedua-dua filem sebelum ni & ingat sepenuhnya. Masa tonton pun, aku ingat-lupa juga cerita filem yang lama.


The film is full of conflict, macam-macam konflik timbul. Konflik dalaman karekter (terutamanya Batman) & konflik antara karekter diwujudkan dengan bagus. As I said, filem ni berkesinambungan, so beberapa konflik adalah lanjutan dari filem-filem sebelum ni, terutama masalah dalaman Bruce Wayne after the 2nd movie. Another thing, filem ni memang serious drama, takder nak joke-joke ya~


Then, setiap karekter difokuskan, I mean pendirian, sifat & landasan kepada tindakan karekter dihuraikan secara jelas dalam filem. "Kenapa dia buat macam tu? Kenapa motif dia begitu?" Jangan risau, jawapan kepada persoalan-persoalan ni takkan tergantung tanpa sebab kukuh. Boleh feel pendirian & pegangan karekter-karekter filem ni. That's another reason why I like Batman movies.


Genre filem adalah action thriller, so agak cemas juga tengok especially after half time. Aksi pun mantap; ada 2 kategori aksi utama: 1st-Aksi tumbuk terajang antara normal persons. Batman & Bane bukan ada superpower pun, they just normal human beings with high-skill of physical. Bane memang best, brutal habislah! Ciri-ciri dark Batman pula ditonjolkan dengan stylo melalui cara kemunculannya & pemilihan muzik yang sesuai untuk bagi kita lebih feel aura kegelapannya. 2nd-Aksi dengan kecanggihan teknologi kenderaan Batman, seriously yang ni pun sangat style!


Ada certain parts yang aku rasa tak puas sikit. Batman kurang muncul jika dibandingkan dengan Bruce Wayne, sebelum sampai part klimaks. Faham maksud aku, kan? Kadang time tonton, bermain-main gak di fikiran, "Bila Batman nak muncul lagi ni?" Lagi satu, Batman ni kan popular dengan gadget-gadget canggih, tapi dalam filem ni, gadget dia tak banyak ditunjukkan. 


Part klimaks memang membuatkan aku shock habis! Tak boleh cakap kat sini, nanti spoil. Btw, I love the ending. Pengolahan ending cerita membuatkan kita tertunggu-tunggu & tak sabar untuk tonton sequel-nya. Itupun kalau ada sebab dalam planning production, filem ketiga ni adalah conclusion kepada franchise ni. Haiya, please, please make a sequel for this Batman, tengok betapa terujanya aku. Laa, over pula~


Overall, aku berpuas hati dengan hero kelawar ni. Dengan cerita yang penuh konflik & plot penceritaan yang best, filem The Dark Knight Rises ni telah melengkapkan sebuah trilogi filem yang hebat! Filem The Dark Knight [2008] telah membuat rekod sendiri apabila menjadi filem dengan pungutan tertinggi dunia tahun 2008 ($ 1.002 billion), nasib filem ketiga ni pula macam mana? But it's not the point, yang penting cerita ni still best & deserve untuk aku bagi score 9.5/10. Nice work Batman!





Wednesday, July 18, 2012

Kuasa Handphone Yang Kita Tak Tahu



Kali ni aku share VERY USEFUL TIPS pasal handphone. Mungkin ramai yang tak tau "kehebatan" handphone yang kita pegang sekarang ni, yela korang punya handphone memang dah power & canggih, aku tau gak, tapi tips-tips ni mungkin korang tak tau lagi. Nah, means korang tak fully utilize lagi handphone tu.


Aku dapat emel from my boss pasal info ni, sharing is caring la katakan. So, aku pula nak share kepada korang, caring-kan aku (yucks, geli pula. Haha~). Actually, ni beberapa perkara yang handphone kita boleh buat di waktu saat genting atau grave emergencies. Your phone can actually be a life saver or an emergency tool for survival. Wah, macam mantap!



Tips Pertama - Kecemasan

The Emergency Number Worldwide for mobile is 112. Kalau kita berada dalam kawasan luar liputan rangkaian handphone kita & masa tu pula memang dah emergency tahap dewa, bolehlah korang try dail nombor 112, then mobile phone tu akan search mana-mana rangkaian (any existing network) untuk establish emergency number kepada kita. Yang best-nya, nombor 112 ni boleh didail walaupun mobile keypad is locked. Nice!

Kalau tersesat di dalam hutan, mungkin bolehlah try buat benda ni.
Kalau dapat , ok-lah. Kalau tak dapat, pandai-pandailah korang teruskan hidup (ayat jahat. Haha~)



Tips Kedua - Kunci Kereta Tertinggal Dalam Kereta Selepas Dah Kunci

Macam mana kalau kunci kereta tertinggal kat dalam kereta & spare keys pula kat rumah. So, apa cara yang mudah dalam situasi camni? Handphone boleh jadi penyelamat tau. Kita just call handphone orang di rumah. Then, kita kena hold our cell phone lebih kurang 1 kaki dari pintu kereta. Orang yang di rumah tadi perlu buat begini: dia kena dekatkan kunci kereta dengan bahagian hujung handphone-nya (maybe hujung tempat suara masuk), then press the unlock button of the car key. Kereta tadi akan unlock. Amazing, kan? So distance is no object. Beribu batu jauh pun, selagi orang lain ada 'remote' for our car, no problem man, buat je camni untuk unlock kereta. Cuba try!

Ok, kalau camni caranya lock kereta, jangan harap pakai handphone boleh unlock ye.



Tips Ketiga - Kuasa Bateri Yang Tersembunyi

Kalau time bateri kita dah nazak, mesti rasa tension-kan? Apatah lagi time tu ada hal penting. Tapi korang rilek dulu, tension bukan penyelesaiannya. Tak best-lah tension-tension, nanti cepat tua. Ok, sebelum ayat menyimpang, aku harus straight to the point. Korang boleh tingkatkan tenaga batin bateri bila ia dah lemah. Macam mana? Hurm, itu rahsia. Hehe~ terus mood korang out! Gurau je, just tekan *3370# handphone akan restart with this reserve & ia akan tunjukkan kenaikan sebanyak 50% dalam bateri. The reserve will be charged when we charge our mobile phone next time.





Tips Keempat - 'Matikan' Telefon Bimbit Yang Dicuri

Mula-mula, kena cek korang punya handphone's serial number dengan menekan *#06# dalam phone korang tu. Then, 15 digit code akan muncul pada paparan skrin. Nombor ni memang unik untuk setiap handphone, so kena tulis & simpan di tempat selamat. Jangan bagi orang lain tau, nak bagi tau gak, lantaklah. Nak ingat 15 nombor tu dalam kepala, bolehlah untuk yang genius tahap Einstein.

Bila phone kena curi, boleh call service provider & bagi dia 15 digit code tu. The service provider then boleh kasi block handphone kita, jadi walaupun si pencuri tukar SIM card, phone tu tetap tak boleh pakai, dah totally useless. Mungkin phone tu dah tak dapat balik, tapi sekurang-kurangnya kita tahu yang orang lain pun tak boleh pakai or jual balik phone tu. Kalau semua orang buat camni, memang no point orang curi handphone, boleh reduce kes kecurian handphone kot. Hehe~

Kalau ada kod yang boleh letupkan handphone, agak-agak ada tak orang yang berani nak curi handphone. Bukan just tak berani curi, kita pun dah tak berani pakai handphone. Takut woo~


p/s : Cuba-cubalah try sendiri, aku pun tak try lagi sebenarnya. Kalau tak jadi, jangan salahkan aku pula. Aku just share emel yang forwarded to me. But I think betul kot. :)





Sunday, July 15, 2012

Memilih Cinta Allah SWT



" If Allah is all you have, you have all you need "
" Loving Allah is the ultimate aim "


Cinta kepada Allah adalah cinta seagung-agungnya. Jom geng, mari kita sama-sama berusaha untuk memiliki cinta kepada-Nya. Jika kita memiliki cinta kepada Allah, ibaratnya kita telah memiliki segala-galanya.

Cinta sesama manusia tak mampu untuk dibandingkan cinta kepada Allah. Kejar cinta dunia tak sampai ke mana pun, last-last kembali kepada-Nya juga, kan? So, beringatlah wahai teman semua untuk terus mendekati-Nya, peringatan kepada diri hamba jugak.

Tapi ramai juga yang lebih memilih cinta manusia berbanding cinta kepada Allah. Lupakan cinta Ilahi, fokus cinta peribadi. Buat macam ni memang silap besarlah, sebab kita akan kehilangan segala-galanya. Allah boleh tarik je semua dalam sekelip mata. 

"You die, I die", aaahhh, nonsense, dalam movie bolehlah, dalam realiti, kena bagi pelempang sikit, kasi sedar agar tak hanyut dengan angan dunia semata (wo, kasar pulak). Kalau dah kecewa tahap gaban tu, kena beringat bahawa kita masih ada Allah. Sorry yer, aku gurau je pasal pelempang tu, sepatutnya kena bagi nasihat & dorongan secara terbaik. Hehe~

Apa-apapun, cinta kepada Allah tu harus jadi yang pertama & utama, barulah cinta sesama manusia mendapat keberkatan-Nya. Apabila ada pertembungan antara cinta kepada Allah dengan cinta kepada manusia, apa yang harus kita pilih? Of course-lah kena pilih cinta kepada Allah. First thing first!

Wallahualam~

( Sumber: Solusi Isu 42 )


# Selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak 1433H #




Saturday, July 7, 2012

The Amazing Spider-Man [2012]



Spider-Man kembali membuat sarang di seluruh dunia. Tapi lupakan Spider-Man yang lama & fokus kepada hero Spidey yang baru. Mesti korang dah tahu yang filem The Amazing Spider-Man ni bukan sambungan kepada trilogi Spider-Man sebelum ni, ianya adalah reboot dengan jalan cerita yang berlainan.


Agak menyedihkan jugak sebab aku memang minat gila-gila dengan Spider-Man lama tu, serius minat. Yalah, Spider-Man "Tobey Maguire" franchise tu memang best & dah famous habis, pastu tetiba stop & ganti dengan cerita baru. Mungkin ramai peminat Spider-Man "Tobey" kecewa (termasuk aku) & expect yang filem baru ni tak sehebat yang lama. Tapi after dah tonton, kekecewaan aku dah kurang sebab the new Spidey ni memang ada style tersendiri!


Ceritanya camni, Peter Parker ditinggalkan oleh mak ayahnya kepada Uncle Ben & Aunt May masa dia kecik. Ayah dia seorang saintis & parents dia pergi dengan meninggalkan satu misteri kepada Peter. Lepas tu, Peter yang dah membesar remaja (dia memang nerdy time ni) telah menjumpai beberapa dokumen ayahnya, yang mendedahkan kajian ayah dia dengan seorang saintis lain, iaitu Dr. Curt Connors.


Peter try untuk bertemu Dr. Connors kat Oscorp & time inilah dia menyelinap masuk ke sebuah lab yang menempatkan banyak genetically-modified spiders. Salah satu spider telah bite Peter and then, dia pun dapat abiliti super-spider. Di sekolah, nasib Peter turut berubah lepas tu. Pembuli Peter, iaitu Flash Thompson dah tak berani kacau dia & Peter pula makin dekat dengan Gwen Stacy, gadis idamannya.


Konflik utama mula berkembang apabila Peter memberikan Dr. Connors formula "decay rate algorithm" yang ditemui dalam fail ayah dia. Melalui eksperimen, Dr. Connors tanpa niat telah berubah menjadi Lizard yang ganas & yang paling teruk, dia ada tujuan besar untuk dunia. So, Spider-Man harus berhempas-pulas menghalang Lizard & pada masa yang sama, harus menjaga hubungannya dengan Gwen Stacy.


Aku puas hati dengan filem Spider-Man ni, memang ada kelainan & cara yang tersendiri. Walaupun plot berkembang agak slow sikit (maybe sebab pengenalan untuk the new Spidey), tapi perkembangan plot cerita ni agak baik. Cerita & pengisian pun tak berat, so boleh follow dengan mudah.


Adegan humor pun banyak & yang pasti, si Spidey baru ni lebih kelakar. Masa dia mula-mula dapat abiliti spider tu pun agak lawak, dengan gaya dia yang blur-blur tu, memang aku tergelak.


Babak drama yang menyentuh emosi ada diselitkan especially di penghujung cerita, honestly aku suka kalau part-part ni disentuh dengan lebih mendalam lagi. Btw, aku suka part drama masa ending cerita.


Aksi mantap, Spider VS Lizard. Serius super-stylo cara diorang fight, paling giler style adalah waktu aksi klimaks, awesome!


Hero & heroin pun best, aku suka tengok diorang berlakon sejak dalam filem-filem diorang yang sebelum ni.

Peter Parker / Spider-Man dilakonkan oleh Andrew Garfield [Boy A (2007)The Social Network, (2010)]. Dia memang pandai bawa watak nerd & blur-blur, so agak sesuai sebagai Peter Parker. Before ni, dalam Boy A dan Never Let Me Go (2010), watak dia pun budak yang lurus bendul jugak. 


Gwen Stacy pula dilakonkan oleh Emma Stone (Zombieland, 2009 & Easy A, 2010). Since dia memang best berlakon, cantik & senyumannya menawan (macam lirik lagu pula), so layaklah sebagai awek Spidey. Paling best tengok lakonan dia dalam Easy A, awek ni ada sense of humor yang tinggi sebenarnya, kalau nak tau.

Aku tengok diorang dua ni ada best chemistry, memang padan & sangat sesuai digandingkan. Kira macam best couple-lah gitu.


Overall, aku bagi bintang 8/10 untuk filem ni. Smart!





Tuesday, July 3, 2012

Prometheus [2012]



Pernah tonton filem Alien (1979)? Mungkin ramai tak pernah, yela ada yang belum lahir lagi time tu, kan? Dunia pun tak nampak lagi, ni kan pula nak tengok Alien. LOL~

Filem ni memang sangat popular dulu, sampai dah ada macam-macam sambungan termasuklah 2 filem Alien VS Predators (2004 & 2007). Aku pernah tengok filem Alien ni tapi sikit-sikit je, dulu kecik-kecik rasa takut giler nak tonton.


Tahun ni diorang cerita macam mana Alien tu wujud, melalui filem Prometheus. So, Prometheus ni adalah prequel kepada Alien franchise. Tema filem of course-lah mengekalkan tema yang lama iaitu science fiction horror.


Berlatar masa penghujung abad ke-21, sekumpulan peneroka telah menjumpai klu (star map) tentang manusia purba yang menghuni Bumi. Elizabeth Shaw & Charlie Holloway mengandaikan klu tersebut adalah jemputan 'awal' daripada manusia purba yang diorang gelarkan "Engineers", kepada manusia zaman kini.


Peter Weyland kemudiannya melabur duit untuk pembuatan kapal angkasa Prometheus yang digunakan untuk menjejaki sebuah planet berdasarkan klu tersebut. Kiranya camni, manusia purba ni memang ada kecanggihan teknologi sendiri & diorang telah berhijrah ke planet lain yang seakan Bumi.


Cerita ni memfokuskan penjelajahan & kajian krew-krew Prometheus kat planet misteri tu demi untuk mencari koloni manusia purba. Malangnya, apa yang diorang jumpa adalah satu ancaman kepada diorang & juga seluruh populasi manusia. Jadi, diorang kena halang ancaman tu demi keselamatan manusia sejagat. 


Macam mana rupa manusia purba tu? Apa ancaman yang krew Prometheus hadapi? Apa yang diorang jumpa kat planet tu? Soalan-soalan ni tak masuk exam pun, so nak tonton atau tak nak tiada masalah.


Cerita ni menimbulkan beberapa persoalan & misteri kepada penonton, macam cerita science fiction horror yang lain. Tapi taklah complicated sangat, senang je nak faham sebenarnya. Ada beberapa persoalan yang tidak dijawab terus dalam filem ni, maybe jawapan tu ada dalam filem Alien ataupun dalam sequel filem ni sendiri. For sure, jawapan takde dalam buku rujukan sains. :p


Satu yang aku sangat teruja tengok adalah visual effect/graphic filem ni. Bagi aku, pemandangan fiksyen (fiction scenery) filem ni sangat cantik, ala-ala macam filem Avatar (Avatar lagi gempak la sebenarnya). Tempat-tempat yang menjadi latar filem ni (mostly semua rekaan) memang cun! Kagum sangat dengan rekaan pemandangan, rekaan teknologi futuristik, dan lain-lain lagi yang berkaitan graphic design untuk filem ni. Nak cakap lebih pun tak mampu sebab aku bukan tau sangat pasal grafik ni, tapi yang aku tau, ia smart!


Babak saspen & seram memang ada, tapi tak banyak sebenarnya. Babak yang sangat meloyakan pun ada. Kalau adegan-adegan camni dibanyakkan, mesti lagi best. Mesti satu panggung akan gempar. 


Lagi satu, plot filem ni lambat sikit berkembang, misteri diorang tu ambil masa yang panjang untuk dihuraikan. Tapi kena tonton terus gak, kalau tak nanti blur. Actually still ok lagi, masih boleh layan tanpa tidur.


Overall, aku memang enjoy tonton Prometheus ni. Penat diorang menjelajah dari satu planet ke planet lain, dari satu bintang ke bintang lain. Dah jauh penjelajahan, mestilah nak bintang lebih, kan? Jadi, aku bagi Prometheus 8/10 bintang.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kisah Bawah Bayu