Wednesday, June 27, 2012

Batman: The Dark Knight Rises - Preview



The Avengers dah selamatkan Bumi daripada ancaman makhluk asing. Tapi dengar khabar lepas ni ada pula ancaman Terrorists kat Malaysia, eh silap, Gotham City. Sorry boss~ Untunglah kita, Gotham City je yang kena serang, jangan risau ya semua.

The Avengers kenalah rehat, benda simple camni hero lain boleh settle-kan. Nak harapkan Cicakman memang tak mampu, cicak je kot, so terpaksa mendapatkan pertolongan Batman The Dark Knight. Yes, Batman-kan cool, kali ni dia tak pakai spender kat luar, mungkin juga tak pakai langsung. Entahlah, kan... Haha~ Yang penting costume dia smart!


Aku follow trilogi Batman ni dari 1st movie lagi, Batman Begins (2005). Tapi yang sangat best adalah 2nd movie, The Dark Knight (2008). Kalau tak, masakan boleh jadi filem dengan pungutan tertinggi seluruh dunia pada 2008 ($1001.9 billion), sekaligus jadi 1st superhero movie yang mencecah pungutan billion dollar. Mantap!


Aku ni pun dah jadi peminat setia Batman. Actually time aku budak kecik lagi dah minat, dulu cartoon dia dalam TV memang aku tak mau lepaskan. Oh btw, jangan salah faham pula, minat-minat pun, aku tak pernah jahit & pakai costume Batman sambil lari keliling kampung. Hurm, spender pun aku tak ikut pakai kat luar.

The 3rd movie, The Dark Knight Rises akan release kat panggung 20 Julai ni, jom tonton!


Cerita ni adalah 8 tahun selepas 2nd movie, Joker tiada kali ni, musuh Batman (Christian Bale) adalah Bane (Tom Hardy), penjenayah yang nak musnahkan Gotham City. Heroin cun, Catwoman (Anne Hathaway) pun ada gak. Semua pelakon best! Ada Tom Hardy & Anne Hathaway sekali~ 


Batman a.k.a Bruce Wayne.
Billioanaire socialite yang berdedikasi melindungi Gotham City dari segala jenayah.
Superhero yang awesome!


Catwoman a.k.a. Selina Kyle.
'Sekutu' kepada Bane. Wanita misteri.
Dalam sejarah Batman, awek ni la jadi wife Batman.


Bane.
Ketua kumpulan baru terrorist yang mengancam Gotham City.
Rival Batman ni pun cool gak. Gila brutal!




Saturday, June 23, 2012

How About Them ???



Still complain of discomforts despite working in an office with all modern comforts !!??

How about her !!??



Do you still complain of hunger...!!??

How about her !!??



Tired of sleeping in your cozy bed !!??

How about her !!??



Tired of walking on your feet !!??

How about him !!??



Still don't appreciate the love and care you get from parents & friends !!??

How about her !!??



Comforts make you sleep while studying !!??

How about them !!??



A luxurious bath and still complain about life !!??

How about them !!??



Do you still worry that your hand will get hurt washing your own dishes !!??

How about her little hands !!??



Louis Vuitton not enough !!??  More brands !!??

How about him !!??



Tired of pleasuring yourself from playing games !!??

How about him !!??



And nothing else to do !!??

How about them !!??



Always remember this:
When you complain about your life, there are people out there struggling to be you. 
Also, while you complain about the little wrongs of your food, there are people out there starving for a scrap of food.

Therefore, find happiness in who you are, appreciate what you have and try to bring happiness to at least one person who is struggling in life and give them a helping hand at your potential.



Ezwan: 
I felt very touchy reading this, seriously. We didn't realize how comfortable we are as always feel something not enough, whereas a lot of people out there are facing the hardness more than us. Yes, we must be grateful on what we have. Alhamdulillah~
Another thing, when we have a potential, why don't we try to 'invest' our energy on helping the others. It's a good thing, right? InsyaAllah~ 




Thursday, June 21, 2012

Sem 3 - Sekretariat Pencegahan Rasuah UMS 2009


Assalamualaikum & salam sejahtera~

Lama aku tak cerita pasal zaman kampus aku. Macamlah korang nak ambil tahu, kan? Haha~ Apa-apalah~

Aku dah cerita pasal aku time 1st Sem & 2nd Sem. Then, aku dah story gak sikit pasal 3rd Sem. Kali ni aku story time aku dalam 3rd Sem juga.

Aku ni tak tahulah boleh dikira aktif dalam universiti ka atau tak, tapi ada juga join persatuan tertentu. Salah satunya aku join Sekretariat Pencegahan Rasuah Universiti Malaysia Sabah (SPRUMS). Time tu kira baru tertubuhnya untuk UMS, kira aku ni 1st-2nd batch-lah. So, aku pun terkapai-kapai mencari arah masa tu. Haha~

Bukan apa, everything new-bah masa tu, baru wujud. Aku pun bukannya tahu sangat pasal rasuah-rasuah ni. Basic bolehlah, deep of it, kena go through dulu geng. Time masuk tu, belajar banyaklah juga especially nilai integriti. Ok-lah, Alhamdulillah.

Aku share gambar untuk persediaan & berlangsungnya Majlis Watikah Pelantikan SPR UMS (18 Ogos 2009). Wow, 3 tahun lepas punya cerita ni (baru pula nak buat-buat terkejut). Majlis ni buat dalam Dewan Bankuasi UMS.

Ni sehari sebelum Majlis Watikah Pelantikan berlangsung. Semua busy buat preparation.

Ni tuan-tuan besar (VVIP) yang datang malam tu.

Ni kitorang punya Presiden SPR UMS time tu, abang Kamal Shah.
Dia nilah antara pelopor untuk penubuhan SPR UMS.

Adik-adik kompang, pelajar-pelajar sekolah menengah time ni.
Mungkin sekarang dah beranak cucu (owh, sukati je aku, macam dah lepas 30 tahun pula :p )

Ini pun pelajar-pelajar sekolah menengah abang Kamal.
Senang, jadi cikgu terus tarik pelajar buat persembahan.

Jom makan!
1-VVIP
2-MPP UMS Sesi 2008/2009
3-SPR UMS 2009
4-AJK yang kerja keras. Makan after program habis.

Ya, akulah ni, orang yang simple-simple aja.
Position aku Timbalan Bendahari SPR UMS masa ni.
Padahal, nak uruskan duit sendiri pun tunggang-langgang,
ni kan pula jadi Timb. Bendahari. Hehe~

Antara AJK yang telah bekerja keras menjayakan majlis ni. TQ!

AJK Protokol yang telah banyak membantu. TQ!

Barisan kesemua Ahli Jawatankuasa Malam Watikah Pelantikan SPR UMS 2009.

Atas tu gaya formal, so naklah juga gaya bebas, kan?
Yang penting no jari tengah. Haha~

Barisan Sekretariat Pencegahan Rasuah UMS 2009.


Untuk pengetahuan korang, aku jadi ahli SPR UMS hanya sampai pertengahan Januari 2010, then quit sebab aku decide untuk join benda lain pula. Konon macam busy-lah. Memang time tu kiranya aku buat keputusan yang sukarlah. Haha~ cerita zaman study~


All the best kepada current SPR UMS yang ada sekarang ni. Walaupun aku dah tak tahu & kenal siapa yang pegang, tapi aku doakan semoga berjaya!


*Klik gambar untuk lebih jelas




Sunday, June 17, 2012

Wayang Free @ GSC



Assalamualaikum & salam sejahtera~

Hari ni aku berpeluang tonton movie free di new GSC at new shopping mall, Setia City Mall. Mall ni dekat je dengan tempat aku, dari hostel, tak sampai 10 minit pun dah sampai. GSC tu pula baru buka minggu ni. So, GSC ni buatlah offer untuk tonton wayang free sampai hari Rabu minggu depan (20/06/12).

Movie lama gak, tak baru sangat, tapi tak kisahlah, free bah, ambil saja tiket, nak tengok atau tidak, terpulang. Kalau print gambar kat bawah ni, korang boleh dapatkan 2 tiket per 1 paper, tapi kena tonton filem hari yang sama dengan hari korang redeem tiket.



Aku dengan housemate aku, Edi tonton 2 filem tadi, Ghost Rider (2D) & Wrath of The Titans (3D). Dua-dua filem kitorang terlepas beberapa minit awal. Disebabkan free, so tak kisah sangat walaupun terlepas dalam 20-30 minit awal camtu 
(padahal, kisah gak sikit. Haha~). 

Aku bawa 4 papers tadi tapi tak larat tengok lebih 2 movie sebab kitorang dua pun dah tertidur-tidur tengok ending the Titans tu (penat sangat karaoke malam semalam sampai rasa tidur tak cukup. Hehe~)

Ghost Rider 2 ni, 1st time aku tonton tadi. Ok-lah, biasa-biasa je filem ni.
Aku bagi 3/5 bintang. Cerita dah lama, aku baru nak bagi bintang.

Ni 2nd time aku tengok, masa mula-mula keluar dulu, aku dah tonton tapi time tu aku tengok 2D & terlepas 30 minit awal filem. Tadi pula, aku tengok 3D & terlepas 20 minit awal filem (ada kemajuan sikit. Haha~). Haiya, aku rasa memang tiada rezeki aku tonton intro Wrath of The Titans ni. Btw, tengok 3D cerita ni best! Filem ni aku bagi 3.5/5 bintang.




Wednesday, June 6, 2012

(Genki Sudo) World Order #2



Aku pernah post pasal group ni, klik link ni:- (Genki Sudo) World Order. Kali ni aku post latest video diorang pula, sebab aku pun baru tengok tadi.


Macam sebelum ni, diorang memang berjaya membuat aku rasa sangat kagum & enjoy tengok tarian 'robot' diorang. Sangat smart + very creative! Puji lebih-lebih macamlah aku dapat duit dari diorang, kan? Haha~ Apapun, tak rugi play video ni, sungguh mengkagumkan!


(Genki Sudo) World Order - Aquarius


Amacam? Betul tak cakap aku? Yup, memang best!




Sunday, June 3, 2012

Versus (TV9) - Konfrontasi Terakhir



Akhirnya, Versus (TV9) dah tamat. Aku dengan member, Ammar berpeluang tengok final ni. Tahniah kepada Hujan yang menjadi juara untuk Versus. They deserved it sebab persembahan diorang paling happening & mantap malam tu. Tengok secara live best, dapat feel the rhythm. 

Bak kata juri, Hujan band paling unik dalam Versus, aku setuju gak sebab setiap minggu sampailah ke malam tu, Hujan memang sentiasa tampil berbeza, muzik diorang sentiasa ada kelainan. Malam tu macam hardcore sikit (tiru cakap Loq. Haha~). Then, Hujan siap bawa Siti Nurhaliza lagi. Wow, mantap!

Hujan meraih gelaran ROCKSTAR di Konfrontasi Terakhir Versus.

Disebabkan malam tu final Versus, so agak crowded jugalah. Gambar yang diambil tak berapa clear, lagipun dah kurang minat nak ambil gambar sebab sesak. Asyik-asyik nak snap gambar ni pun sebenarnya menggangu konsentrasi untuk tengok persembahan.

Malam final tu setiap band kena perform 2 kali, first lagu mash-up (2 lagu digabungkan: 1 lagu pilihan juri + 1 lagu pilihan band). Second performance, diorang kena buat lagu baru masing-masing. Dua undian tertinggi, iaitu Go Gerila! dan Hujan berjaya masuk final battle yang bertemakan lagu Amy Search. Hujan is the winner! Actually, undian kedua-dua band sangat sengit, beza 28 undi saja. 

Ni time Battle first (vote dari minggu lepas), band Black & Parallax.

Pemenang untuk Versus minggu lepas (tema Rock Kapak) adalah Go Gerila!.
Akhirnya semua band pernah menang battle.

Black & Parallax yang mendapat tempat ke-3 secara keseluruhan.
Ni time persembahan mash-up.
Diorang nyanyi lagu Sekadar Di Pinggiran (Francesca Peter) & Merisik Khabar (Sudirman).
Amazing performance!
Lagu baru band ni adalah Aku VS Kamu.

6ixth Sense yang mendapat tempat ke-4 secara keseluruhan.
Untuk persembahan mash-up, diorang perform lagu Fiona (4u2c)  & Warisan (Sudirman).
Persembahan kedua adalah dengan lagu baru bertajuk Hossi.

Sofazr yang mendapat tempat ke-5 secara keseluruhan.
Persembahan mash-up adalah lagu Basikal Tua (Sudirman) & Inilah Nasibku (Nico).
Lagu baru diorang adalah Berakhir.

Go Gerila! yang telah battle dengan Hujan di peringkat akhir, dan berjaya menjadi naib juara. Salute!
Untuk mash-up, diorang nyanyi lagu Biso Bonar (Hattan) & Curiga (Ning Baizura).
Diorang juga perform lagu baru, iaitu Hadiah.
Untuk last Battle iaitu tema Amy Search, diorang perform lagu Saat Kuidamkan.

Hujan dengan persembahan paling happening malam tu.
Diorang perform lagu medley Lamunan Terhenti (Aris Ariwatan) & Dan Bila Esok (Sofaz).
Siti Nurhaliza duet sekali untuk lagu Dan Bila Esok versi irama Malaysia (versi Hujan).
Bertambah-tambahlah happening-nya
(tapi aku tension dengan banner-banner yang menghalang pandangan orang belakang ).
Anyway, lagu baru diorang untuk persembahan kedua adalah Ke Selatan (feat. Altimet & DJ Fuzz).

Time ni sedang dengar komen juri.
Ketiga-tiga juri bangun tabik, amazed dengan performance Hujan.
Diorang menjadi juara Versus lepas nyanyi lagu Pawana dengan jayanya.
Tahniah!!! 

Owh, ni gambar yang Ammar ambil, time kitorang kat dalam Audio Room. Persembahan kedua beberapa band kitorang tengok kat bilik ni je, sebab perlu audit undian Versus, untuk memastikan ketelusan. Lagipun, kat bawah pentas dah macam nak 'roboh' + bahang + rasa menyampah dengan orang-orang yang macam minta penerajang. Jadi kitorang pun blah & masuk audio room. Sempatlah juga jenguk-jenguk current votes time tu. Pengalaman baru sebab 1st time tengok orang kerja kat audio room, handle audio system, vote system dan sebagainya.


Kenapa aku cakap aku rasa menyampah masa tengok final Versus ni?

1 - Aku geram dengan budak-budak yang lompat-lompat & tolak-tolak time tengok Versus malam tu. Sebelum ni macam tiada, kalau ada pun, taklah 'ekstrem' macam malam tu. Ni macam tak ingat dunia, kaki orang lain pun kena pijak. Aku rasa macam nak lempar bom je kat kawasan diorang lompat-lompat tu (uish, kejam gak aku ni. Btw, macam je ada pegang bom. Haha~)

2 - Fans Hujan yang selfish yang datang time tu. Ok, Raingers memang supportive tapi sesetengah daripada diorang tu, agak-agaklah bila angkat banner, janganlah time Hujan perform pun nak angkat tinggi-tinggi sampai orang belakang tak nampak, dari awal Hujan perform sampai habis. Ni nak tengok Hujan ke, nak tengok banner Hujan?

3 - Couple yang macam minta penumbuk + penampar. Ada satu couple betul-betul berdiri depan kitorang. Tak fahamlah, korang datang tengok performance, so kenapa nak bergesel-gesel, berpeluk-peluk, bermanja-manja depan public? Orang lain tengok pun jijik, satu je yang suka, syaitan. Ok, others please take note!

4 - 'Persatuan gadis singlet' yang juga penyokong 6ixth Sense. Dahlah nak tayang-tayang, pastu sangat bising bila 6ixth Sense keluar, jerit-jerit macam mengalahkan heroin-heroin cerita hantu. Tapi, yang kelakarnya, ada gak lelaki-lelaki yang macam muka ganas tapi jerit "Adi! Adi! 6ixth Sense! 6ixth Sense!". Haha~ Aku dengan Ammar memang tergelaklah.

5 - Time management. Janji konsert 2 jam lebih, tapi last-last makan masa 3 jam lebih. Tension-lah bila lama sangat. 



Jadi, disebabkan semua inilah konsert sebegini jadi dah tak berapa baik. Anak-anak muda ni over bila tengok. Relax sudah, tak payahlah sampai tak ingat dunia. Setiap minggu aku tengok Versus, minggu-minggu sebelum tu ok, semua orang enjoy tahap-tahap normal, malam final tu je jadi tak berapa normal.

Penganjur kena kaji perkara sebegini untuk mengelakkan benda-benda yang tak baik macam ni. Semua aspek termasuklah yang menyentuh nilai-nilai masyarakat kena dititik-beratkan dalam penganjuran sesuatu program.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...