Sunday, June 16, 2013

Man Of Steel [2013]


Siapa yang tak kenal Superman kan. Dulu masa kecik-kecik, ambik towel or kain, sangkut kat belakang, lepas tu lari ke sana-sini, bajet terbang macam Superman. Haha...korang pun pernah buat kan? Superman dah macam 1 brand. So, how the latest movie pulak?


Cerita dimulakan dengan planet Krypton yang berhadapan dengan kemusnahan disebabkan teras planet yang tak stabil. At the same time, majlis pemerintah menerima tentangan daripada pemberontak, diketuai oleh General Zod (Michael Shannon).


Saintis Krypton, Jor-El (Russell Crowe) dan isterinya, Lara secara sembunyi telah mengekod genetik codex ke dalam sel-sel baby boy diorang, Kal-El & kemudian menghantar Kal-El ke Bumi untuk melindunginya serta memastikan pemeliharaan bangsa Kryptonian. Then, General Zod & pengikutnya dibuang ke Phantom Zone sebagai hukuman terhadap pemberontakan diorang & pembunuhan ke atas Jor-El.


Kapal angkasa Kal-El mendarat di Smallville, Kansas, dan ditemui oleh pasangan Kent. Jonathan & Martha Kent menamakan baby tersebut sebagai Clark Kent dan mengambilnya sebagai anak angkat. Clark yang mempunyai fisiologi Kryptonian memberikan dia abiliti superhuman kat dalam Bumi.


Selepas tu, Clark Kent (Henry Cavill) yang dah dewasa menjalani kehidupan secara nomad, berpindah ke sana sini, bertukar-tukar kerja dengan identiti palsu demi untuk mengaburi jejaknya & menyembunyikan identiti sebenar. Yela, dah di setiap tempat dia timbulkan misteri dengan abilitinya, so kenalah mengelak daripada orang lain tahu.


Kemudian Clark berjaya menemui sebuah kapal angkasa Kryptonian yang mempunyai teknologi yang membolehkan dia berhubung dengan bentuk hologram ayah dia, Jor-El. Lois Lane (Amy Adams), wartawan Daily Planet yang mengekori Clark secara senyap turut masuk ke kapal tersebut. Lois diserang oleh 'penjaga' kapal & cedera, namun berjaya diselamatkan oleh Clark dengan abiliti yang mengejutkan Lois sendiri.


Tapi, Clark lesap lepas tu, so apa lagi, Lois ni yang memang nak tau sangat siapa yang menyelamatkannya, cuba mencari Clark sampai jumpa. Kira macam mencari sampai ke lubang cacing la. Masalahnya, General Zod yang aku cakap tadi tu pun bukan duduk diam, dia menjejaki Clark habis-habisan sebab 'benda penting' yang ada pada Clark.


Panjang la pulak sinopsis aku kali ni, tapi of course la aku tak boleh cerita semua. The rest story korang kena tengok sendiri okay. Berjayakah Lois Lane menemui Clark Kent? Apakah tujuan General Zod sebenarnya? Apa yang berlaku apabila Clark berhadapan dengan General Zod & pengikutnya? Apa benda penting yang ada pada Clark? Banyak persoalan lagi ni, so try la follow story of Superman ni ya.


Man of Steel [2013] adalah reboot movie untuk siri filem Superman. Aku tak rasa mewujudkan filem Superman adalah sesuatu yang mudah. We are talking about Superman right? Semua kenal siapa Superman. Expectation kita mesti tinggi kan, untuk sebuah cerita yang kita dah kenal sedikit sebanyak kandungannya. Aku suka bila filem ni tak banyak 'buang masa' untuk menceritakan bagaimana Clark Kent menyedari abilitinya dan berhadapan keadaan superhuman sewaktu remaja. Ianya diceritakan melalui flashback yang berselang-seli semasa perkembangan plot.


Pengenalan kepada Clark Kent dan Superman bagi aku agak bagus, diselitkan lagi dengan sedikit dramatic scenes yang mungkin nak bagi kita touching kejap. Then, kemunculan General Zod membawa cerita ke satu level yang kita dah bersedia untuk tengok Superman beraksi. Kemunculan Zod dengan mengganggu sistem komunikasi Bumi agak stylo, bagi kita feel dark sikit. Huhu...


What do you expect for the action? For me, aksi filem ni berjaya memenuhi apa yang diharapkan. Boleh tahan gak, macam tengok kartun Dragon Ball dulu. Tengoklah Kryptonian gaduh sesama sendiri, serius best! Bukan tu je, siap berhadapan dengan kapal-kapal angkasa besar dengan teknologi canggih. Senang cakap, aksi memang pelbagai. Fight scenes memang terbaik!


Flow cerita sebenarnya OK, cuma macam tak berapa konsisten. Certain part berkembang secara perlahan, & then sampai another parts, flow cerita bergerak laju. Terasa macam ada yang kurang smooth, sehingga kekadang terdetik di hati, "Macam tu je jadi?".


Overall, Man of Steel adalah superhero movie yang mantap! Dah makin banyak superhero movie yang bagus sekarang ni, filem ni tak terkecuali. I hope there will be a sequel.


Walaupun dah kenal siapa Superman & tahu keupayaannya, tapi ada something different yang buat aku lekat dengan cerita ni. Hurm, disebabkan Superman ni tak bangang pakai spender kat luar suit, aku bagi the Man of Steel 8/10 bintang. Best!





Comments
26 Comments

26 comments:

  1. boleh tahan la...dah lama filem superman x kuar, yg ni mmg x menghampakan :)

    ReplyDelete
  2. superman kan hero. hero kenlaah berani. sebab tu dia pakai seluar kecik di luar XD keh2

    *jangan pertikaikan >_< ahaha

    ReplyDelete
  3. @Cik Pensil
    haha...berani utk menanggung malu...tp feymes gak smpai skrg wlaupun pakai x betul... :p

    ReplyDelete
  4. Ok, x lama lg nk tgok r...
    Dulu slalu amik towel letak kt blkg, bajet mcm superhero jer pdhal nk g mndi je pun...

    ReplyDelete
  5. sejak kebelakangan ni byk movie keluar serentak dan byk gak movie ni trailer jer gempak tp cite lembab, mcm cite 'after death, hangover' dan ade lagii... tp tgk superman ni mcm best jer....

    ape pun ok la tu e1, tq for d info about man of steel... harap cite dia pun gempak macam real steel...

    ReplyDelete
  6. @Teena Tna
    ok la tu, ada cita2 besar utk mnjadi sorang superhero...haha

    ReplyDelete
  7. @Zai Zaiman
    biasanya di pertengahan tahun, byak movie2 best keluar skali... tp x larat n x minat nk tgok semua skali...fulus & time pn x menginzinkan...haha..

    superman ni mmg best! x rugi tengok.. :)

    ReplyDelete
  8. angan2 nk tengok cter ni ,tak tgk lgpun :D

    ReplyDelete
  9. Tak sabar nak pg tengokk..
    dulu superman, skrang man of steel, masa depan apa plak tajuk brave man tak?...hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. in future, mybe diorang gabung kot, Supersteelman...haha... bapak buruk nama...

      Delete
  10. tq sudi singgah...
    belum tgh lg cerita ni..best ker?

    ReplyDelete
  11. @zeera lily
    Citer xde yg perfect kn, tp movie superman ni mmg berbaloi kalo tgok kt panggung...Mmg best! :)

    ReplyDelete
  12. assalamualaikum. lama dah tak tengok cerita superman ni. heeee

    ReplyDelete
  13. @Sheila Salim
    Walaikumussalam. Org Sabah ckp, "Jangan dikasi lama.."...haha, cepat2 pegi tgok cerita ni...mmg layan... :)

    ReplyDelete
  14. nice review & photos bro! filem superhero yang tidak menghampakan! :)

    ReplyDelete
  15. @Megat Fareto Asnami Suhaimi
    thank u, review biasa2 sja... yup, antara superhero muvi yg best.. :)

    ReplyDelete
  16. memang best! cuma ak rasa tempoh berlawan panjang sangat. sampai lenguh tunggu. mungkin sebab dorang mk kasi mantapkan cita ni.

    ReplyDelete
  17. @Seleucia Salim
    since ni filem superhero, fight scene tu antara benda penting yg diharap2kn...so thats y la diorg panjangkn lg...yg penting panjang n best! kalo pnjang tp x best, tiada guna jgk...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...