Klik Untuk Tawaran Hebat!

...................................................................................................

Wednesday, February 29, 2012

Words in the Leap Day 29 Feb '12



Assalamualaikum & salam sejahtera~

Setelah 4 tahun berlalu, akhirnya kita berada lagi di hari lompat 29 Februari. Ada rasa apa-apa kelainan, takda kan? It's just a day, sama macam hari-hari biasa. Kalau dapat cuti untuk hari ni, barulah rasa ada kelainan. Ahaks. By the way, happy birthday kepada sesiapa yang lahir on this leap day. Lama penantian korang untuk hari ni kan.



Mari kita flashback balik apa yang kita buat sepanjang bulan Februari ni since hari ni dah hujung bulan. Hurm, most of the time, aku kerjalah, rutin harian. Ada sekali aku pergi bercuti ke Pulau Pangkor bersama member-member tempat kerja,
aku dah cerita dalam previous entry. 

Klik link ni untuk lihat Pulau Pangkor:- Pulau Pangkor 2012


Then the week after the holiday, aku pergi Kajang untuk menyambut belated birthday of my bestfriend, Syafiq. Yang ni pun aku dah cerita dalam previous post, so korang pergilah jenguk-jenguk. Kalau ada jenguk, thanks so much.

Klink link ni untuk join the celebration:- Kek Barca for Birthday-Man


Bulan ni juga menyaksikan aku mula aktif dalam blogging, dah mula terasa keseronokan, tu sebab tak henti-henti post something dalam blog ni. Follower aku pun makin bertambah, thanks kepada semua penyokong kuat. Yang lain, bila lagi nak follow? Hehe~

Pada malam 21 Februari lepas, aku terkejut + gembira bila Mind of Mine tersenarai dalam 5 blog baru pilihan blogger popular Malaysia, iaitu Mr. Ben Ashaari. Mula-mula aku tak tau, then atas jasa seorang rakan karib aku, Naemah yang juga aktif berblogging, aku pun terus buka blog Mr. Ben untuk cek. Thanks for that, Mr. Ben.

Klik link ni untuk maklumat lanjut:-


Ok, esok adalah bulan baru, pejam celik, pejam celik, dah masuk bulan Mac kan? Kejap je rasa. Apapun, mari sama-sama berusaha majukan diri, bangsa dan negara kita.
Jom maju ke hadapan!



Tuesday, February 28, 2012

Resident Evil 6 - Preview



Kali ni aku nak cerita pasal game pulak, since aku pun kaki game. Kenal game Resident Evil? Yang lain mungkin tak minat, ada yang tahu pun maybe from movies. Honestly, bagi aku live-action Resident Evil (RE) movies tu semua tak guna. Dahlah jalan cerita sangat berbeza dengan game, pastu story dia memang tak best langsung. Siap ada kuasa psikik lagi, aduh, dah over dah pengarah movie tu. Patutlah sambutan pun tak memberangsangkan. Memalukan fans Resident Evil je~

Tahun ni game Resident Evil 6 akan release, aku memang excited habis. Tak boleh duduk diam ni. Yalah, aku ni kira die-hard fan of game RE. Sejak dari game RE2 lagi aku dah start main, dalam tahun 2001 camtu. Game RE1 je aku tak pernah main sebab dari dulu aku cari tak pernah jumpa. Haha~


Check this out!
Resident Evil 6 - Reveal Trailer




Game RE6 ni berlatarkan masa tahun 2013 dan berlatarkan banyak tempat di seluruh dunia. Dalam game ni, ada 3 separate stories & each story is lead by one main character, tapi semua cerita tu related with one another. Ni macam RE2 yang mana kita boleh pilih karekter & story yang kita nak. Dua adalah karekter lama, Chris Redfield (RE1 & RE5) dan
Leon S. Kennedy (RE2 & RE4). Lagi satu adalah karekter baru, still unknown.
Setiap 3 karekter ni juga, masing-masing akan ada partner yang membantu misi diorang.
Based on the trailer, gameplay mungkin sama dengan RE4 & RE5.


Chris Redfield


Leon S. Kennedy


The 3rd Character


Wohoho~ semua karekter nampak cool! Tak sabar nak pakai diorang ni belasah zombie-zombie. Dalam game sajalah mampu belasah zombie, kan? Kalau betul-betul ada, hurm... No komen~


Javo


Ada macam korang-kah yang tengah lari tu? Hehe~ Gurau-gurau ya~


Awesome!



Monday, February 27, 2012

Warrior [2011]


Aku nak buat review bagi satu movie yang aku baru tengok hujung bulan lepas, WARRIOR. Actually ni movie 2011 tapi since aku rasa ia best, aku buatlah review. Lagipun publisiti untuk filem ni tak memberangsangkan, jadi mesti ramai yang tak tau & tak tengok lagi.


Genre filem adalah sports drama, so ia menyentuh emosi penonton sebab ada elemen drama di situ. Sukan di sini pula adalah mixed martial arts. So maybe ada yang anggap filem ni disasarkan lebih kepada lelaki, since poster pun nampak macam ganas, kan? Tapi korang silap kalau fikir camtu sebab elemen hubungan kekeluargaan tu yang paling penting dalam cerita ni sebenarnya.


Warrior menceritakan tentang kisah dua beradik yang terasing selama bertahun-tahun tetapi bertemu semula dalam pertandingan MMA (mixed martial arts). Plot cerita menekankan konflik antara kedua adik-beradik tersebut dan juga dengan ayah diorang. Kiranya ada perselisihan 3 arah dalam cerita ni. Si abang dan si adik juga masing-masing mempunyai konflik dalaman sendiri dan seterusnya mendorong mereka untuk perlu memenangi pertandingan tersebut. 


Plot cerita ni akan membawa kita untuk menyelami isi hati dan konflik emosi setiap watak tersebut. Moral values seperti maaf-memaafi dan menghargai darah daging sendiri sememangnya digarap penuh agar nilai itu melekat dalam diri penonton.


Bagi aku, kesemua pelakon berjaya menghayati watak diorang terutama watak si ayah yang dilakonkan oleh Nick Nolte. Lakonan pak cik nilah yang paling best! Watak si abang dan si adik masing-masing dilakonkan oleh Joel Edgerton (The Thing, 2011) dan Tom Hardy (Inception, 2010). Filem ni pun dapat rating tinggi tau, 8.2/10 by IMDb dan 83% by Rotten Tomatoes. Aku punya rating pula adalah 9/10


Yang penting korang mesti tengok filem ni, bagi aku ia memang best & touching. Entahlah, filem-filem yang menekankan hubungan kekeluargaan ni selalu 'menusuk' dalaman aku. Haha~ Aku tak nangis pun, time tu mata aku just masuk habuk je. :p


Warrior (2011) Trailer







Saturday, February 25, 2012

Room Story



Assalamualaikum & salam sejahtera~

Malam ni stay sorang-sorang dalam rumah, sunyi sepi sambil mendengar lagu-lagu klasik. Jadi sentimental sikit malam ni. Apapun, kes home alone ni memang dah selalu berlaku pada aku, so dah biasa berseorangan ni walaupun memang tak best. 

Apa aku buat? Duduk depan laptop memanjang. Tapi duduk depan laptop aku ni boleh menyakitkan tulang-temulang dan otot-otot badan. Tapi aku buat juga kan, apalah aku ni. Cuba nasihat aku sikit.

Ni laptop ya, not desktop. Skrin laptop rosak dari tahun lepas lagi, then terpaksalah pakai skrin monitor tu. Sedihkan? Hehe~ Laptop ni letak atas lantai je la since dah berwajah seakan-akan desktop. Cannot bring it anywhere.


Cuba tengok jejaka black & white dalam gambar atas tu. Serius pula dia, kan? Kalau kamu duduk macam ni berjam-jam dengan badan terbongkok dan kepala memandang ke bawah, of course rasa sakit, kan? Yela, yela, aku tau that's my problem, sekarang memang berkobar-kobar mau settle-kan problem ni. Jangan tiru aksi ni di rumah.


By the way, di belakang aku duduk berdirinya almari aku. Tapi tu pun masalah gak, berdiri tak tegak, makin lama makin senget. 

Hah, inilah almari paling condong di dunia. Kadang nampak merisaukan, macam nak tumbang ke arah aku tapi biarlah dulu, nanti try untuk selesaikan juga.


Tepi almari pula adalah benda-benda di bawah ni.

Inilah non-conformance findings dalam bilik aku. Adoi, sebagai staf Quality Assurance, sepatutnya aku kena rectify benda ni cepat-cepat. Jadi, tugasan esok adalah basuh pakaian & membuang sampah, kalau aku rajinlah. Ohya, jangan salah faham, aku bukan promoter Giant & Pringles dengan menayangkan gambar ni. Haha~



Aku pun dah jadi pening memikirkan penyelesaian kepada permasalahan-permasalahan di atas. Muka bingung + boring. Ok, chow!




When We Stand Together




Have you ever listen a song by Nickelback titled "When We Stand Together". Aku suka rentak lagu ni, rock yang santai but energetic. Kena lagi dengan suara powerful Chad Kroeger, fuh Nickelback memang always keluar dengan lagu-lagu yang mantap. Actually what so special about this song selain rentak yang best ialah the lyric. Fahami liriknya. 


NICKELBACK - WHEN WE STAND TOGETHER

One more depending on a prayer
And we all look away
People pretending everywhere
It's just another day
There's bullets flying through the air
And they still carry on
We watch it happen over there
And then just turn it off

*CHORUS
Hey, yeah, yeah, hey, yeah
We must stand together
Hey, yeah, yeah, hey, yeah
There's no giving in
Hey, yeah, yeah, hey, yeah
Hand in hand forever
Hey, yeah, yeah, hey, yeah
That's when we all win
Hey, yeah, yeah, hey, yeah
That's, that's, that's when we all win
That's, that's, that's when we all win

They tell us everything's alright
And we just go along
How can we fall asleep at night
When something's clearly wrong
When we could feed a starving world
With what we throw away
But all we serve are empty words
That always taste the same

*Chorus

The right thing to guide us
Is right here inside us
No one can divide us
When the light is nearly gone
But just like a heartbeat
The drumbeat carries on
And the drumbeat carries on
Just like a heart beat

*Chorus


Lagu ni menyentuh tentang keadaan dunia sekarang yang tak betul, penuh dengan penindasan, propaganada, pengeboman sana sini & seterusnya mengetengahkan perpaduan antara manusia sejagat untuk berhadapan dengan anasir-anasir 
yang 'bangang' agar semuanya dapat diperbetulkan. 
Lebih kurang begitulah gambarannya. 

Sekarang di sana sini dah berantakan & yang menyedihkan banyak negara Islam tertindas. Saudara sesama Islam kita tertindas atas kekejaman orang yang hanya mementingkan diri untuk menajamkan tanduk syaitan diorang. Rakyat Afghanistan, Palestine, Syria dan beberapa negara lagi yang menjadi mangsa. Semuanya hanya bertunjangkan matlamat yang memberi kepentingan sesetengah pihak yang sepatutnya nyah dari Bumi ni. 
Huh, ayat yang penuh emosi~

Kalau cakap pasal kebuluran, yang ni memang dah berpuluh-puluh tahun berterusan tak sudah. Kononnya dunia terutama negara-negara maju buat pendekatan inilah, itulah, untuk mengurangkan jurang kemiskinan tapi lebih banyak konspirasi daripada solusi sebenarnya. So, that's why orang Africa yang sentiasa kekurangan makanan tu hidup terus macam tu. Sedihkan, kita di sini siap boleh buang makanan, tapi orang di sana kebuluran tak bermaya.

Kita sebagai sebuah komuniti terutama dalam Malaysia harus bersatu-padu untuk berdiri kuat sebagai sebuah negara. Bila dah kuat, barulah boleh membantu saudara-saudara di luar sana dengan lebih berkesan. Tapi, keadaan sekarang ni lain. Masing-masing nak naik tapi taknak orang lain naik sekali. 'Besar' sangat orang-orang macam tu sampai 'tangga' naik pun tak muat untuk orang lain. Masing-masing nak menepis tangan satu sama lain. Aiyaa, naik kena sama-samalah kawan.

Seriously aku tanya, macam mana nak bantu habis-habisan bangsa lain kalau bangsa sendiri masih terumbang-ambing dek kerana masing-masing tiada sefahaman? Hati kena ikhlas agar perlakuan sentiasa berada di landasan yang betul. Nasihat kepada diri sendiri dan semua sekalian. Ok fellows, we must stand together.


p/s: Di Malaysia sendiri pun masih ramai golongan yang susah & memerlukan, so kita especially the 'persons-in-charge' take note-lah. Buat benda biar betul, barulah berkat. Kalau salah & betul tak tahu bezakan, pergilah korek tanah, masuk & duduk diam-diam dalam tu. Habis cerita.

Friday, February 24, 2012

Muazzam Shah


                    Assalamualaikum & salam sejahtera~

Kali ni aku mau story about my first nephew, Muazzam Shah bin Mohd Asri, son of my big sister. Dia dilahirkan tahun lepas bertarikh 11 April 2011, time tu aku masih belajar lagi di UMS. Bila mak aku call bagitau yang baby ni lahir, rasa happy gilalah, yalah, first time merasa jadi uncle. Rasa tak sabar nak jumpa baby tu after dapat call.

Satu lagi apa yang buat aku rasa gembira & takjub ialah timbulnya bentuk kalimah ALLAH di telinga my nephew. Subhanallah. Syukur Alhamdulillah. Semoga my nephew membesar sebagai anak yang soleh. InsyaAllah~


Ada bentuk kalimah ALLAH, kan? Subhanallah. Maybe, bila dah makin besar, bentuk tu akan hilang slowly sebab rasanya sekarang pun dah tak berapa jelas.


Dulu time aku jaga dia ni, memang cerewet juga budak ni. Asyik-asyik minta kena angkat ataupun didukungkan. Kadang-kadang nak dibawa berjalan-jalan. Dia pakai bahasa 'tangisan'-lah since masih tak reti berbahasa ayat. Kadang-kadang bersusah payah aku mau buat dia ketawa, tapi selalu failed. Adik-adiku selalu berjaya.
Apa kena dengan aku ya? Hurm...


Yang ni masa dia dah umur lebih kurang 6-7 bulan. Dah cerewet da time ni. Hehe~


Rindulah dengan my nephew ni, dah dua bulan aku tak jumpa. Dengar-dengar sekarang dah boleh berjalan sikit-sikit. Masa aku pergi dari rumah dulu, budak tu hanya reti meniarap. Takpa, usaha tangga kejayaan. All the best my nephew. Haha~


My nephew and I


Monday, February 20, 2012

Syafiq's Belated Birthday

                         

Assalamualaikum & salam sejahtera~

Hari ahad lepas (19 Feb '12), aku dan member-member aku celebrate belated birthday sorang anak jati Kajang, Syafiq Ridzwan, Pemangku Pre....eh silap, dah lepas pun position dia tu. Haha~ Birthday sebenar adalah 3 Feb, dah tua da abang sorang ni.

Actually plan ni dirancang awal bulan lagi, kira nak buat Prank la tapi since dia ada kursus dua minggu, so have to postpone-lah. Mula-mula planning buat di Klang tapi bila ada kesulitan, terpaksalah tukar plan last minute pergi ke Kajang secara beramai-ramai.

Lakon punya lakon yang kononnya aku datang Kajang sebab nak minta tolong something, akhirnya lakonan berjaya juga. Kalah lakonan Aaron Aziz dalam Ombak Rindu. Hehe~

Syafiq yang skema ni tak tahu yang kami datang ramai ke sana dan tunggu dalam Pizza Hut. Aku duduk luar kedai pizza dalam mood berlakon yang kononnya datang ke Kajang sorang-sorang naik tren. Bila masuk kedai Pizza, ada pula wajah-wajah yang dikenali. So, berjayalah juga dia dikenakan.

Kami pun dah tempah kek Barcelona yang diterbangkan dari Spain terus ke sini. Nasihat, usah percaya kata-kataku. Actually, aku buat sendirilah kek tu. Sekali lagi, jangan percaya kataku. Anyway, kek tu memang cantik dan sedap. Dekat bawah adalah gambar detik-detik penuaan seorang insan.


Hah, inilah kek tu, smart design dia, kan? Yes.



Ragu-ragu Syafiq nak potong, samada sayang sangat dengan kek tu atau takut dicop sebagai die-hard-fan yang khianat.



Yang tunjuk kek tu Ezwan ya, bukan Aaron. :p



Inilah antara orang-orang yang takkan rasa bersalah kenakan orang lain.



Ni pizza Hawaiian Tuna, I like it!



Apapun, selamat hari lahir Syafiq. Semoga panjang umur dan murah rezeki. InsyaAllah, amin~




Sunday, February 19, 2012

Father To Son


Ke hadapan anak yang amat ayah sayangi,

Semalam ayah rasa kenyang sangat, jiran sebelah rumah kita bagi ayam masak madu. Semalam hari lahir anak ayah, kan? Ayah sentiasa ingat. Ayah sentiasa mendoakan anak ayah. Dari sejak ayah azankan dulu, ayah tak pernah lepas untuk berdoa.

Masa anak ayah mula panggil "Ayah" dulu, ayah rasa sangat bahagia. Ayah usap-usap dan peluk erat anak ayah. Bila umur anak ayah dah genap setahun, girang hati ayah sebab anak ayah dah boleh melangkah sendiri ke tempat ayah. Sungguh bahagianya kita.

Ayah ingat lagi masa umur anak ayah genap 5 tahun dulu. Ayah belikan kereta mainan, anak ayah suka sangat sampai tak mahu lepaskan bagi pinjam kawan-kawan lain. "Vroom, vroom", seminggu ayah dengar bunyi kereta mainan tu. Anak ayah gembira sangat waktu tu, kan? 

Waktu anak ayah mula bersekolah Tahun 1 dulu, ayah memang jadi kelam kabut. Ayah dah senaraikan barang nak beli seminggu sebelum tu, baju sekolah, seluar, kasut, stoking, beg, buku, tali pinggang, pensil, pemadam, dan macam-macam lagi. Ayah pun dah tak ingat. Yang ayah ingat, ayah tak tidur malam sebelum hari sekolah tu demi menyediakan semua kelengkapan sekolah dan bekalan anak ayah.

Setiap hari ayah hantar anak ayah pergi balik sekolah. Ayah terhibur setiap kali anak ayah ceritakan kisah-kisah di sekolah. Ayah sangat berbangga anak ayah belajar membaca dan mengira dengan cepat. Anak ayah memang rajin. Bagus sungguh anak ayah.

Ingat lagi masa anak ayah jatuh panjat pokok mangga belakang rumah kita? Ayah sangat risau tengok kaki anak ayah cedera. Ayah sanggup tak pergi berkebun seminggu demi jaga anak ayah. Alhamdulillah, akhirnya anak ayah sembuh. Lepas tu, anak ayah takut sangat dengan parut luka tu, tapi ayah sentiasa ingatkan, "Parut tu adalah bukti yang anak ayah ni kuat."

Bila anak ayah berjaya sambung ke universiti, ayah rasa macam ayahlah orang yang paling bahagia. Ayah peluk anak ayah erat-erat waktu hantar ke universiti dulu, ayah sebak sebab buat pertama kali ayah akan berjauhan dengan anak kesayangan ayah. Ayah minta maaf sebab masa tu tak dapat nak tahan air mata ayah. Ayah tak pernah lekang mendoakan agar anak ayah lulus cemerlang di unversiti, dan syukur doa ayah termakbul. Ayah sememangnya begitu gembira dengan pencapaian anak ayah.

Tapi apakan daya kegembiraan itu terhenti di tengah-tengah. Sekarang, anak ayah dah berada jauh. Jauh meninggalkan ayah. "Kenapa meninggalkan ayah setelah ayah curahkan segala-galanya?" Ayah sedar yang pertanyaan itu tak layak untuk ayah persoalkan. Tidak layak ayah sebagai hamba mempersoalkan takdir-Nya. 

Namun, ayah tak pernah lupakan anak ayah walau sesaat. Kadang-kadang ayah belek gambar-gambar anak ayah dari kecil dahulu hingga ke besar. Ayah rasa riang tengok gambar-gambar anak ayah tapi entah kenapa titisan air mata sukar untuk ayah bendung. 

Ayah tahu ayah perlu teruskan hidup tanpa anak ayah di sisi sehari-hari. Dugaan yang Allah berikan ini memang sangat besar buat ayah tapi sebagai hambaNya, ayah redha segalanya. Kehilangan anak ayah yang menjadi teman selama ini harus ayah hadapi seteguhnya. Semoga roh anak ayah sentiasa tenang di sana, dan semoga doa ayah sentiasa mengiringi anak yang amat ayah kasihi.







Saturday, February 18, 2012

Pulau Pangkor 2012

Assalamualaikum & salam sejahtera~

Minggu lepas (11-12 Feb 2012) aku join satu trip ke Pulau Pangkor, organized by staff Factory 21 Top Glove. Aku sebenarnya staff Factory 20 tapi yalah, demi untuk berkenal-kenalan dengan staff lain & merehatkan minda, aku pun join. So, nak share gambar-gambar kitorang in this entry. 


Gambar dimulakan dengan muka aku yang masam. Haha~ Ni tengah tunggu next ferry since we all missed the previous one.



Yang ni dah sampai pulau & semua tengah excited.



Bersiap sedia untuk snorkling. Yipee~



Seronoknya snorkling~
Padahal aku tak jumpa ikan langsung. Orang ramai sangat, mengalahkan bilangan ikan :p



After snorkling, kami naik bot merentas badai ombak, aktiviti Island Hopping. Terlompat-lompat dilambung 'Ombak Rindu'. Woohoo~



Brader bot tu bawa kami dekat dengan Pulau Kusta, dia story sikit pasal sejarah pulau tu. Dulu, orang yang kena kusta pergi ke pulau tu untuk buang penyakit tu. Then, diorang akan tinggal & hidup di sana. Brader tu bagitau yang pulau tu sangat keras. Seram gak. 



Malam kami dinner BBQ, inilah juadahnya. Orang lain dah sedia bakar, kami tinggal melahapnya. Ayatku menunjukkan yang kami memang dah lapar time tu.



Lepas makan, karaoke sampai 12.00 tengah malam. Mula-mula ingatkan tempat tertutup, tapi actually open. Rasa segan gak nyanyi depan orang lain, yalah suara tak sedap kan.



Pagi esok iaitu Ahad, masing-masing buat aktiviti sendiri, ada yang shopping beli baju, ole-ole & ada yang ketagihan untuk berkayak. Hehe~ Jangan marah kawan.


Dalam tengahari camtu, kami check-out, then pergi Land Tour. Kami singgah di Satay Factory, beli satay sotong, ikan, dan macam-macam lagi untuk dijual di tempat kerja. Takdalah, untuk bawa pulanglah, bagi family & member-member.

Kami singgah jugak ke Old Dutch Fort, bangunan peninggalan Belanda di samping singgah ke Tokong Lama Cina.


Tokong lama ni ada Mini Great Wall dekat bahagian belakang.



 
Hah, gambar atas ni adalah Old Dutch Fort.




Di Old Dutch Fort inilah kami memorikan diri dalam gambar 'climax'.



Thanks kepada rombongan trip sebab sudi ajak hamba join. Harap-harap hubungan sesama kita akan lebih rapat from time to time.



Thursday, February 16, 2012

'Bengong' Comics



Malam ni mau share several 'bengong' pictures. These comics are shared from facebook of Sabahan Troll. For me, 3 comics ni antara yang sangat funny setakat ni. Try-lah check them out, sure pecah perut!


Lets see the 1st:
So, amacam? Ada berani try rasa itu 'Dungot'? Haha~


Ok, proceed to the next. Komik bawah ni pun bangang gak:
Pernah buat macam ni? Kalau masuk balik dalam lubang hidung, barulah power!


Try the 3rd one:
Moral value, mengaku sebagai Sabahan-lah ya, nanti jadi macam ni, Sabah dengan Sabah bergaduh di KL. Haha~


Ni facebook link for Sabahan Troll, then check the photo album. 
Thanks to the authors & uploaders, hebat boleh terfikir idea-idea ni:


Monday, February 6, 2012

5 Avicenna 2005 ~ Pulau Berhala



Assalamualaikum & salam sejahtera~

Tercetus pula niat buka gambar-gambar lama, maka terimbaulah kenangan-kenangan dulu masa zaman sekolah. Tapi gambar zaman sekolah menengah dulu tak banyak sebab faham-fahamlah, dulu bergambar pakai filem Kodak. Bila bergambar kadang-kadang x pasti jadi ka tidak sebab mesti cuci dulu baru dapat tau. Kekadang, filem rosak ataupun semua gambar rosak atau 'terbakar'. Susah mau simpan wajah-wajah dulu kan.

Ada beberapa gambar yang aku gambar balik, then simpan dalam laptop. Gambar-gambar itulah yang aku tengok satu-satu, menilai kehenseman zaman dulu. Haha~ tiba-tiba pula perasan sendiri. Gurau ja bah, jangan meluat pula. :p

Hari ni aku show satu feveret pic yang diambil masa Form 5 dulu (20.8.2005). Tadaa~



Gambar ni diambil di atas kapal dalam pelayaran ke Pulau Berhala, Sandakan. Semua muka-muka excited sebab ini adalah percutian sebelum beberapa bulan menempuh SPM. Haish, rindu pula masa ni. Mari aku kenalkan satu-satu di samping mau uji ingatan aku. 

Dari kiri yang x pandang kamera & buat gaya 'peace' x jadi tu adalah Ezwan AKA aku. Biar aku kenalkan yang duduk dulu, belakang aku tu adalah Salasiah, Husniah, Ramli, Yaekub, Amat (paling macho time ni, haha), Napi (baju merah yang hanya tunjukkan lubang telinga), Joy (dia terkejut sebab dia paling hensem dalam gambar ni), Sare (excited ditunjukkan melalui ternganganya mulut), & Justina (pakai jaket biru tu).

Di kanan gambar, ada lima orang pompuan yang duduk bersusun kepala macam kembar siam, kan? Hah, dari depan adalah Dare, Amy, Hasma, Kase, & Husna. Belakang dorang yang hanya nampak ubun-ubun kepala tu adalah Emelda AKA Maira Aleeya. Dia tengah main iPad, tu sebab x join gambar. Hebatkan, time ni pun dah ada iPad. :p

Sekarang, kenalkan yang berdiri pula AKA orang-orang yang x popular (gurau-gurau, hehe...). Dari kiri adalah Ismail Muin (dia suka dipanggil dengan nama penuh), Razis, then belakang Razis tu adalah junior Form 3 (sorry, x ingat nama), pastu Roslan AKA Mamang (I wonder spec mata siapa dia pakai tu), Rechal (paling happy dalam gambar), Asmah & lastly adalah Jelselyn. Ada beberapa student yang x ikut percutian ni. Nah, aku masih ingat lagi bah semua budak-budak kelas 5 Ibnu Sina 2005. Cameraman adalah guru kelas kami iaitu Cg. Ron. Mantap cikgu!

Cerita sikit pasal percutian ni, mula-mula tu aku kononnya x mau join, siap marah-marah lagi kunun bila diajak time tu. Aku bagi alasan yang ni plan last minute, mau study lah, xda duit mau join & apa-apalah. Padahal, RM10 ja pun kalau x silaplah, boleh jak minta dengan parent. Tapi yalah, ego konon time tu, padahal sebenarnya memang mau ikut betul-betul. Sorry ya kawan-kawan sebab marah-marah time tu. Hehe~

Tapi, bila sampai pulau, akulah orang yang paling excited, boleh dikatakan satu hari berendam dalam laut. Last-last, muka aku yang paling merah, sunburn habis, teruk gak time tu. Nasib baik lepas tu cuti sekolah, kalau x, memang diketawakan. Apapun, satu hari di pulau tu memang kami semua enjoy gila-gila. Best!

Pulau Berhala tu memang cantik, sayang kalau dibiarkan macam tu saja. Tak tau keadaan pulau tu sekarang tapi yang penting Sandakan harus bangunkan pulau tu balik. Kepada geng-geng 5 Avicenna 2005, jom buat REUNION di Pulau Berhala. Dah 6 tahun lepas dah ni. InsyaAllah, kita plan nanti ya.



Saturday, February 4, 2012

Salam Maulidur Rasul 1433H



Assalamualaikum & salam sejahtera~

Malam ni adalah malam 12 Rabiulawal 1433 Hijrah, jadi semua muslimin muslimat sedia maklum akan tarikh kelahiran Rasulullah SAW kan. So, aku pun tak mau ketinggalan untuk mengucapkan Salam Maulidur Rasul kepada semua umat Islam di seluruh dunia. Marilah kita sama-sama berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW yang kita cintai. Semoga kita semua sentiasa teguh bersama Islam, juga terus mengikut dan mengamalkan apa yang telah diajarkan dan disampaikan oleh Rasulullah SAW. InsyaAllah~


صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد Selawat Allah ke atas Muhammad

صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Selawat salam dipohon lagi

صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد Selawat Allah ke atas Muhammad

صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Selawat salam dipohon lagi


يَا نَبِيْ سَلاَمٌ عَلَيْكَ Wahai Nabi salam atasmu

يَا رَسُوْل سَلاَمٌ عَلَيْكَ Wahai Rasul, salam atasmu

يَا حَبِيْبُ سَلاَمٌ عَلَيْكَ Wahai kekasih, salam atasmu

صَلَوَاتُ الله عَلَيْكَ Selawat Allah ke atasmu


أَشْرَقَ الْبَدْرُ عَلَيْنَا Bulan purnama menyinari kita

فَاخْتَفَتْ مِنْهُ الْبُدُوْرُ Hilang segala cahaya

مِثْلَ حُسْنِكَ مَا رَأَيْنَا Indah menawan tak pernah dilihat

قَطُّ يَا وَجْهَ السُّرُوْرِ Wajah gembira sepanjang hayat


أَنْتَ شَمْسٌ أَنْتَ بَدْرٌ Kaulah matahari, kaulah bulan

أَنْتَ نُوْرٌ فَوْقَ نُوْرٍ Kaulah cahaya mengatasi cahaya

أَنْتَ إِكْسِيْرٌ وَغَالِي Kaulah rahsia hidup mulia

أَنْتَ مِصْبَاحُ الصُّدُوْرِ Kaulah menyuluhi jiwa


يَا حَبِيْبِيْ يَا مُحَمَّد Wahai kekasihku, ya Muhammad

يَا عَرُوْسَ الْخَافِقَيْنِ Wahai pendamping indah sejagat

يَا مُؤَيَّدُ يَا مُمَجَّدُ Wahai Nabi dijulang dipuja

يَا إِمَامَ الْقِبْلَتَيْنِ Wahai imam 2 kiblat


مَنْ رَأَى وَجْهَكَ يَسْعَد Bahagialah orang memandang wajahmu

يَا كَرِيْمَ الْوَالِدَيْنِ Wahai penghulu keturunan mulia

حَوْضُكَ الصَّافِى الْمُبَرَّد Kolam airmu sejuk jernih

وِرْدُنَا يَوْمَ النُّشُوْرِ Kunjungi kami pada hari akhirat


مَا رَأَيْنَا الْعِيْسَ حَنَّتْ Sepanjang malam unta berjalan

بِالسُّرَى إِلاَّ إِلَيْكَ Tiada berhenti rindukanmu

وَالْغَمَامَةْ قَدْ اَظَلَّتْ Engkau dipayungi awan putih

وَالْمَلاَ صَلُّوْا عَلَيْكَ Dan Malaikat sama berselawat


عَالِمُ السِّرِّ وَأَخْفَى Allah mengetahui rahsia sulit

مُسْتَجِيْبُ الدَّعَوَاتِ Dialah menyahut semua seruan

رَبِّ إرْحَمْنَا جَمِيْعًا Wahai Tuhan Rahmatilah kami

بِجَمِيْعِ الصَّالِحَاتِ Dengan segala amalan soleh


وَصَلاَةُ الله عَلَى أَحْمَد Selawat Allah ke atas Muhammad

عَدَّ تَحْرِيْرِ السُّطُوْرِ Sebanyak baris kertas ditulis

أَحْمَدُ الْهَادِي مُحَمَّد Ahmad Muhammad petunjuk jalan

صَاحِبُ الْوَجْهِ الْمُنِيْرِ Empunya wajah berseri menawan


صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد Selawat Allah ke atas Muhammad

صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Selawat salam dipohon lagi

صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد Selawat Allah ke atas Muhammad

صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Selawat salam dipohon lagi


اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَيْهِ Wahai Tuhan, selawat dan salam 

dan keberkatan atasnya






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kisah Bawah Bayu