Showing posts with label Filem Seram 2012. Show all posts
Showing posts with label Filem Seram 2012. Show all posts

Friday, November 16, 2012

Sinister [2012]



Dah tengok Sinister? Fuuuh, 1st komen aku - SERAM! Aku berminat tengok movie ni sebab produser dia adalah produser filem paling horror tahun lepas, Insidious. Dan, nasib baik filem ni tak mengecewakan, puas hati gak aku tengok.


Ellison Oswalt, novelis true-crime berpindah ke sebuah rumah baru bersama dengan isteri, Tracy dan dua orang anaknya. Rumah tu adalah kawasan jenayah yang mana keluarga sebelum ni telah mati dibunuh kejam, kecuali Stephanie, anak bongsu keluarga tersebut yang hilang selepas kejadian. Ellison nak jadikan kes pembunuhan tu sebagai bahan untuk novel barunya, di samping berharap agar kajiannya boleh menemukan Stephanie.

Memang pelik tetiba ada satu je kotak kat loteng rumah.

Time pindah tu, Ellison jumpa sebuah kotak kat loteng rumah yang berisi sebuah projektor dan beberapa gulungan rakaman video. Tajuk video-video tu ok je, tapi bila dimainkan, macam-macam kes bunuh ditunjukkan melalui rakaman tersebut. Ada satu part tu, Ellison perasan ada muka pelik yang bukan berwajah manusia. So, bermulalah misteri - Kenapa kotak tu ada kat loteng? Siapa yang rakam semua video tu? Siapa yang bunuh family-family tu? Siapakah insan dengan wajah menakutkan tu? Huhu....

Jadi novelis jenayah ni agak susah gak rupanya, kena buat kajian sendiri.

Tak macam cerita hantu tipikal yang lain, 'mangsa mati atau hilang secara misteri, then lepas tu jadi hantu ganggu manusia'. Filem ni tak straight-to-the-point, ia penuh dengan misteri yang secara asasnya kita tak tahu samada berpunca daripada jenayah manusia atau supernatural being. 

Huhu, babak seram. Siapa yang turn on projector tu???

Sepanjang kita nak tahu rungkaian misteri tu, sepanjang tu jugalah kita dikejutkan dengan scenes yang meremangkan segala bulu roma. Aku boleh cakap yang rasa seram tu bercampur-baur, seram terhadap betapa kejamnya jenayah dibuat & seram terhadap benda supernatural. Btw, filem ni ganas gak sebab agak 'kreatif' pembunuhan yang dilakukan.

Nah, ambik kau, memang aku terkejut time ni. Btw, ni budak lelaki ye
(ker aku sorang je yang tertipu ingatkan ni pompuan?)

Cara diorang olah misteri tu memang mantap sebab susah nak teka apa yang berlaku seterusnya, dan hebat cara diorang twist cerita ni. Aku tak expect ending Sinister macam tu, serius tak jangka.

Terpaksa bekerjasama dengan sorang polis ni.

Ada sikit unsur humor diselitkan, tapi sikit je la. Nanti lebih-lebih dah tak horror pula. Takde la juga korang memanjang je tutup mata sepanjang cerita. Hehe~

Another thing, nilai kekeluargaan begitu ditekan dalam filem ni. Nilai dan konflik keluarga tu berkait rapat gak dengan real life. Pengajaran, jangan busy sangat dengan kerja sampai lupa family. Family first!

Makin hari, kejadian makin pelik berlaku.

Aku cuma rasa kureng sikit dari segi feel seram at the climax. Kenapa? Klimaks cerita ni tak berapa jelas tau. "Eh, dah dekat ending?" Time tu aku baru nak feel the most horror part, tapi terus habis macam tu je. So impak seram tu tak berapa dirasai, bagi akulah. Kalau mau compare, Insidious is better on that horror aspect.

Lukisan yang mencurigakan.

Apapun, bagi aku, Sinister adalah antara cerita horror terbaik tahun ni. Rasanya ia berjaya membuat sesetengah orang terbayang-bayang keseramannya apabila duk sendirian. Aku bagi bintang 7.5/10. Nice twist!



P/S: Time tengok kat panggung hari tu, mamat duk sebelah aku memang takut habis. Siap tutup mata & telinga lagi. Hurm macam tu, baik tak payah masuk tengok. Aku tutup mulut je, sebab nanti risau tetiba spontan sebut "s**t!" dengan kuat waktu babak-babak saspen. Haha~




Saturday, April 28, 2012

The Cabin In The Woods



The Cabin In The Woods bukan filem horror thriller yang biasa, filem ni sangat unik & sure style. Penceritaannya lain dari yang lain, tidak tipikal seperti movie horror atau thriller yang sebelum-sebelum ni. Kelainan plot filem ni membuatkan ia adalah antara BEST movie tahun 2012. Seriously syok!


Lima pelajar kolej - Dana (Kristen Connolly), Curt (Chris Hemsworth), Jules (Anna Hutchison), Marty (Fran Kranz), & Holden (Jesse Williams), bercuti ke satu kawasan hutan, dan diorang stay dalam satu kabin yang misteri. Percutian diorang diperhatikan oleh satu fasiliti industri melalui hidden cameras, yang diketuai oleh Sitterson (Richard Jenkins) & Hadley (Bradley Whitford). Fasiliti ni sebenarnya merancang untuk membunuh kesemua pelajar tersebut satu-persatu, atas tujuan ritual. Upacara ritual moden ni dilakukan di kebanyakan negara dunia, dan lima pelajar tu tak bernasib baik sebab terpilih menjadi antara sasaran korban. 


Dengan kecanggihan teknologi, fasiliti ni mampu mengawal persekitaran hutan itu termasuklah membebaskan dadah ke dalam udara semata-mata untuk memanipulasi pemikiran pelajar-pelajar tersebut. Malah fasiliti itu juga mampu membebaskan benda lebih teruk dan di situlah bermulanya adegan yang mampu menggugurkan jantung anda. 


Kalau nak tahu apa 'benda' yang dibebaskan & betapa terancamnya kelima pelajar tersebut dek kawalan fasiliti yang kejam tu, korang kena tonton sendiri. Kalau aku cerita lebih, jadi tak saspen nanti sebab kekuatan filem ni adalah plot penceritaannya yang di luar jangkaan. Penonton takkan terduga dengan flow cerita, sehingga ada satu scene tu, mati-mati kitorang ingatkan cerita dah nak abis, tapi tak sangka rupanya panjang lagi & makin mendebarkan.



Kenapa aku cakap filem ni unik? Sebab 'macam-macam ada' dalam cerita ni. Walaupun genre utama adalah horror thriller, tapi genre humor, science fiction, & fantasy pun ada dimasukkan. 

Mula-mula tu ada 2 part yang sangat kontra (seram & jenaka) silih berganti. First, unsur seram & mencemaskan di dalam adegan yang melibatkan kelima pelajar tu, iaitu bagaimana diorang menyelamatkan diri daripada ancaman-ancaman pelik di dalam kabin & hutan tersebut.



Second, unsur-unsur humor diselitkan dalam adegan kat fasiliti, iaitu bagaimana staf-staf fasiliti mengawal persekitaran hutan tersebut. Perangai & reaksi staf-staf fasiliti tu cukup menggelikan hati. Senang cakap, kekejaman dijenakakan.

Jadi perasaan kita yang menonton pun bersilih ganti, bila masuk adegan pelajar-pelajar tu, rasa seram tu datang, then bila masuk adegan dalam fasiliti, rasa seram bertukar kepada kelakar.

Masa adegan pertama start, iaitu lepas advertisement semua, aku keliru sebab apasal scene awal-awal tu macam cerita kelakar. Aku siap tanya member sebelah lagi, "Kita ni tak salah masuk panggung ker?" Haha~ 


Bagi aku, filem ni membawa cerita horror atau thriller ke satu dimensi yang baru, tidak tipikal seperti kebanyakan filem lain. Plot penceritaan yang unik tu memang berjaya memantapkan filem ni. Aku bagi score 8.5/10 untuk The Cabin In The Woods.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...