Klik Untuk Tawaran Hebat!

...................................................................................................

Monday, June 24, 2013

Santai @ Kundasang, Ranau



Kundasang adalah antara tempat yang best + sejuk di Sabah. Kundasang ni sebenarnya sebuah kawasan yang terletak dalam daerah Ranau Sabah. Mostly tempat best (yang sesungguhnya sejuk) terletak kat Kundasang area. Sesetengah tempat menarik pula berada kat luar kawasan Kundasang, tapi still in daerah Ranau. Entri kali ni disaratkan dengan gambar-gambar, so kalau rasa anda larat, bolehlah scroll ke bawah sampai habis.



Mesilau Nature Park (Kundasang)

Mesilau ni tempat yang sungguh nyaman, tenang, sunyi sepi & sometimes rasa seram pun ada gak. Kadang macam berada di set penggambaran cerita thriller or seram. Haha~ gila psycho imaginasi aku, banyak sangat tengok momok movies ni.

Bayaran masuk seorang = RM 3

Sesuai stay untuk yang nak mencari ilham dan menginginkan ketenangan.
Ayat dah macam agen pengiklanan pula. Hoho...

Chalet kat sini memang unik & stylo. Tapi maybe mahal sikit kot.

Macam-macam 'Peak' ada kat Mesilau ni. Tapi jangan tanya aku why that one was named as Ugly Sister. Hurm...

Mesilau ni agak jauh sikit dari pekan Kundasang, dan lebih sejuk compared with the town.




Desa Cattle Dairy Farm (Kundasang)

Tempat ni pun best! Boleh feel ala-ala kat New Zealand (feel sikit je la). Tak mampu pergi NZ, pergi sini pun jadilah. Dengan sekeliling kawasan tanah tinggi yang berkabus, ladang lembu ni memang tempat wajib singgah bila pergi Kundasang. Boleh la tengok lembu-lembu hitam putih berkumpul sambil menghirup 'wangian pelaburan' diorang. Haha~

Bayaran masuk seorang = RM 4

Desa Cattle ni produce beberapa produk termasuklah aiskrim yang sangat berlemak krim & fresh milk yang sungguh layan. Masa ni tak berpeluang sangat 'jumpa' lembu-lembu besar, tengok anak lembu & kambing pun jadilah.

Time kitorang pergi sini (11.30am-12.15pm), kebanyakan lembu sedang buat 'perhimpunan' di tengah-tengah ladang. So tak nampaklah lembu-lembu tu sangat. Nak tengok diorang ni secara dekat, kena tunggu waktu proses perah susu, pagi & petang kalau aku tak silaplah. 

Cer tengok gambar di atas tu? Lembu-lembu sedang bermesyuarat di kejauhan.
Lantaklah, bergambar without lembu. Huhu...




War Memorial Park (Kundasang)

Tempat ni dibina & dibangunkan oleh orang asing sebenarnya pada 1962, tujuan untuk memperingati 2000++ orang tawanan Australian & Bristish yang mati dalam peristiwa Sandakan Death Marches semasa World War II. Projek membangunkan semula tempat ni telah dibuat oleh Mr. Sevee Charuruks dengan kewangan dia sendiri pada 2005. Then, years later, dapatlah bantuan daripada Australian Government, so jangan heran kalau masuk nanti, terasa macam bukan kat Sabah. Huhu...

Bayaran masuk seorang = RM 2

Sini pun bolehlah korang feel macam ala-ala kat luar negara. Hehe...




Sabah Tea Garden

Kalau nak tengok ladang teh Sabah, boleh berkunjung ke sini. Just tengok teh je la, kau nak petik-petik bajet macam ladang sendiri, bukan sini tempatnya k... :p

Masa kitorang pergi sini, cuaca hujan. Jalan nak masuk sini grovel sikit la, kena sabar sikit.




Poring Hot Springs + Canopy Walk

Aku tahu ke-famous-an Poring ni since aku budak hingusan lagi, tapi just for you know, this was my 1st time menjejak kaki kat Poring. Darjah kepanasan kolam dia aku tak sure, aku tak masuk mandi pun. Tapi ketinggian canopy walk dia berjaya buat aku gayat. Siap tak puas hati lagi, "Bila canopy walk ni nak tamat!" Dah kau yang nak naikkan, so just shut up & walk! Haha... jiwa berkecamuk!

Bayaran masuk seorang = RM 3
Canopy walk (optional) = RM 3

Stesen Mata Air Panas + Titian Kanopi

Ni kawasan air panas. Tetiba pula ada gambar kumbang badak kan, which was actually dah mati...

This is the canopy walk. Aku ni jenis yang gayat sikit. Orang-orang yang tak gayat memang happy kenakan orang gayat ni. Tapi aku cool je, bukan aku gayat sangat pun...  :p

Boleh tahan mencabar gak titian ni. Pemandangan pun best!




Kinabalu Pine Resort (Kundasang)
Pemandangan Gunung Kinabalu di Waktu Pagi

Kinabalu Pine Resort adalah tempat yang agak famous kat Kundasang. Kiranya siapa yang nak bercuti kat Kundasang, ramai memilih untuk stay di sini. Aku pun 1st time stay kat situ, boleh cakap yang resort tu cukup cantik! Dengan rajinnya kitorang panjat bukit kat belakang resort ni, awal-awal pagi sebab nak tengok view sunrise di sebalik banjaran Crocker & view Gunung Kinabalu di waktu pagi yang jelas kelihatan tanpa dilitupi awan. Yeah! Depend on your kerajinan la kalau sanggup panjat bukit awal pagi  :)

Kinabalu Pine Resort memang tempat yang best untuk relax & rest.

Awal-awal pagi panjat bukit, tengok matahari terbit.

Jelas lagi view Gunung Kinabalu masa ni. Yela, awal pagi kan.

Tengok dari jauh je la dulu, naiknya entah bila. Masih belum berpeluang, walaupun orang Sabah.
View sangat clear time ni, so tak boleh lepaskan peluang untuk jadikan ia background. Hehe...

Subhanallah~ Ciptaan Allah sangat cantik! Megah si Kinabalu.




Kinabalu National Park (Kundasang)

Kinabalu Park ni tempat wajib untuk pelancong datang. Masa ni hujan, so memang serius berkabus. Untuk yang nak mendaki Gunung Kinabalu, taman ni la tempat starting point.

Bayaran masuk = RM 3

*Dalam sehari, korang boleh pakai tiket yang sama untuk masuk tiga tempat ni; Mesilau, Poring & Kinabalu Park. Jadi, lebih baik lawat 3 tempat tu sekali dalam one day, boleh jimat sikit.

Suasana yang berkabus, gaya kononnya macam nak daki gunung. Haha...

Jumpa member-member lama kat sini.

So, nak melancong ke Sabah, harus anda jadikan Kundasang, Ranau sebagai tempat wajib untuk dilawati!




Sunday, June 23, 2013

Pulau Manukan & Mamutik


Kota Kinabalu kaya dengan pantai dan pulau kecil yang sesuai untuk kita beriadah beramai-ramai. Entri kali ni aku nak story pasal pulau-pulau kecil tersebut. Hendak berkelah dan bersantai bersama keluarga atau kawan-kawan, kat situ memang sesuai. Pulau-pulau tu tak jauh sangat, dalam15-20 minit dari bandar KK.

Dekat KK, ada pakej untuk pergi 1 hingga 3 pulau dalam sehari; Pulau Manukan, Pulau Mamutik & Pulau Sapi. Kalau pakej 1 hingga 2 pulau, korang boleh pilih which island yang korang nak pergi. Masa tu, kitorang ambik pakej 2 pulau; kitorang pilih Pulau Manukan & Mamutik. Pulau Manukan luas dan cantik. Pulau Mamutik pula best untuk snorkeling.

Ini cost per head kitorang masa tu:
Tambang bot untuk 2 pulau (pulang balik) = RM 30
Bayaran jeti = RM 3.60
Tiket masuk kesemua pulau = RM 3
Sewa goggle + life jacket (snorkeling) = RM 15
Jumlah kos = RM 51.60 per head

*Kos bergantung kepada tawar-menawar anda  :)

Booking kat jeti Jesselton Point. Kitorang pilih untuk memijakkan kaki ke Pulau Manukan dulu. Boleh pilih which island you want to go first.



Pulau Manukan

Pulau Manukan memang nyaman dan cantik!

Serius enjoy, nak berenang pun best!

Fuuuh, nikmat sungguh, dengan angin yang sepoi-sepoi bahasa.

Santai relakskan mental & fizikal.



Parasailing

Price for double parasailing = RM 140, meaning that RM 70 per head.
*Ni aktiviti tambahan, kalau nak main. Kena pandai tawar-menawar gak.

Ada banyak aktiviti disediakan kalau korang nak main, tapi kena tambah duit sikitlah. Member nak main parasailing, so aku follow diorang untuk snap their pictures. Tengok diorang kat atas tinggi melangit tu, memang best! Siap bot tarik masuk air lagi. Haha... Diorang cakap parasailing tu syok!



Pulau Mamutik

Pulau Mamutik sesuai untuk aktiviti snorkeling, jumpa macam-macam ikan, dengan pelbagai warna. Tapi lagi syok kalau ada waterproof camera. Ehem, dinasihatkan untuk pergi ke pulau ni di waktu pagi sebab waktu petang pantai dah surut. Masa tu kitorang sampai dalam pukul 2 pm, pantai dah mula surut. Snorkeling kejap, then dalam 2.50 pm, diorang dah tak bagi snorkeling. Bila pantai dah surut, kita dengan tak sengajanya akan menjadi 'pengganas' terhadap terumbu karang. Huhu...




Sunday, June 16, 2013

Man Of Steel [2013]


Siapa yang tak kenal Superman kan. Dulu masa kecik-kecik, ambik towel or kain, sangkut kat belakang, lepas tu lari ke sana-sini, bajet terbang macam Superman. Haha...korang pun pernah buat kan? Superman dah macam 1 brand. So, how the latest movie pulak?


Cerita dimulakan dengan planet Krypton yang berhadapan dengan kemusnahan disebabkan teras planet yang tak stabil. At the same time, majlis pemerintah menerima tentangan daripada pemberontak, diketuai oleh General Zod (Michael Shannon).


Saintis Krypton, Jor-El (Russell Crowe) dan isterinya, Lara secara sembunyi telah mengekod genetik codex ke dalam sel-sel baby boy diorang, Kal-El & kemudian menghantar Kal-El ke Bumi untuk melindunginya serta memastikan pemeliharaan bangsa Kryptonian. Then, General Zod & pengikutnya dibuang ke Phantom Zone sebagai hukuman terhadap pemberontakan diorang & pembunuhan ke atas Jor-El.


Kapal angkasa Kal-El mendarat di Smallville, Kansas, dan ditemui oleh pasangan Kent. Jonathan & Martha Kent menamakan baby tersebut sebagai Clark Kent dan mengambilnya sebagai anak angkat. Clark yang mempunyai fisiologi Kryptonian memberikan dia abiliti superhuman kat dalam Bumi.


Selepas tu, Clark Kent (Henry Cavill) yang dah dewasa menjalani kehidupan secara nomad, berpindah ke sana sini, bertukar-tukar kerja dengan identiti palsu demi untuk mengaburi jejaknya & menyembunyikan identiti sebenar. Yela, dah di setiap tempat dia timbulkan misteri dengan abilitinya, so kenalah mengelak daripada orang lain tahu.


Kemudian Clark berjaya menemui sebuah kapal angkasa Kryptonian yang mempunyai teknologi yang membolehkan dia berhubung dengan bentuk hologram ayah dia, Jor-El. Lois Lane (Amy Adams), wartawan Daily Planet yang mengekori Clark secara senyap turut masuk ke kapal tersebut. Lois diserang oleh 'penjaga' kapal & cedera, namun berjaya diselamatkan oleh Clark dengan abiliti yang mengejutkan Lois sendiri.


Tapi, Clark lesap lepas tu, so apa lagi, Lois ni yang memang nak tau sangat siapa yang menyelamatkannya, cuba mencari Clark sampai jumpa. Kira macam mencari sampai ke lubang cacing la. Masalahnya, General Zod yang aku cakap tadi tu pun bukan duduk diam, dia menjejaki Clark habis-habisan sebab 'benda penting' yang ada pada Clark.


Panjang la pulak sinopsis aku kali ni, tapi of course la aku tak boleh cerita semua. The rest story korang kena tengok sendiri okay. Berjayakah Lois Lane menemui Clark Kent? Apakah tujuan General Zod sebenarnya? Apa yang berlaku apabila Clark berhadapan dengan General Zod & pengikutnya? Apa benda penting yang ada pada Clark? Banyak persoalan lagi ni, so try la follow story of Superman ni ya.


Man of Steel [2013] adalah reboot movie untuk siri filem Superman. Aku tak rasa mewujudkan filem Superman adalah sesuatu yang mudah. We are talking about Superman right? Semua kenal siapa Superman. Expectation kita mesti tinggi kan, untuk sebuah cerita yang kita dah kenal sedikit sebanyak kandungannya. Aku suka bila filem ni tak banyak 'buang masa' untuk menceritakan bagaimana Clark Kent menyedari abilitinya dan berhadapan keadaan superhuman sewaktu remaja. Ianya diceritakan melalui flashback yang berselang-seli semasa perkembangan plot.


Pengenalan kepada Clark Kent dan Superman bagi aku agak bagus, diselitkan lagi dengan sedikit dramatic scenes yang mungkin nak bagi kita touching kejap. Then, kemunculan General Zod membawa cerita ke satu level yang kita dah bersedia untuk tengok Superman beraksi. Kemunculan Zod dengan mengganggu sistem komunikasi Bumi agak stylo, bagi kita feel dark sikit. Huhu...


What do you expect for the action? For me, aksi filem ni berjaya memenuhi apa yang diharapkan. Boleh tahan gak, macam tengok kartun Dragon Ball dulu. Tengoklah Kryptonian gaduh sesama sendiri, serius best! Bukan tu je, siap berhadapan dengan kapal-kapal angkasa besar dengan teknologi canggih. Senang cakap, aksi memang pelbagai. Fight scenes memang terbaik!


Flow cerita sebenarnya OK, cuma macam tak berapa konsisten. Certain part berkembang secara perlahan, & then sampai another parts, flow cerita bergerak laju. Terasa macam ada yang kurang smooth, sehingga kekadang terdetik di hati, "Macam tu je jadi?".


Overall, Man of Steel adalah superhero movie yang mantap! Dah makin banyak superhero movie yang bagus sekarang ni, filem ni tak terkecuali. I hope there will be a sequel.


Walaupun dah kenal siapa Superman & tahu keupayaannya, tapi ada something different yang buat aku lekat dengan cerita ni. Hurm, disebabkan Superman ni tak bangang pakai spender kat luar suit, aku bagi the Man of Steel 8/10 bintang. Best!





Thursday, June 6, 2013

Padas River Rafting [25.05.2013]


Rafting di Sungai Padas, Sabah memang best! Tak puas merempuh arus deras. Ni second time aku join Padas River Rafting, first time pada 2 tahun lepas. Cukup mencabar, seriously!

Ringkasan perjalanan:
Kota Kinabalu >>> naik van >>> Stesen Keretapi Beaufort >>> naik keretapi >>> Pangi (starting point) >>> rafting sepanjang 10km >>> Rayoh (end point) - lunch >>> naik keretapi >>> Beaufort >>> naik van >>> balik ke Kota Kinabalu


The Last Train of Borneo


Naik keretapi klasik ni memang mewujudkan pelbagai emosi & perasaan:

Excited + tension + bila nak sampai ni??? + cantiknya pemandangan sungai sepanjang perjalanan + penatnya berdiri, bila turn mau duduk ni? + terasa macam dalam filem P. Ramlee or cerita Hindustan (tetiba pulak) + hurm, sampai bila nak kekalkan the last train ni? + tak nak majukan train-kah?

Hah, memang sangat pelbagai. Berangan pun ada gak :p


Rafting Time!!!

Sebelum rafting, kena dengar safety briefing dulu kat starting point, Pangi. Dengar briefing tu macam tengah tengok Raja Lawak. Brader yang bagi briefing tu kelakar! Buat lawak, memang spontan je...haha~

Ada 4 halangan arus utama, dikategorikan as level 3 to 4; Head Hunter, Cobra Point, Washing Machine & Snake House. Nama memang seganas 'serangannya'. Takper, paling teruk pun, bot akan terbalik.

1st boat of our team

Head Hunter tu adalah halangan yang pertama, serius menggerunkan. Siapa yang duduk bahagian depan bot, memang rasa thrill lebih. Bayangkan, arus lebih tinggi daripada manusia kot. Last 2 years, aku pernah jatuh kat situ, memang seram. Then, dapat 'minum' free gak.

Cobra Point was the second rapid challenge. Arus kat situ tak tinggi sangat tapi halangan dia panjang. Penat la sikit nak dayung. Dekat sini, bot kitorang terpusing, tapi tak terbalik. Masa terpusing tu, "gedebuk!", dua orang member jatuh kat aku, fuuh serius pinggang aku sakit, sampai tak larat nak dayung. Tapi kejap je la, then berkemampuan balik.

2nd boat of our team (ni bot aku)

Third, Washing Machine versi 'membasuh' orang. Tengok dari jauh dah nampak keganasannya. By the way, guide kitorang nama dia Ilir.

Brader Ilir: Arus depan tu nama dia Washing Machine. Kamu pilihlah, kamu mau lalu halangan tu kah, atau mau ikut laluan lain?

Kitorang: Apa bezanya?

Brader Ilir: Kalau kamu lalu Washing Machine tu, kemungkinan besar, bot akan capsize. Biasanya memang capsize. Itulah saya mau tanya kamu dulu. Kalau kamu tidak mau lalu situ, saya bawa pegi laluan lain yang kurang deras.

Kitorang: (Semua terdiam kejap, ada yang risau, ada yang excited).
(Akhirnya...) Lalu ikut Washing Machine la, barulah best!
Rugilah kalau tak lalu, bila lagi mau try.
(Meng-excited-kan diri di dalam ke-nervous-an)

Disebabkan semangat yang entah cukup berkobar ker atau tak, kitorang berjaya tempuh arus tu. Yeah!

Thrill tak tengok gambar ni? Tapi brader Ilir tu boleh ketawa pulak.
Nak tau apa berlaku, please continue read ye :)

The last but not least, Snake House!
OK, rumah ular ni berjaya makan kitorang!

Dalam hati, "Yes, peluang untuk masuk gambar!". Kenapa hati aku berkata demikian? Huhu...

Begini sebenarnya, cameraman ambil gambar at 3 points dan diorang snap sebanyak gambar yang mungkin at each point. Snake House was the last point. So, disebabkan masing-masing (termasuklah aku..haha...) merasakan yang dirinya belum cukup diabadikan dalam kamera, "This is the last chance! Jangan lepaskan peluang." Hati masing-masing memberontak  :p

OK, turn bot kitorang untuk di-snap, ber-hooray hooray la semua isi bot seolah-olah arus besar tu turut menyokong kegembiraan 'anak-anak kapal'. Kau tak dayung kuat, kau jatuh. Kalau kau tak dayung sebab happy sangat sampai angkat paddle, capsize la bot jawabnya. Finally, semua kalah kepada the Snake!

1st big rapid approached...
Semua happy pandang kamera, main angkat paddle je. 
All survived!
Nasib baik...

2nd big rapid came...
Dah angkat paddle, dah terlambat la nak dayung balik.

When the fierce rapid hit us...

The boat was nearly capsize...
Lihatlah wajah-wajah kitorang di kala ambang tenggelam...bhahaha~

Luckily, bro Ilir who absolutely pro knew how to balance back the boat.
Hurm, but unlucky for us...

Kitorang hilang dalam pandangan. Masa ni semua dah tenggelam.

Where were us?
Naik-naik je, dah kat bawah bot. Time ni, paling penting jangan panik. Kena relax.
By the way, brader Ilir ketawakan kitorang tau, based on gambar ni.
Diorang dah biasa tengok orang jatuh kot. Haha~

To be survived, do not panic.
Selamat keluar dari bawah bot. Brader Ilir datang selamatkan kitorang. Memang timbul tenggelam la time kat arus tu. After dah sampai ke kawasan air yang tenang sikit, semua berjaya naik bot balik.



Yeah! Sebenarnya memang lagi best kalau ada jatuh, serius. Experience berharga tu. Hehe...


BUSAT adalah agen yang bawa kitorang, thanks!



Our team.

Apapun, Padas River Rafting memang terbaik. Tak salah korang try, serius tak rugi!


p/s: Klik saja gambar untuk besarkan



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kisah Bawah Bayu