Sunday, April 1, 2012

Go-kart - ATV - Buggy - Dirt Scooter - Sky Walker




Awal bulan lepas, iaitu 4 Mac 2012, aku join 'rombongan' member tempat kerja aku pergi Port Dickson, naik kenderaan-kenderaan lasak. Lasak la sangat~ Kitorang naik Go-kart, ATV, Buggy, Dirt Scooter dan Sky Walker. Aku rasa enjoy sebab first time naik benda tu semua. Siap accident lagi masa naik Buggy, hampir masuk 'gaung'. Haha~ Tapi mengalami accident-lah yang menambah nilai pengalaman main benda tu.

First kitorang main tiga benda, iaitu ATV, Buggy dan Dirt Scooter. Untuk ATV dan Dirt Scooter, sorang je boleh naik. Untuk Buggy pula, dua orang boleh naik sekali. Seriously, paling susah bawa Buggy ni, tu sebab sampai accident tu. Ia macam bawa kereta auto, tapi sangat keras nak kawal stereng. Masa main ATV pula, kitorang siap berlumba-lumba nak habis dulu.


Second, kitorang main Go-kart kat atas bangunan 6 tingkat. The circuit is on the rooftop. Sebelum naik Go-kart, sempatlah juga menghayati pemandangan sekeliling dari atas. Main Go-kart tu pun kitorang berlumba antara satu sama lain. Nak cepat habis, tapi last-last rasa tak puas main.


Last, kitorang main Sky Walker tapi sedihnya, aku tak mampu main benda tu. Susah aku nak main. Give up & failed! Haha~ Bila dah pakai benda tu, aku nak berjalan lurus macam biasa memang tak mampu. Disebabkan ramai yang tak lalu main benda tu, kitorang ganti dengan satu round ATV.

Ni yang berjaya menguasai Sky Walker setelah jatuh berulang kali. Hehe~ Tapi ok la, aku langsung tak dapat.

Naik ATV la aku jawabnya~


*Credit to Ms. Violet Biru for all pictures. Thank you Mas~



Comments
7 Comments

7 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...