Klik Untuk Tawaran Hebat!

Tuesday, January 20, 2015

Penghendap


Di celah dua bilah papan, menyelitnya sepasang mata. Sepasang mata yang sentiasa meliar. Meliar entah mencari apa. Meliar entah menatap siapa.

Sepasang mata itu mampu memandang. Melihat apa saja terbentang di hadapan. Tak siapa tahu, tak siapa sedar, tak siapa perasan, hadirnya pandangan dari celah papan. Dasar maling!

Awal pagi, loceng sekolah belum berdering. Sepasang mata sudah sedia di celah itu. Fokusnya merenung sesiapa berlalu. Terpinga si murid dek suara sumbang entahnya empu. Dasar pengacau!

Pong pang pong pang! Bising sungguh di luar sana. Pong pang pong pang! Apa hal jerit sana rumah sebelah. Bunyi itu kacau. Tak keruan mendengarnya. Sepasang mata pantas ke kedudukannya. Mahu tahu di sebaliknya apa. Dasar busybody!

Malam gelap mengerikan. Malam gelap menakutkan. Berkeliarannya si penanggal bebalan. Mata merahnya menyeramkan. Dari luar sebalik celah, pandangan merahnya menerkam penghuni rumah. Imaginasi ini menggetarkan. Dasar penakut!

Ah sudah, memang kau dasar penghendap!





**************************

Dinding bilik aku dulu, ada ruang kecil antara 2 bilah papan. Sebelah dengan katil aku. Waktu kecik, celah papan tu la jadi port 'menghendap' orang kat luar rumah. Luar rumah ok, bukan penghendap orang mandi camtu, ini ala-ala jadi silent observer gitu. Haha... nak justify jugak.

Bila ada bebudak sekolah lalu kawasan rumah, kekadang aku jadi pengacau, konon nak takutkan diorang. Aku jerit-jerit di celah papan tu. Bengong kan? Tapi lawak gak tengok diorang tercari-cari kat mana suara celaka yang menjerit tu.

Waktu malam, celah papan tu ditutup dengan remukan kertas. Alasannya, takut tetiba ada balan-balan (penanggal) muncul merenung dari luar rumah. Penakut! Pengaruh buku hantu la ni...

Bila dah remaja & rasional, semua perangai buruk tu dah ditinggalkan yer. Hurmm... kecuali perangai 'jaga tepi kain' tu kekadang terlepas dari kawalan refleksi diri ini. Bwahaha... Maafkan beta!






Monday, January 19, 2015

Haloo... Apa Khabar ?


Disebabkan ni adalah 1st post tahun 2015 ni, aku nak tanya, APA KHABAR semuaaa... :)

Yep ramai tak puas hati sekarang ni bila ditanya Apa Khabar? Haha... Kenapakah? Rilek la wei, AJL tu cuma pertandingan la, kita sebagai penonton tak payah la nak terasa sangat, it's just a song after all.

Honestly aku pun tak minat dengar lagu tu, tak suka dengar pun sebelum ni. Waktu nak download lagu-lagu baru, lagu Apa Khabar tu aku exclude-kan dari list. Jahat tak? Hoho... Dah kira jahat pun sebab jadi lanun download  :p

TAPI...

Bila tengok live performance (kat rumah ja), tetiba aku rasa persembahan lagu tu berjaya menyentuh. Serius ni. Well, as most people di Malaysia ni, aku pun tak minat Hip Hop, kadang anti dengan genre tu, kadang aku layan gak. Tak konsisten la... Tapi pada malam AJL29, aku boleh feel lagu nyanyian Joe Flizzow & SonaOne tu. Best gak~

[ credit ]

Rapping tu kan susah, tak semua orang boleh buat. Ada gak yang boleh rap tapi hancuss. Joe Flizzow punya rap masa performance AJL memang crystal clear. Setiap butir perkataan dia jelas bunyinya (professional la katakan) & 'maksud' lagu berjaya dia sampaikan. SonaOne pun not bad, sedap je suara mamat tu nyanyi intro & chorus. Bagi aku, combination yang powerful untuk AJL29.

Mungkin lagu tu bukan minat aku, tapi aku okay ia menang Juara Lagu, berdasarkan performance of the night yang simple tapi pembawaannya sampai, rentak Hip Hop yang sedap & taklah berat sangat, dan kombinasi penyanyi & rapper yang hebat.

TAHNIAH Joe Flizzow & SonaOne untuk kemenangan lagu Apa Khabar !

Tak semestinya lagu-lagu yang banyak jerit, tarik-tarik tinggi tu yang terbaik. Cuma kita dah terbiasa muzik Malaysia camner yang boleh masuk halwa telinga kita. So, kekadang kena tolak tepi la self-interest kita. Hehe... poyo pulak.


****************************
Komen lain:

1 - Korang dah beli Qu Puteh dan Pamoga? Kalau dah beli, jangan lupa buat gaya Qu Puteh k. Haha... AJL29 rosak dengan annoying marketing tuu. Giler menyampah dengan promosi yang terlebih-lebih. Pastu, aku tak faham kenapa camera tu asyik fokus kat auntie Qu Puteh tu? Motifff...

2 - Caliph Buskers dengan persembahan Roman Cinta telah berjaya menampar muka Aweera. Eh.. Itulah kehebatan insan yang menyanyi dari hati sanubari, fuuh mantap kan... goose bumps wei. Semua orang tersentuh dengan persembahan diorang, salute! Di sebalik kekurangan, diorang punya kelebihan tersendiri.

3 - Shila Amzah kena boikot oleh media Melayu sampai ke bila ni? Aku baca Berita Harian pagi tadi pasal AJL29, artikel tu tulis pasal semua pemenang kecuali naib juara. Lepas orang komen kot, baru BH masukkan pasal Shila tapi takde gambar, tu pun typo tajuk lagu, Masih Aku Cipta. Wakaka... tak sangka wartawan kita tak profesional.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kisah Bawah Bayu