Showing posts with label Versus Black and Parallax. Show all posts
Showing posts with label Versus Black and Parallax. Show all posts

Sunday, June 3, 2012

Versus (TV9) - Konfrontasi Terakhir



Akhirnya, Versus (TV9) dah tamat. Aku dengan member, Ammar berpeluang tengok final ni. Tahniah kepada Hujan yang menjadi juara untuk Versus. They deserved it sebab persembahan diorang paling happening & mantap malam tu. Tengok secara live best, dapat feel the rhythm. 

Bak kata juri, Hujan band paling unik dalam Versus, aku setuju gak sebab setiap minggu sampailah ke malam tu, Hujan memang sentiasa tampil berbeza, muzik diorang sentiasa ada kelainan. Malam tu macam hardcore sikit (tiru cakap Loq. Haha~). Then, Hujan siap bawa Siti Nurhaliza lagi. Wow, mantap!

Hujan meraih gelaran ROCKSTAR di Konfrontasi Terakhir Versus.

Disebabkan malam tu final Versus, so agak crowded jugalah. Gambar yang diambil tak berapa clear, lagipun dah kurang minat nak ambil gambar sebab sesak. Asyik-asyik nak snap gambar ni pun sebenarnya menggangu konsentrasi untuk tengok persembahan.

Malam final tu setiap band kena perform 2 kali, first lagu mash-up (2 lagu digabungkan: 1 lagu pilihan juri + 1 lagu pilihan band). Second performance, diorang kena buat lagu baru masing-masing. Dua undian tertinggi, iaitu Go Gerila! dan Hujan berjaya masuk final battle yang bertemakan lagu Amy Search. Hujan is the winner! Actually, undian kedua-dua band sangat sengit, beza 28 undi saja. 

Ni time Battle first (vote dari minggu lepas), band Black & Parallax.

Pemenang untuk Versus minggu lepas (tema Rock Kapak) adalah Go Gerila!.
Akhirnya semua band pernah menang battle.

Black & Parallax yang mendapat tempat ke-3 secara keseluruhan.
Ni time persembahan mash-up.
Diorang nyanyi lagu Sekadar Di Pinggiran (Francesca Peter) & Merisik Khabar (Sudirman).
Amazing performance!
Lagu baru band ni adalah Aku VS Kamu.

6ixth Sense yang mendapat tempat ke-4 secara keseluruhan.
Untuk persembahan mash-up, diorang perform lagu Fiona (4u2c)  & Warisan (Sudirman).
Persembahan kedua adalah dengan lagu baru bertajuk Hossi.

Sofazr yang mendapat tempat ke-5 secara keseluruhan.
Persembahan mash-up adalah lagu Basikal Tua (Sudirman) & Inilah Nasibku (Nico).
Lagu baru diorang adalah Berakhir.

Go Gerila! yang telah battle dengan Hujan di peringkat akhir, dan berjaya menjadi naib juara. Salute!
Untuk mash-up, diorang nyanyi lagu Biso Bonar (Hattan) & Curiga (Ning Baizura).
Diorang juga perform lagu baru, iaitu Hadiah.
Untuk last Battle iaitu tema Amy Search, diorang perform lagu Saat Kuidamkan.

Hujan dengan persembahan paling happening malam tu.
Diorang perform lagu medley Lamunan Terhenti (Aris Ariwatan) & Dan Bila Esok (Sofaz).
Siti Nurhaliza duet sekali untuk lagu Dan Bila Esok versi irama Malaysia (versi Hujan).
Bertambah-tambahlah happening-nya
(tapi aku tension dengan banner-banner yang menghalang pandangan orang belakang ).
Anyway, lagu baru diorang untuk persembahan kedua adalah Ke Selatan (feat. Altimet & DJ Fuzz).

Time ni sedang dengar komen juri.
Ketiga-tiga juri bangun tabik, amazed dengan performance Hujan.
Diorang menjadi juara Versus lepas nyanyi lagu Pawana dengan jayanya.
Tahniah!!! 

Owh, ni gambar yang Ammar ambil, time kitorang kat dalam Audio Room. Persembahan kedua beberapa band kitorang tengok kat bilik ni je, sebab perlu audit undian Versus, untuk memastikan ketelusan. Lagipun, kat bawah pentas dah macam nak 'roboh' + bahang + rasa menyampah dengan orang-orang yang macam minta penerajang. Jadi kitorang pun blah & masuk audio room. Sempatlah juga jenguk-jenguk current votes time tu. Pengalaman baru sebab 1st time tengok orang kerja kat audio room, handle audio system, vote system dan sebagainya.


Kenapa aku cakap aku rasa menyampah masa tengok final Versus ni?

1 - Aku geram dengan budak-budak yang lompat-lompat & tolak-tolak time tengok Versus malam tu. Sebelum ni macam tiada, kalau ada pun, taklah 'ekstrem' macam malam tu. Ni macam tak ingat dunia, kaki orang lain pun kena pijak. Aku rasa macam nak lempar bom je kat kawasan diorang lompat-lompat tu (uish, kejam gak aku ni. Btw, macam je ada pegang bom. Haha~)

2 - Fans Hujan yang selfish yang datang time tu. Ok, Raingers memang supportive tapi sesetengah daripada diorang tu, agak-agaklah bila angkat banner, janganlah time Hujan perform pun nak angkat tinggi-tinggi sampai orang belakang tak nampak, dari awal Hujan perform sampai habis. Ni nak tengok Hujan ke, nak tengok banner Hujan?

3 - Couple yang macam minta penumbuk + penampar. Ada satu couple betul-betul berdiri depan kitorang. Tak fahamlah, korang datang tengok performance, so kenapa nak bergesel-gesel, berpeluk-peluk, bermanja-manja depan public? Orang lain tengok pun jijik, satu je yang suka, syaitan. Ok, others please take note!

4 - 'Persatuan gadis singlet' yang juga penyokong 6ixth Sense. Dahlah nak tayang-tayang, pastu sangat bising bila 6ixth Sense keluar, jerit-jerit macam mengalahkan heroin-heroin cerita hantu. Tapi, yang kelakarnya, ada gak lelaki-lelaki yang macam muka ganas tapi jerit "Adi! Adi! 6ixth Sense! 6ixth Sense!". Haha~ Aku dengan Ammar memang tergelaklah.

5 - Time management. Janji konsert 2 jam lebih, tapi last-last makan masa 3 jam lebih. Tension-lah bila lama sangat. 



Jadi, disebabkan semua inilah konsert sebegini jadi dah tak berapa baik. Anak-anak muda ni over bila tengok. Relax sudah, tak payahlah sampai tak ingat dunia. Setiap minggu aku tengok Versus, minggu-minggu sebelum tu ok, semua orang enjoy tahap-tahap normal, malam final tu je jadi tak berapa normal.

Penganjur kena kaji perkara sebegini untuk mengelakkan benda-benda yang tak baik macam ni. Semua aspek termasuklah yang menyentuh nilai-nilai masyarakat kena dititik-beratkan dalam penganjuran sesuatu program.






Saturday, May 19, 2012

Versus (TV9) - Minggu Keenam



Malam 18/05/12, aku & my housemates kembali menonton Versus secara live kat Space U8, Bukit Jelutong. Minggu lepas kitorang tak pergi, semua ada hal. 

Memang tak rugi datang sebab malam tu adalah antara malam Versus yang best. Tema adalah Shuffle, setiap band kena nyanyi lagu band yang lain. Satu yang tak best-nya, keadaan makin crowded la, makin ramai yang datang tonton secara live. Tapi, selagi performance band-band tu mantap, perkara tu kita boleh ignore. Hehe~

Battle antara Sofazr dengan 6ixth Sense.
Battle time ni best, dentuman sound sangat mantap!
6ixth Sense menang Battle untuk kali kedua.

Go Gerila! dengan lagu asal Meet Uncle Hussain (Black & Parallax), iaitu Pari-Pari Bawah Angin.

Time ni Aizat pula kena puji lebih-lebih, entah apa-apa komen Faizal Tahir. Haha~

Sofazr dengan lagu asal Hujan, iaitu Mencari Konklusi.

Best gak persembahan diorang time ni sebab lagu Mencari Konklusi tu dinyanyikan dalam macam-macam genre. 

Black & Parallax dengan lagu asal 6ixth Sense, iaitu Yang Sempurnakanku.

Persembahan band ni sentiasa konsisten, suara Black pun sentiasa mantap!
By the way, malam tu ada sorang budak sebijik habis macam muka Black, berdiri sebelah kitorang. Sebelum & selepas persembahan band ni, member-member budak tu angkat dia tunjuk kat Black, budak tu dah malu habis diorang kenakan. Kitorang kat situ memang dah tergelak-gelak.

6ixth Sense dengan lagu asal Aizat, iaitu Lagu Kita.

Not bad la Lagu Kita versi 6ixth Sense, biasa-biasa saja.

Persembahan paling best & happening! Serious enjoy!!!
Hujan dengan lagu asal Sofaz, iaitu Dan Bila Esok.

Best-lah band Hujan, setiap minggu bawa kelainan.
Actually sebelum persembahan Hujan, time tengah iklan kat TV, Noh buat lawak kat atas pentas. Semua tergelak. Haha~ Hais, Noh, Noh, kelakar jugak kau ya~


~CERITA LEPAS TONTON VERSUS~

Sebelum balik, kitorang menyimpang kejap, practice nyanyi untuk persembahan jemputan Versus next week. Haha~ perasan gila~

Ni semangat Versus kuat sangat ni, nak nyanyi lagu Dan Bila Esok jugak.
Tapi ni versi asal, bukan Irama Malaysia versi Hujan. Hehe~

Sedap diorang dua ni nyanyi lagu Keranamu Kekasih (nyanyian Jamal Abdillah, Hattan & M. Nasir).
Honestly aku enjoy dengar lagu tu versi Ammar & Aziedi. Hoho~





Saturday, May 5, 2012

Versus (TV9) - Minggu Keempat



Assalamualaikum & salam sejahtera~

Semalam, 4 Mei 2012, aku menonton Versus secara live buat kali ketiga, kat Space U8, Bukit Jelutong. Mulanya memang malas nak pergi, penat kerja. Tapi akhirnya aku pergi juga dengan member-ku Ammar, yalah esoknya cuti, boleh rehat puas-puas, kan? Memang dah puas rehat pun hari Sabtu ni, stay rumah je. Hehe~

Tema Versus minggu keempat ni adalah Diva. Kena nyanyi lagu-lagu pompuan, persembahan semua best especially Black & Parallax. Persembahan band ni memang mantap, suara Black yang power tu memang membuatkan aku feel sangat dengan lagu tu malam semalam. Terpukau kot orang-orang dalam Space U8 malam tu, sangat mantap!

Gambar-gambar kat bawah ni tak berapa clear, aku tak pandai nak adjust kamera housemate aku. Adjust ni, adjust tu, still tak boleh ambil gambar yang clear. Gambar-gambar masa persembahan diorang semua blur, aku dah delete. Tension juga, tapi apakan daya, aku hanya insan biasa yang hanya pandai tekan kamera. Haha~

Sofazr dengan lagu asal Ella, Nuri. 

Amazing performance from Black & Parallaz. Lagu Sekadar Di Pinggiran versi lelaki yang giler best!
Penyanyi asal Francesca Peter yang jadi juri malam tu pun tabik dengan band ni.

6ixth Sense dengan lagu asal Aishah, Janji Manismu.

Ni bahagian tepi pentas, time ni tengah tunggu next performance.

Go Gerila! dengan lagu asal Ning Baizura, Curiga.

Hujan, time ni tengah standby untuk persembahan. Lawak gila Noh sebelum persembahan diorang ni, dia buat gaya Anita Sarawak. Siap menari, mengajuk & berlakon gaya Anita Sarawak, kitorang kat situ dah memang tergelak. Haha~ Masa tu dalam TV tengah iklan.

Ni baru persembahan Hujan dengan lagu asal Anita Sarawak, Akhirnya Kini Pasti. Setiap minggu Hujan tampil berbeza & persembahan pun best!

Ok, semua persembahan dah habis. Jumpa di minggu hadapan, yeah!






Sunday, April 29, 2012

Versus (TV9) - Minggu Ketiga


Kali ni aku share gambar yang aku ambil sepanjang konsert Versus TV9 pada Jumaat lepas. 'Rombongan' kitorang ramai sikit kali ni. Nasib baik still tak crowded, so dapat tengok kat depan sikit. Minggu ketiga ni bertemakan lagu Alleycats. Bagi aku, persembahan Black & Parallax paling best minggu ni!

Ni tengah tunggu lif, nak naik kat panggung MBO. Plan nak tonton The Avengers lepas Versus tapi apakan daya, seat belakang dah full, so kitorang cancel untuk tonton movie. Takpelah, aku dah tengok pun. 

Hujan dengan lagu Beribu Batu.
Aku tertarik dengan lighting persembahan diorang ni.

Go Gerila! dengan lagu Andaiku Pergi Dulu.
Suara Aizat tak berapa clear-lah.

Sofazr dengan lagu Seribu Bintang.
Persembahan diorang minggu ni biasa-biasa saja.

Black & Parallax dengan lagu Hingga Akhir Nanti.

Persembahan Black & Parallax memang mantap minggu ni. Suara Black cukup power!

6ixth Sense dengan lagu Kau & Aku.

Persembahan 6ixth Sense pun best gak. Ni tengah dengar komen juri.

Juri yang duduk kat belakang penonton.

Tak sesak pun tempat ni, tu yang sempat kitorang ambil gambar.

Aku dengan member tempat kerja, diorang ni staf factory sebelah.

Fokus sungguh diorang ni, kan?

Ok, konsert habis. Jumpa di minggu hadapan.  :)



*Kalau nak imej lebih jelas, klik saja gambar-gambar tu. 






Saturday, April 21, 2012

Versus (TV9) - Minggu Kedua



Assalamualaikum & salam sejahtera~

Baru je balik dari menonton Versus secara live kat Space U8, Shah Alam. Fuh, first time tengok music band main secara live & secara dekat, kena lagi dengan sound system yang memang gila-gila mantap, memang sungguh mengujakan. Excited & sangat puas hati tengok persembahan kesemua band yang sangatlah bertenaga. Mantap!

Aku pergi dengan dua orang housemates aku, Edi & Ammar. Ammar memang dah ada kat sana since dia jadi auditor untuk keputusan Versus tu. Aku dengan Edi datang selepas kitorang habis kerja, walaupun penat, sanggup gak datang. Padahal, esok kitorang kerja jugak. Penat pun penatlah, yang penting puas hati!

Aku dengan Ammar, orang kuat MediaPrima. 

Aku dengan Edi, berlatarbelakangkan pentas Versus. Kat belakang tu pengacara, Aidid & Hunny. 

Inilah 20 minit pertama yang korang tengok kat TV, Battle between Hujan & 6ixth Sense. Actually 20 minit pertama tu dah direkod awal, kitorang yang ada depan stage time tu siap kena ajar lagi camna nak shout & bagi tepukan.

Lepas dah habis recording tu, kitorang lepak luar kejap. Sempatlah juga ambil gambar dengan band Parallax (Meet Uncle Hussain). Yang paling tinggi tu adalah Taja, ala, orang yang cipta 'Lagu Untukmu' tu. Diorang ni mesra gak, bagus! Owh, yang baju biru tu orang biasa-biasa je. Hehe~

Dekat bawah ni adalah gambar-gambar time live yang sebenar, tapi gambar tak clear sangat. Semua persembahan best, aku paling suka 3 persembahan, iaitu Sofazr (Hidup Sederhana -Basikal Tua-), 6ixth Sense (Warisan), dan Hujan (Toyol).

Sofazr dengan lagu Hidup Sederhana (Basikal Tua). Persembahan pembukaan yang sangat energetic! Tak sangka Sofazr boleh perform dengan mantap camtu. Well done!

Go Gerila!, band yang disertai oleh Aizat. Time ni diorang tengah dengar komen judges.

Black & Parallax dengan lagu Merisik Khabar. Memang lagu tu diubah habis. Suara Black sangat power tapi lagu yang diubah tu macam dah kurang feel, pada pendapat akulah.

Best giler tengok performance 6ixth Sense dengan lagu Warisan. Enjoy tengok si vokalis yang begitu bertenaga, dia siap melompat-lompat lagi sepanjang persembahan. Best-lah~

Hujan yang sangat perform dengan lagu Toyol. Persembahan penutup yang power! Gubahan lagu Toyol tu dah jadi macam lagu ciptaan diorang, bak kata juri. Btw, Noh Hujan memang sporting habis.

Apapun, aku cukup penat menyumbangkan suara sebagai penonton. Haha~



*Kalau nak imej lebih jelas, klik saja gambar-gambar tu.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...