Saturday, April 14, 2012

Perhimpunan Menuntut Pemansuhan PTPTN: Pandai @ Sebaliknya???



Apa cerita ni mahasiswa semua? Tak habis-habis lagikah? Baguslah korang ni, buat aktiviti riadah di hujung minggu ni. Berhimpun & camping, rasa macam nak join-lah. Eh kejap, tak boleh, nanti kalau join, dapat penyakit 'pandai tak bertempat' pula. 


Hari tu nak mansuh AUKU, sekarang nak mansuh PTPTN, next time apa pula? Mansuh universitilah terus, semua kan dah pandai, tak habis study pun konon-konon dah tahu segala benda. Baru setakat tahu ini dan itu, perasan macam dah tahu segala-galanya, kononnya idea dioranglah yang paling bernas. Tahniah kerana anda memang sangat 'pandai'.

Jom nyanyi sama-sama, "Tanggal 31, bulan 8, 57. Hari yang......" eh sorry, salah masuk perhimpunan. LOL

Actually aku tak tahu-menahu sangat pasal perhimpunan ni, yang aku tahu sebelum ni memang dah bising-bising nak mansuh PTPTN. Cuma malas nak peduli sebab dah penat ambil tahu pasal 'kepandaian' segelintir mahasiswa. Semua saja cari isu mentang-mentang dah dekat PRU, kan?


Ni apa motif?

Begini-bah senang, tak kisahlah kau menyokong kerajaan @ pembangkang, tak kisahlah kau menyokong Pro-Aspirasi @ Pro-Mahasiswa, yang penting berfikir dan bertindak secara neutral & rasional dalam sesuatu isu yang spesifik. Ini pendapat aku, tak setuju, aku tak boleh buat apa. Ini tak, since kau dah sokong suatu kumpulan tu dari mula, apa saja yang kumpulan tu buat kau akan ikut tanpa kau kaji habis-habisan. Kau dah set di minda kau yang segala-gala kumpulan tersebut buat adalah benar belaka.

Dah habis kaji? Mungkin kau tak faham makna habis-habisan tu sebab umur kita ni masih setahun jagung. Dunia ni luas, lubang segala jenis cacing pun kau tak pernah nampak, kan? Jadi, jangan anggap yang kau dah cukup mengenali dunia. Perjalanan hidup tu memberi ilmu dan pengalaman. Kalau setakat kau menjejak ke menara gading je, kau harus sedar yang langkah kau masih jauh lagi untuk kau berlagak sebagai orang paling bagus.

Wah, best-nya camping. Apasal tak pakai khemah colour kuning sekali, kata semangat nak camping sampai BERSIH 3.0.  LOL
Eh, macam kenal. Fuyoo, Adam Adli tu~
Bang, tolong sign autograf atas kertas pembungkus nasi lemak saya. TQ

Haish, wastage of manpower betul apa yang korang buat hari ni. Actually, apa sebenarnya yang korang ni nak untuk mansuhkan PTPTN? Tak setuju dengan interest yang dikenakan? Aku pun tak setuju gak tapi kalau sebab tu, tak payahlah sampai nak mansuh, bagilah cadangan macam nak menambah-baik pinjaman tu. 

Tapi korang tak tahu macam mana nak menambah-baik, kan? Kenapa? Sebab korang tak tahu sangat pasal benda-benda kewangan & pengurusan pinjaman ni semua, tak habis kaji, kan? Tahap pun baru sampai level universiti, belum lagi employed, jadi pengetahuan memang tak cukup lagi. Jadi, korang pun ambil cadangan mudah, mansuh. Itu je yang korang tau, MANSUH. Lepas tu, nak mansuh tapi tiada cadangan terbaik untuk menggantikannya.

Owh, nak pendidikan percuma. Nak dapat ilmu bukan senang, kawan. Belajar bersyukur. Ni cadangan yang tak bernas bagi aku. Kalau betul nak percuma, apa inisiatif korang sebab sekarang korang hanya mengemukakan cadangan semata-mata.

Kalau diminta untuk senaraikan 100 wishlist yang anda ingin lakukan di universiti, mesti korang akan tulis 99 untuk mansuh itu & ini. Then, perkara ke-100 barulah konvo. Terbaek!!!


**Credit to MalaysiaKini di atas semua gambar-gambar. Aku copy paste dari situ. TQ



Comments
16 Comments

16 comments:

  1. haih, banyak mahasiswa jadi tin kosong je. bising lebih, tapi xde isi.

    setuju part yang sokong membuta tuli tu. kalo da A jadi B, sampai mati pun nampak A jadi B. haih, mahasiswa.

    nak belajar secara percuma, janji dapat 4.00 setiap sem xpe jugak. aih~ mahasiswa.

    ReplyDelete
  2. memang rmai mahasiswa yg join politik ni tp x tau apa sbnarnya hala tuju diorang, main ikut je apa kata politik luar...tu la msalahnya...

    setuju, kalau belajar percuma & menyumbang kpda negara, bole la terima... tp kalau nk blajar percuma tapi demo sini sana, no point jgak...

    ReplyDelete
  3. Bagi belajar percuma nanti x serius la dlm pembelajaran....ntah apa2...ni malas nak berpolitik...

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. agreed 100%. nice post! nicely said. saya pun xfaham dengan mahasiswa yang taksub betul dengan benda2 gini. tak salah mengikuti perkembangan politik atau menyuarakan ketidakpuashatian terhadap PTPTN or whatsoever. tapi ada cara yang lebih baik dan matang..

    ReplyDelete
  6. itulah Thommmy, sngat x matang. Mcm lebih kpda nk cari populariti. Dorang ni ckap & bantah je pandai tpi nk bg penyelesaian ala2 cdangan budak tadika....cara camni hya menghuru-harakan semua je... :)

    ReplyDelete
  7. time meminjam ptptn x hengat donia...time bayar suh mansuh plak..huhu

    ReplyDelete
  8. ada pro dan kontra. tp kalau semua free makin la mls manusia nak berusaha kan?

    ReplyDelete
  9. betul2 hebat sepakat minta dimansuhkan..banjir ..siap dengan banner. Kalau inilah cara terbaik..pasti selesai ya..

    ReplyDelete
  10. Kalau dah jadi mahasiswa tu, mesti bertambah2 pandai.. Ni tak, lagi bengap ada la.. otak letak lutut.. ish2.. apa lah nak jadi..

    ReplyDelete
  11. Terbaekk .. PRU13 ni ada parti baru, Parti Mahasiswa Memandai . XD
    #minta pndidikan pcuma pulak tu .. haha .. sekarang masuk toilet awam pun x da yg pcuma la ..

    ReplyDelete
  12. inilah yang dikatakan bertindak tanpa berfikir.

    ReplyDelete
  13. RAse nya x perlu kot nak mansuh... CUkup la setakat banyak mane pinjam byk tu byr balik....
    *

    ReplyDelete
  14. haha..ini adalah keadilan rakyat der,,aku xsokong 100% tapi..duit adalah segala2nya bagi manusia zaman sekarangkan?..rakyat adalah anak-anak dan pemimpin sebagai ayah dan menteri sebagai kakak atau abang,jika-jika anak2 mnangis nak duit beli basikal xkan si ayah xbagi kan?mereka cuba sebab bapak dia kan xkan dia nak mntak ngan bapak orang lain.skrg ptptn pon ada bunga,,just kurangkan aku rasa da ok..^^

    ReplyDelete
  15. replacing PTPTN by taking up fund from Petronas doesn't solve the problem..it create another one i believe.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...