Klik Untuk Tawaran Hebat!

Sunday, January 6, 2013

Far Cry 3 [2012]


Aku ni memang kaki game, tapi tak se-fanatik masa zaman 'muda-muda' dulu. Eh, dah tua-kah aku? I mean zaman muda remaja. Biasalah, hidup dah jadi busy dengan kerja harian. Dulu lain, ada masa lapang yang sepatutnya digunakan untuk study tapi digantikan sebagai masa untuk Gaming! :p

Sejak minggu lepas ada satu game ni aku layan sangat. Aku pun tak sangka aku boleh minat giler untuk play it. Semalam berhempas pulas untuk habiskan, bila dah tamat, baru rasa, "Haish, dah habis?"


Aku ni memang tak minat 1st-person shooter video game, since dari kecik lagi. Aku tak suka tengok view yang just nampak tangan atau senjata, sometime aku rasa pening nak main. That's why jugak kot aku tak minat main Counter Strike, even kawan-kawan aku selalu ajak main lepas habis sekolah dulu. Haha~ sorry guys!

Tapi Far Cry 3 telah menolak ke-tak-minat-an aku tu jauh-jauh. Syok giler game tu!



Why? Why? Why?

#1 - Gameplay yang smart, seriously mantap & simple tapi boleh buat banyak benda. Kita control game bukan setakat dalam character's real life, tapi halusinasi karakter pun kita kena play, tu yang best! Halusinasi tu macam mistik sikit.



#2 - Storyline yang sangat best! Jason Brody & his members bercuti di sebuah pulau tropika kat kawasan Pasifik. Nasib tak baik bila diorang main skydiving, then landing di kawasan lanun. So kena culik la, tujuan untuk minta wang tebusan & jual diorang dalam perhambaan. Jason ni berjaya melepaskan diri & diselamatkan oleh suku asli pulau tersebut, iaitu Rakyat. Then, dia terpaksa berhempas-pulas menyelamatkan sorang-sorang member dia. At the same time, dia dalam konflik dalaman sama ada untuk stay kat pulau tu sebagai pahlawan Rakyat atau pergi meninggalkan pulau tersebut.



#3 -  Graphic game yang lawa, gambar memang cantik tau. Latar tempat diinspirasi berdasarkan kawasan tropika, so kadang nampak macam kat Malaysia. Graphic yang smart pun membuatkan kita boleh feel character's emotion. Memang boleh feel perasaan takut diorang.



#4 - Penggunaan Bahasa Malaysia dalam game. "Berhenti", "Senapang ke bawah", "Labah-labah", "Rakyat" dan beberapa lagi. Kononnya bahasa suku asli tu adalah BM. Kadang kelakar gak dengar diorang sebut.



#5 - Hunting! Real life tak pernah buat, so game-life kena la try. Haha... Actually ada tujuan kenapa perlu berburu dalam game ni, it's kind of survival la. Btw, kita pun boleh dapat serba sedikit info pasal binatang dalam game ni. Hah, bukan sekadar main je tau.



#6 - Macam-macam senjata. Yang ni common la, game lain pun ada. Tapi senjata kat game ni best, kita boleh upgrade & craft!



#7 - Naik & pakai banyak benda. Kita boleh drive kereta, buggy & lain-lain lagi on the ground. Boleh naik bot & jet ski kat atas air. Then, kat udara kita boleh pakai glider, wingsuit & parachute. Senang cakap, "the world is ours". Ceh, berangan je lebih.



#8 - Suspen & thriller! Hurm, boleh tahan ganas gak la. Bayangkan tengah rilek-rilek main, tiba-tiba member sekutu kat sebelah kena tikam leher (I mean dalam game la). Tengah syok-syok berenang, tetiba ada buaya atau ikan yu gigit & tarik. Hah, tekezut!



#9 - Karekter yang cool & stylo. Villain game ni, pirate lord Vaas, memang smart. Psycho tapi stylo~ Best gak tengok perwatakan Vaas. Lead character, Jason Brody pun ok, kita alami sendiri macam mana dia berubah dari zero to hero.




Far Cry 3 bagiku terbaik! Amazing! Aku bagi rating 9/10.
All time favourite game!





Comments
6 Comments

6 comments:

  1. Alamak, game lelaki, sye x tau, yg sye tau The Sims je.....hikhik....

    ReplyDelete
  2. @Ayuni
    haha~ game lelaki mmg ganazz sikit...tp bole je kalo ladies nk main, yg penting jgn jerit2 saspen nti :p

    ReplyDelete
  3. ohh...aku sgt suke counter strike...game ko ni mcm susah je?? tp aku lebih suke game kereta...baru best...dan zombie vs plant...

    ReplyDelete
    Replies
    1. x susah pun... senang je mcm buka kulit kacang...hehe....

      Delete
  4. semangat betul baca review game ni. bagus2... pc x power arr. takat plant vs zombie ngan angry bird lepas arr... huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg penting bole lepas main Solitaire ok la tu...haha...

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kisah Bawah Bayu