Klik Untuk Tawaran Hebat!

Monday, May 28, 2012

TG F19 Family Day at Hot Spring, Sungkai Perak



Pada 20 Mei lepas, aku join aktiviti Family Day kilang aku, F19/20 TG kat Hot Spring, Sungkai Perak. Program ni dianjurkan oleh Human Resource Dept & F19 Recreational Club. Bagi aku, ok-lah. Enjoy beriadah di hujung minggu. Merendamkan diri dalam kolam air panas pun memang sedap.

Ni staf-staf yang join.
Bergambar dulu sebelum gerak.

Geng Lab F19/20, sentiasa memastikan kualiti incoming material
(yela sangat, padahal aku pun tak habis belajar lagi semua pasal lab sini).

Sebelum sampai dah gambar, selepas sampai pun kenalah bergambar juga, kan? Hehe~

Geng-geng operational departments.

Dik, penat sediakan nasi, adik berkeras juga nak makan tepung.

Uik, ni baru namanya buat sehabis baik.
Macam dah tak larat aku tengok budak ni.

Lompat / lari dalam guni.
Depend dengan individu, kalau nak catwalk dalam guni pun takde hal.

Pijak bata sambil ke hadapan.
Susah gak main benda ni (padahal aku tak main pun. Haha~)

Acara kemuncak - Tarik Tali.
Ada 4 team, yang ni pemenangnya.
Memanglah, badan diorang besar-besar (ayat penyedap hati)

Ni team aku yang dapat No. 1 dari belakang AKA last place AKA uncit (dalam bahasa Sabah)

Kenapa kami kalah?
Tengok tu, ada member team yang advance, boleh tarik tali sampai putar 360 darjah

Kami masuk pusingan cari 3 & 4.
Ni adalah team yang kami bagi peluang untuk dapat No. 3.
Kami bagi chance ok~ (aku ni memang tak sedar diri akan kekalahan. Haha~)

Tak apalah, kalah pun dapat hadiah gak.

Selepas dah bersukaneka semua, tibalah aktiviti bebas.
Nak berenang dalam kolam air sejukkah, air panaskah, itu masing-masing punya hal.
Nak berenang gaya bebaskah, gaya rama-rama, gaya katakkah, itu pun masing-masing punya hal.
Btw, rendam kaki dalam air panas memang sedaplah.

Berenang-renang pun kena ambil gambar juga. Hehe~


Aktiviti macam ni bagus untuk dibuat setiap bulan.
Merapatkan hubungan sesama staf.
Looking forward for next plan.
InsyaAllah~



*Klik gambar untuk lebih jelas





Sunday, May 27, 2012

External Hard Disk = Sarang Semut



Beberapa minggu lepas aku rasa down sebab external hard disk aku rosak. Sedih + hati hancur! Fuh, parah je bunyi.

Then, aku pun cuba menenangkan hati, belajar menerima kehilangan data-data yang telah lama ku simpan. Movie banyak dalam tu, type BRRIP lagi, hilang gak semua. Nak download balik dah tak dapat sebab file-file download dalam internet dah banyak kena delete. Tension! Dah tak berjaya jadi 'lanun maya' pasni. 

Macam mana rosak? Tak tahulah, memang 'dia' dah penat 'berkhidmat' dengan aku. Ex-roommate aku asyik-asyik salahkan dirinya sebab punca rosak. Dia just ambil kabel external tu try cucuk kat external hard disk office dia. External office dia tu memang dah rosak, so cucuk pakai kabel external aku pun tak berjaya. Pastu, external aku pula dah tak dapat detect.

But seriously memang bukan salah dia, sebab dia pinjam kabel je, kabel tu pun tak rosak. Bagi aku kebetulannya time tu memang external aku maybe dah nazak. Minggu selepas tu, kitorang bawa ke kedai, then berjaya recover beberapa data, gambar-gambar & komik. 

"Saya dah ada semua gambar ni, memang dah back-up dalam laptop. So, berapa kena bayar kalau saya tak nak semua data ni?".

Kedai tu mula-mula bagi bayaran RM350 untuk recover tapi banyak tak dapat recover, so satu pun aku tak nak ambil. Last-last, kedai tu cakap tak payah bayar, ambik je external yang rosak tu. Aku pun lega, nasib baik tak bayar. Tapi, kabel external aku kau lupa nak bagi balik sekali. Ker kedai tu buat-buat lupa? Haha~

Ex-roommate aku Ammar ni pun nak ganti juga walaupun aku berkeras tak nak ambil duit dia. Yalah, bukan salah sesiapa pun, benda dah nak rosak. Masing-masing paksa, aku pun ambillah duit tu, I treated as birthday gift, kasi senang hati aku sikit. Padahal, birthday dah lama lepas. Haha~ Alhamdulillah. Thank you Ammar (in case kau baca. Hehe~)

Nak tahu apa punca rosak sebenarnya? Tengok gambar-gambar kat bawah ni. Aku 'ngeri' tengok. Bila kedai tu buka external aku tu, berkeluaranlah warga-warga semut yang rupa-rupanya dah 'beranak-pinak' selama ni dalam external tu. Jadi, bagi aku tu punca rosak dia. Banyak gila semut tu. Korang kena jaga sikit external hard disk korang, manatau nanti jadi camni.


Hitachi yang dah sampai 'ajal'.

Ni bahagian tepi external, segala-galanya bersemut

Seriously aku meremang tengok, entah kenapa






Sunday, May 20, 2012

Surau Space U8



Surau Space U8, Bukit Jelutong memang sangat cantik. Aku rasa itu adalah surau dalam shopping mall yang paling cantik, setakat yang aku pernah jumpalah. 

Masa mula-mula masuk dulu, terkejut juga, tertanya-tanya pun ada gak, "Betulkah surau dekat sini?". Yela, tak sangka dalam shopping mall, surau dibuat dengan begitu cantik. Apapun, yang penting 'isi' dalamnya, kan? Setakat aku masuk ni, ramai jugalah yang masuk sembahyang. Alhamdulillah~

Bahagian hadapan dalam surau, ruang Imam.

Bahagian tepi dalam surau.
Siap ada aliran air.

Bahagian belakang dalam surau.
Seni khat yang sangat cantik.

Laluan masuk ke surau.
Cantikkan?

Tepi laluan masuk, digantung banyak seni khat Islam.
Pencahayaan kat situ pun memang indah.

Bahagian luar surau, kawasan orang duduk tanggalkan kasut.
Di tepi dinding tergantung indah seni khat ni.

Ni laluan masuk tadi, cuma aku gambar dari tempat duduk.
Maksudnya ia menuju keluar dari surau.




Saturday, May 19, 2012

Versus (TV9) - Minggu Keenam



Malam 18/05/12, aku & my housemates kembali menonton Versus secara live kat Space U8, Bukit Jelutong. Minggu lepas kitorang tak pergi, semua ada hal. 

Memang tak rugi datang sebab malam tu adalah antara malam Versus yang best. Tema adalah Shuffle, setiap band kena nyanyi lagu band yang lain. Satu yang tak best-nya, keadaan makin crowded la, makin ramai yang datang tonton secara live. Tapi, selagi performance band-band tu mantap, perkara tu kita boleh ignore. Hehe~

Battle antara Sofazr dengan 6ixth Sense.
Battle time ni best, dentuman sound sangat mantap!
6ixth Sense menang Battle untuk kali kedua.

Go Gerila! dengan lagu asal Meet Uncle Hussain (Black & Parallax), iaitu Pari-Pari Bawah Angin.

Time ni Aizat pula kena puji lebih-lebih, entah apa-apa komen Faizal Tahir. Haha~

Sofazr dengan lagu asal Hujan, iaitu Mencari Konklusi.

Best gak persembahan diorang time ni sebab lagu Mencari Konklusi tu dinyanyikan dalam macam-macam genre. 

Black & Parallax dengan lagu asal 6ixth Sense, iaitu Yang Sempurnakanku.

Persembahan band ni sentiasa konsisten, suara Black pun sentiasa mantap!
By the way, malam tu ada sorang budak sebijik habis macam muka Black, berdiri sebelah kitorang. Sebelum & selepas persembahan band ni, member-member budak tu angkat dia tunjuk kat Black, budak tu dah malu habis diorang kenakan. Kitorang kat situ memang dah tergelak-gelak.

6ixth Sense dengan lagu asal Aizat, iaitu Lagu Kita.

Not bad la Lagu Kita versi 6ixth Sense, biasa-biasa saja.

Persembahan paling best & happening! Serious enjoy!!!
Hujan dengan lagu asal Sofaz, iaitu Dan Bila Esok.

Best-lah band Hujan, setiap minggu bawa kelainan.
Actually sebelum persembahan Hujan, time tengah iklan kat TV, Noh buat lawak kat atas pentas. Semua tergelak. Haha~ Hais, Noh, Noh, kelakar jugak kau ya~


~CERITA LEPAS TONTON VERSUS~

Sebelum balik, kitorang menyimpang kejap, practice nyanyi untuk persembahan jemputan Versus next week. Haha~ perasan gila~

Ni semangat Versus kuat sangat ni, nak nyanyi lagu Dan Bila Esok jugak.
Tapi ni versi asal, bukan Irama Malaysia versi Hujan. Hehe~

Sedap diorang dua ni nyanyi lagu Keranamu Kekasih (nyanyian Jamal Abdillah, Hattan & M. Nasir).
Honestly aku enjoy dengar lagu tu versi Ammar & Aziedi. Hoho~





Wednesday, May 16, 2012

Selamat Hari Guru



Selamat Hari Guru!


Ucapan of course ditujukan kepada semua guru di seluruh dunia especially my teachers, lecturers, ustaz, ustazah dan semua para tenaga pengajar & pendidik yang telah memberi perkongsian ilmu kepada diri hamba yang lemah ni. Pengisian yang diberikan sesungguhnya adalah 'hadiah' yang sangat besar buat saya, tidak akan saya lupakan.

Ok, start touching sikit~ Hehe~

Tanpa guru & semua pendidik, 
aku takkan kenal huruf ABC, 
takkan tahu jawapan 4+5+88, 
takkan reti menulis "Nama saya Mohammad Ezwan",
takkan pandai membaca, mengeja & mengira,
takkan jelas ilmu-ilmu Islam,
takkan tahu Sejarah Nabi & Rasulullah, 
takkan mengerti ilmu Sains & Teknologi,
takkan kenal sebenarnya Malaysia,
takkan mengerti formula-formula 'killer' Matematik,
takkan lulus UPSR, PMR, SPM, STPM,
takkan masuk Universiti Malaysia Sabah,
takkan mengerti apa itu Bioteknologi,
takkan faham apa itu Genetik, Biokimia, Mikrobiologi, Immunologi,
& macam-macam virus serta bakteria,
takkan menyarung jubah konvo,
takkan memegang segulung ijazah,
takkan berpijak di mana tempat sekarang aku berada.

So, kepada semua guru, Terima Kasih atas segalanya~
Semoga semuanya sentiasa berada dalam rahmat-Nya
Semoga kita semua sentiasa mendapat limpah ilmu-Nya
Amin~







Tuesday, May 15, 2012

Top 7 Band Songs For May '12





Dengarkan lagu-lagu band/group pilihan aku untuk minggu ni. Semua best untuk kita layan~ Jom dengarkan Bushido-FM.


No. 7
Hot Chelle Rae - Honestly
Pop rock band yang sebelum ni popular dengan lagu Tonight, Tonight. Lagu Honestly ni adalah 3rd single from their latest album, Whatever (2011). Honestly, aku suka lagu Honestly ni (ayat mengada-ngada...hehe~)


No. 6
Neon Trees - Everybody Talks
Alternative rock band ni release-kan lagu Everybody Talks as 1st single from their 2nd album, Picture Show (2012). Lagu rancak yang best + video yang entah apa-apa tapi lawak! :D


No. 5
Fun. - We Are Young (feat. Janelle Monae)
Indie pop band yang semakin dikenali di seluruh dunia. We Are Young ni adalah 1st single daripada album ke-2 diorang, Some Nights (2012). Lagu yang sesuai untuk orang-orang muda. Eh, jangan risau, siapa-siapa  pun boleh layan. Hehe~


No. 4
Linkin Park - Burn It Down
Lagu baru rock band Linkin Park, daripada 5th album diorang, Living Things (2012). Masih mengekalkan muzik rap & electronic rock. Lagu rap rock yang best! Linkin Park tetap best walaupun genre muzik diorang dah tak macam dulu.


No. 3
One Direction - What Makes You Beautiful
Dalam song list ni, ni je satu-satunya boyband. Haha~ slack sikit. British-Irish boyband yang diterjah bakat daripada rancangan X-Factor. Then, meletup selepas release-nya lagu What Makes You Beautiful ni, iaitu 1st single from their 1st album, Up All Night (2011). Jambu yang talented!


No. 2
Train - Drive By
Pop rock band yang sebelum ni popular dengan lagu Hey, Soul Sister kembali dengan 6th album, California 37 (2012). Lagu Drive By yang sedap ni adalah diorang punya 1st single. Layan giler lagu ni~ Thumbs up!


No. 1
Maroon 5 - Payphone
(feat. Wiz Khalifa)
Pop rock band yang aku minat sejak dulu lagi, Maroon 5 kini naik lagi dengan Payphone. Lagu ni adalah 1st single from their 4th album, Overexposed (2012). Bagi aku, so far ni adalah muzik video Maroon 5 yang terbaik. Selain 'bersih', ada gak diselitkan action sikit. Action-lah sangat. Apapun, buat masa ni, this is my No. 1 Song! Yeah!







Sunday, May 13, 2012

Quotes of May 2012



"The positive thinker sees the invisible, 
feels the intangible, 
and achieves the impossible."



"Persons are judged to be great because of the positive qualities they possess,
not because of the absence of faults."



"You have brains in your head.
You have feet in your shoes.
You can steer yourself in any direction you choose.
You're on your own.
And you know what you know.
You are the guy who'll decide where to go."
-Dr. Seuss-



"If you don't stand for something you will fall for anything."
-Malcolm X-






Saturday, May 5, 2012

Versus (TV9) - Minggu Keempat



Assalamualaikum & salam sejahtera~

Semalam, 4 Mei 2012, aku menonton Versus secara live buat kali ketiga, kat Space U8, Bukit Jelutong. Mulanya memang malas nak pergi, penat kerja. Tapi akhirnya aku pergi juga dengan member-ku Ammar, yalah esoknya cuti, boleh rehat puas-puas, kan? Memang dah puas rehat pun hari Sabtu ni, stay rumah je. Hehe~

Tema Versus minggu keempat ni adalah Diva. Kena nyanyi lagu-lagu pompuan, persembahan semua best especially Black & Parallax. Persembahan band ni memang mantap, suara Black yang power tu memang membuatkan aku feel sangat dengan lagu tu malam semalam. Terpukau kot orang-orang dalam Space U8 malam tu, sangat mantap!

Gambar-gambar kat bawah ni tak berapa clear, aku tak pandai nak adjust kamera housemate aku. Adjust ni, adjust tu, still tak boleh ambil gambar yang clear. Gambar-gambar masa persembahan diorang semua blur, aku dah delete. Tension juga, tapi apakan daya, aku hanya insan biasa yang hanya pandai tekan kamera. Haha~

Sofazr dengan lagu asal Ella, Nuri. 

Amazing performance from Black & Parallaz. Lagu Sekadar Di Pinggiran versi lelaki yang giler best!
Penyanyi asal Francesca Peter yang jadi juri malam tu pun tabik dengan band ni.

6ixth Sense dengan lagu asal Aishah, Janji Manismu.

Ni bahagian tepi pentas, time ni tengah tunggu next performance.

Go Gerila! dengan lagu asal Ning Baizura, Curiga.

Hujan, time ni tengah standby untuk persembahan. Lawak gila Noh sebelum persembahan diorang ni, dia buat gaya Anita Sarawak. Siap menari, mengajuk & berlakon gaya Anita Sarawak, kitorang kat situ dah memang tergelak. Haha~ Masa tu dalam TV tengah iklan.

Ni baru persembahan Hujan dengan lagu asal Anita Sarawak, Akhirnya Kini Pasti. Setiap minggu Hujan tampil berbeza & persembahan pun best!

Ok, semua persembahan dah habis. Jumpa di minggu hadapan, yeah!






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kisah Bawah Bayu