Klik Untuk Tawaran Hebat!

...................................................................................................

Tuesday, January 22, 2013

The Impossible [2012]



The Impossible [2012] adalah filem yang berkisar kepada bencana tsunami yang berlaku pada 26 Disember 2004. Mesti korang ingat lagi kan pasal tsunami ni? Antara bencana terbesar yang pernah berlaku sehingga sekarang, masa tu memang kesian tengok tempat-tempat & keadaan mangsa yang dilanda tsunami.


Filem ni membawa kita flashback ke tahun 2004 tapi mendekati kisah benar sebuah keluarga yang telah menjadi mangsa tsunami tu. Maria Bennet (Naomi Watts) & suaminya Henry (Ewan McGregor) bersama 3 orang anak diorang, iaitu Lucas (Tom Holland), Thomas & Simon pergi bercuti seterusnya menyambut Krismas kat sebuah resort di Khao Lak, Thailand.


Tsunami yang melanda telah memisahkan keluarga tersebut. Dalam keadaan dihanyutkan air deras, Maria berusaha mendapatkan anaknya, Lucas. Disebabkan hanyut sekali dengan segala benda, termasuklah wayar kabel elektrik, pokok & akar kayu, badan of course la luka cedera. Nasib Maria & Lucas baik sebab berjaya menyelamatkan diri tetapi kaki Maria pula injured teruk.


Dalam kawasan yang dah 'bersih', diorang cuba mencari tempat selamat tanpa tahu-menahu apa sebenarnya yang berlaku & paling penting bagaimana nasib suaminya Henry & dua orang lagi anak lelakinya? Are they dead?


Cerita ni tak menumpukan tentang bencana tsunami tu tapi tumpuan kepada keadaan sejurus selepas tsunami. Diorang nak tunjukkan betapa sengsara & traumanya mangsa-mangsa tsunami 2004. Bagaimana penerimaan diorang apabila family hilang begitu je. Macam mana nak hadapi keadaan macam tu?


Tema kekeluargaan boleh dikira sebagai elemen utama cerita ni. Kuatnya azam sebuah family untuk bersatu kembali, putus asa bukan sesuatu sifat yang perlu diterima pada masa itu. Huru-hara turut bukan penghalang. Hah, di situlah diorang sedut sensitiviti kita yang menonton sampai rasa touchy ni meluap-luap kat dalam. Then, pencahayaan filem ni terang sangat sampai mata silau habis. Bila dah silau, paham-paham la, mata rasa pedih & berair. Haha~ :p


Ok-lah, cerita ni memang sedih. Terharu tengok. Kalau tak feel tu maybe tak ada perasaan kot. Kesemua pelakon termasuklah ketiga-tiga budak tu berjaya bawa watak masing-masing dengan terbaik! Once acting sangat menjadi, tu yang kita boleh feel lagi the story. Si parents tu jangan cakap la, kedua-duanya star, so kacang je nak bagi orang touchy dengan performance lakonan diorang.


Bencana tsunami tu pun nampak real. Bila tonton, kita akan realize, "owh, macam ni la keadaan mangsa tsunami waktu ombak besar tu melanda, hanyut tenggelam macam tu je. Huhu...seram".


The Impossible adalah disaster-drama film yang mantap! Tsunami dalam movie tu maybe membuatkan cetusan tsunami kat sesetengah orang gak. Aku bagi rating 8.5/10
Tsunami oh tsunami~ 




Comments
4 Comments

4 comments:

  1. dah tengok cite ni..ada part boring ada part sedih..tapi byk cite lepas dah jadi tsunami tu..kalau dia buat lame skit masa berlaku tu msti best heheh

    http://nurulnamasaya.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. teringin nak tgk muvee yg org melayu buat pasal tsunami yg pernah terjadi kt malaysia :)

    xde ke pengarah2 m'sia yg tringin nk wat cter mcm ni!! huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye la, Malaysia x nk buat ker? asyik2 citer yg xde value je tayang kt panggung; cerita lawak seram, cerita hantu mngarut dllg yg kbanyakannya xde pengajaran n value..

      Delete
  3. ramai bagi review yg bagus pasal filem ni... ada kesempatan nak jugak menontonnya

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kisah Bawah Bayu