Monday, September 21, 2015

Apakah Itu 'Unit Trust' ?

 Entri ni berkesinambungan daripada entri lepas, Krisis Persaraan di Malaysia.


Pernah dengar pasal Unit Trust atau Unit Amanah?

Korang tahu tak yang Unit Trust adalah 'middle to long-term saving plan' yang berpotensi untuk menjana wang simpanan kita ke tahap yang lebih tinggi berbanding dengan kita menyimpan atau menabung secara biasa? Tak tahu? Ok tak apa, jom sama-sama ambik tahu demi kebaikan bersama.


APA TU UNIT TRUST ?

Unit Trust (UT) adalah satu bentuk pelaburan kolektif (collective investment) yang mana pelabur-pelabur dengan objektif yang sama boleh mengumpulkan wang simpanan mereka. Simpanan yang terkumpul tu dilaburkan ke suatu portfolio atau aset yang diuruskan oleh profesional pelaburan. Operasi terhadap UT dikawal selia di bawah surat ikatan (trust deed).

Susah nak faham ayat tu? Jom kita fahamkan UT menerusi carta ni:


Boleh dikatakan UT adalah 'pool of money' - wang daripada pelabur-pelabur dikumpulkan dalam satu dana (fund). Wang tersebut ditukar dan disimpan dalam bentuk Unit (nanti saya terangkan lanjut pasal pengiraan Unit ni). That's why pelabur dipanggil juga sebagai Pemegang Unit.

Dana iaitu 'pool of money' tersebut diuruskan oleh pengurus dana (Manager). Manager bertanggungjawab mengurus operasi pembelian, penjualan & pelaburan unit. Senang cakap, Manager yang tentukan ke mana unit akan dilaburkan (pelaburan ke private companies, government-linked companies, etc.) demi untuk mendapatkan pertambahan modal (capital gain) kepada dana tersebut. Bila ada pertambahan modal, then kita sebagai pemegang unit pun akan dapat agihan (distribution) mengikut % keuntungan semasa. Best kan?

By the way, Manager ni profesional dan punya experience yang tinggi dalam bidang pengurusan dana, so kita sebagai pemegang unit usah risau.

Trustee adalah pemegang amanah yang bertanggungjawab dalam melindungi aset dana dan memastikan pelaburan yang diuruskan Manager adalah mengikut syarat dalam surat ikatan (trust deed). Tengok, dana ni pun ada penjaga, ni menunjukkan sekuriti terhadap dana UT & pemegang unit adalah tinggi.

____________________________________________________________


BAGAIMANA SIMPANAN KITA DIJANA ?

Okay, kita dah tahu yang wang kita dilabur dalam dana UT yang diuruskan oleh Manager yang profesional. Tapi macam mana sebenarnya simpanan kita tu dijana kalau melabur dalam UT ni?

Firstly, bagi saya explain tentang jual beli Unit.

BELI UNIT : Katakan kita ada RM100 dan nak simpan wang tu dalam dana UT. Waktu kita beli Unit iaitu pada Januari tahun A, harga 1 Unit = RM 1.00. Maka jumlah Unit yang kita peroleh = RM 100 / RM 1 = 100 unit. Ok sekarang kita ada 100 Unit dalam dana UT.

JUAL UNIT : Pada Januari tahun B, harga Unit naik kepada RM 1.10 per Unit. Kita buat keputusan jual Unit masa tu. Jadi perolehan yang kita dapat = 100 unit x RM 1.10 = RM 110.

Melalui simpanan dalam dana UT dari tahun A hingga ke tahun B, wang kita telah dijana daripada RM 100 kepada RM 110. Maka, kita dapat perolehan keuntungan sebanyak 10% (RM10).

Sekarang korang dah faham konsep mudah tentang jual beli Unit & penjanaan yang mungkin dalam pelaburan UT.

******************************


Jom kita lihat efek yang mungkin untuk pelaburan UT dalam jangka masa panjang.

Kita menyimpan RM 2,400 setiap tahun dalam dana UT (sebulan kita kumpul RM 200). Kita menyimpan selama 10 tahun. Jumlah simpanan dalam 10 tahun = RM 2,400 x 10 = RM 24,000.

Katakan purata perolehan (average return) dalam 10 tahun tersebut = 8%

Mengikut formula pelaburan:
Melalui simpanan dalam dana UT selama 10 tahun (setahun RM2,400), jika return = 8%, maka pendapatan yang mungkin adalah sebanyak RM 51,814.

******************************


Apa berlaku kalau kita lanjutkan lagi tempoh simpanan dan perolehan dana tu pula lebih tinggi? Jom tengok!

Kita menyimpan RM 2,400 setiap tahun dalam dana UT (sebulan kita kumpul RM 200). Kita menyimpan selama 20 tahun. Jumlah simpanan dalam 20 tahun = RM 2,400 x 20 = RM 48,000.

Katakan purata perolehan (average return) dalam 20 tahun tersebut = 10%

Mengikut formula pelaburan:
Melalui simpanan dalam dana UT selama 20 tahun (setahun RM2,400), jika return = 10%, maka pendapatan yang mungkin adalah sebanyak RM 322,920.


Hah, banyak tak banyak tu wang kita 'diberanakkan'? Macam saya katakan awal tadi, UT sesuai untuk simpanan jangka pertengahan hingga jangka panjang (middle to long term), at least 5 tahun kalau nak lihat keuntungan yang mungkin.

Dengan itu, UT sesuai jika anda fikirkan tentang persaraan di masa depan, atau mungkin nak kumpul wang untuk pembelajaran anak-anak nanti, atau target nak beli rumah dalam masa beberapa tahun, atau apa-apa lagi la yang korang rancangkan untuk keselesaan di masa hadapan.

____________________________________________________________


KENAPA UNIT TRUST SESUAI UNTUK LONG-TERM ?

Penting untuk dimaklumkan yang perolehan (return) UT is not guaranteed. Perolehan UT tidak tetap kerana ia bergantung kepada prestasi dana (fund performance). Prestasi dana pula dipengaruhi oleh beberapa faktor, antaranya ialah ekonomi semasa.

Prestasi dana berkemungkinan turun naik (fluctuate) sepanjang tempoh kita melabur. Good for us bila ia sentiasa naik, tapi mungkin juga jatuh at certain time, kita tak boleh jangka. Itu antara risiko dalam pelaburan UT (nanti saya cerita lanjut tentang risiko).

Kita hanya boleh target perolehan yang mungkin berdasarkan prestasi dana pada tahun-tahun yang lepas (historical data). Maka penting jugak melabur dalam dana yang stabil.

Itu sebab UT dicipta untuk pelan simpanan jangka panjang sebab kesan turun naik prestasi dana terhadap pelaburan kita akan 'terkikis' dalam jangka panjang tersebut.

Sumber: www.imoney.my
Ni contoh calculation of UT berdasarkan perolehan tahunan yang tidak tetap.

____________________________________________________________


UNIT TRUST NI ADA RISIKO TAK ?


Yep, memang ada. Pelaburan mana yang tak ada risiko kan?


Risiko Pasaran (Market Risk) :

Macam saya ceritakan tadi, UT return is not guaranteed. Keadaan market boleh turun & naik (fluctuate) bergantung kepada ekonomi semasa, keadaan politik, dan lain-lain lagi, yang seterusnya mempengaruhi prestasi dana.

Tapi kan, ramai tak tahu waktu market jatuh tu la sesuai untuk kita tambah wang pelaburan. Sebabnya Unit price maybe drop, jadi kita boleh dapat lebih Unit. Makin banyak Unit, makin 'berbuah' la pelaburan kita. Betul kan?

Paling penting waktu market jatuh adalah jangan panik dan terus jual Unit (redeem), sebab for sure korang akan rugi masa tu. Ingat tu!


Risiko Inflasi (Inflation Risk) :

Tujuan kita nak invest dalam UT ni jugak salah satunya untuk menghadapi inflasi di masa depan. Secara kasarnya, kadar inflasi (inflation rate) dalam Malaysia adalah lebih kurang 3.5%. Tapi, urban areas seperti Kuala Lumpur, Penang & Johor boleh dikatakan mencecah 6%.

Mungkin at certain time, pelaburan kita dapat return yang rendah berbanding dengan kadar inflasi semasa. Risiko sebegini mungkin menyebabkan nilai pelaburan semasa kita berada di belakang inflasi.

Tapi walaupun ini risiko yang mungkin dihadapi, at least dengan menyimpan dalam dana UT, kita dah cuba melangkah untuk berdepan dengan inflasi mendatang. Bayangkan kalau cuma menabung biasa dalam bank, lagi sukar kita nak 'lawan' inflasi nanti sebab return yang diperoleh tak cukup. Fikirkan dari segi itu.


Antara risiko lain, korang boleh baca kat bawah ni:
Sumber: www.imoney.my


Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada korang.


Comments
13 Comments

13 comments:

  1. sy mmg ambil Cimb punye, loan asb....nak tanya, xde ke review polis evo? Dh tgk tp nk tau pendapat awk...

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh ambik loan asb... UT & ASB lain walaupun konsep hampir sama... ASB tu pinjaman kan, then dpt fix return yearly... UT pulak kita menabung utk dpt possible return yg lebih tinggi drpd other investment plan, trmsuklah ASB... -sekadar perkongsian :)

      Btw, saya tak tengok lagi Polis Evo, orang kate best tp tak berkesempatan lg nk tgok...lgpun saya dah jarang masuk panggung skrg...huhu

      Delete
    2. Busy sgt ke sampai jarang masuk panggung? memang best......

      Delete
    3. x la busy sgt... tp kdg malas nak pegi tgok wyang kt panggung... main download je...

      Delete
    4. sy download bluray rip atau web dl format je, yg tu cantik tp kena tunggu lambat sikit la...

      Delete
    5. semua movie ada ke? yg latest memang ader ke boleh download?

      Delete
    6. movie yg sgt2 baru xde la... kalau ada pun, kualiti video kdg x lawa...

      Delete
  2. hai , ain datang singgah sini dan follow awak .
    salam perkenalan :)

    ReplyDelete
  3. Boleh bg pendapat/ komen komen sikit untuk labur pada UT buat masa sekarang nie (krisis covid19)?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pada waktu krisis covid19 skrg ni, keadaan ekonomi yg kurang baik menyebabkan UT market pun turun. Sekarang UT price jatuh, maksudnya harga murah. Jd skrg adalah waktu yg baik utk melabur dlm UT.

      Jika kita invest sewaktu harga murah, maksudnya kita dpt beli lebih byk Unit berbanding semasa harga tinggi. Unit yg kita beli tu akan disimpan utk middle to long term (at least 5 tahun utk nampak perubahan ketara). Bila harga UT naik semula, unit2 kita yg trkumpul boleh dijual pd harga tinggi, maka hasil yg tinggi kita perolehi.

      Pd pendapat sy, apa2 pun kena pastikan 'emergency fund' kita cukup dulu sebelum nak melabur dlm UT waktu krisis Covid19 ni.

      Kita nak elakkan bila waktu kita 'sesak', kita terpaksa jual UT kita pd harga yg murah. Byk kerugian di situ. Kita tak tau brp lama lg krisis ni berlanjutan.

      Tapi jika kita memang ada wang lebih, emergency fund pun dah stanby, so boleh la teruskan dgn pelaburan UT.

      Delete
  4. As salam..nk tnya..antara syarikat/institusi apa yg menawarkan UT..sbb sy nak buat untuk smpanan ank

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam (sorry dah tak aktif dgn blog). Ada byk syarikat yg offer UT, antaranya Public Mutual dan CWA (CIMB Wealth Advisors).

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...