Wednesday, December 31, 2014

Ada Apa Dengan Airpak Express? Urgh... Mampus Aku!


Aku order barang. Semuanya baju, total weight = 3.5 kg. Jadi korang boleh bayangkan betapa besarnya barang tu. Seller tanggung harga pos, yeah! Barang dipos pada 03/12/2014.

Gembira diriku di saat itu.
Excited tunggu barang banyak-banyak.

TAPI.....

Di sepanjang hari 04/12/2014, aku menunggu penuh kesabaran, tunggu kat ofis sebab pakai office address. Makin ke petang, jiwa ni makin tak sabar. Mana Airpak Express ni, bila mau call bagitau nak hantar barang?

Dari Perak ke Selangor, sepatutnya sehari dah sampai. Takpa, aku bersabar lagi. Ala, baru sehari takkan tak boleh tunggu, rilek la.

Okay, hari Jumaat 05/12/2014 penantian makin menyeksakan, seolah aku tak boleh meneruskan langkah-langkah kaki, even nak jalan ke toilet.

As suggested by a member, aku check la kat sistem Airpak status barang tu. Nasib baik seller ada bagi aku Consignment note no. Nombor itu sangat penting ok! Satu-satu kekunci keyboard aku tekan, nombor ke nombor aku masukkan. Bermula dengan nombor 2, then 0, 0 lagi, dan 0 lagi, 4, 6, 3, dan...

DUSH!!!
Tak payah nak dramatik sangat, macam nak cerita jumpa jembalang.

Okay okay, dalam sistem Airpak, barang tu dah sampai on 04/12/2014, 11.00 am. What?????

MANA BARANG AKU???


Terus aku lompat kijang ke kaunter receptionist. Ku hunuskan pisau pemotong bawang ke halkum brader yang jaga kaunter tu, "Mana barang aku?!"

Cerita punya cerita, siasat punya siasat, tanya sini sana, barang tu memang tiada. Tak wujud kat ofis! Jadi, mana barang aku? Kenapa receipt dah signed & stamped, sistem pun dah update, tapi barang takda!

Lepas cek CCTV, dapat bukti yang barang aku sememangnya tak masuk dalam guni yang Airpak hantar ke ofis. Beta murka, berani-beraninya mereka berbuat khianat terhadap diri beta!

"Hello, ini Airpak PJ. Boleh saya bantu?".
"Hello, saya Ezwan, saya nak cek bla bla bla...." (murka la sangat) :p

Siasatan dilakukan oleh Airpak Express (pinjam ayat Berita Harian jap), sekali sekala tu aku follow up. In the meantime, memang kena bersabar la, of course aku paling takut kalau barang tu hilang kena curi. Who knows kan...


Selepas 2 minggu, barang tu masih tak jumpa & Airpak kata no irregularities during night & day shift operations. Fuh fuh fuh berasap la aku... Ini betul-betul murka!

Kalau tiada mistake waktu diorang kerja tu, then macam mana barang tu boleh tak masuk dalam guni yang hantar ke ofis? Lagi aku bising kenapa delivery-man tu boleh sesuka hati stamped & signed all receipts (including receipt barang aku) in the absence of receptionist?

Untuk tambah perisa cili, aku mentioned, 'Airpak macam tak serius nak cari item tu, sebab kadang macam susah nak update status.'

Panjang email aku reply kat diorang. Masa tu petang 21/12/2014. Aku siap printscreen gambar delivery-man yang main suka hati ambik stamp ofis aku & signed all receipts sedangkan receptionist tak masuk ofis lagi time tu. Berkali aku bangkitkan isu tu tapi kali tu aku cakap kaw kaw. Berhemah la sikit walaupun cuma nak hantar barang kan...

On 22/12/2014, aku datang kerja as usual, tapi dah tak berharap aku akan jumpa barang tu. Putus harapan. Huhu... Sekarang aku tau yang Sheila On 7 tulis lagu Berhenti Berharap tu untuk aku. Aku tinggal nak fight untuk compensation from Airpak Express ja. Adakah lagu ACAB, Fight For Your Right tu ditujukan untuk aku gak?

THEN.....

Petang hari tu, aku dapat call dari Airpak, "Ada parcel untuk encik Ezwan."
Huh?

Hooray! Hooray! Adakah itu barang yang dicari?

Alhamdulillah, maksudnya rezeki tu masih untuk aku. Aku mintak diorang hantar hari tu jugak, aku tak nak tunggu sehari lagi, aku nak confirm-kan kuantiti & condition baju-baju tu okay.

Petang tu (sanggup aku tunggu walaupun dah habis office hour), datang la sorang mamat dari Airpak bawa barang aku. Yeah yeah yeah, penantian yang seksa dah tamat!

:
:
:

"Kenapa ar lepas saya marah kaw kaw, baru barang tu jumpa?"

"Owh, actually barang tu dah masuk kat bahagian barang tak dituntut bla bla bla..."
Apa yang dapat ku simpulkan from his explaination - Airpak kat Petaling Jaya ni (HQ lagi tu) banyak sangat miscommunication. Lepas ni, sorry to say aku dah tak berani nak pakai Airpak Express PJ.



Lepas tu, jeng jeng jeng... tetiba muncul Racun yang tak diduga!

On the way ke car park, perbualan luar skop terjadi:

                                     Mamat tu: Kalau saya nak tanya something, boleh tak?
                                                      Ni soalan tak berkaitan pasal Airpak.
                                     Aku: Apa tu, tanya la (hati yang dah happy ni jadi pelik).
                                     Mamat tu: Encik ni PLU ker?

PLU?
Huh? Huh? Huh? Huh? Huh? Huh? Huh?
Huh? Huh? Huh? Huh? Huh? Huh? Huh?
Betulkah apa yang aku dengar ni?!!


Warrggghhh..... #@$%&*%)*%&($ !!!

Tetiba rasa ada seribu tombak menikam dada!
Soalan apa yang kau ajukan ni bangsat???
Huhu...kenapa la boleh berurusan dengan mamat gay pulak ni?
Boleh slumber je tanya camtu.
Adoi, rasa macam nak terjun dari tingkat atas bangunan ofis!

Buat meremang betul... Larriii~ Run for your life!

Korang tau tak apa tu PLU? Search la sendiri k. Huhu... Aku tau term tu pun sebab dulu zaman universiti pernah gak kena sekali soalan camtu (apa la nasib aku ni), tapi tu random message dari entah sapa, unknown person. Aku siap tanya balik, PLU tu apa? Entah celaka mana la yang mesej tu.

DOWN terus aku wei lepas ditanya face to face camtu oleh orang tak dikenali...
Semalaman aku berfikir, part mana yang nampak aku ni macam homoseks?
Gaya tak la smart, selekah gak. Huhu..
Argghh...aku nak tukar no. phone la...




Comments
22 Comments

22 comments:

  1. http://madey09.blogspot.com/2015/01/shalawat-nabi-muhammad-saw_2.html sempena maulidur rasul klik ni ya..salam maulidur rasul
    macam2 kan gambar berbicara

    ReplyDelete
  2. Hahaha.. Cite ni best.. Rasenya airpak ni memang slow..

    Dulu pernah jugak pakai.. Tapi sekarang aku pakai poslaju je.. Kadang2 slow tapi stakat ni semua barang selamat sampai..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Airpak kt tempat lain okay je... yang kat PJ ni mcm bermasalah, padahal HQ tu....

      Delete
  3. PLU tu apa? hahahahaha nk tny kat sini jgk

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha.... sy takde jwpan utk soalan tu... sila ajukan soalan keramat tu kpd brader Airpak tuu... :D

      Delete
  4. sorry nk tanye..airpax PJ kt mana ek?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat mana tu, sy pun x sure...x pernah pegi...
      tapi address dia yg ni:
      AIRPAK EXPRESS {M} SDN BHD – KUL
      Lot 5, Jalan 243, Section 51A
      46100 Petaling Jaya

      Delete
  5. Airpak express the worst courier services. Suruh hantar barang ke rumah blh plak ckp xjumpa alamat. Padahal slma pakai pos laju blh je jmpa alamat rumah.pastu siap marah2 lg sbb xjmpa alamat rumah n suh amik sndri parcel kat branch airpak express ipoh 😠

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni mesti kes posmen tu pergi sekali tapi sesat, lepas tu cakap tak jumpa alamat... sy pun lepas ni mmg nak elak je airpak... dah kena teruk kan...

      Delete
  6. Haduih.. Sampai june 2016 pun service macam hampeh.. O_o" risau lah plak, seller pakai courier airpak hantar parcel besar ke address rumah. Dah ler rumah kat hulu hujung2, agak2 sampai ke, ke malas hantar soh pick up plak..aiseymen, mintak2 lah sampai minggu ni jugak. T^T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lerr sampai sekarang pon service mcm tu... Bertabahlah anda dgn airpak... huhu... Yang penting barang tak hilang sudah...

      Delete
  7. Haha, aku baru je masuk keje sehari dalam airpak express ni, sehari je aku masuk airpak aku da tau sistem dorg memang teruk!!! Teruk giler! Area klang, parcel x sampai ke tangan pelanggan hanya rider cuti so xde backup rider tlg htrkan klang ke puchong 6 hari x smpai2 lg, parcel hilang pn ade,parcel klang ke selayang brg 4 hari x smpai lg, sy prnh order brg poslaju hari ni order dekat semenyih esk tgh hari da smpai klang x lame pun service pn ok..aku da tau sistem airpak ni aku blahh tros tnpa sign contract hnya sehari je aku keje..haha skop keje sbnr xtau ape suke2 dorg je bg keje mcm2 keje rider pn dorg suro buat..lg 1,1st day masuk keje tnye bos mane dorg jwb bos jarang masuk, admin mane? Admin xde..xde explanation psal benefit n contract of service sbb aku x puas hati dtg je keje tros suro buat itu ini hahaha yg aku nk gelak sgt tu rupenye yg interview aku hari tu bkn project manager tp staff operation je keje die bawa van htr parcel haha... ingt bos besar! Sistem terukk!! Mse interview tgok sijil ape semue, xde tibe2 tnye bile bole msuk keje.. rupenye baru aku fhm dorg kekurangan customer service tak mcm pos laju or GDex 2 or 3 org standby customer service airpak ni sorg je mgkn org x byk apply sbb da tau sistem dorg mcm mne atau ramai yg blahh dah..then skop customer service sbnar pn xde smue keje kene buat haha...klu fresh graduate dorg bole r buat mcm anjing bodoh.. tp org yg da lame pengalaman dalam khidmat pelanggan ni bertahun dorg nk buat mcm tu... bongokk tahap gaban laa..aku sarankan klu nk post brg ape2 tak payah la gune airpak courier ni tak terjamin pun...walau sehari aku keje aku da dapat tangkap sistem pengurusan dorg mcm mane...airpak klang teluk gadong tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hurmm...dah ramai org komplen airpak ni. Harapnya diorang ni improve la dari masa ke semasa. Kalau management pun tak ok, tentu2 la operation / courier pun tak ok jgak

      Delete
    2. Xtau la plak. St keje airpark cust service. Tmpat sy ok plak.. Tp. Hq mmg prblem skit. Dorg sush nk angkat phone. Tp setakat ni tmpat sy keje xda masalah. Brg mmg sampai

      Delete
  8. semenjak guna khidmat Airpak ni...dosa aku pun bertambah2 sbb hari2 maki dorang. Service out...dh complain pun cam tu gak caranya. document aku dorang perap berhari2 sampai kami hampir kene saman ngan client sbb doc x sampai2. haram jadah tul...alasan sbb rider x cukup. haloo...kalau x ada rider...tutp je arr company tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu, lepas dah complain pun, action masih slow. Tu yg sy alami dulu. Lepas ni apa2 courier especially barang, sy cuba elakkan pakai Airpak huhu...

      Delete
  9. Betul la airpack memang teruk.. My hubby sampai hari ni tak terima barang yang di order even dalam status tracking dia out of delivery.. Ni tengah marah betul. Dah 2 minggu dah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin sama mcm kes sy yg ni. Brg konon dah sampai sbb dah cop delivered dlm resit. Tapi bila cek, brg tu ada kat airpak lagi, kt bahagian barang tak dituntut...xtau la mcm mana sesat ke situ.

      Delete
  10. Kt skudai pun sma.. . Dah 2/3 minggu dah... Call x angkat

    ReplyDelete
  11. Fuhh.. terasa silap pilih courier service dah !!!!!

    majoriti call tak berjawap ke?????

    ReplyDelete
  12. Ni aku bru dan dlm msalh ngan airpak.. Brg dh smpi depan umah dia boleh xbg kata opis suh return sbb tersalah alamat.. Pa yg salah opah dia. Aku brtekak bgado ngan seller.dhla tgu 3hr brg smpi xdpt serah.. Hri ke4 aku cll airpak pj, kata sorg llki ni tersalah alamat pla alasan dia. Lg xmsuk akal.. Selang 3ari iaitu arini, pmpuan pla jwb.. Xtau status apa brg sy. Kata yg mnguruskan xda updted dlm sstem.. Mula la tangan kki rsa ringan nk ajk sparing.. Xpa dia kata nk cek skjp, so aku bg muka sbb pmpuan.. Now xtau pa cer, yg aku tau seevis kelaut.. Mcm ada somthng wrong servis ops.. Xamanah pun ada..

    ReplyDelete
  13. Saya pun terkena juga dgn pekerja Airpak Teluk Intan,perak...kata 5 kali call xdapat tapi memang saya xdapat panggilan
    #Semalam kata ada hantar barang tapi xcall dan xada butiran
    #Dari pekerja Airpak ada whatsapp kata orang yang hantar tu guna number telefon 016-4373631,bila saya check telefon saya memang xada,memang penipu btl..
    Harap pihak berkenaan ambik tindakan segera

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...