Saturday, March 31, 2012

Sem 1 - Demonstrasi Tamu Gadang UMS 2008



Benda ni aku rasa special sebab ni adalah 1st program universiti yang aku join sebagai jawatankuasa. Pesta Konvo Tamu Gadang adalah salah satu program besar UMS yang bertujuan untuk meraikan graduan-graduan UMS yang ber-konvokesyen. Aku diletakkan di bawah Unit Demonstrasi, yang aku tak pilih dan aku pun tak faham apa benda ni pada mulanya. Tapi, in the end, bagi aku, aku dapat banyak kebaikan selepas join unit ni.

Nak cakap tough, memang tough unit Demo ni. First, nak dapatkan agensi, badan kerajaan, swasta dan apa-apalah yang berkaitan dengan demonstrasi tu memang sukar, sebab demo ni adalah sukarela, tak dapat apa-apa bayaran. Ok, demonstrasi adalah 'pameran' bergerak, means apa-apa pameran yang ada pergerakan, contoh demonstrasi pemadaman api oleh bomba & demonstrasi mengesan penjenayah menggunakan anjing polis.

Sehari sebelum demo, menyiapkan tempat.
Jabatan Bomba sangat komited, diorang sanggup buat ni semua walaupun dua hari tanpa bayaran. Mantap!
Ni 3 AJK Demonstrasi. Hehe~ Bengkoknya badan aku, takut tak masuk gambar  :p
Hah, Hotlink melayang ke atas untuk meluaskan liputannya. Agak menakutkan kalau tengok, kan? Haha~  
Actually, ni pasal angin kencang sangat. Time ni yang lelaki solat Jumaat, bila kitorang balik dah jadi camni. Yang tinggal time tu pompuan & tak cukup orang nak menahan kanopi Hotlink tu semua.

Second sebab kenapa Demo tough ialah sambutan orang terhadap demonstrasi. Demonstrasi ni dibuat di tempat yang jauh dari centre konvokesyen tu, so siapa yang nak datang walaupun bas provided? Dua hari demonstrasi memang penat. Aku siap berulang-alik panggil orang kat centre pergi tengok demo. Agensi, badan, atau kumpulan yang datang buat demo tu penuh dengan komitmen, jadi kitorang pun kena cari seramai orang yang mungkin untuk menonton demonstrasi diorang, barulah ia kira fair. 

Haha~ Lawak juga kalau ingat balik. Aku siap kejar-kejar orang lagi sambil bagi flyers, bagitau diorang ada demonstrasi dan ada bas disediakan. Terguris hati jugalah time tu bila ada beberapa orang tak layan aku langsung masa aku bercakap dengan diorang, anggap macam aku tak wujud.

Ketua kami tu memang strict sangat, that's why kitorang pun kena kerja keras. Ada beberapa AJK yang tak tahan tu sanggup 'resign'. Apapun, ni adalah pengalaman berharga sebab banyak mengajar aku dengan soft-skill dan perkara-perkara penting untuk tingkatkan potensi diri. Masa tu freshie lagi, so memang memerlukan benda-benda sebegini.


Bawah ni adalah gambar-gambar di hari kejadian:

Ni booth bomba dan puan ni adalah ketua untuk demonstrasi dan pameran Jabatan Bomba

Demonstrasi Bomba : Demo menyelamatkan orang yang terperangkap dalam kereta selepas kemalangan

Demonstrasi polis trafik

Demonstrasi JPAM : Demo menyelamatkan orang yang terperangkap dalam runtuhan

Pancaragam SM Shan Tao.
Pancaragam budak-budak menengah ni memang BEST!
Time tu, 2X diorang buat persembahan (pagi & petang). Memang bersemangat.

Auto-show : Kereta

Auto-show : Skuter  [North Borneo Scoot Community]
Ni nak tunjuk skuter atau tunjuk aku? Sorry-lah, ni je gambar yang ada tunjuk skuter banyak-banyak. Hehe~


Bawah ni antara gambar di malam Tamu Gadang, 
time ni aku dengan member-member aku 'meliar-liar'.


Kitorang bergambar kat bulatan terbesar UMS   :)



Comments
6 Comments

6 comments:

  1. "Terguris hati jugalah time tu bila ada beberapa orang tak layan aku langsung masa aku bercakap dengan diorang, anggap macam aku tak wujud."

    --cam salesmen kan???--

    ReplyDelete
  2. yup, lebi kurang...so, sy faham perasaan diorang bila kita x layan diorang promote or bg flyers...hehe~

    ReplyDelete
  3. mak ai...terbang abis khemah2 tuh.

    ReplyDelete
  4. Asalam..
    Kenangan yg pernah di lalui memang sukar dilupakan..blog tempat terbaik melukiskannya semula..
    Tahniah UMS gedung ilmu ..gemilang UMS

    ReplyDelete
  5. wah ! mmg melayang habis booth maxis tu ! hehe :)

    ReplyDelete
  6. Booth tu nasib baik dia terbukak je...kalau terbang hempap kepala orang parah tu :P

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...