19 April 2017
Kereta Axia disewa oleh regular customer. 'Special' sikit customer ni, aku suspek dia pakai kereta buat Grab since sewaan sebelum ni lagi, sebab mileage naik baaanyak. Cuma aku malas nak tanya lebih, yang penting duit sewa dibayar.
Dijadikan cerita, petang 19hb tu dapat whatsapp & call dari penyewa yang kereta kena langgar dari belakang, kat tol KLIA. Dia nak ke KLIA hantar pak cik dia, katanya laa. Tiga kereta terlibat accident.
Kereta Axia aku tu paling depan. Bonet & bumper belakang kemek, lampu kiri belakang pecah sikit, dan no. plat pecah. Kes senang la untuk aku, buat police report then repair pakai insurance kereta yang bersalah, iaitu kereta paling belakang. Apa punca sebenarnya accident berlaku, aku tak tau sangat. Mungkin main handphone masa que kat tol, entah.
Apapun itu bukan main story di sini.
Accident berlaku lebih kurang pukul 4.10 petang. Aku cakap kepada penyewa, "Ok abang datang ambil saya dulu kat Petaling, pastu kita pegi buat police report sama-sama." Report kena buat kat IPD Sepang. Dia jawab, "Okay okay nanti saya datang!".
Aku bajet dalam pukul 5 petang tu dah sampai tempat aku la. Tapi ternyata menguji kesabaran.
Kereta tu ada GPS Tracker, dah pasang, jadi boleh la detect kereta ada kat mana. Pakai handphone app je. Fuh panas hati bila check boleh pula dia berlegar-legar kat area bandar KL. Beberapa kali aku 'track' dia, tak nampak pun nak menuju ke tempat aku. Bila aku mesej tanya kat mana, jawapan tak sama dengan exact location. Mesti tengah ber-Grab lagi la tu dengan bonet belakang kereta yang kemek. Huhu sabar ja la...
GPS Tracker app. Senang nak track lokasi kereta. |
Dalam pukul 6.30 petang camtu akhirnya sampai tempat aku. Alasan beribu tapi aku pekak kan la telinga.
Petang tu hujan, peak hour sebab orang balik kerja lagi, nak ke Sepang pulak, for sure la lebih sejam baru sampai ke IPD Sepang. Dalam perjalanan tu aku tanya dia buat Grab ke? Mengaku jugak la, dia buat Grab Hitch. *sigh*
Okay yang next ni aku rasa lawak sendiri.
Kitorang ikut pintasan Dengkil nak ke IPD Sepang. Dia yang drive & bukak Waze sebab nak tengok jalan mana yang cepat & kurang jammed.
Alkisahnya dari jalan besar, Waze bawa masuk pula ke jalan kawasan kampung Dengkil & ladang kelapa sawit. Mula-mula tu aku okay la tapi bila makin masuk ke jalan yang sempit & sunyi, hati dah tak sedap.
Bayangkan waktu tu dah maghrib, hujan sederhana lebat, lalu kawasan kelapa sawit yang laluan jalannya muat satu kereta je, jalan bersimpang siur, gelap & jauh macam takda jalan keluar. Bersama dengan orang, badan besar dari kau, yang kau tak kenal sangat. Baik, jahat kau tak tau.
Fuh macam-macam la aku fikir. "Ini kereta aku, tapi bukan aku yang drive, lagi masuk kawasan yang aku sendiri pun tak tau mana. Ni kalau dia buat jahat ni, memang senang je laa!".
"Perlukah aku buka handphone, record video senyap-senyap? Perlukah mesej family bagitau aku ada di mana sekarang? Perlukah ini, itu.....", ligat otak berfikir waktu tu. Haha... tu la, banyak sangat tengok movie!
gambar hiasan |
Dah la dari kecik selalu dengar kes orang kena bunuh, kena buang, bla bla bla dalam kawasan kelapa sawit, lagi la buat aku meremang masa tu. Haha... rasa lawak tapi serius menakutkan. Dalam kereta masa tu aku banyak berdoa moga tiada benda buruk jadi. Tangan sentiasa standby nak unfasten seat belt! Kikiki...
Lebih kurang 15 minit jugak melalui ladang sawit tu, penat jantung aku bersenam. Bila dah lalu beberapa rumah kampung, baru aku lega sikit. Lepas keluar ke jalan besar, hilang rasa gusar gunda gulana semua tu. Lol. Fokus berbalik semula kepada buat police report!
Sampai pun akhirnya di IPD Sepang!
Alhamdulillah buat police report selesai dengan mudah sebab ketiga-tiga kereta yang accident kebetulan ada sekali dalam balai polis.
Kes repair kereta selepas tu pun senang sebab claim insurance kereta yang salah. Alhamdulillah kurang seminggu dah siap sebab rosak pun tak teruk.
Penyewa tu tanya, "Kereta dah siap repair ke? Nak sewa lagi". Aku dah tak layan lepas tu. Kenapa?
Di sini aku belajar, kena pilih customer yang berkualiti dalam bisnes kereta sewa. Dan harus tegas.
Pasal kereta accident aku tak kisah pun, bukan salah penyewa. Tapi bila penyewa tipu itu ini, minta selesaikan kes cepat tapi boleh ke sana sini lagi, dan bila last PAYMENT tak bayar habis sampai la kereta dipulangkan, "Okay that's it, tak boleh tolerate lagi."
Bagi betis, nak paha. Nanti dah dapat paha, takkan nak satu badan. Eh pelik maksudnya tu. Ok la baiii. Salam 1 Malaysia! #tetiba
Kalau korang mencari kereta sewa Axia atau Myvi kat area Lembah Klang, boleh rujuk FB link ni: https://web.facebook.com/mohezcrs/
dugaan org menyewakan kereta..kena register as kereta sewa ke kalau nak sewakan kereta?
ReplyDeleteTak register pun. Register bisnes dgn SSM je. Kalau nk register kereta sewa, kos sgt tinggi utk satu kereta je..
DeleteHi nak tanya. Kalau sewa utk student secara bulanan logic tak kalau owner mintak deposit 2 bulan? Cth keta sebulan 700. Kalau 2 bulan deposit dah 1400. Tambah advance utk bulan pertama. Total 2100. Normal tak tu?
ReplyDeletesorry baru terbaca comment. Itu bergantung kpd persetujuan masing2. Tp sewa 2 bulan tu mcm tinggi je utk student.
DeleteBlh tahu gak bonet belakng tu tukar baru berapa kos
ReplyDeletesorry tak check pulak sbb claim under insurance kereta yg melanggar. Jd cuma hantar repair je kt workshop
Deletehi,tumpang tnya. sy peminjam kereta sewa axiadaxia kemalangan,, dan kereta sudah siap di perodua, dan penyewa meminta wang 1500 utk bayar sewa dr trikh kereta dibengkel melaka,, pstu, die minta lgi 400 utk byr kt perodua(xtau utk ape)then penyewa minta lgi 150 utk kos tol dan minyak.. boleh ke penyewa buat mcmtu?? mintak pendapat tuan
ReplyDeletesorry, mungkin masalah tuan dah selesai... tapi sy reply la jugak ye... Apa2 bayaran yg dikenakan oleh penyewa, tuan kena rujuk semula hitam putih perjanjian yg tuan sign waktu ambil kereta dulu... jd semua bergantung dgn syarat2 kereta sewa yg telah dipersetujui bersama.
Deletebos, guna GPS apa tu? boleh share? kalau ada link lagi baik.
ReplyDeletekalau boleh chat saya lagi baik. 0104648797
Deletesy pakai GPS tracker drpd Terminal Tracker (no. fon 019-2020464). Boleh wassap diorang. Link: https://terminaltracker.my/
Delete