Wednesday, March 28, 2012

Golden Rice





Golden rice (beras emas) ni dihasilkan melalui kejuruteraan genetik. Secara visual, memang jelas warna ia berbeza dengan warna beras biasa, colour emas tu~ Tapi lupakan jika anda rasa teringin nak memajak gadai beras ni. Hehe~

Kenapa berwarna emas? Ok, aku jawab ya. Sebenarnya golden rice mensintesiskan beta-carotene, iaitu bahan asas untuk menghasilkan Vitamin A. Beta-carotene ni yang memberikan warna emas tu. Senang cakap, golden rice mengandungi banyak Vitamin A. Tapi, beras putih pula memang langsung tak ada Vitamin A.


Ok, kenapa nak banyakkan Vitamin A? Sebab ramai penduduk terutama di kawasan Asia dan Afrika yang mengalami masalah kekurangan Vitamin A dalam diet harian, terutama kanak-kanak. Masalah kebuluran di beberapa tempat dunia, semua orang sedia maklum, kan? Kekurangan Vitamin A menyebabkan mata buta, so memang bahaya. Jadi dengan adanya golden rice, ambilan nasi yang sedikit boleh membekalkan Vitamin A yang cukup untuk diet harian. 

Masalahnya, pengambilan makanan melalui kejuruteraan genetik ni sering menimbulkan isu atau kontroversi dunia. Di Malaysia, kita tak peduli sangat sebab ramai yang tak tahu pasal tanaman atau makanan yang dimodifikasi ni. Dekat Barat terutamanya, diorang memang sangat peduli akan perkara-perkara sebegini. Diorang takut tumbuhan yang dimodifikasi akan memberi kesan sampingan apabila masuk ke dalam badan. 


Golden rice ni memang jadi isu sebenarnya. Kalau tak silap, kos nak menghasilkan rice ni antara satu kekangan. Then, sejauh mana Vitamin A dalam golden rice tu boleh bertahan selepas padi dituai? Lepas masak, berapa banyak Vitamin A yang tinggal dalam nasi? Adakah masih cukup untuk bekalkan Vitamin A kepada diet harian si pengambil? Ni antara isu yang ditimbulkan oleh environmental NGO.

Tambahan lagi, ramai orang risau yang tanaman-tanaman modified ni akan menjejaskan alam sekitar dan mungkin menyesarkan tanaman yang original untuk kesan jangka panjang. 


Aku pelik, kenapa tak bersusah-payah bantu bangunkan kawasan tersebut, majukan kawasan penanaman untuk tingkatkan tanaman tumbuhan yang kaya dengan Vitamin A seperti potato, lobak, betik, brokoli dan lain-lain lagi. Lagi senang dan jimat, kan? 

Tapi, aku tak boleh ulas lanjut since aku pun tak jelas sangat keadaan sebenar. Tak boleh salahkan orang yang buat research iaitu Biotechnologist dan tak boleh salahkan orang ramai yang tak menyokong. Kadang-kadang, pengetahuan dan gerakan kita terbatas. Selalunya masalah sebegini jadi tak betul atas dasar-dasar orang tertentu yang mengawal isu tersebut. Wallahualam.



p/s : Jika sesiapa ada info tambahan, silalah kongsi. Jika aku ada tersilap bagi maklumat, silalah perbetulkan. TQ



Comments
7 Comments

7 comments:

  1. agak agak ko la...brape henget 1 kilo beras ni kalau jual...ermm...bleh p pajak kt kedai pajak uncle wong x?

    ReplyDelete
  2. mahal kot kalau jual,bole jadikan bisnes utk cepat kaya~ haha~
    kalau pajak, kedai pajak pon mgkin x mampu nk byar... :D

    ReplyDelete
  3. setiap sesuatu ada pro & con.. nice sharing info

    ReplyDelete
  4. beras tu bila masak dah nampak rupa macam nasi beriani lah sebab dah warna kuning

    ReplyDelete
  5. baru tahu.. thank for sharing it :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...