Monday, November 18, 2013

Kembara Beijing 2011 - Part 4

[BEIJING HISTORIC LANDMARK]



Tian'anmen Square

Kawasan ni adalah town square yang berada kat centre of Beijing. Town square ni adalah yang ketiga terbesar di dunia. Since tempat ni adalah open public space, memang kau akan tengok betapa ramainya umat manusia kat situ. Tapi tak la crowded macam sardin, sebab square ni memang luas!

Rombongan UMS 2011.

Oh No! Gambar yang satu tu mungkin boleh menyebabkan aku dibuang negara! Ahaks...
(Apa aku merepek ni???)

Mengabadikan memori dari pelbagai sudut.

Not a China-guy.




Forbidden City

Lepas berada kat Tian'anmen Square, kitorang masuk ke Forbidden City, yang terletak bersebelahan, meaning that it is also located in the centre of Beijing. Forbidden City adalah istana empayar China dari masa Dinasti Ming sehingga ke akhir masa Dinasti Qing. Semestinya ia tempat wajib singgah bila melancong ke Beijing. Seperti kat Tian'anmen Square, Forbidden City ni pun dipenuhi dengan makhluk Homo sapiens (ni apa hal pakai nama saintifik kan...). Memang banyak rombongan pelancong tau.


Waktu kecik dulu suka tengok drama cina kung fu dalam latar zaman dinasti, serius layan kan... Masa pijak kaki kat Forbidden City ni, memang time tu aku macam berharap yang keadaan dinasti tu betul-betul wujud! Aku nak tengok kat istana tu betul-betul ada maharaja China, kat perkarangan tu ada bala tentera, dan ada orang tengah bertarung kung fu. Okay, aku sedar keadaan tu takkan berlaku. Haha... Buat imaginasi sendiri je la!  :p

Forbidden City ni memang bapak besar. Dah namanya city kan...

Yang penting, jangan terpisah dengan member, susah nak cari. Boleh hilang nanti.





Great Wall of China

Siapa yang tak kenal Tembok Besar China kan? Salah satu pembinaan terhebat di dunia. Alhamdulillah dapat pijak tembok ni sendiri. Korang pun tahu kan yang panjang tembok ni macam mana, binaan terpanjang dunia tuuu... so diorang dah hadkan sampai mana visitor boleh pergi. Limitation tu pun dah kira panjang gak. Limit tu penting, takut nanti ada yang tetiba over confident berjalan je terus sampai lupa nak balik. Haha...

Great great great Wall of China!

Just 3 letters to describe, ABC: Amazing, Beautiful & Cool!

Ada kawasan yang tangga dia landai sikit, ada yang agak curam, tu yang seram nak naik turun. Kena naik turun bukit kat sini, exercise sikit. Sepanjang laluan tu, ada stall jual barang-barang souvenir, dan harga cukup murah! Tinggal kau je samada larat atau tak untuk angkat banyak barang naik turun tangga sepanjang laluan tu. Apapun, memang best experience berada kat ciptaan terhebat manusia ni.

Rasa macam mau pegi lagi la!

Kitorang ditarik kejap untuk berlakon drama kung fu. Aku sebagai panglima maharaja dengan kasut Converse-nya. Haha... Tak dinasti sungguh! Actually costume ni kena bayar kalau nak pakai & bergambar, murah ja tapi aku tak ingat berapa price.

Yeah! Berjaya sampai ke 'hujung'! Sinilah perhentian akhir, then kena patah balik.




Summer Palace

Summer Palace adalah satu kawasan luas yang dikelilingi dengan tasik, terdapatnya taman-taman dan beberapa istana. Tempat ni cantik, sungguh klasik, sedap je mata memandang. Istana? Tengok dari jauh je, tapi itu pun dah kira okay.

Rombongan UMS 2011.

Cuci mata dan tenangkan fikiran. Tolak cerita betapa ramainya orang ok.

Berlegar-legar seketika.

Feel-feel sakura dulu!




Niu Jie Mosque

Niu Jie Mosque adalah masjid tertua dan terbesar di Beijing, so ia penuh bersejarah. Seni bina kat luar masjid dipengaruhi oleh tradisional Chinese, manakala kat dalam masjid, kita boleh lihat campuran kaligrafi Islam dan tradisional Chinese. Cantik dan unik!

Masjid ni mula dibina pada 996 semasa Dinasti Liao, then dibina semula pada 1443 semasa Dinasti Ming, dan seterusnya diperbesarkan pada 1696 sewaktu pemerintahan Dinasti Qing. Detail ni aku dapat daripada Google, tapi masa solat kat masjid ni dulu, ada seorang imam kat situ yang bagitau serba sedikit sejarah masjid ni.

Keadaan dalam Masjid Niu Jie.
Imam ni la yang explain dan tunjuk lapisan-lapisan kawasan dalam masjid which represent dinasti-dinasti yang membina dan membesarkan masjid ni.

Kawasan luar atau perkarangan Masjid Niu Jie.
Binaan & seni kat situ menunjukkan betapa bersejarahnya masjid ni.

Posing bajet macho jap...Haha~

Posing Islamic pulak...Hehe~


Alhamdulillah~ Kesempatan ni adalah rezeki Allah.  :)





Comments
26 Comments

26 comments:

  1. bestnye ade trip g oversea.. hope nntii dpt g forbidden cty tu :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe....InsyaAllah semoga ada rezeki-Nya nti.. :)

      Delete
  2. wahhh, coollah ! (y)

    Forbidden City? Tajuk cerita nih! Erm,Stephen Chow yg berlakon! huwaaa. Untongnya! -^^-

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada tajuk cerita Forbidden City ker? tak ingat daa...dah lama x tgok cerita drama/filem cina...huhu

      Delete
  3. best giler ar... bila la fiza nak sampai ke sini..

    ReplyDelete
  4. what an experience to go and visit the great wall of china :)

    ReplyDelete
  5. Untung la ezwan, muda2 dah dpt lawat negara org. Yang great wall tu lepas dah sampai limit dia tu, kena patah balik atau ada laluan yg boleh pusing? Amboi over nak berangan ada betul2 dynasty kat forbidden city. kang ada kang jenuh nak berkungfu,

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah, rezeki Allah... tp dah x muda lg masa tu...hehe...
      Yang great wall tu, lepas dah sampai limit tu, mmg kena patah balik, xde laluan kecuali secara haram melompat ke sebelah gate tu...haha...
      Memang berangan lebih masa tu, kononnya berharap dinasti wujud masa tu... Over kan? berangan lebih x bertempat...haha~

      Delete
  6. wow..syok yeeee..kalau ada kesempatan teringin juga berjalan ke negara org..

    ReplyDelete
  7. wahhh...bestnye :) lame jugak dayat x jalan abroad ... rindu pulak... btw, dayat dah follow ezwan here... follow me back k

    ReplyDelete
  8. wahh seronoknya :) cantik tempat2 kat sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup, tmpat2 kt situ mmg cantik, very historic... :)

      Delete
  9. wahhh bestnya dpt pergi beijing . cantik tempat dye ..sejuk or panas kat sane? nabila dah follow sini :) singgah bce entry sini :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. time kitorang pegi tu dah hujung musim sejuk...so still sejuk lagi, especially waktu malam...bole beku...huhu..thanks follow blog ni btw :)

      Delete
  10. this is awesome bro.. teringin nk ke sana juga.. Insyaallah one day

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah...kalo nak pegi, ajak2 la skali...haha... :)

      Delete
  11. Replies
    1. sekali sekala...maybe skali seumur hidup...hehe :)

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...