Klik Untuk Tawaran Hebat!

Monday, March 5, 2012

Desmoxytes purpurosea

Cuba teka apa benda dalam gambar tu. Tak pernah nampak? Pelikkan tapi itulah dunia, banyak lagi penemuan atau ciptaan Allah yang kita masih tak jumpa. Kalau nak tahu, benda tu adalah ulat gonggok naga sebenarnya. Nama 'mat saleh'-nya adalah Shocking Pink Dragon Millipede & nama saintifik pula adalah Desmoxytes purpurosea.

Subhanallah, bagi aku serangga ni amat unik & cantik. Ia pertama kali didokumentasikan di hutan-hutan Thailand pada 2007. Ia tinggal atas daun reput & dewasa boleh mencapai panjang 3 cm. Entah-entah dalam Malaysia pun ada juga. Appearance-nya memang nampak menakutkan, sesuai gak dengan nama 'dragon'-nya tu. Tapi of course-lah kita kena takut & hati-hati sebab serangga ni mampu merembeskan hidrogen sianida untuk protect diri dia daripada pemangsa. 

So, jangan pandang rendah ya, kecik-kecik cili padi. Hidrogen sianida (HCN) ni bukan calang-calang racun. Kepekatan HCN 300 mg/m3 boleh bunuh manusia dalam masa 10 minit, manakala kepekatan 3200 mg/mmampu bunuh manusia dalam 1 minit. Hah, bahayakah tak bahaya? Kalau nak explain camna HCN bunuh manusia, tu dah cerita lain sebab dah masuk bab Sains. Hehe~

Anyway, harap-haraplah gonggok ni tak dieksploitasikan kepada benda yang bahaya seperti development of chemical weapon since it can produce HCN. Dulu pun, Nazi pernah pakai HCN sebagai senjata kimia diorang. So, perkara camni tak mustahil berlaku.




Comments
4 Comments

4 comments:

  1. patutla nampak ganas. kire ulat gonggok ni lg power dr kala jengking la eh? hoho

    ReplyDelete
  2. boleh dikatakan camtu la~ benda2 kecik ni x bole dipandang ringan...heehe~

    ReplyDelete
  3. ulat gonggok naga?..ganasnyer nama...takut n geli tengok...tapi warna merah nyer cantik... :)

    ReplyDelete
  4. yup..nama & ciri2 dia mmg ganas~ tp setuju yg colour dia cantik...hehe~

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kisah Bawah Bayu