Saturday, March 31, 2012

Sem 1 - Demonstrasi Tamu Gadang UMS 2008



Benda ni aku rasa special sebab ni adalah 1st program universiti yang aku join sebagai jawatankuasa. Pesta Konvo Tamu Gadang adalah salah satu program besar UMS yang bertujuan untuk meraikan graduan-graduan UMS yang ber-konvokesyen. Aku diletakkan di bawah Unit Demonstrasi, yang aku tak pilih dan aku pun tak faham apa benda ni pada mulanya. Tapi, in the end, bagi aku, aku dapat banyak kebaikan selepas join unit ni.

Nak cakap tough, memang tough unit Demo ni. First, nak dapatkan agensi, badan kerajaan, swasta dan apa-apalah yang berkaitan dengan demonstrasi tu memang sukar, sebab demo ni adalah sukarela, tak dapat apa-apa bayaran. Ok, demonstrasi adalah 'pameran' bergerak, means apa-apa pameran yang ada pergerakan, contoh demonstrasi pemadaman api oleh bomba & demonstrasi mengesan penjenayah menggunakan anjing polis.

Sehari sebelum demo, menyiapkan tempat.
Jabatan Bomba sangat komited, diorang sanggup buat ni semua walaupun dua hari tanpa bayaran. Mantap!
Ni 3 AJK Demonstrasi. Hehe~ Bengkoknya badan aku, takut tak masuk gambar  :p
Hah, Hotlink melayang ke atas untuk meluaskan liputannya. Agak menakutkan kalau tengok, kan? Haha~  
Actually, ni pasal angin kencang sangat. Time ni yang lelaki solat Jumaat, bila kitorang balik dah jadi camni. Yang tinggal time tu pompuan & tak cukup orang nak menahan kanopi Hotlink tu semua.

Second sebab kenapa Demo tough ialah sambutan orang terhadap demonstrasi. Demonstrasi ni dibuat di tempat yang jauh dari centre konvokesyen tu, so siapa yang nak datang walaupun bas provided? Dua hari demonstrasi memang penat. Aku siap berulang-alik panggil orang kat centre pergi tengok demo. Agensi, badan, atau kumpulan yang datang buat demo tu penuh dengan komitmen, jadi kitorang pun kena cari seramai orang yang mungkin untuk menonton demonstrasi diorang, barulah ia kira fair. 

Haha~ Lawak juga kalau ingat balik. Aku siap kejar-kejar orang lagi sambil bagi flyers, bagitau diorang ada demonstrasi dan ada bas disediakan. Terguris hati jugalah time tu bila ada beberapa orang tak layan aku langsung masa aku bercakap dengan diorang, anggap macam aku tak wujud.

Ketua kami tu memang strict sangat, that's why kitorang pun kena kerja keras. Ada beberapa AJK yang tak tahan tu sanggup 'resign'. Apapun, ni adalah pengalaman berharga sebab banyak mengajar aku dengan soft-skill dan perkara-perkara penting untuk tingkatkan potensi diri. Masa tu freshie lagi, so memang memerlukan benda-benda sebegini.


Bawah ni adalah gambar-gambar di hari kejadian:

Ni booth bomba dan puan ni adalah ketua untuk demonstrasi dan pameran Jabatan Bomba

Demonstrasi Bomba : Demo menyelamatkan orang yang terperangkap dalam kereta selepas kemalangan

Demonstrasi polis trafik

Demonstrasi JPAM : Demo menyelamatkan orang yang terperangkap dalam runtuhan

Pancaragam SM Shan Tao.
Pancaragam budak-budak menengah ni memang BEST!
Time tu, 2X diorang buat persembahan (pagi & petang). Memang bersemangat.

Auto-show : Kereta

Auto-show : Skuter  [North Borneo Scoot Community]
Ni nak tunjuk skuter atau tunjuk aku? Sorry-lah, ni je gambar yang ada tunjuk skuter banyak-banyak. Hehe~


Bawah ni antara gambar di malam Tamu Gadang, 
time ni aku dengan member-member aku 'meliar-liar'.


Kitorang bergambar kat bulatan terbesar UMS   :)



Wednesday, March 28, 2012

Golden Rice





Golden rice (beras emas) ni dihasilkan melalui kejuruteraan genetik. Secara visual, memang jelas warna ia berbeza dengan warna beras biasa, colour emas tu~ Tapi lupakan jika anda rasa teringin nak memajak gadai beras ni. Hehe~

Kenapa berwarna emas? Ok, aku jawab ya. Sebenarnya golden rice mensintesiskan beta-carotene, iaitu bahan asas untuk menghasilkan Vitamin A. Beta-carotene ni yang memberikan warna emas tu. Senang cakap, golden rice mengandungi banyak Vitamin A. Tapi, beras putih pula memang langsung tak ada Vitamin A.


Ok, kenapa nak banyakkan Vitamin A? Sebab ramai penduduk terutama di kawasan Asia dan Afrika yang mengalami masalah kekurangan Vitamin A dalam diet harian, terutama kanak-kanak. Masalah kebuluran di beberapa tempat dunia, semua orang sedia maklum, kan? Kekurangan Vitamin A menyebabkan mata buta, so memang bahaya. Jadi dengan adanya golden rice, ambilan nasi yang sedikit boleh membekalkan Vitamin A yang cukup untuk diet harian. 

Masalahnya, pengambilan makanan melalui kejuruteraan genetik ni sering menimbulkan isu atau kontroversi dunia. Di Malaysia, kita tak peduli sangat sebab ramai yang tak tahu pasal tanaman atau makanan yang dimodifikasi ni. Dekat Barat terutamanya, diorang memang sangat peduli akan perkara-perkara sebegini. Diorang takut tumbuhan yang dimodifikasi akan memberi kesan sampingan apabila masuk ke dalam badan. 


Golden rice ni memang jadi isu sebenarnya. Kalau tak silap, kos nak menghasilkan rice ni antara satu kekangan. Then, sejauh mana Vitamin A dalam golden rice tu boleh bertahan selepas padi dituai? Lepas masak, berapa banyak Vitamin A yang tinggal dalam nasi? Adakah masih cukup untuk bekalkan Vitamin A kepada diet harian si pengambil? Ni antara isu yang ditimbulkan oleh environmental NGO.

Tambahan lagi, ramai orang risau yang tanaman-tanaman modified ni akan menjejaskan alam sekitar dan mungkin menyesarkan tanaman yang original untuk kesan jangka panjang. 


Aku pelik, kenapa tak bersusah-payah bantu bangunkan kawasan tersebut, majukan kawasan penanaman untuk tingkatkan tanaman tumbuhan yang kaya dengan Vitamin A seperti potato, lobak, betik, brokoli dan lain-lain lagi. Lagi senang dan jimat, kan? 

Tapi, aku tak boleh ulas lanjut since aku pun tak jelas sangat keadaan sebenar. Tak boleh salahkan orang yang buat research iaitu Biotechnologist dan tak boleh salahkan orang ramai yang tak menyokong. Kadang-kadang, pengetahuan dan gerakan kita terbatas. Selalunya masalah sebegini jadi tak betul atas dasar-dasar orang tertentu yang mengawal isu tersebut. Wallahualam.



p/s : Jika sesiapa ada info tambahan, silalah kongsi. Jika aku ada tersilap bagi maklumat, silalah perbetulkan. TQ



Friday, March 23, 2012

Sem 1 - Rumpelstiltskin



Penting untuk abadikan kenangan manis waktu study dulu. Disebabkan dulu tak aktif blogging, kali ni baru aku nak story balik kisah zaman kampus. Memori lama tu aku mau lekatkan dalam blog ni. Hehe~

So, aku cerita start from Semester 1, iaitu tahun 2008. Tadi aku belek-belek gambar time Semester 1, aku jumpa gambar pelakon-pelakon hebat. Perasan pula, kan? Bukan apa, time tu kitorang kena buat assignment acting untuk kelas BI. Kena pilih cerita dongeng, then group aku ni pilih cerita Rumpelstiltskin. Tahu tak cerita ni? Takper, aku pun tak tau sangat cerita ni.

Mula-mula kitorang buat skrip sendiri based on cerita asal, then cerita tu ubah-ubah sikitlah dengan tujuan untuk tarik minat juri-juri Oscar. Haha~ Aku perasan lagi~ After that, barulah training, tapi training dalam dua ke tiga jam je kalo tak silap. 

Ni dah lari tujuan ni, gambar pula yang lebih. Hehe~ Kertas yang bersusun tu adalah skrip kitorang 


Time dah betul-betul berlakon tu, of course-lah rasa segan, kan? Yalah, aku ni tak pandai berlakon. Ada gak kitorang rakam tapi pakai handphone je. Bawah ni pula adalah gambar after 'teater' tamat. Student lain dah balik dah, kitorang je ni yang masih 'gila' bergambar.



Inilah group aku yang ceria. Jangan heran, payung pun dijadikan aset untuk bergambar. Gambar paling bawah tu adalah lecturer kami. 


My group members:- Aku (a miller), 
                          Cyril (king), 
                                                 Naemah, (miller's daughter) 
                                            Sakinah (Rumpelstiltskin)
                             Echa (a guard)



Wednesday, March 21, 2012

Genetic Engineering : Rat & Mouse



Tiba-tiba malam ni teringat pasal subjek Genetik. Datang rindu nak belajar lagi pasal benda ni. Kebanyakan memang dah lupa, tapi yalah, memang tak mampu nak ingat semua, yang penting basic jangan lupa & kita tahu di mana nak rujuk untuk ingatkan balik. Tu yang penting sebenarnya bila kita study setiap benda.

Dulu, waktu aku belajar pasal Genetic Engineering, fuh, memang tough, nasib baik tak mampus. Haha~ Tough but seronok! Aku show salah satu slide yang kitorang study untuk tambah pengetahuan korang juga. Kitorang belajar pasal perbezaan rat & mouse. Kitorang kena tahu benda ni sebab macam korang tengok dalam movie-movie, tikus dijadikan subjek untuk kebanyakan Genetic Research, so penting untuk tahu. Di Malaysia, memang kita panggil tikus je, so bacalah kat bawah ni untuk tahu perbezaan sebenarnya. 


Dah tahu bezakan? Bagus! Btw, comelkan binatang ni, memang kesian tengok bila jadikan ia experiment, but it is very very important. Korang jangan cakap ianya kejam sebab research sebegitu memang penting untuk manusia juga. Kitorang memang dah belajar tentang kepentingan tersebut. :)


Credit to my lecturer - Assoc. Prof. Dr. Vijay Kumar


Sunday, March 18, 2012

One Piece: Smoker-Tashigi-Law



One Piece, komik nombor satu aku. Yeah! Dah lama aku tak baca, aku saja tinggalkan lama-lama supaya ia terkumpul chapter by chapter. Bila aku buka internet tadi, guess what? 9 new chapters yang aku tak baca lagi, nampak sangat aku tinggalkan lama. Lagipun busy-bah, kadang-kadang tak sempat mau baca. Apapun, aku lagi suka baca banyak chapter sekaligus, lagi best!

Aku baru download, by copy paste image je tapi belum baca lagi. Petang sikit baru baca. Apa yang aku excited time copy paste tadi, ada 3 karekter lama yang best berwajah baru dan makin STYLE! Siapa yang sentiasa follow, mesti dah tau, kan? Jom tengok bawah.


Smoker the White Hunter yang giler COOL! Makin cool pulak. Aku minat si Smoker ni since 1st dia muncul lagi, aku rasa time tu tahun 2002. Dia ni memang habis-habisan nak tangkap Luffy. Tak sabar nak tengok dia lawan Luffy sekali lagi. Yeah!!!


Tashigi yang CUTE dan nampak lebih feminin berbanding dulu. Masih setia jadi pembantu Smoker. Dia pula nak tangkap Roronoa Zoro. Walaupun berwajah seiras dengan kawan baik Zoro masa kecik, tapi Tashigi adalah rival tegar Zoro.


Macam tau-tau je pelukis One Piece ni, kan? Eiichiro Oda memang best! Dia keluarkan karekter-karekter One Piece yang aku minat sekaligus. Yang ketiga adalah Trafalgar Law, one of my fav character gak. Sebelum diorang Luffy and the geng terpisah selama 2 tahun, dia ni antara pirate captain yang Luffy jumpa. Selepas 2 tahun, tak sangka dia dah jadi ahli Shichibukai. Hurm, bagus, bagus! 


Memang excited nak tau apa yang berlaku dalam cerita One Piece nanti, sebab ramai watak lama yang muncul sekaligus!


Tiket Raya!!!



Tadi dah cek harga tiket untuk balik raya, MAS & AirAsia. Penerbangan KL-Sandakan. Adoi, mahal especially AirAsia, padahal ada 5 bulan lagi untuk hari raya. Aku pun tak tahulah 5 bulan ni masa yang panjang untuk bertangguh beli tiket raya atau tak sebab ni 1st time bagi aku. Actually awal bulan Mac ni pun aku ada cek, tapi time tu pun mahal juga. Ada kawan-kawan aku masa study di UMS dulu, pernah cakap yang diorang beli setahun awal. Wow, awal!

Aku pun dah buat REMINDER supaya aku sentiasa ingat untuk cek harga tiket setiap hari aku berdepan dengan laptop. Siap letak depan monitor lagi. Kakak aku cakap yang penting rajin cek harga tiket, manatau tiba-tiba airlines ni 'rajin' turunkan harga. Harap-haraplah ada promotion untuk harga tiket nanti. Hehe~ InsyaAllah, semoga Allah memberi rezeki-Nya~

Ni aku punya REMINDER. Haha~
Kertas buruk yang akan berjasa dengan memberi peringatan kepada aku setiap hari.



Saturday, March 17, 2012

Punch (Won-Deuk Yi) [2011]



Pernah tonton filem Korea, Punch (Won-Deuk Yi) 2011 ? Aku dah tengok semalam, aku main download je. Aku buat entry ni sebab aku nak puji filem ni. Cerita ni diadaptasi daripada novel. Overall, aku memang suka cerita movie ni. Aku bagi 8/10 bintang!


Cerita simple saja sebenarnya, tak complicated, tak memeningkan kepala kita yang menonton. Walaupun simple tapi pengolahan cerita bagus. Elemen-elemen yang dimasukkan memang cukup sesuai untuk kita menilai betapa pentingnya hubungan kita sesama manusia. Ceh, ayat aku~ 


Kenapa aku cakap cerita ni simple? Mudah je nak paham, tutup mata pun boleh faham jalan cerita. Haha~ Ok serius sikit. Filem ni mengisahkan seorang pelajar/remaja, iaitu Won-Deuk yang miskin dan bermasalah. Won-Deuk tinggal dengan ayah dan uncle-nya selepas dia ditinggalkan ibunya sewaktu kecil lagi. Won-Deuk ni panas baran dan selalu bergaduh. Simple, banyak cerita macam ni, kan? In the end, mesti korang dah boleh jangka apa kesudahannya. Special-nya, musuh si Won-Deuk ni adalah cikgu dia sendiri. Jadi, betul atau tak expectation korang terhadap ending-nya,
itu korang kena tengok sendirilah. 


Bagi aku, apa yang kuat dengan cerita ni adalah hubungan sesama manusia. Hubungan dengan ibu bapa, cikgu, teman, teman special (ehem ehem!), jiran, dan orang lain itu mampu menguatkan diri kita sebenarnya. Hubungan ini mampu untuk memberi sinar kepada kehidupan kita selagi ia positif. Begitulah elemen yang diterapkan dalam filem ni, iaitu pada watak utamanya, Won-Deuk. Selain tu, hubungan dengan orang tempatan dan warga luar juga sangat ditekan positif dalam cerita ni.
FYI, ibu Won-Deuk adalah orang Filipina.


Si cikgu, iaitu Dong-Joo, ego sangat. Dia nak bantu Won-Deuk tapi dengan cara yang seolah-olah nak menyusahkan student dia tu. Cikgu dan student sama je, dua-dua ego, haha~ Hubungan antara cikgu dengan student tu memang best! Antara jasa besar cikgu Dong-Joo ni adalah menemukan Won-Deuk dengan ibunya. Cikgu dia ni juga support dan galakkan habis Won-Deuk untuk join dan aktif dalam sukan boxing. Yalah, cikgu mana yang nak tengok student dia bertumbuk dalam sekolah je kan?


Satu lagi kelebihan cerita ni, adalah elemen santai dan funny. Aku asyik-asyik tergelak sepanjang tengok. Lawak yang diorang buat simple je tapi menjadi. Senang cakap, perlakuan diorang tu mencuit hati. Baik dari Won-Deuk, cikgu Dong-Joo, jiran diorang, 'awek' & teman Won-Deuk, dan yang lain-lain lagi. Haha~ Nice!


Pelakon memang best, pandai bawa watak especially 2 watak utamalah, Won-Deuk & Dong-Joo. Disebabkan tu, aku suka tengok kedua-dua watak utama. Watak Won-Deuk dilakonkan oleh Yoo Ah-In (Sungkyunkwan Scandal, 2010), manakala Dong-Joo pula dilakonkan oleh Kim Yoon-Seok (Woochi, 2009). Diorang best! Sorry-lah, sebenarnya aku tak kenal sangat nama-nama pelakon Korea ni sebab aku tak tengok sangat drama dan filem Korea. Tapi kalau nampak muka diorang tu sometimes familiar jugalah.
Apapun, cerita ni memang layan habis!



Bagi yang nak download, try kat link bawah ni:
Punch 2011 K-Movie
Punch 2011 - English Subtitle
Selamat mencuba!


Bual-Bual Dengan Nepali



Hari ni aku kerja half-day, boring sikit sebab tak banyak benda nak buat. Disebabkan rasa santai, aku pun try berbual-bual dengan sorang worker lelaki Nepal yang berkongsi office dengan aku. Nama dia aku lupa, adoi,
padahal sudah lama stay dalam office yang sama. Teruk gak aku ni. Hehe~

Aku memulakan bicara,

Aku :   You sudah berapa lama kerja sini?
Dia  :   Saya masuk 2009.
Aku :   Owh, sudah 2 tahun lebih. You mau lanjut berapa tahun lagi?
Dia  :   Tada taulah.
Aku :   Ada balik Nepalkah?
Dia  :   Tada balik lagi.
Aku :   You punya umur berapa?
Dia  :   23, eh 22. (then dia tunjuk badge card - lahir tahun 1990)
Aku :   Owh, 22 tahun. Saya 24 tahun, lagi tua. Suda kawin ka?
Dia  :   Belum.

Ok, ni kira permulaan perbualanlah. Ada faham apa kitorang bualkan? Haha~ Begitulah Bahasa Malaysia yang harus diubahsuai untuk mebolehkan komunikasi antara Malaysia dan Nepal. Aku ingat dia lagi tua daripada aku, rupanya muda 2 tahun. Actually, ramai yang muda-muda lagi worker Nepal kat tempat kerja aku ni. Muda-muda pun, ada yang sudah kawin.

Entah macam mana, aku tiba-tiba nak tau pasal negara diorang, so....

Aku :   You punya negara ada berapa ramai orang?
Dia  :   Tada tau mau cakap. Tiga... tiga...
Aku :   Million kah?
Dia  :   32 billion.
Aku :   (dalam hati berbicara) Aik, penduduk dunia pun hanya 7 billion,
           salah cakap ni dia ni.
Aku :   You cuba tulis.

Dia tulis angka ni - 3230 000 000

Aku :   You salah ni, aku padam satu '0'. Beginikah (323 000 000)? 323 million ka?
Dia  :   Ya, ya, 323 million.
Aku :   Owh, ramai ya. Ini Malaysia 30 million saja. You punya country 323 million,
           lagi banyak.
Dia  :   Ini Malaysia ada berapa district? Nepal ada 75 districts.
Aku :   You maksud negerikah? Kalau negeri sini ada 13. (Aku pun confuse kejap,
           mungkin sana negeri panggil district, tapi macam banyak pula 75.
           Aku bingung sendiri)
Dia  :   Itu satu district ada 14 village.
Aku :   Owh, itu macam.
Dia  :   Itu sana orang takda kerja. Itu dalam Bumi, tanam, lepas itu makan. Itu semua
           orang ada tanah, buat rumah sendiri, cantik-cantik, tinggal sana, tanam sana.
Aku :   Owh, tanam dalam tanah, lepas itu hasil makan sendiri. (Aku cuba buat ayat
           sendiri, means diorang ni hanya bercucuk tanam pun sudah mampu tampung
           hidup diorang).
Dia  :   Itu semua tanam, semua ambillah, tada bagi-bagi orang. Kalau ada lebih, itu
           juallah, dapat duit (Maksudnya jual hasil tanaman berlebihan).
Aku :   Owh~
Dia  :   Itu sana banyak hill, orang tada naik basikal.
Aku :   Jadi, jalan kaki?
Dia  :   Iya, jalan kaki. Ada naik motor, ada kereta tapi tada banyaklah. Itu sana
           banyak hill, itu mountain. Jungle pun banyaklah.
Aku :   Itu jungle, ada banyak lion-kah?
Dia  :   Itu lion ada, itu binatang lain pun banyaklah.
Aku :   Tempat saya pun, itu Sabah, banyak bukit juga. Itu Sabah jauh, mau naik itu
           aeroplane sampai pegi sana. Kita kira samalah. Haha~
Dia  :   Owh, you punya tempat jauh ar. Sana Nepal, itu District-75, orang panggil town
           (actually tak ingat, aku rasa dia cakap District-75). Sana manyak orang-orang
           kaya, tada keja. Itu duduk saja, duit masuk. Itu banyak duit tapi duduk saja.
Aku :   Owh, itu boss la? Owh~
Dia  :   You tau border?
Aku :   Apa?
Dia  :   Itu border, itu kasi pisah Nepal dengan India (sambil melukis). Saya tinggal sini
           dekat border Nepal. Sini kawasan border India-Nepal, ada satu bahasa. Tada
           sama dengan bahasa Nepal dengan India.
Aku :   You duduk ini hujung Nepal ar? Jadi, you paham itu bahasa Tamil Malaysia ka?
Dia  :   Tada paham. Haha~
Aku :   Itu worker Nepal yang lain tada tahu itu bahasalah?
Dia  :   Tada tau, itu duduk border saja ada tau itu bahasa.
Aku :   Begitukah? Ok-lah, saya mau pigi Lab dulu, ada keja sikit.


Habis perbualan kitorang. Hari ni aku dapat pengetahuan baru tentang kehidupan orang Nepal di negara diorang. Best jugalah, kira satu benda baru untuk tambah pengetahuan. Hehe~ Sebelum ni busy sikit, nak berbual-bual pun susah.

By the way, aku dengan dia, dua-dua salah bagi information. Mungkin dia susah mau explain Nepal population number tu dalam Bahasa Malaysia. Maybe dia nak cakap 32.3 million, sebab aku tengok dalam Wikipedia, population diorang 27 million. Malaysia pula sehingga 2010, ada 27 million lebih populasi. Jadi sebenarnya populasi Malaysia dengan Nepal lebih kurang je la. Sia-sia aku terkejut tadi. Haha~

NASA Landsat-7 Image of Nepal. Kebanyakan sempadan Nepal berkongsi dengan India.
By the way, jangan pula korang tak tau yang Gunung Everest tu terletak dalam Nepal ya.




*Updated on 21/03/2012 - Nama worker tu adalah Shyam Babu :)





Wednesday, March 14, 2012

Gangguan Dalaman



Hari ni seriously my mood hilang. Memang down habis. I think sebab small matters yang berlonggok-longgok, bergabung menjadi kepulan yang meruntuhkan jiwa dan emosi. Sometimes nak let go pun bukan senang, we cannot run or hide from problems, kan? InsyaAllah selagi iman ada, semua masih boleh terkawal. Allah sentiasa ada untuk kita. 

Aku memang dah set dalam kepala aku dari dulu, ramai lagi orang lebih susah daripada aku, so kalau diorang boleh berhadapan dengan ranjau kesusahan, aku juga mesti mampu. Dalaman ni memang dah banjir dah, luaran ni saja yang tak keluar. 

Untuk teruskan langkah kita, kena ada kekuatan dalaman, tapi ramai orang sangkut dalam proses mencari kekuatan dalaman ni. Kalau aku stuck di sini, aku mungkin kalah kepada keadaan. Tapi mungkin aku perlu kalah kepada keadaan ni untuk menang kepada keadaan yang lain? Itu aku tak tahu. Sekarang memang kepala aku dah jadi freeze sekejap, nak mencari rasionaliti tu susah sekarang. Kebanjiran dalaman tu dah beku dekat dalam otak dan minda aku.


This is just my way untuk kurangkan sedikit tekanan yang menekan-nekan sekarang ni. Tapi untuk aku nak cerita lebih keadaan aku sekarang dan apa masalah aku, its not my style. Lagipun, laman maya tetap maya.

Apapun, life is not easy, semoga semua yang berlaku ni menguatkan lagi aku. InsyaAllah~ Semoga semuanya dipermudahkan oleh Allah SWT. Amin~





Tuesday, March 13, 2012

Vitamin F



Today I received an email from my colleague, just want to share it here. Nice article!


Vitamin F

Why do I have a variety of friends who are all so different in character?
How can I get along with them all?

I think that each one helps to bring out a "different" part of me.

With one of them I am polite.
I joke with another friend.
I sit down and talk about serious matters with one.
With another I laugh a lot.
I listen to one friend's problems.
Then I listen to another ones advice for me.
My friends are all like pieces of a jigsaw puzzle.
When completed, they form a treasure box.
A treasure of friends!
They are my friends who understand me better than myself,
who support me through good days and bad days.
We all pray together and for each other.
Real Age doctors tell us that friends are good for our health.



Dr. Oz calls them Vitamins F (for Friends) and counts the benefits of friends as essential to our well being.
Research shows that people in strong social circles have less risk of depression and terminal strokes.
If you enjoy Vitamins constantly you can be up to 30 years younger than your real age.
The warmth of friendship stops stress and even in your most intense moments it decreases the chance of a cardiac arrest or stroke by 50%.

We should value our friends and keep in touch with them.
We should try to see the funny side of things and laugh together, and pray for each other in the tough moments.

I'm so happy that I have a stock of Vitamins F! 
Thank you for being one of my Vitamins!



Saturday, March 10, 2012

Sedapnya Aroi Tomyam



Assalamualaikum & salam sejahtera~

Tadi aku dengan housemates aku pergi makan kat kedai yang 1st time kitorang masuk, kat area Kapar. Nama kedai tu adalah Aroi Tomyam. Akak yang ambik order tu bagitau makanan yang special kat situ adalah Pok Tek Aroi Tomyam, so kitorang pun order satu tomyam untuk 3 orang. Then, order satu telur bistik. 

Inilah kedai Aroi Tomyam tu, gambaran dari tepi 

Fuh, bila order dah sampai & start makan, memang kitorang rasa macam berada di awangan. Sangat sedap beb~ Tomyam & telur bistik tu memang mantap! Rasa macam nak makan sekali pinggan mangkuk makanan tu. Haha~ Tapi memang seriously sedap. Kira kitorang tak rugilah pergi makan kat situ. 

Ni Pok Tek Aroi Tomyam yang dah dilahap separuh oleh kitorang 

Yang ni pula telur bistik yang bukan berwajah asal ya, dah dilahap separuh gak. 

Adoi, apa kenalah kau ni Ammar? Terkejut beruk tengok ketam tu. Takpa, layan je dia ni since hari ni his last working day, tu sebab excited habis. Pasni bestlah dia, hurm~ 

Ceh, dua orang ni control macho pulak. Eh, aku kutuk diri sendiri ker? Ish ish ish~ :p



Wednesday, March 7, 2012

This Means War [2012]



Dah tonton filem This Means War? Hari tu tonton movie ni dengan my members, kitorang & semua orang dalam panggung tergelak habis-habisan dari mula sampai habis. 
Super duper lawak. Haha~ Pecah perut!


This Means War adalah filem romantik komedi aksi yang dilakonkan oleh popular actor & actress, iaitu Reese Witherspoon (Legally Blonde, 2001), Chris Pine (Star Trek, 2009), & Tom Hardy (Inception, 2010). Plot cerita simple je, dua ejen CIA yang macho & sememangnya besfren berebut untuk memenangi hati seorang pompuan. Mula-mula diorang tak perasan yang diorang dating pompuan yang sama, tapi lepas dah tau, masing-masing bersaing dengan cara yang ekstrem untuk dapatkan pompuan tu. Cara nak pikat tu bukan cara biasa ya, tapi ekstrem. Apa yang berlaku sepanjang 'proses' untuk memenangi hati pompuan tu yang benar-benar memecahkan perut kita.

Besfren yang jadi tak sebulu

Pelbagai taktik CIA digunakan oleh dua orang mamat tu tanpa pengetahuan si pompuan. Si pompuan ni pun naik pening untuk pilih yang mana satu. The best part, iaitu yang paling lawak bagi aku adalah scene dalam bilik lukisan. Nak tau apa yang berlaku dalam scene tu, kenalah tengok kat panggung. Hehe~

Taktik mengayat pompuan dalam kedai CD

Pemilihan pelakon memang terbaik sebab kesemua pelakon berjaya bawa watak dalam adegan-adegan lucu sebegini. Lagipun diorang sebelum ni memang pernah muncul dalam filem-filem lawak yang best; Reese Witherspoon dalam filem Legally Blonde, Chris Pine dalam Just My Luck, dan Tom Hardy dalam RocknRolla.

Perkembangan plot ni agak ringkas sedikit, so jangan mengharap untuk lihat scene-scene yang menangkap emosi jiwa dalaman penonton. Ia sememangnya dipenuhi dengan scene lawak semata-mata. Jika scene drama ditambahkan lagi dan digarap dengan lebih baik, confirm filem ni lagi best. 

Cara extreme untuk pikat gadis

Tom Hardy dalam awal-awal filem dah ditunjukkan sebagai seorang duda yang gagal dalam perkahwinannya. That's why-lah dia try nak cari yang baru. Rasanya lebih baik jika kisah perceraian si Tom Hardy ni diceritakan detail sedikit agar penonton dapat merasa 'gangguan jiwa' watak mamat ni. Kalau korang dah tengok filem ni, mungkin akan bersetuju kenapa kisah perceraian tu perlu di-detail-kan sedikit. 

Lagi satu, aksi antara dua ejen CIA ni dengan seorang musuh besar diorang boleh dikatakan best, tapi kalau aksi tersebut ditambah lagi, confirm lagi terbaik.
More action, more satisfaction. Hehe~

Best action!

Anyway, bagi aku secara overall, filem ni memang santai, simple, dan best! Harus korang tonton. Aku bagi rating untuk filem ni adalah 7/10. Kalau korang nak tau siapa yang berjaya memenangi hati pompuan tu, kenalah tonton sendiri di pawagam.

Siapa yang dapat pompuan ni? Entah, haha~


Street Fighter X Tekken: Episode 0 to 6



Street Fighter X Tekken is one of my anticipated games for 2012. Ni adalah crossover games developed by Capcom yang menggabungkan dua top fighting games. Street Fighter is the top of 2D Fighting Game while Tekken is the top of 3D Fighting Game. Hebatkan? Aku ni memang kaki game, most of fighting games aku minat. Belasah orang dalam video game ni best, but in reality tak mampulah. Hehe~

Masa first trailer Street Fighter X Tekken ni keluar, aku memang dah 'terlompat-lompat' excited. Tekken memang aku minat, tapi Street Fighter lagi aku minat. Lagipun, Street Fighter (SF) is the first fighting game yang muncul di muka bumi ni, tahun 1987. Masa mula-mula keluar dulu, SF memang jadi satu fenomena. Siapa yang tak kenal Ryu, karate-man & the lead of SF. Mesti kenal Chun Li, kan? She is the first lady of fighting game. Actually ada je yang tak kenal, kan?


Aku follow every trailer episode untuk Street Fighter X Tekken sejak tahun lepas, one by one released. Dalam game ni, setiap karekter ada tag team & rival masing-masing. Since game ni dah nak release this month, aku saja-saja compile all the trailers in this entry. Siapa berminat, try-lah buka one by one. Graphic memang mantap!


Street Fighter X Tekken - Cinematic Trailer Episode 0
Episode 0 ni adalah permulaan segalanya
 Ryu (SF) VS Kazuya (Tekken) 
The White encounter The Black



Street Fighter X Tekken - Cinematic Trailer Episode 1
Ryu & Ken (SF) VS Kazuya & Nina (Tekken)
The Srongest Rivals VS Calculated Bloodlust



Street Fighter X Tekken - Cinematic Trailer Episode 2
Poison & Hugo (SF) VS King & Marduk (Tekken)
Pink Monster Ball VS Shocking Friendship



Street Fighter X Tekken - Cinematic Trailer Episode 3
Rufus & Zangief (SF) VS Bob & Julia (Tekken)
Super Heavyweights VS Charming and Chubby



Street Fighter X Tekken - Cinematic Trailer Episode 4
Chun Li & Cammy (SF) VS Asuka & Lili (Tekken)
Cool Beauties VS Princess and Pauper



Street Fighter X Tekken - Cinematic Trailer Episode 5
Bison & Juri (SF) VS Jin & Xiaoyu (Tekken)
Blood and Anguish VS Destined Partners



Street Fighter X Tekken - Cinematic Trailer Episode 6
Akuma (SF) VS Ogre (Tekken)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...