Monday, February 6, 2012

5 Avicenna 2005 ~ Pulau Berhala



Assalamualaikum & salam sejahtera~

Tercetus pula niat buka gambar-gambar lama, maka terimbaulah kenangan-kenangan dulu masa zaman sekolah. Tapi gambar zaman sekolah menengah dulu tak banyak sebab faham-fahamlah, dulu bergambar pakai filem Kodak. Bila bergambar kadang-kadang x pasti jadi ka tidak sebab mesti cuci dulu baru dapat tau. Kekadang, filem rosak ataupun semua gambar rosak atau 'terbakar'. Susah mau simpan wajah-wajah dulu kan.

Ada beberapa gambar yang aku gambar balik, then simpan dalam laptop. Gambar-gambar itulah yang aku tengok satu-satu, menilai kehenseman zaman dulu. Haha~ tiba-tiba pula perasan sendiri. Gurau ja bah, jangan meluat pula. :p

Hari ni aku show satu feveret pic yang diambil masa Form 5 dulu (20.8.2005). Tadaa~



Gambar ni diambil di atas kapal dalam pelayaran ke Pulau Berhala, Sandakan. Semua muka-muka excited sebab ini adalah percutian sebelum beberapa bulan menempuh SPM. Haish, rindu pula masa ni. Mari aku kenalkan satu-satu di samping mau uji ingatan aku. 

Dari kiri yang x pandang kamera & buat gaya 'peace' x jadi tu adalah Ezwan AKA aku. Biar aku kenalkan yang duduk dulu, belakang aku tu adalah Salasiah, Husniah, Ramli, Yaekub, Amat (paling macho time ni, haha), Napi (baju merah yang hanya tunjukkan lubang telinga), Joy (dia terkejut sebab dia paling hensem dalam gambar ni), Sare (excited ditunjukkan melalui ternganganya mulut), & Justina (pakai jaket biru tu).

Di kanan gambar, ada lima orang pompuan yang duduk bersusun kepala macam kembar siam, kan? Hah, dari depan adalah Dare, Amy, Hasma, Kase, & Husna. Belakang dorang yang hanya nampak ubun-ubun kepala tu adalah Emelda AKA Maira Aleeya. Dia tengah main iPad, tu sebab x join gambar. Hebatkan, time ni pun dah ada iPad. :p

Sekarang, kenalkan yang berdiri pula AKA orang-orang yang x popular (gurau-gurau, hehe...). Dari kiri adalah Ismail Muin (dia suka dipanggil dengan nama penuh), Razis, then belakang Razis tu adalah junior Form 3 (sorry, x ingat nama), pastu Roslan AKA Mamang (I wonder spec mata siapa dia pakai tu), Rechal (paling happy dalam gambar), Asmah & lastly adalah Jelselyn. Ada beberapa student yang x ikut percutian ni. Nah, aku masih ingat lagi bah semua budak-budak kelas 5 Ibnu Sina 2005. Cameraman adalah guru kelas kami iaitu Cg. Ron. Mantap cikgu!

Cerita sikit pasal percutian ni, mula-mula tu aku kononnya x mau join, siap marah-marah lagi kunun bila diajak time tu. Aku bagi alasan yang ni plan last minute, mau study lah, xda duit mau join & apa-apalah. Padahal, RM10 ja pun kalau x silaplah, boleh jak minta dengan parent. Tapi yalah, ego konon time tu, padahal sebenarnya memang mau ikut betul-betul. Sorry ya kawan-kawan sebab marah-marah time tu. Hehe~

Tapi, bila sampai pulau, akulah orang yang paling excited, boleh dikatakan satu hari berendam dalam laut. Last-last, muka aku yang paling merah, sunburn habis, teruk gak time tu. Nasib baik lepas tu cuti sekolah, kalau x, memang diketawakan. Apapun, satu hari di pulau tu memang kami semua enjoy gila-gila. Best!

Pulau Berhala tu memang cantik, sayang kalau dibiarkan macam tu saja. Tak tau keadaan pulau tu sekarang tapi yang penting Sandakan harus bangunkan pulau tu balik. Kepada geng-geng 5 Avicenna 2005, jom buat REUNION di Pulau Berhala. Dah 6 tahun lepas dah ni. InsyaAllah, kita plan nanti ya.



Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...