Klik Untuk Tawaran Hebat!

Saturday, February 4, 2012

Salam Maulidur Rasul 1433H



Assalamualaikum & salam sejahtera~

Malam ni adalah malam 12 Rabiulawal 1433 Hijrah, jadi semua muslimin muslimat sedia maklum akan tarikh kelahiran Rasulullah SAW kan. So, aku pun tak mau ketinggalan untuk mengucapkan Salam Maulidur Rasul kepada semua umat Islam di seluruh dunia. Marilah kita sama-sama berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW yang kita cintai. Semoga kita semua sentiasa teguh bersama Islam, juga terus mengikut dan mengamalkan apa yang telah diajarkan dan disampaikan oleh Rasulullah SAW. InsyaAllah~


صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد Selawat Allah ke atas Muhammad

صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Selawat salam dipohon lagi

صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد Selawat Allah ke atas Muhammad

صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Selawat salam dipohon lagi


يَا نَبِيْ سَلاَمٌ عَلَيْكَ Wahai Nabi salam atasmu

يَا رَسُوْل سَلاَمٌ عَلَيْكَ Wahai Rasul, salam atasmu

يَا حَبِيْبُ سَلاَمٌ عَلَيْكَ Wahai kekasih, salam atasmu

صَلَوَاتُ الله عَلَيْكَ Selawat Allah ke atasmu


أَشْرَقَ الْبَدْرُ عَلَيْنَا Bulan purnama menyinari kita

فَاخْتَفَتْ مِنْهُ الْبُدُوْرُ Hilang segala cahaya

مِثْلَ حُسْنِكَ مَا رَأَيْنَا Indah menawan tak pernah dilihat

قَطُّ يَا وَجْهَ السُّرُوْرِ Wajah gembira sepanjang hayat


أَنْتَ شَمْسٌ أَنْتَ بَدْرٌ Kaulah matahari, kaulah bulan

أَنْتَ نُوْرٌ فَوْقَ نُوْرٍ Kaulah cahaya mengatasi cahaya

أَنْتَ إِكْسِيْرٌ وَغَالِي Kaulah rahsia hidup mulia

أَنْتَ مِصْبَاحُ الصُّدُوْرِ Kaulah menyuluhi jiwa


يَا حَبِيْبِيْ يَا مُحَمَّد Wahai kekasihku, ya Muhammad

يَا عَرُوْسَ الْخَافِقَيْنِ Wahai pendamping indah sejagat

يَا مُؤَيَّدُ يَا مُمَجَّدُ Wahai Nabi dijulang dipuja

يَا إِمَامَ الْقِبْلَتَيْنِ Wahai imam 2 kiblat


مَنْ رَأَى وَجْهَكَ يَسْعَد Bahagialah orang memandang wajahmu

يَا كَرِيْمَ الْوَالِدَيْنِ Wahai penghulu keturunan mulia

حَوْضُكَ الصَّافِى الْمُبَرَّد Kolam airmu sejuk jernih

وِرْدُنَا يَوْمَ النُّشُوْرِ Kunjungi kami pada hari akhirat


مَا رَأَيْنَا الْعِيْسَ حَنَّتْ Sepanjang malam unta berjalan

بِالسُّرَى إِلاَّ إِلَيْكَ Tiada berhenti rindukanmu

وَالْغَمَامَةْ قَدْ اَظَلَّتْ Engkau dipayungi awan putih

وَالْمَلاَ صَلُّوْا عَلَيْكَ Dan Malaikat sama berselawat


عَالِمُ السِّرِّ وَأَخْفَى Allah mengetahui rahsia sulit

مُسْتَجِيْبُ الدَّعَوَاتِ Dialah menyahut semua seruan

رَبِّ إرْحَمْنَا جَمِيْعًا Wahai Tuhan Rahmatilah kami

بِجَمِيْعِ الصَّالِحَاتِ Dengan segala amalan soleh


وَصَلاَةُ الله عَلَى أَحْمَد Selawat Allah ke atas Muhammad

عَدَّ تَحْرِيْرِ السُّطُوْرِ Sebanyak baris kertas ditulis

أَحْمَدُ الْهَادِي مُحَمَّد Ahmad Muhammad petunjuk jalan

صَاحِبُ الْوَجْهِ الْمُنِيْرِ Empunya wajah berseri menawan


صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد Selawat Allah ke atas Muhammad

صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Selawat salam dipohon lagi

صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد Selawat Allah ke atas Muhammad

صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Selawat salam dipohon lagi


اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَيْهِ Wahai Tuhan, selawat dan salam 

dan keberkatan atasnya






Comments
2 Comments

2 comments:

  1. habis aku selawat. suka aku nyanyi ikut irama nya hehe

    ReplyDelete
  2. aku pun sudah....best kan...kalau ada berarak mesti lg best...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kisah Bawah Bayu