Klik Untuk Tawaran Hebat!

...................................................................................................

Sunday, May 4, 2014

Top 10 Blockbuster Movies Worldwide: 2010-2013

#Updated on 08/06/2014


Assalamualaikum & salam sejahtera readers...

Kebelakangan ni aku agak malas nak update blog, apatah lagi nak bercerita dalam ni. Kalau rajin pun, cerita pasal movie je la, senang sikit bagi aku nak tulis. At least, tidak la blog ni terbiar suram, kan?

Jom tengok senarai blockbuster movies sejak 4 tahun lepas. Aku senaraikan 10 filem yang pecah panggung dan dapat kutipan tertinggi seluruh dunia dari tahun 2010 hingga 2013. Mungkin ada movie dalam list ni yang korang terkejar-kejar nak beli tiket dulu, dan sanggup duduk bersila depan skrin demi nak tengok. Ok, bukan aku ye  :p



2010

Tahun 2010 didominasi oleh filem animasi dengan 5 filem animasi tersenarai dalam Top 10 Box Office. Filem terbaik bagi aku dalam list ni adalah Toy Story 3 dan Inception.

Walaupun Toy Story 3 ni cartoon, tapi sedih gak tengok cerita ni, berjaya mencuit emosi (gitu...khehehe). Inception memang terbaik dengan story mimpi dalam mimpi, sedikit kompleks tapi penceritaan sangat kreatif!

Dua filem berjaya mencapai pungutan >$1 billion (>$1000 juta); Toy Story 3 dan Alice in Wonderland.






2011

Tahun 2011 adalah penamat bagi siri filem Harry Potter dengan final chapter, Harry Potter & the Deathly Hallows Part 2. Sememangnya layak menjadi the top dengan jalan cerita, aksi, dan konflik yang terbaik! Sejak dari hingusan follow cerita Harry Potter, serius puas hati dengan 'penutup' yang mantap!

Tiga filem iaitu Harry Potter & the Deathly Hallows Part 2, Transformers: Dark of the Moon dan Pirates of the Carribean: On Stranger Tides telah berjaya mencecah kutipan >$1 billion.






2012

Tahun 2012 adalah tahun superhero dengan The Avengers yang berjaya meletupkan panggung seluruh dunia. Filem penuh humor, aksi yang stylo, dan gabungan superhero yang bertenaga, The Avengers sememangnya melekat di hati peminat!

Tapi satu lagi filem terbaik tahun tu, Batman: The Dark Knight Rises (another superhero movie). Siri The Dark Knight adalah siri filem yang menjadi all-time favorite aku, especially second film yang ada watak Joker tu. Dengan plot yang menarik, ditambah lagi dengan twist & unexpected story, filem The Dark Knight Rises is seriously awesome!

Empat buah filem mendapat pungutan >$1 billion, iaitu The Avengers, Skyfall, The Dark Knight Rises, dan The Hobbit: An Unexpected Journey.






2013

(Kutipan sehingga 08/06/2014)


Frozen, filem animasi Disney telah mengungguli tahun 2013 dengan pungutan tertinggi! Bukan setakat panggung je pecah, corong-corong radio pun pecah dengan ke-famous-an lagu Let It Go (by Idina Menzel), soundtrack cerita ni. Filem animasi Despicable Me 2 pun meletup jugak tahun lepas, cartoon tu serius kelakar. Haha~

Iron Man yang dah punya ramai peminat (dengan impak The Avengers lagi) telah meledakkan the 3rd film-nya tahun lepas. Cerita Iron Man 3 memang best pun. Thor dan Superman a.k.a Man of Steel tak dapat nak menandingi 'kehebatan' wira besi ni. Tapi kedua-dua filem superhero tu pun not bad!

The Hobbit: The Desolation of Smaug dan The Hunger Games: Catching Fire adalah antara favorite movie aku tahun lepas. Kedua-dua filem ni berakhir dengan ending yang buat kita tak senang duduk, tak sabar tunggu sambungannya tahun 2014 ni.




Tahun 2014 ni, agak-agak filem mana yang pecah panggung & masuk dalam Top 10? Hurm...





Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kisah Bawah Bayu