Sunday, July 15, 2012

Memilih Cinta Allah SWT



" If Allah is all you have, you have all you need "
" Loving Allah is the ultimate aim "


Cinta kepada Allah adalah cinta seagung-agungnya. Jom geng, mari kita sama-sama berusaha untuk memiliki cinta kepada-Nya. Jika kita memiliki cinta kepada Allah, ibaratnya kita telah memiliki segala-galanya.

Cinta sesama manusia tak mampu untuk dibandingkan cinta kepada Allah. Kejar cinta dunia tak sampai ke mana pun, last-last kembali kepada-Nya juga, kan? So, beringatlah wahai teman semua untuk terus mendekati-Nya, peringatan kepada diri hamba jugak.

Tapi ramai juga yang lebih memilih cinta manusia berbanding cinta kepada Allah. Lupakan cinta Ilahi, fokus cinta peribadi. Buat macam ni memang silap besarlah, sebab kita akan kehilangan segala-galanya. Allah boleh tarik je semua dalam sekelip mata. 

"You die, I die", aaahhh, nonsense, dalam movie bolehlah, dalam realiti, kena bagi pelempang sikit, kasi sedar agar tak hanyut dengan angan dunia semata (wo, kasar pulak). Kalau dah kecewa tahap gaban tu, kena beringat bahawa kita masih ada Allah. Sorry yer, aku gurau je pasal pelempang tu, sepatutnya kena bagi nasihat & dorongan secara terbaik. Hehe~

Apa-apapun, cinta kepada Allah tu harus jadi yang pertama & utama, barulah cinta sesama manusia mendapat keberkatan-Nya. Apabila ada pertembungan antara cinta kepada Allah dengan cinta kepada manusia, apa yang harus kita pilih? Of course-lah kena pilih cinta kepada Allah. First thing first!

Wallahualam~

( Sumber: Solusi Isu 42 )


# Selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak 1433H #




Comments
8 Comments

8 comments:

  1. mudah-mudahan kita dapat mengecapi rasa cinta kepada allah dengan sebenar-benarnya.. ^_^

    ReplyDelete
  2. u die i die. mmg sgt geli if dgar diz words! =)

    ReplyDelete
  3. Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak juga hehehehe

    ReplyDelete
  4. Cinta hakiki hanyalah cinta kepadaNYA.. =)

    ReplyDelete
  5. Semoga kita berjaya mendidik nafsu untuk mencintai Allah lebih dari segala-galanya!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...