Friday, February 3, 2012

It's Nice For Kids



  Assalamualaikum & salam sejahtera~

Siapa masih ingat cerita kanak-kanak seperti Sang Arnab dengan Kura-kura, Sang Kancil dengan Buaya, Sang Gagak Yang Bijak dan lain-lain yang aku pun x berapa ingat. Cerita-cerita ni mesti jadi feveret masa kita kecik-kecik dulu kan selain cerita dongeng rakyat. Since ia untuk kanak-kanak, of course la cerita dia pun simple tapi pengajaran yang amat mendalam.

Seingat aku, banyak buku dan iklan TV dulu yang keluarkan cerita-cerita binatang yang beri pengajaran ni. Moral values cerita ni memang sangat bagus untuk kanak-kanak terutamanya. Orang besar pun perlu sentiasa ingat pengajaran cerita-cerita ni untuk sentiasa motivate diri kita jugak. Hehe~

Kisah-kisah binatang yang banyak pengajaran


Hikayat Sang Kancil dengan Buaya


Persoalannya, keadaan sekarang masih samakah? Dengan teknologi yang makin maju, buku-buku cerita untuk kanak-kanak mungkin dah kurang 'demand'. Mungkin ramai kanak-kanak yang dibiasakan pegang benda-benda elektronik moden berbanding dengan longgokan kertas yang bernama buku. Kalau ada pun, muka buku la jadi pilihan. Entah berapa ramai kanak-kanak sekarang tahu cerita-cerita pengajaran sebegini? Kalau ramai yang tahu pun, mungkin cerita yang diketahui x sebanyak apa yang kita ketahui dulu. 

Benda ni nampak simple kan tapi sebenarnya kesan dia besar tau kalau difikir secara mendalam. Kemodenan itu perlu tapi cara yang lama jangan ditinggalkan atau diabaikan terus. Ia harus sentiasa dipraktiskan di samping turut sentiasa seiring dengan cara moden. Kreativiti itu yang penting sebenarnya. Penceritaan kisah-kisah sebegini mampu mendidik kanak-kanak dengan cara yang mudah dan berkesan, asalkan kena caranya. Media elektronik seperti TV juga perlu selalu tayangkan cerita kanak-kanak sebegini dengan cara yang lebih baik berbanding dulu. Sekadar pandangan daripada hamba~




Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...