Assalamualaikum & salam sejahtera~
Kali ni aku mau sentuh pasal politik sikit. Aku malas nak cakap bab politik ni sebenarnya, tapi semua orang kena ambil berat pasal isu-isu membentuk kerajaan ni. Takkan selama-lamanya tak nak ambil tahu, kan?
Aku di sini tak sokong & tak salahkan kerajaan Sabah 100%, Sabah sebenarnya dah banyak improved. Thanks to semua pihak sebenarnya. Cuma kemajuan belum cukup, masih banyak tempat & keadaan yang perlu dibangunkan lagi. Understood, it is a process~
Sokongan semua pihak itu perlu. Bukannya sini buat, sana tak buat. Bukannya 50% belanjakan secara betul, 50% belanjakan untuk kepentingan sendiri. Bukannya atas buat betul, bawah buat tak betul. Bukannya bawah salah, yang atas senyap-senyap tak bertindak. This is the main problem. Kesedaran sebagai manusia tu tak cukuplah.
Orang akan bising jika janji hanya SEKADAR janji, rancangan tak jalan. Sometimes, yes memang hanya sekadar janji, aku akui. Tapi sometimes ada perancangan & pelaksanaan yang takes long time, tapi silapnya flow pelaksanaan tu tak teratur. Perlu juga pendedahan tentang progress of the planning, sebab bila orang tak tau, it will create another story & orang cakap, "Kerja tak jalan!"
100% komitmen tu yang penting bagi aku. Bukan sekadar pemimpin, tapi rakyat sendiri. Kalau rakyat sendiri buat tak tau, benda takkan jalan. Sebagai rakyat, harus untuk kita improve ourselves & then menyumbanglah sesuatu kepada masyarakat & negara. Ekonomi mantap, negara pun mantap.
"Ah, menyumbang ini itu pun, kita dapat apa? Diorang juga yang kaya!" Yes betul, tapi kolot sikit pemikiran anda. Perlukah kita menyumbang sesuatu and then mengharapkan balasan bertubi-tubi. Kita harus tanya, apa sumbangan kita selama ni?
Kalau satu habuk pun kau tak bagi untuk negara, tetiba bising tak puas hati, macam pelik la bro. Lainlah kalau kau dah berjaya membantu dalam kemajuan ekonomi setempat, tapi tak dihargai & dapat apa yang sepatutnya, logiklah juga kalau nak bising.
Hati-hati ok, kadang kita tak sedar yang mungkin pemikiran & tindakan kita dah tersasar (walaupun sikit) daripada rasa SYUKUR.
Owh, Sabah bumi indah yang aku cintai. Ramai yang terpekik-pekik, "Masalah Sabah tak pernah selesai!" Spesifik-kan masalah tu, masalah apa yang tak selesai-selesai?
-Masalah bekalan air & elektrik
-Jalan raya yang tak OK
-Pendidikan yang tak mantap
-Makanan tak cukup atau kebuluran
-Kemiskinan
-etc
Semua inikah yang tak selesai?
Tak relevan kalau cakap tak selesai, ini boleh digolongkan sebagai perancangan jangka panjang. Kita kena calculate dah berapa percent masalah ni settle. Progress terhadap penyelesaian masalah tu yang kita kena tahu.
#1-Bekalan air & elektrik
Aku bersyukur sebab actually yang ni dah banyak improve. Mungkin sesetengah tempat masih mengalami masalah sebegini. Aku ingat dulu time zaman aku sekolah, catuan air di tempat aku dibuat hari Isnin & Khamis. Susah wei, aku nak bising-bising pun, tak best jugak, seolah-olah aku tak bersyukur pula. Cuba fikir 2 hari je seminggu, tapi orang kat negara miskin lain, berhari-hari tak ada air.
Aku ingat lagi, pagi-pagi mau pergi sekolah, kena standby & angkat air sendiri. Berjimat sangat dalam mandi. Haha~ Sometimes kena angkat air berbaldi-baldi untuk isi 2 drum. Huh, pengalaman~
Elektrik? Dulu kat tempat aku kejap-kejap black-out, sampai berjam-jam. Sangat selalu. Dalam seminggu, ada dalam 2-4 kali. Biasanya electric off 8-12 jam sehari. Ambik kau, susah woo~ Nak study malam pun tergendala, bwahaha... study la sangat~
Sekarang, semua dah OK. Air tak ada catuan lagi. Elektrik pun tak off berjam-jam lamanya, kecuali la kalau ada kerosakan kabel ker, or apa-apa yang berkaitan.
Thanks to semua pihak yang terlibat yang concern tentang kemudahan air & elektrik ni. Ini 1 improvement di Sabah. Kalau nak compare zaman datuk-nenek kita, improvement tu of course lagi besar! Tinggal lagi kawasan-kawasan tertentu perlu dibangunkan, jadi pihak berwajib pandai-pandailah bertindak yer.
#2-Jalan raya tak OK?
Jalan memang tak best, tapi bukan semua tempat. Macam sebelum ni aku cakap, perancangan tu kena licin. Jangan di pihak atas nak majukan, di pihak bawah makankan, pelaksanaan tak jalan. Last-last, dapat makian. Jalan raya perlu banyak improvement.
Kalau compare dengan time dulu-dulu, banyak jalan yang dah maju. Kadang kena faham geografi Sabah ni macam mana, so pembangunan jalan tu lambat sikit. Tapi kalau dekat tanah rata pun masalah jalan tak selesai-selesai, "Hurm apa masalah bang?"
Beberapa area di sekitar Sandakan yang jalannya berlubang-lubang, especially jalan utama Batu 12, Batu 10 & Batu 9 (uish, ingat gak aku. Haha~ hari tu balik kampung jap). Please ya pihak-pihak berkenaan, dah berapa lama jalan tu macam tu, kadang macam makin teruk gak.
Maybe yes atas sebab banyak lori & banjir, tapi somebody need to think how to avoid that. Somebody maybe can be YOU! So, that's why kena ada kerjasama semua pihak, kan? Including our future generation.
Aku cerita sikit dengan korang. Dulu, time aku kecik, masa tu tinggal kat area Suan Lamba, Kinabantangan. Pergi bandar Sandakan, kena naik bot kapal tau. Kalau jalan darat, kena ambil masa sehari kot. Atas sebab apa? Yup, masalah jalan, gravel road (orang kampung cakap, jalan grabel. Hehe~)
Jeti Buang Sayang, di sinilah tempat berlabuhnya bot kapal. Rindu that moment waktu naik kapal :) |
Lepas pindah ke Batu 16 Sandakan, pergi bandar Sandakan, naik bas saja. Tapi dari Sandakan nak ke Kinabantangan jadi susah. Naik bot kapal memang cepat, naik kenderaan darat, fuyooo~ serius jauh. Aku rasa setengah hari perjalanan. Dah la berhabuk nak mampus (jalan grabel kan...). Waktu tu, kitorang ada van kecik je. Kerja kitorang adik-beradik sepanjang perjalanan; bergelak-ketawa, tidur, then bangun balik, and then tak henti tanya kat our parent "Lama lagikah sampai?"
Sekarang, jalan sudah berturap, memang OK, naik kereta sejam ke 2 jam dah boleh sampai ke kampung Suan Lamba from Sandakan. So siapa cakap jalan raya tak ada kemajuan?
Ok, another story pula. Kampung mak aku kat Pitas Kudat, Sabah. Sejak aku lahir, 1st time aku pergi ke Kudat, kampung mak aku tu, pada tahun 2001. Bayangkan 13 tahun hidup masa tu, 1st time dapat pergi situ. Itupun ambil masa sehari perjalanan. Sebelum ke Kudat, kena sampai ke Kota Kinabalu dulu. Naik bas, van, ke jalan ni, ke jalan tu, barulah sampai. Lepas tu, jalan Pitas Kudat tu, mak aih, memang teruk masa tu.
Then, dalam tahun 2008 (if I'm not mistaken), dah ada jalan raya berturap from Sandakan terus ke Kudat (tak payah singgah Kota Kinabalu lagi). Jalan tu melalui beberapa daerah Sabah. Sekaligus, daerah-daerah tu dah lagi senang untuk berhubung dengan pekan Sandakan or Kudat.
Inilah jalan yang aku maksudkan. |
Kitorang pun pergi ke Pitas senang, 5 hingga 6 jam dah boleh sampai. Disebabkan tu, family aku selalu berulang-alik ke Sandakan-Pitas, at least sebulan sekali sekarang. So, ulang soalan, siapa cakap jalan raya tak ada kemajuan?
Kemajuan dah ada, cuma perlu sentiasa diteruskan sebab bukan semua jalan dah cantik, kan?
Btw, jalan kat Meru Klang, Selangor ni pun teruk, since setahun lepas duk sini, sesetengah jalan baru je OK bulan ni. Nak tolak jauh-jauh pemikiran ni, tapi still fikir gak, "Sebab PRU nak dekat la ni." Ahakz~
#3-Pendidikan mundur?
Kalau pendidikan mundur, tak adalah orang Sabah yang belajar tinggi-tinggi. Ada yang sangat tinggi lagi, sampai konsep Tuhan pun disalah pakai. Nauzubillah, harap kita tak tergolong dalam golongan sebegitu. Amin~
Banyak sekolah rendah & menengah yang dibina, tinggal lagi budak-budak kat situ mau study atau tak. Banyak sekolah menengah dah buka Form 6 silibus, then kawasan tertentu buat Politeknik, ILP, tertubuhnya Universiti Malaysia Sabah, buka cawangan baru UMS lagi kat Sandakan, so bukankah ini satu pembangunan dalam pendidikan? Tinggal lagi remaja-remaja kat situ nak study atau tak.
Universiti Malaysia Sabah (UMS) |
Apa yang penting, management institusi pengajian tinggi harus dipertingkatkan. Please la take note, buatlah kerja dengan efficient & betul, institusi tu sukar nak maju dengan condition di mana ramai orang malas buat kerja dengan betul.
Then, apa yang perlu dimajukan dalam kalangan remaja Sabah ni adalah semangat dalam menimba ilmu. Mungkin sebab persekitaran yang tak berapa kondusif & keadaan kehidupan yang memaksa. So, aspek-aspek sebegitulah yang perlu dititik-beratkan untuk meningkatkan kemajuan dalam pendidikan. Bukannya sekadar minta mansuh ni, mansuh tu, tapi aspek-aspek tertentu tak diteliti.
#4-Masalah kemiskinan & tak cukup makan?
Makanan bukan menjadi masalah kepada rakyat Sabah. Makanan cukup, rakyat Sabah pun bukan jenis memilih yang nak makan ni, makan tu. Makanan laut banyak, sayur-sayuran bertaburan kat bumi Sabah tu. Semua senang dapat. Hidup Sabah! Yeah! (tetiba pulak. Haha~)
Errm, mungkin ada gak yang memilih dalam bab-bab makan ni, eh dah macam lari topik pula :p
Kemiskinan? Hurm, ni sebenarnya dah banyak improve tapi still menjadi masalah yang besar. Orang Sabah ni ramai yang ada tanah sendiri, pun boleh hidup dengan bercucuk-tanam. Bantuan dari segi pendidikan dalam pengurusan tanah, memajukan tanah & tanaman, pengurusan hasil tanaman, jual beli dan sebagainya, inilah yang paling penting sebenarnya. Hal ni dapat menyumbang kepada ekonomi negeri Sabah jugak. Yup, ada agensi-agensi yang berperanan dalam hal sebegini, tapi bantuan hangat-hangat tahi ayam sudah semestinya tak cukup. Setuju?
Masalah timbul bila ketelusan sesetengah pihak diragui. Siap nak control everything lagi. Susahlah macam ni, kita harus sedar akan mainan sesetengah pihak macam ni. Jangan bertindak tanpa berfikir masak-masak yang akhirnya merugikan diri sendiri. Pihak berwajib harus bangun & jangan buat-buat tak sedar akan permasalahan sebegini.
Jadi, mahu pilih siapa untuk PRU13 nanti?
Bagi aku, yang penting pilih berdasarkan individu.
Pilih by parti? Hurm seluruh parti bukan semua orangnya OK~
Di Sabah, aku akan sokong sesiapa yang akan menitik-beratkan isu-isu major kat Sabah, iaitu isu-isu yang aku sebutkan di atas. Kesemua hal-hal di atas sebenarnya aspek yang boleh meningkatkan ekonomi Sabah, di samping pengurusan sumber semulajadi Sabah. Lagi satu isu yang perlu ditekankan ialah pengurusan & tindakan terhadap pendatang asing tanpa izin (PATI) di Sabah.
Bandar Sandakan. Dekat sini, ramai gak PATI. |
Aku boleh undi Barisan Nasional or Pakatan Rakyat, it's my choice as a voter.
As video kat bawah ni, aku dah tengok:
Eh, Khairuddin dah jadi pelakon la~ Autograf please... :)
OK, satu inisiatif yang baik tapi isu diorang tak spesifik for Sabahan.
-Harga barang naik
-PTPTN
-Harga minyak petrol
-Pengurusan tanah adat
-Pembinaan rumah mampu milik
-etc
Ini isu-isu common yang tak berlandaskan masalah-masalah utama di Sabah. Harga barang & minyak petrol naik turun, based on keadaan ekonomi.
PTPTN pula, bukan isu utama since ada berapa ciput je yang complaint. Ramai je student yang okay dengan PTPTN. Yang aku pelik, ramai yang still study lagi, tak start lagi dengan dunia luar, bayar ni & bayar tu, tapi tetiba jerit, "Mansuh! Mansuh!". Hurm, manusia, manusia~ Tapi aku sokong untuk mansuhkan interest tu.
Then, pengurusan tanah tu aku support sebab sesetengah tempat memang suka putar-belit hal macam ni. Antaranya Jabatan Tanah & Ukur Daerah P**as, oops, terlepas taip :p
Pembinaan rumah mampu milik tu kat mana? Jangan kat tengah hutan bukit bukau sudah. Mantapkan pengurusan pembinaan rumah dengan saiz yang bukan ala kadar & harga berpatutan, baru aku rasa setuju.
Kenapa tak highlight-kan dalam video ni planning 'bakal kerajaan' tu menyelesaikan isu-isu tersebut? Ini serupa je macam cakap, "Aku akan buat", tapi perancangan untuk gerak kerja tak jelas. But still salute sebab ada inisiatif buat video ni.
Hurm, tak apa la, still dalam proses menilai siapa yang layak to be voted!
Alhamdulillah~ Dalam keadaan baik or buruk pun kita harus bersyukur~
**Ini pendapat aku ya, setuju atau tak, itu pendapat korang. Sebagai manusia, aku still naif & bukanlah pakar sangat akan penilaian hal sebegini. Just mau share pandangan aku yang juga anak jati Sabah. Peace! Wallahualam~
**Credited to Dato' Google atas sumbangan gambar-gambar :p
Uish, jejaka mana ni? Tetiba gambar aku pula, bhahaha~ "Hurm, cantiknya ciptaan Allah. Semoga penilaian kita sebagai manusia pun cantik." |
**Ini pendapat aku ya, setuju atau tak, itu pendapat korang. Sebagai manusia, aku still naif & bukanlah pakar sangat akan penilaian hal sebegini. Just mau share pandangan aku yang juga anak jati Sabah. Peace! Wallahualam~
**Credited to Dato' Google atas sumbangan gambar-gambar :p
Tweet
Bagi Wilma,isu PATI yang perlu kerajaan tangani sekarang nie...Wilma benar2 berharap dorang nie dihantar pulang...tengok sekarang nie pun dorang sudah pandai2 minta itu ini...Soal pembangunan di Sabah nie...Wilma rasa Sabah sudah membangun cuma isu PATI yang benar2 Wilma tidak puas hati....
ReplyDelete@Dunia Wilma
ReplyDeleteYa, setuju utk tangani diorang ni habis-habisan...dorang ni mcm tak sedar diuntung...byak masalah di Sabah tu pun berpunca drpd dorang...tp perangai, adoi, kita yg org tempatan ni mmg x puas hati tgok..
yang penting, saya suka sabah!!
ReplyDeletesaya rindu pulau2 nya yg cantik dan romantik tu...
saya juga rindukan lokan bakar Sabah!!
p/s: hai, tengs drop by my blog n drop ur comment, saya follow sini terus yer...
nice blog!!
owh...nice, thanks sbb jatuh hati dgn Sabah..hehe...pulau Sabah romantik ker?? :)
Deletesy pn rindukan lokan bakar, dah lama x makan....huhu
btw, thnks sbb follow blog yg x sberapa ni.. :)
masa sekarang ni sini sana orang cakap politik, di akhbar2, kalau boleh kita pilih pemimpin yang benar2 jujur btanggungjawab...tapi siapa?
ReplyDelete@Etuza Ezawarna
ReplyDeleteEn. Etuza, skrg dah kemuncak utk cakap2 politik ni...yg penting penilaian kita trhadap siapa yg layak. Kena nilai individu mana yg betul2 bole memimpin. Analisis tu yg penting :)
owh,, duk sabah ka?
ReplyDeleteHmm,, pandangan yg matang la, banyak point yg betul, saya pun duk harap something yang different la kali ni kat kelantan.
Betul, sikit yg menyumbang, tapi ramai yang menyembang, nak benda tu la, nak benda ni la, kerja sendiri la bro lau nak kaya..kan2?
@trah zain
ReplyDeleteyup, anak jati sabah...x pernah pegi Kelantan, so x tau keadaan kt sana camner...tapi apapun, perubahan yg positif tu kita mahukan, betul kan? :)
Zaman skrg ni mmg ramai yg suka duk complaint tp x menyumbang sangat...kalo just memanjang je cakap nak tu, nak ni, tapi diri sendiri pn x betul, so tak guna jugak...
saya paling x suka org yg mudah terikut-ikut tanpa diri dia sendiri menilai secara mendalam sesuatu perkara tu. Org cakap A, dia pun cakap A, cenggini susah mau maju..
tak bleh nk komen byk.sbb this one is within sabah area kan.. tak penah pegi pon..
ReplyDeletetp mcm yg dibincangkan la... mmg masalah pendatang tu kena tangani...
@zulhilmi tempoyak
ReplyDeletebetul, masalah pendatang tu harus ditangani, dengan isu yg sekarang ni pula kt Lahad Datu, seriously merisaukan...benda tu mcm tetiba je..huhu~ harap semuanya OK..insyaAllah~
datang lagi membaca, amat terkesan dengan entry khas Sabahan ni. Pilihan pengundi..bebas nak pilih, zaman sekarang biasanya orang jujur dan amanah serta bertanggungjawab bagaikan menyorok. Padahal kalau jadi pemimpin nawaitu kita tu ja kena betul.Yakin pasti Allah akan melihat tiap apa kita buat, so akan lahir pemimpin yag kita kehendaki.
ReplyDeleteSayang...
datang lagi membaca, amat terkesan dengan entry khas Sabahan ni. Pilihan pengundi..bebas nak pilih, zaman sekarang biasanya orang jujur dan amanah serta bertanggungjawab bagaikan menyorok. Padahal kalau jadi pemimpin nawaitu kita tu ja kena betul.Yakin pasti Allah akan melihat tiap apa kita buat, so akan lahir pemimpin yag kita kehendaki.
ReplyDeleteSayang...
En. Etuza, kalau semua pemimpin ni ada nawaitu yg betul, selaras dgn 'dasar' Allah, semua akan OK punya... sekarang ni mmg mostly bercakaran, tak nampak pun yg betul2 OK, bagi saya la...
ReplyDeleteSemua pun still menyalahkan satu sama lain, selagi itu la pendekatan masing2, mmg susah nak respek...
selagi diorang menyalahkan satu sama lain, selagi itulah kelihatan yg pendekatan Islam tu tak nampak menyeluruh... susah nak jumpa pemimpin yg betul2 bagus skg ni~
samalah
ReplyDeletesokong mansuhkan interest tu
Sabahan kah ? dekatkah Sandakan dengan Lahad Datu ?
ReplyDeleteyup, sy Sabahan yg sejati... jarak Sandakan dgn Lahad Datu dlm lebih kurang 4 jam perjalanan... keadaan Sabah skrg ni mmg merisaukan... jom Pray for Sabah~
ReplyDelete