Assalamualaikum & salam sejahtera~
Minggu lepas (11-12 Feb 2012) aku join satu trip ke Pulau Pangkor, organized by staff Factory 21 Top Glove. Aku sebenarnya staff Factory 20 tapi yalah, demi untuk berkenal-kenalan dengan staff lain & merehatkan minda, aku pun join. So, nak share gambar-gambar kitorang in this entry.
Gambar dimulakan dengan muka aku yang masam. Haha~ Ni tengah tunggu next ferry since we all missed the previous one.
Yang ni dah sampai pulau & semua tengah excited.
Bersiap sedia untuk snorkling. Yipee~
Seronoknya snorkling~
Padahal aku tak jumpa ikan langsung. Orang ramai sangat, mengalahkan bilangan ikan :p
After snorkling, kami naik bot merentas badai ombak, aktiviti Island Hopping. Terlompat-lompat dilambung 'Ombak Rindu'. Woohoo~
Brader bot tu bawa kami dekat dengan Pulau Kusta, dia story sikit pasal sejarah pulau tu. Dulu, orang yang kena kusta pergi ke pulau tu untuk buang penyakit tu. Then, diorang akan tinggal & hidup di sana. Brader tu bagitau yang pulau tu sangat keras. Seram gak.
Malam kami dinner BBQ, inilah juadahnya. Orang lain dah sedia bakar, kami tinggal melahapnya. Ayatku menunjukkan yang kami memang dah lapar time tu.
Lepas makan, karaoke sampai 12.00 tengah malam. Mula-mula ingatkan tempat tertutup, tapi actually open. Rasa segan gak nyanyi depan orang lain, yalah suara tak sedap kan.
Pagi esok iaitu Ahad, masing-masing buat aktiviti sendiri, ada yang shopping beli baju, ole-ole & ada yang ketagihan untuk berkayak. Hehe~ Jangan marah kawan.
Dalam tengahari camtu, kami check-out, then pergi Land Tour. Kami singgah di Satay Factory, beli satay sotong, ikan, dan macam-macam lagi untuk dijual di tempat kerja. Takdalah, untuk bawa pulanglah, bagi family & member-member.
Kami singgah jugak ke Old Dutch Fort, bangunan peninggalan Belanda di samping singgah ke Tokong Lama Cina.
Tokong lama ni ada Mini Great Wall dekat bahagian belakang.
Hah, gambar atas ni adalah Old Dutch Fort.
Di Old Dutch Fort inilah kami memorikan diri dalam gambar 'climax'.
Thanks kepada rombongan trip sebab sudi ajak hamba join. Harap-harap hubungan sesama kita akan lebih rapat from time to time.
wah... rindunya pulau pangkor.. :)
ReplyDeletekalo rindu, jom pegi plau pangkor... :)
ReplyDelete