Tuesday, September 16, 2014

Sandakan, Sabah


Selamat Hari Malaysia 16 September!

Sempena Hari Malaysia ni, mari aku ceritakan sikit pasal one part of Malaysia. Tempat asal dan tempat aku membesar, SANDAKAN, Sabah.

Tapi aku story lebih kepada Bandar Sandakan dalam entri ni. Kalau cerita satu Bahagian Sandakan, 7 keturunan pun aku tak habis tulis. Next time cerita lagi kalau ada chance. Hari tu dah story pasal Sepilok Sandakan.

Okay, bandar Sandakan ni biasa je, tak besar pun, ala-ala pekan classic gitu, tapi cukup sifat untuk keperluan. Lokasi dekat tepi laut, nak cari makanan laut dan barang mentah lain senang saja. Murah!

Pandangan bandar Sandakan dari atas bukit. Nice view, kan? Siapa yang nak bunuh diri terjun dari bukit ni akan terkesima kejap. Tengok pemandangan laut tu yang best sebenarnya. Hehe~


Bangunan-bangunan sini tak tinggi. Spiderman confirm tak boleh nak hidup kat sini.


Tepi laut. Lepak kat area sini petang-petang pun best jugak. Masa aku kecik dulu, kawasan ni adalah tempat kapal penumpang & kapal nelayan berlabuh. Dulu masa kecik, aku pergi bandar Sandakan selalu naik ikut kapal laut.


Kapal-kapal ni dari kampung jauh-jauh seberang sana, berlabuh di satu point. Masa duduk jauh dengan bandar dulu, bila nak sampai bandar je, terus kaki ni rasa macam nak lompat kijang dari kapal ke jeti bandar. Excited la katakan.


Pasar Umum Sandakan.
Tempat kalau nak cari ikan, udang, sotong, sayur, kerepek, etc. Souvenir, baju, keychain pun ada jual kat sini.


Dewan Bandaraya Sandakan.
Apa-apa majlis besar selalu dibuat di sini. Tapi berapa kali je aku pijak kaki masuk ke dewan ni, rasanya tak sampai 4 kali seumur hidup aku. Nampak macam anti-sosial aku kat situ. Haha~


Perpustakaan Sandakan.
Tempat menimba ilmu. Padahal masuk bukan cari ilmu sangat pun. Masa kecik dulu, masuk ikut kakak aku, tapi cari buku gambar binatang, sampai rasa macam nak curi buku binatang tu. Haha...

Tapi kan, view dari Perpustakaan ni best tau, nampak laut terbentang luas. Pernah sekali tu kitorang duduk tepi tingkap, siap nampak ikan lumba-lumba lagi, tapi ekornya je la, waktu tu hujan. Hujan biasanya muncul.

Okay, bila dah besar, sekolah menengah, kat sini jadi tempat lepak chit chat tak sudah. Kononnya study group, tapi menyimpang jadi gelak group. Rosak institusi bahan bacaan.


Masjid Jamik.
Ni masjid atas bukit kat bandar Sandakan. Biasa kalau lepak kat bandar, singgah solat kat masjid ni, termasuklah sembahyang Jumaat. Dah lama ni masjid ni, heritage site jugak la.


Agnes Keith's House.
Kenal tak Agnes Keith siapa? Dia seorang penulis (American) yang menulis buku Land Below the Wind. Tak silap Negeri di Bawah Bayu tu dapat nama daripada tajuk buku dia tu la.

Rumah ni sekarang dijadikan pameran kepada pelancong. Dulu tak pernah datang sini. Aku baru pergi awal tahun ni dengan member, tapi dah petang sangat masa tu, so dah tutup. Jadi kitorang berlegar kat luar je la.

Masa tu petang dah dekat maghrib, memang creepy kawasan rumah ni. Huhu... Boleh pulak time tu macam fefeeling nak benda ghaib muncul~ Haha... Nauzubillah.


Nah, guide untuk korang, mana la tau tetiba sampai ke Sandakan.


Pantai Pasir Putih.
Pantai ni dekat je dengan bandar Sandakan. Pantai ni dulu menjadi singgahan kitorang adik-beradik, sepupu-sepapat, mandi berenang beramai-ramai. Dulu sangat cantik, ramai orang datang. Selalu jumpa tapak sulaiman kat sini.

Tapi sekarang, dah kurang terjaga. Sayang la terbiar camtu. Harapnya lebih terurus la dari semasa ke semasa. Alam semulajadi, kalau tak jaga, kita juga yang rugi.


Pasar Sim-Sim.
Singgah pasar ni kalau nak makan ikan bakar sedap.


Proud to be orang Sandakan.
Nak dibanggakan sangat tu tidaklah, yang penting aku dah membesar dengan baik kat situ.
Sesiapa yang nanti nak pegi Sandakan, aku ucapkan Selamat Datang!






Comments
12 Comments

12 comments:

  1. Salam kenal. ni blog pertama kakak singgah setelah download 'edisi blogger'. dulu 2 x pergi Sandakan, mmg cantik n tak sesibuk kk. kakak dah pergi hampir semua tempat yg adik tulis tu. paling best Sepilok , tempat mkn seafood.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kenal jugak kak Zana... thanks sudi singgah blog ni... Bagus la dah pernah dtg Sandakan...hehe... Sepilok tu mmg wajib singgah kalau dtg ke Sandakan... tp jujur, sandakan ni 'serabut' jugak sikit sbb ramai PATI dr seberang...

      Delete
  2. http://madey09.blogspot.com/2014/09/mulai-naik-graf-pesona-mustika.html asalam.waow!! view yg menarik sekali ni Ezwan. Nanti jenguk blog pakcik ya..datang tau tengok bloglist yang bakal menjadi bloglist saya

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumussalam...terima kasi... sy selalu jg jenguk blog pesona tu... :)

      Delete
  3. Tak pernah sampai lagi di Sabah.terima kasih berkongsi pemandangan dari sana

    http://acikwatie.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2 acik watie... plan la pegi Sabah...byk tmpat menarik... :)

      Delete
  4. salam 1 borneo!
    subhanAllah! cantik sungguh pemandangan d sandakan..teringin nak ke sabah terutamanya part pantai pulau semua tu..selalu dengar cerita je dari member sabahan..walaupun kita berjiran dan dalam 1 kepulauan tapi kaki belum pernah lagi cecah kat negeri bawah bayu nih! InshaAllah akan ku jejaki jua nanti..
    cantik menarik sabah memang dabOom!

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam 1 borneo jugak cik Kamiela...
      thanks atas pujian melambung bak roket kaboom....hehe
      datang la singgah sabah, mmg betul tu, byk tempat menarik kt sabah.... :)

      Delete
  5. Cantiknya...macam2 Ada..dh lama idam nk p Sabah. Bila LA dpt pegi

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup, mcm2 ada kt sabah...hehe..
      plan la cik zarulfarhana, usha2 tiket murah pg sabah...selalu ade promo...

      Delete
  6. seriusly.. teringin sangat nak pergi sabah. kalau ada attchment kat sana pun jadi la uhuk2

    ReplyDelete
    Replies
    1. usha2 la tiket murah, selalu gk ade promo tiket ke sabah (biasanye Air Asia)... :)

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...