Klik Untuk Tawaran Hebat!

Friday, December 19, 2014

Layan Suara Itu


Semenjak kerja ni kan, masa kita banyak habis depan komputer. Betulkan? Siapa setuju sila angkat kening kanan 2 inci.

Aloo tak payahlah angkat betul-betul...

When I said 'depan komputer', I mean sehari semalam duduk menghadap komputer. Sehari & semalam la kau tak berada di dunia realiti.


Kalau tak depan komputer pun, mata menghadap handphone jugak, buka FB, Instagram, Twitter, main game, ditambah dengan WhatsApp, WeChat, dan apa-apa lagi la yang sekarang ni menghancurkan realiti hidup kau. Tragis bunyinyaaa...

Rutin ketiadaaan hidup:
Day Time = Kerja, kerja & kerja. Bajet macam komited sangat terhadap kerja  :p
Night Time = Download movie, then layan sampai muntah hijau.

So, computer is ruining your life!


Haha positif sikit, kena la pandai uruskan masa & hidup. Eh keluar ayat nasihat pulak. Hehe...

Okay, aku pun tak boleh lari dari kehidupan 'depan komputer', especially zaman kerja ni.
Waktu malam, kadang aku tonton movie atau kekadang tu 'orang dalam movie' yang layan aku mengorok.

Aku ni orang yang kurang upaya nak layan drama series yang berepisod-episod & bersiri-siri panjangnya. Penat aku nak follow sampai berjuta siri. Kena lagi bila sampai satu episod yang relate dengan citer lepas dan aku pulak ingat-ingat lupa part tu, masa tu aku akan dilanda kebingungan sampai tak ingat identiti sendiri (dasar loser).

So kesimpulannya, aku boleh dikategorikan sebagai OKU untuk drama series. Yeah, I'm proud of it! lol. Disebabkan tu aku hanya mampu tengok TV Show ja. Eh padahal satu je TV Show yang aku layan dari mula episod sampai habis. Haha~


Aku start tengok The Voice US sejak Season 3 lagi. Sekarang, the latest one is Season 7, yang baru ja sampai penghujungnya hari tu, 16/12/14.


Adoi panjang sangat mukadimah aku ni!

____________________________________________________________________

Kenapa aku layan The Voice ni?

1 - Aku nak asah bakat nyanyi sebagai persediaan nak masuk AF. Sila percaya. lol

2 - The Voice diadaptasi daripada Realiti TV Vokal Bukan Sekadar Rupa. Mat saleh ni suka copy copy kita laa... lol

3 - The Voice ni kelakar, especially waktu Blind Audition, coaches 'gaduh-gaduh' berebut artis. Paling lawak tengok Adam Levine & Blake Shelton 'gaduh'.

4 - TV Show - habis terus, tak sambung bersiri-siri (ulang point tadi je). Pastu, mana-mana part & nyanyi tak best, aku boleh skip, jimat masa. Yeah, the power is in your hand! Bwahaha...

5 - Tak ada angkat luggage, turun pentas, sesi air mata selama berjam-jam. Drama hipokrit sebegitu tak wujud.

6 - Konsep The Voice best - ada Blind Audition, Battle Round, Knockout Round, The Live Shows.


7 - Contestant yang talented, cover lagu orang pun best (kadang lagi best dari original version). Pastu, diorang siap rekod studio version lagi. Mana yang best aku download & layan~

8 - Kadang diorang nyanyi lagu old skool yang tak pernah aku dengar, dan best! Di kala kini mat saleh penuh dengan lagu sampah (drug, sex, club, mencarut, etc), lagu lama yang diberi nafas baru tu lagi better nak dengar.

____________________________________________________________________

Season 6


Josh Kaufman (team Usher) adalah juara untuk The Voice 6. Brader ni aku minat since awal-awal lagi. Dia best nyanyi lagu-lagu Soul, Pop & R&B.


Josh Kaufman - Stay With Me
First time aku dengar kewujudan lagu ni masa dia nyanyi ni la. Then baru lagu ni famous. Bagi aku studio version Josh lagi best dari penyanyi asal Sam Smith, mungkin sebab dengar dari dia dulu kot.


Josh Kaufman - I Can't Make You Love Me
Ni lagu lama & of course aku tak pernah dengar. Tapi sekarang studio version Josh la yang aku layan.

************

Satu lagi yang stylo bila nyanyi is Christina Grimmie (team Adam Levine). Minah kecik ni YouTube sensation, tapi aku tak kenal pun before The Voice. Dia dapat 3rd place dalam The Voice 6. Kalau dia tak banyak sangat jerit masa nyanyi, maybe boleh bagi saingan sengit untuk menang.


Christina Grimmie - Hold On, We're Going Home
Dia ni kreatif, kau try dengar lagu ni dia nyanyi, kau akan rasa yang lagu asal tu macam paras buku lali ja tahapnya.

____________________________________________________________________

Season 7


Musim ke-7 baru je habis pada 16/12/14. Ramai cakap musim ke-7 is the best season. Final 4 hebat-hebat belaka. Kalau finalis yang dapat no. 2, 3 & 4 (semua team Adam) tu letak kat previous seasons, mungkin ada chance menang kat situ. Begitulah kot analoginya.

************

The winner of Season 7 is Craig Wayne Boyd (team Blake Shelton), brader tu layak menang tapi since dia Country singer yang sejati, so aku tak minat. Lain la kalau aku ni membesar dalam pekan Cowboy, naik kuda pakai cowboy hat, maybe aku layan classic country. Tapi some modern country songs ataupun Country yang 'terpesong' macam Taylor Swift, aku boleh layan.


Craig Wayne Boyd - I Walk The Line
Ni antara Craig punya best performance. Mantap siot dia nyanyi.

************

Matt McAndrew (team Adam Levine) dapat 2nd place walaupun dia artis paling konsisten sepanjang Season 7. Aku minat mamat ni & expect dia yang menang. Lagu-lagu yang dia cover best & powerful macam original version tapi in different way la, especially lagu genre indie pop & rock. Lagu 'Somewhere Over The Rainbow' dia nyanyi masa final tu macam tak sesuai untuk dia, so kureeng sikit, tu sebab tak juara kot.


Matt McAndrew - The Blower's Daughter
Aku tak pernah dengar this song sebelum ni. Lepas dengar dia nyanyi, terus aku melekat dengan his rendition.


Matt McAndrew - Wasted Love
Syok-nya Season 7 ni setiap finalis dapat chance untuk ada lagu diorang sendiri, original song. Lagu original Matt McAndrew sedap gak dan berjaya pecah carta No. 1 untuk certain charts.

Klik link ni: Matt McAndrew - Wasted Love untuk Official MV. 

************

Chris Jamison (team Adam Levine) yang dapat 3rd place pun mantap gak. Falsetto dia power! Ceh, ayat ikut komen juri. Haha... Mamat klon Channing Tatum ni paling banyak improve & dah dekat-dekat final baru aku tertarik dengan style nyanyian dia.


Chris Jamison - When I Was Your Man
Lagu ballad Bruno Mars ni susah kot nak nyanyi, tapi dia berjaya bawak dengan different style & yet powerful.


Chris Jamison - Cry Me a River
Lagi satu lagu fav aku mamat ni cover. Smart dia nyanyi taw! Terus teringat masa zaman sekolah dulu memanjang aku nyanyi lagu ni kat bilik tapi apakan daya aku hanya berjaya menyumbangkan suara yang dah sedia sumbang. lol

************

Damien (team Adam Levine) adalah finalis yang dapat 4th place. Season 7 sememangnya didominasi oleh lelaki, finalis pun semua jantan, no ladies.


Damien - Someone Like You
Antara best performance Damien, lagu Adele versi lelaki. Hebat dia bawak lagu ni, try dengar.

____________________________________________________________________

Harap diorang ni keluar single & album yang best-best pasni, jadi boleh la aku continue layankan.


Kalau korang nak download The Voice TV Episode, klik link kat bawah ni:
KickassTorrents - The Voice
AwesomeDL - The Voice

Kalau nak download & layan The Voice Studio Version, klik link kat bawah ni:
KickassTorrents - Studio Version
mp3clan (kena search sendiri)



Comments
10 Comments

10 comments:

  1. slalu skip episode the voice ni so kadang tak tahu sape yg dah terkeluar or what,,haha
    btw klik 3 ads malam ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha...biasa la tu, kalau tengok kat TV mmg susah nk follow every episode... btw, thanks singgah & sudi klik ads ye... :)

      Delete
  2. The voice ni mmg best sbb contestants semuanya pun best2.Tapi nak follow every episode tu tu,tak larat..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha...sy faham tu sebab tengok kat TV kan? sy main download je, jadi boleh skip2 kn mana part yg tak best & tengok episod tu bila ada free time... :)

      Delete
  3. Replies
    1. mengorok = tidur smbil brdengkur...haha...

      Delete
  4. Asalamualaikum ..ooo ya kemarin masuk pintu maya Etuza kan..ada kuih sakoi dihidangkan..hehehe...ok dah linkbloglist kan blog ni..hhehehe lucu kentut tetap busuk ke...kita kawan ya bro!

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumussalam... ya ada singgah kmarin, tp mcm teda kuihnya, mau dikasi hidang betul2 tu nti taw....hehe...

      Delete
  5. zz pun depan komputer time keja.. rasa mcm nk kena pkai spek pun ada.. haha

    btw zz suka tgok jgk the voice tpi bab audition je.. lps tu x ikut dah.. sbb suke tgok juri gaduh2 manja gitu.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Keja zaman skrg mmg byk spend time depan komputer...huhu

      Waktu blind audition mmg kelakar..... Skrg baru start season 8, tapi lepas ni dah x berapa nk layan the Voice ni, dah kurang minat & penat nk tgok daa... haha~

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kisah Bawah Bayu