Klik Untuk Tawaran Hebat!

Wednesday, May 15, 2013

Sem 6 - UMS Biotechnology Night [09.04.2011]


OK, as usual, setiap course mesti ada malam Dinner-nya. Macam tu la juga bebudak Biotech. Kitorang sebagai final year student waktu tu, menjadi planner & performer for the Dinner. Disebabkan tu adalah last dinner before tamat degree, so kitorang beria-ria untuk buat sehabis baik.

Alhamdulillah, memang selesai dengan jayanya. Kitorang berpuas hati sebab semua sporting, buat benda yang tak pernah terfikir nak buat. Bantai saja, yang penting hasil gempak! Ehem, lecturers pun puji dinner kitorang (kembang hidung kejap), budak final year buat macam-macam; menari walaupun bukan semua reti, menyanyi walaupun suara takde la sedap sangat & paling kelakar, lakon & tiru gaya lecturers. Ahakz~

Persembahan pembukaan, tarian tradisional. Hiraukan kalau pakaian tak kena sangat, kau ingat ni Malam  Anugerah Bintang Popular, nak tukar-tukar baju. Haha~

Perasmian Biotechnology Night 2011 & Launching of Biotechnology Club.
Kat tengah tu adalah ketua program Biotech UMS, Dr. Ivy.

Then, 3 jejaka yang terhangat ni (hangat la sangat) menyampaikan persembahan nyanyian akustik. Lagu 'All About You' by McFly. Siapa 'you' yang dimaksudkan, yang tu kita tak tau. Hehe~

K-pop dance by Bio-ladies. Hah, jangan ingat diorang ni study memanjang, layan K-pop gak.
Good try kawan-kawan!

Oh, sampai turn aku untuk menyumbangkan suara yang tak sedap ni. Nervous giler time ni sampai aku lupa lirik masa 1st verse. Aiyoo, penat je praktis. Nak tau lagu apa aku dengan cewek ni nyanyi? 'Kalau Berpacaran' ok... Lagu Suhaimi Mior Hassan & Ana Raffali tu. Aku pun tak expect yang aku sanggup 'berlakon menggatal' dalam persembahan ni. Sporting tak aku? Haha~

Another K-Pop dance, lagu Super Junior. Hah, budak lelaki pun kaki K-Pop gak. Memang rajin diorang praktis, hasilnya memang mantap. Janganlah expect tarian sehebat pro. Anggap orang yang baru belajar menari & then perform sehabis baik. That's why la aku cakap kitorang ni semua sporting. Eh jap, exclude aku dalam hal ni, tak mau join dancing.





Ni antara 'pelakon-pelakon' yang berjaya buat semua orang gelak. Hari-hari tengok gaya/style lecturers mengajar dalam kelas/kuliah. Apa perasaannya bila tengok member-member kita 'terjemahkan' style tu dalam persembahan lakonan? Haha~ sebijik diorang buat. Actually this one adalah persembahan 'Guess Who?'. Diorang tiru gaya lecturers, then lecturer & student kena teka siapa 'lecturer' tersebut. Well done!



Dah gelak-gelak tadi, kenalah ada part yang touching pula. Kitorang ramai-ramai nyanyikan lagu 'You Raise Me Up' by Josh Groban to all beloved lecturers. Sedih gak...huhu~


Tak boleh nak touching lama-lama, so kena set happy mood balik. Jadi ramai-ramai kitorang nyanyi & ber-sumazau (walaupun ada yang tak menjadi, termasuklah aku), dengan lagu 'Anak Kampung' by Jimmy Palikat. Kitorang ajak & tarik lecturers join sekali!


Warna-warni Biotech Nite.
Warna putih melambangkan 'Kesucian' & warna biru melambangkan 'Perpaduan'.
Sangatlah diorang mengaplikasikan warna-warna Jalur Gemilang. Ahaks, gurau jap  :p
Semua orang lawa-lawa malam tu.



With lecturers. Yeah, semua pun mantap!



Kengkawan biotek

UMS Biotechnology batch 2008/2011, with lecturers


Biotech family: Lecturers + our batch + juniors









Comments
8 Comments

8 comments:

  1. salam. wah! glamer abis students biotech skrg. I am sure u did enjoy urselves there!

    ReplyDelete
  2. salam...glamer la sangat...haha... mmg enjoy utk habiskan sisa zaman study... :)

    ReplyDelete
  3. Hai. Apa beza eh biotechnology UNIMAS dgn UMS? Best tak kat UMS? Senang tak dapat kerja? Adakah UMS kluarkan graduan biotech yang bagus2 (berkualiti etc.) ?

    Thank you!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi. Tak sure pulak apa beza biotech UMS & UNIMAS. Kat UMS, the course is considered as pure biotech, belajar semua cabang; virology, biophysic chemistry, plant biotech, immunology, etc, tak focus 1 cabang scra mndalam, kecuali time final year project. Honestly, course biotech ni susah nk dpat kerja yg betul2 biotech, bkan graduan UMS je, tp univ2 lain pn. Bukan sbb graduan tu x bagus, tp bidang biotech kt Malaysia ni x luas sgt pn... Kecuali kalau mmg nk further studies, maybe ok la kalau nk ambik Biotech. Ni sy punye opinion la as graduan Biotech :)

      Delete
    2. "susah nk dpat kerja yg betul2 biotech" maksudnya senang dpt kerja yg x biotech sgt ke? Abg dah kerja ke skrg? Kalau dah, krja kat mana? Kwn2 abg yg graduan biotech mostly dpt kerja juga ke? Minta maaf la byk tanya sbb saya skrg tgh risau ni, mmg 1/2 Septmeber ni saya masuk U dan ambik biotech :/

      trima kasih sbb jawab.

      Delete
  4. camne nk ckp ye...Biotech kt pasaran kerja malaysia ni x banyak (sekarang). Ada tp kurang, so ramai biotech grad yg kerja bidang lain. Tapi ramai je org yg time zaman Univ, study course A, tp after dah kerja, masuk bidang lain (tak memilih kerja). Jadi, bukan biotech je la, ade je course2 lain mcm tu.

    Abg skrg ni keja as quality personnel, keja still relate dgn science, so masi bole apply ape yg dah study dlu cuma x byak la. Jangan risau, bukan masalah susah nk dpat kerja atau tak, tapi tak boleh memilih la nti sbb nk dpat keja yg betul2 relate to biotech sedikit sukar (buat masa sekarang ni).

    Try minta pendapat dgn parents, cikgu2 macam mane... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih banyak-banyak abang. Ni dah cukup membantu. May God bless you.

      x Giovann

      Delete
    2. okay, no problem... Thank you....
      All the best for your future undertaking ye dik... :)

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kisah Bawah Bayu