Saturday, March 17, 2012

Punch (Won-Deuk Yi) [2011]



Pernah tonton filem Korea, Punch (Won-Deuk Yi) 2011 ? Aku dah tengok semalam, aku main download je. Aku buat entry ni sebab aku nak puji filem ni. Cerita ni diadaptasi daripada novel. Overall, aku memang suka cerita movie ni. Aku bagi 8/10 bintang!


Cerita simple saja sebenarnya, tak complicated, tak memeningkan kepala kita yang menonton. Walaupun simple tapi pengolahan cerita bagus. Elemen-elemen yang dimasukkan memang cukup sesuai untuk kita menilai betapa pentingnya hubungan kita sesama manusia. Ceh, ayat aku~ 


Kenapa aku cakap cerita ni simple? Mudah je nak paham, tutup mata pun boleh faham jalan cerita. Haha~ Ok serius sikit. Filem ni mengisahkan seorang pelajar/remaja, iaitu Won-Deuk yang miskin dan bermasalah. Won-Deuk tinggal dengan ayah dan uncle-nya selepas dia ditinggalkan ibunya sewaktu kecil lagi. Won-Deuk ni panas baran dan selalu bergaduh. Simple, banyak cerita macam ni, kan? In the end, mesti korang dah boleh jangka apa kesudahannya. Special-nya, musuh si Won-Deuk ni adalah cikgu dia sendiri. Jadi, betul atau tak expectation korang terhadap ending-nya,
itu korang kena tengok sendirilah. 


Bagi aku, apa yang kuat dengan cerita ni adalah hubungan sesama manusia. Hubungan dengan ibu bapa, cikgu, teman, teman special (ehem ehem!), jiran, dan orang lain itu mampu menguatkan diri kita sebenarnya. Hubungan ini mampu untuk memberi sinar kepada kehidupan kita selagi ia positif. Begitulah elemen yang diterapkan dalam filem ni, iaitu pada watak utamanya, Won-Deuk. Selain tu, hubungan dengan orang tempatan dan warga luar juga sangat ditekan positif dalam cerita ni.
FYI, ibu Won-Deuk adalah orang Filipina.


Si cikgu, iaitu Dong-Joo, ego sangat. Dia nak bantu Won-Deuk tapi dengan cara yang seolah-olah nak menyusahkan student dia tu. Cikgu dan student sama je, dua-dua ego, haha~ Hubungan antara cikgu dengan student tu memang best! Antara jasa besar cikgu Dong-Joo ni adalah menemukan Won-Deuk dengan ibunya. Cikgu dia ni juga support dan galakkan habis Won-Deuk untuk join dan aktif dalam sukan boxing. Yalah, cikgu mana yang nak tengok student dia bertumbuk dalam sekolah je kan?


Satu lagi kelebihan cerita ni, adalah elemen santai dan funny. Aku asyik-asyik tergelak sepanjang tengok. Lawak yang diorang buat simple je tapi menjadi. Senang cakap, perlakuan diorang tu mencuit hati. Baik dari Won-Deuk, cikgu Dong-Joo, jiran diorang, 'awek' & teman Won-Deuk, dan yang lain-lain lagi. Haha~ Nice!


Pelakon memang best, pandai bawa watak especially 2 watak utamalah, Won-Deuk & Dong-Joo. Disebabkan tu, aku suka tengok kedua-dua watak utama. Watak Won-Deuk dilakonkan oleh Yoo Ah-In (Sungkyunkwan Scandal, 2010), manakala Dong-Joo pula dilakonkan oleh Kim Yoon-Seok (Woochi, 2009). Diorang best! Sorry-lah, sebenarnya aku tak kenal sangat nama-nama pelakon Korea ni sebab aku tak tengok sangat drama dan filem Korea. Tapi kalau nampak muka diorang tu sometimes familiar jugalah.
Apapun, cerita ni memang layan habis!



Bagi yang nak download, try kat link bawah ni:
Punch 2011 K-Movie
Punch 2011 - English Subtitle
Selamat mencuba!


Comments
3 Comments

3 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...