Sunday, April 28, 2013

Iron Man 3 [2013]





SINOPSIS

Selepas kejadian dalam The Avengers [2012], Tony Stark (Robert Downey Jr.) menjadi lebih obses membuat beberapa suit Iron Man, yang menyebabkan teman wanitanya, Pepper Potts (Gwyneth Paltrow), menjadi tak senang. Pada masa yang sama, telah berlaku beberapa kejadian letupan di beberapa kawasan Amerika, yang dilakukan oleh kumpulan pengganas, dikenali sebagai Mandarin.


Satu kejadian letupan telah mencederakan ketua keselamatan Stark Industries, Happy Hogan. Disebabkan tu, Tony Stark yang bengang telah menyatakan untuk mengancam Mandarin. Malangnya, Mandarin respon dengan menyerang rumah Tony secara habis-habisan. Serangan tu menyebabkan orang ramai menganggap Tony dah mati.


Apakah nasib Tony Stark? Mampukah Iron Man bangkit menentang Mandarin? Adakah dengan bantuan member Tony, iaitu James Rhodes (Don Cheadle)? Siapa pula Mandarin sebenarnya? Bagaimana kejadian-kejadian letupan yang pelik tu berkaitan dengan peristiwa Tahun Baru 1999, yang melibatkan 2 orang saintis, Maya Hansen (Rebecca Hall) & Aldrich Killian (Guy Pearce)? Huh, banyak persoalan ni.




STORYLINE - Filem Iron Man 3 ni tak tipikal macam most superhero movies. Ia diselitkan dengan sedikit misteri. Walaupun kita dah agak siapa musuh, tapi kita akan tertanya-tanya apa tujuan & bagaimana 'gerak kerja' musuh tersebut. Paling penting, "APA musuh-musuh tu sebenarnya?" Fiksyen sains yang agak bagus gak. Ada sedikit twist kat tengah cerita. Certain part, memang unexpected. Overall, story memang mantap, plot berkembang dengan baik!


ACTION - Satu lagi why aku suka cerita ni, sebab action! Ia bukan sekadar aksi Iron Man menentang villain dengan suit canggihnya, tetapi how Tony Stark tanpa suit berhadapan dengan musuh-musuh tersebut. Yang ni bikin cemas tengok, sebab without power, how Tony Stark tu nak survive? Dah la musuh-musuh tu superhuman. Tapi memang stylo cara dia pakai suit and then beraksi at the same time. Klimaks pula boleh dikatakan sebagai perang antara 'robot-robot' Iron Man dengan askar-askar superhuman musuh. Senang cakap, macam-macam aksi ada~


HUMOR - Tony Stark memang kelakar. Dialog diorang spontan je tapi lawak. Paling bengong, time Iron Man dah nampak cool masa beraksi, boleh pula spoil secara tak sengaja. Terlanggar ini la, itu la. Haha~ Humor diorang menjadi, tergelak-gelak aku tengok.


3D EFFECT - Suggest tak payah tengok 3D sebab efek 3D dia tak best sangat. Tengok yang biasa pun dah ok. Aku tengok 3D pun terpaksa sebab yang biasa punya dah sold out.


SATISFACTION - Puas hati sebab memenuhi cita rasa yang inginkan filem superhero terselit dengan unexpected plot & dramatic scenes. Kalau tipikal, just superhero yang perlu menumpaskan villain-nya, tu memang boring. Iron Man 3 bagi kelainan yang confirm korang akan enjoy tonton. Walaupun Iron Man dah berjaya kumpul fans after filem Iron Man 1 & 2, and The Avengers, tapi filem ni ada kekuatan yang tersendiri.


RATING - The Avengers dah pecah panggung last year tapi itu tak menggugat Iron Man untuk muncul kembali secara solo. Ternyata muncul solo pun, kekuatan superhero ni masih power. That's why aku bagi 8.5/10 bintang. Superb!




Comments
12 Comments

12 comments:

  1. Pertamanya saya ingin mengucapkan tahniah dan respek saya kepada author blog ini....

    Sesudah menonton iron man 3 sabtu lepas saya hitung akan ramai penonton malaysia yang akan memberi review negative. Sejujurnya sesudah menonton, apa yg bermain di fikiran saya adalah perjudian shane black didalam iron man 3.

    Idea man vs suit adalah utama didalam filem ini, atas sebab itu dengan mengutamakan tony stark sebagai watak utama menentang musuh dengan kekuatan luar biasa tanpa 'suit'nya mengangkat nilai wayang ini lebih dari sebelumnya. Kalau guna suit sepanjang masa tiada erti Panic attack yg dihadapi Tony sepanjang wayang ini.

    Masalah yg saya lihat adalah expectation penonton utk filem superhero. Definisi superhero tersendiri.

    Semoga review author blog ini dapat memberi petunjuk sedikit sebanyak kepada pengunjung blog. Jangan perkecil iron man 3 seperti mana wayang District 9 dan Unbreakable. Amatlah merugikan andai filem berkualiti diketepikan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih sbb sudi baca review saya ni. Yup, pendapat kita sama, man vs suit tu adalah kekuatan cerita ni. Saya sgt2 setuju with ur opinion. Kalau sekadar aksi Iron Man dgn kecanggihan suitnya, yg tu dah biasa sgt.

      Sy lg suka jika ada kelainan dr 'elemen' asal filem & yg Ke-3 ni mmg bawa byak perubahan.
      Debaran masa menonton tu ada, so tu feel yg best time tgok movie.

      Bila kita expect superhero movie perlu ada action yg bnyak with his superpower, kita da jd tipikal. Rmai org define superhero movie perlu mcm tu. Tapi aspek lain dlm movie perlu diambil kira. Apapun, Iron Man 3 mmg best!

      Delete
  2. nak tengok jugak lah nnti muehehe

    ReplyDelete
  3. tengok la... jgn tunggu lama2~ :)

    ReplyDelete
  4. tringin nak tengok
    blom berkesempatan lg
    citer iron man mmg peberet sy

    ReplyDelete
  5. aiyoo.. mau tgk mau tgk , xtertgk pun lagi..hadui

    ReplyDelete
  6. Kalau ada kesempatan, tengok la, utk santai2. Kalo x brkesempatan, download je nanti...haha~ tak tgok iron man 1 pn xpe, bole je follow yg ketiga ni :)

    ReplyDelete
  7. remy tak sempat review lagi...padahal dah tgk.......

    ReplyDelete
  8. iron man malaysia dakat kat one utama last week :)

    ReplyDelete
  9. @Dkna Abza
    jgan ada berlaku letupan kt situ suda... hehe~

    ReplyDelete
  10. aku still tengok iron man 3 ni sampai sekarang.. best lol... sebab bnyak suit-suit dia yg kemas dan menarik.

    jln cerita x jemu.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...