Sunday, October 20, 2013

Insidious: Chapter 2 [2013]


Ada berani tengok cerita Insidious? Kalau berani, go on dengan Insidious: Chapter 2.


Setelah kematian Elise dalam Insidious 2011, polis menyoal siasat Renai Lambert (Rose Byrne) tentang kes kematian tersebut. Polis mengesyaki pembunuh adalah suami Renai, Josh Lambert (Patrick Wilson), tetapi Renai cuba menafikan walaupun dia sendiri suspect yang Josh ni sebenarnya dah dihuni oleh 'an old woman spirit', roh jahat yang nakkan sangat badan Josh since dia kecik lagi.


Keluarga Lambert yang berpindah sementara ke rumah ibu Josh, Lorraine Lambert, masih dihantui lagi dengan perkara-perkara aneh, ditambah pula dengan perilaku Josh yang makin pelik. Disebabkan tu, Lorraine cuba bertemu semula dengan rakan-rakan Elise, iaitu Specks dan Tucker untuk mendapatkan explaination terhadap 'kekacauan' yang masih berlaku kat family dia.


Diorang mendapatkan Carl, juga rakan Elise yang pakar dalam hal-hal supernatural. Dengan pertolongan Carl, diorang berempat cuba mencari punca terhadap peristiwa aneh ni, dan seterusnya membawa kepada pendedahan kisah Parker Crane, seorang bekas pesakit di hospital lama tempat Lorraine bekerja.


Apa pulak kaitan Parker Crane dengan keluarga Lambert ni kan? Then, dengan Josh yang dah tak betul, macam mana nasib Renai dan anak-anaknya? Apa yang Carl mampu tolong untuk membantu Lorraine menyembuhkan Josh? Siapa dapat jawab, aku bagi tiket wayang free, date 18.10.13, time 9.10pm. Cepat-cepat, sementara stok masih ada. Ahakz~ 


Insidious: Chapter 2 banyak berkait-rapat dengan yang pertama, jadi better tonton first movie dulu untuk lebih memahami kisah yang kedua. Tapi kalau tonton Chapter 2 terus pun still boleh follow the story, sebab ada sedikit ringkasan first movie diceritakan.


Kalau yang pertama fokus kepada si anak, yang kedua ni pula fokus kepada si ayah. Kisah si ayah ditinggalkan misteri dalam Insidious 2011, malah tak sentuh banyak mana pun, tapi kesemua punca misteri tu dihuraikan satu-persatu dalam Chapter 2. Because of that, the second film is a lil' bit complicated, banyak kerahan otak diperlukan untuk memahami the plot. Anyway, kreativiti pengarah & penulis boleh nampak kat situ, kreatif cara diorang olah cerita ni sebenarnya. Sememangnya James Wan (pengarah) & Leigh Whannell (screenwriter) hebat dalam buat cerita; Insidious duology, Saw [2004] & Dead Silence [2007]. James Wan pun dah 'naik saham' lagi dengan The Conjuring [2013].


Boleh aku katakan yang Insidious adalah filem supernatural horror mat saleh paling seram. Kebanyakan adegan seram filem ni tak putus terus, continuously nak saspenkan orang. Maksud aku begini, satu babak seram tu, mengandungi beberapa saspen/horror moments (tak reti sangat aku nak explain).


Filem kedua ni pun masih mengekalkan horror style yang sama, jadi kekadang terasa keseraman tu agak tipikal (for certain part), then menjadikan ianya kurang seram sedikit berbanding yang pertama.


But selain seram, Chapter 2 ni pun banyak main psiko. Seram + psiko menyebabkan kita yang menonton ni rasa cemas. Feel the strong horror and thrill...huhu... Owh by the way, perasaan cemas tu berbeza dengan perasaan cemas menunggu turn nak masuk toilet buang air. Haha~


Insidious: Chapter 2 berjaya deliver its horror & mystery dalam cara yang tak mengarut sangat, dan masih mudah untuk kita digest. In term of tema dan plot, bagi aku ada kelainan tersendiri, kalau dibandingkan dengan first movie sekalipun. Aku bagi rating 7.5/10 untuk filem ni. Scaarryyy yoww!




Comments
7 Comments

7 comments:

  1. Tak terfikir nak tengok lak, ermm mcm best je

    ReplyDelete
    Replies
    1. best, cer try tengok...jgn jerit sudaa...hehe...

      Delete
  2. saya tak pernah tengok lagi cerita Insidious ni. tapi, berdasarkan review ni, saya tahu yang cerita ni sangatlah seram. semester lepas, saya ngan roommates tengok cerita The Conjuring. habis semua lampu compartment kitaorang tutup. memang berdebar-debar lah. tambah-tambah part yang tuuut~ tergantung kat pokok luar tu. memang seram mak aihh..nak download movie ni, wifi macam ape je, tunggu la sem depan, kot2 member ada download. kopipes je la..hu..hu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. try la tgok 1st movie Insidious ni, tutup semua lampu (ala2 Earth Hour tp laptop je buka..haha)... Tgok ramai2 zmn study ni mmg best... Btw, kopipes movie xpe, jangan kopipes assignment sudaaa...hehe...

      Delete
  3. belum ada peluang nak tgk part2.tp sy sgt adore cite ni..sbb jalan cerita sume mmmg best..terrify sgt..tapi tgk review ramai kate tak byk new thing..so lat time bile pegi cinema pun pegi tgk cite escape plan..hold2 dulu nak tgk cite ni..tp tgk review ni arghhh nak pegi tgkkk jugak!:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. pegi la tgok...x best tunggu lama2...haha....jalan cerita mmg best & ada twisted sikit...cuma betul la, horror style citer ni x byk berubah, but still deserve to be watch.. :)

      Delete
  4. Tak berani tengok cerita-cerita seram, biasanya tengok ikut celah jari aja. Tengok betul-betul takut jantung pulak berhenti berdegup.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...