Sunday, November 24, 2013

The Hunger Games: Catching Fire [2013]


Dah tengok The Hunger Games (2012)? Best kan? Kali ni, jom layan The Hunger Games: Catching Fire (2013) pulak.


Selepas kemenangan dalam Hunger Games ke-74, Katniss Everdeen (Jennifer Lawrence) dan Peeta Mellark (Josh Hutcherson) pulang semula ke District 12. Sebelum Katniss dan Peeta memulakan victory tour di kesemua districts, President Snow (Donald Sutherland) datang menemui Katniss di rumahnya. President Snow mengugut Katniss supaya terus berpura-pura mencintai Peeta atau family-nya dan Gale (Liam Hemsworth), cinta hati Katniss akan dibunuh.


Presiden Snow nakkan orang ramai terus percaya yang tindakan Katniss melanggar peraturan dalam Hunger Games ke-74 adalah kerana cintanya terhadap Peeta, bukan atas sebab nak menentang Capitol. Snow risau kerana tindakan Katniss yang membolehkan dia dan Peeta terselamat tu sebenarnya telah memberi inspirasi kepada districts untuk mula memberontak. Senang cakap, Snow takut dengan pengaruh Katniss.


Semasa victory tour, Haymitch (Woody Harrelson) memberitahu Katniss dan Peeta yang diorang berdua telah menjadi sasaran politik, so diorang terpaksa follow telunjuk Snow. Untuk menyelesaikan pertikaian Katniss dan Snow, Peeta melamar Katniss di khalayak umum.


Then, apabila diorang pulang semula ke District 12, district tersebut telah diserang oleh Peacekeepers, atas sebab nak memusnahkan Black Market. Gale yang memberontak telah dihukum di hadapan umum tetapi berjaya diselematkan oleh Katniss, Peeta dan Haymitch. Snow yang melihat insiden tersebut melalui media tidak senang dengan tindakan Haymitch sekali.


Hunger Games ke-75 adalah Quarter Quell, iaitu acara yang mana setiap 25 tahun, peraturan baru akan dimasukkan dalam game tersebut. Snow dan Plutarch, iaitu the new gamemaker, datang dengan idea yang para peserta untuk the Third Quarter Quell akan dipilih daripada senarai pemenang game-game sebelum ni.


Mampukah Katniss survive dalam Hunger Games ke-75? Pemenang-pemenang sebelum tu dah otai kot, bolehkah Katniss kalahkan? Berjayakah dia mewujudkan sekutu seperti game sebelum ni? Apakah cabaran dalam Quarter Quell tu? Macam mana pula nasib Peeta, Gale, dan family Katniss? Jawapannya, korang kena tengok sendiri ye.


Walaupun The Hunger Games ni macam has less originality, sebab menyamai novel dan filem Jepun, Battle Royale (2000), tapi dalam second movie ni, ia lebih banyak menunjukkan kelainan dan identiti sendiri. Kalau filem sebelum ni fokus kepada survivality in the game, yang second ni fokus dia lagi besar, how to against the system? Cabaran Katniss tu lagi besar! Bukan Katniss je, kita pun jadi ikut tercabar sebab kena menunggu lagi kemuncak siri ni in the next third and fourth films, hate you producer! Haha...


Cerita ni banyak bermain perasaan dan emosi; geram, benci, sayang, cinta (ceh~), takut, ragu, dan perasaan lain lagilah. Elemen cinta ternyata penguat cerita, serius ni... Memang layan. Haha... Apa yang bagusnya, perasaan dan emosi yang dihadapi karekter tu berjaya disampaikan dengan baik kepada kita yang menonton. Kita pun terikut bengang sekali dengan tindakan Capitol dalam cerita ni, then bila Capitol berjaya dikenakan, hati tu terasa puas. Relaks la, movie je pon (bermonolog dalaman). Hehe...


Tricky & suspense! Tak hidup filem ni kalau kedua elemen ni tak ada. Suspense kot bila masing-masing bertarung untuk cuba survive, ditambah lagi dengan environment yang turut menjadi ancaman terhadap diorang. Ada satu scene yang berjaya buat aku terkejut! Nasib baik aku bukan jenis melatah, kalau tak mesti dah melatah selama 5 minit dek scene tersebut. Haha...


Apa planning dia ni? Dia ni baik atau jahat? Kenapa dia buat macam tu? Ini antara persoalan sepanjang watching the movie, so biasa la tu kalau jangkaan korang meleset. Expect macam ni, jadi macam tu pulak. Tu sebab aku cakap banyak tricky, then tontonlah dengan penuh keraguan...  :p


Filem kedua ni sememangnya lebih baik daripada filem pertama. Beberapa pendekatan masih sama dengan the first film, tetapi disampaikan dengan cara berlainan, jadi membuatkan kita tak merasa 'ulangan' tu sangat. Plot cerita kedua ni lebih berkembang, dan penceritaan pun lagi mantap. Worth for me untuk bagi Catching Fire ni 9/10 bintang. Memang berapi!








Comments
6 Comments

6 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...