Klik Untuk Tawaran Hebat!

...................................................................................................

Monday, March 16, 2015

East Java Trip 2015: #1 - Ijen

East Java Trip (26/02/2015 - 02/03/2015)

Ijen - 27-28/02/2015

Kalau nak melancong ke Jawa Timur, boleh fly ke Surabaya. Kawasan Jawa Timur ni besar, jarak antara tempat-tempat best boleh tahan jauhnya. Banyak spend time duduk dalam kenderaan jawabnya. Tapi takpa, janji puas hati.

Hari tu kitorang ikut AirAsia flight, dapat tiket murah:
AirAsia Economy Promo (return) = RM 115.26 per pax

Surabaya airport tax dikenakan berasingan & dibayar samada kat klia2 (depart from KL) atau kat Juanda Airport (depart from Surabaya). Masa tu, staf klia2 dah suruh kitorang bayar siap-siap:
Surabaya airport tax = RM 65 per pax (at klia2) / Rp 200,000 per pax (at Juanda Airport)

Peta pulau Jawa. Warna oren adalah Jawa Timur (East Java), meliputi Surabaya, Malang, pulau Madura, etc.

Malam 26/02/2015 tu, lebih kurang 10.30 malam (waktu Indonesia), kitorang terus gerak dari Juanda Airport Terminal 2 Surabaya ke Ijen. Ijen adalah kawasan pergunungan berapi yang terletak kat wilayah Banyuwangi. Cer korang tengok peta bawah ni, jauh kan jarak Surabaya ke Banyuwangi? Hah, 8-9 jam kitorang melekat dalam van, capek deh! Nasib baik malam.

klik gambar untuk besarkan
Peta spesifik bahagian Jawa Timur. 

Tapi kitorang tak la ke Ijen terus, singgah-singgah gak kat certain point. Lepas Subuh, kitorang lepak jap kat Pantai Pasir Putih, di wilayah Situbondo. Kononnya nak tengok sunrise, tapi matahari malu-malu nak keluar.

Waktu Indonesia adalah lewat sejam daripada waktu Malaysia. Kat sana, hari mula cerah lebih kurang pukul 5.30 pagi waktu Indonesia.

Pantai Pasir Putih, Situbondo
Sebenarnya ni view waktu petang 28/02/2015, singgah kali kedua lepas selesai program kat Ijen. Kali pertama singgah tu, awal pagi 27/02/2015, orang situ pun baru nak bangun, so takde apa.

Setelah berhempas-pulas membina mahligai pasir setinggi 20 meter (tipu ja), kitorang sambung perjalanan ke wilayah Bondowoso. Homestay yang kitorang menginap, Arabica Homestay terletak kat area Bondowoso. Sebelum check-in, singgah kejap kat Blawan Waterfall. Air terjun ni tinggi & airnya sungguh la deras.

Air Terjun Blawan, Bondowoso
Kitorang tengok dari bahagian atas, bahagian bawah tu dalam lagi sebenarnya. Jangan jatuh sudaa...


Kawah Ijen (Ijen Crater)

Entrance fee (for foreigner) = Rp 100,000 per pax

Untuk program ke Kawah Ijen, kena bangun awal pagi. Pukul 2 pagi gerak dari homestay. Pukul 3 pagi kitorang start hiking. Tempat tu sejuk, lagi-lagi hiking awal pagi. Tapi kepenatan mendaki & berjalan lebih kurang 1.5 jam sampai ke Ijen Peak, akhirnya memaksa aku buka jaket, panas dong.


Dari Ijen Peak nak turun ke Kawah Ijen agak mencabar sikit. Harus ada orang sana guide turun ke bawah. Asap kawah tu pedih giler, bau sulfur amatlah kuat. Kena pakai face mask yang tebal & perlu bawa torchlight waktu turun, sebab jalan gelap, berbatu & curam.

Turun ke bawah tak jauh, kejap je dah sampai kawasan Blue Flame Sulphur. Api biru ni adalah daya tarikan kat Ijen tapi tak nampak jelas sebab asap sulfur yang tebal (dah namanya pun kawah). Apa yang korang tengok kat gambar tu, macam tu la jugak yang kitorang nampak depan-depan.

Oh ya, kenapa perlu hiking awal pagi? Tujuannya nak tengok blue fire tu la. Kalau dah terbit matahari, sah-sah lagi tak nampak api tu, dapat lihat & telan kepulan asap je. Uhuk uhuk!

Nah, yang ni jelas sikit blue fire tu. Guide kitorang yang tolong snap photo ni, dia dah biasa pergi dekat dengan api tu. Orang sana dah 'kebal' dengan bau sulfur. Kentut korang yang busuk 10 kali ganda daripada biasa pun tak mampu tandingi bau asap yang berkepul-kepul tu.

Ni waktu matahari dah terbit. Dah boleh bernafas sikit. Fuuuhh~

Lepas tengok blue fire, kitorang turun ke kawasan yang lagi bawah, di mana terletaknya Ijen Lake. Kepulan asap kawah pun nampak lagi jelas dari situ.

Yang oren kekuningan tu adalah lava sulfur. Orang sana panggil benda tu belerang. Diorang kutip belerang setiap masa, boleh dibentuk jadi apa-apa je, ikut acuan. Contoh bentuk kura-kura, ikan, etc. Tapi simpan ja la niat kalau nak beli sebab belerang tak boleh lepas naik flight. Belerang is explosive material, biasa dibuat mercun, so bahaya la.

Fuh, kawasan Ijen Lake yang paling cantik sebenarnya. Morning view yang cukup awesome! Dua gambar ni adalah tempat yang sama, cuma gambar sebelah kanan tu asap sulfur dah kurang sikit. 

Subhanallah~ Lawa kan...

Jom terjun gaya bebas!

Ijen Peak yang dibayangi kabus sulfur. Masa ni kitorang dah gerak naik semula ke puncak. Asap kawah kejap berkurang, kejap menebal balik, begitu la fitrahnya.

Ijen-jump. Smart! Hehe...

Orang sana ulang-alik naik turun angkat belerang. Sekali bawak 2 bakul penuh. Mampoo?

Ni pemandangan sepanjang menuruni Ijen Peak ke kawasan parking kenderaan. Cantik la suasana pagi kawasan Ijen ni. Nyaman & dingin. Mantap!

Walaupun penat, kepala pusing & lubang hidung berkarat dengan debu sulfur, diri ini tetap enjoy. Sulfur di hatiku... Pang! Slap muka sendiri jap. Okay, Ijen memang best!



Comments
11 Comments

11 comments:

  1. wahhh... happening sungguh trip ni! gambar2 pun cantik2.. bestnye dapat melancong keserata tempat kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tempat ni serius lawa, the beauty of nature...hehe...

      Memang best kalau dpt melancong ke serata tmpt, tp sy pn x melancong ke byk tempat lg...huhu...

      Delete
  2. Salam kenal....
    Menarik...belerang tue...kalau dpt mesti best...boleh buat muke sendiri...hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenal jugak... :)

      Jgn la smpai buat muka sndiri pkai belerang, mcm pelik pulak tu...
      Kalau nk buat jd facial mask ok... :p

      Delete
  3. wah menariknya. nak tanya berapa kos pergi dan balik termasuk flight ticket, taxes, penginapan, makan minum dan etc?

    ReplyDelete
    Replies
    1. total cost utk trip kitorang ni dalam ~Rm 1000 sorang kalau kira skali flight ticket, hotel, mkn minum, transport... trip 4 hari 3 malam....

      Delete
  4. cantik tmpt ni.... total trip cost pun berbaloi..

    ReplyDelete
  5. Salam.. nak trekking kawah ijen tu kena ada guide tak? untuk bromo+ijen ni, amek package ke atau pegi sendiri2? thank you in advance! :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumussalam... better ada guide, kat tempat tu mmg ada orang yg boleh guide.

      Kitorang ambik pakej sebab pakej dia consider murah, lebih kurang je dgn pegi sendiri... boleh email & deal dgn agent ni: bromoadventureland@gmail.com

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kisah Bawah Bayu