Klik Untuk Tawaran Hebat!

Thursday, July 25, 2013

Salam Ramadhan Al Mubarak


Salam Ramadhan rakan muslim semua. Puasa tak? Soalan yang kadang aku fobia sikit. Haha~ Agak-agak kalau orang tu tak puasa, dia nak jawab tak?

Kita kenal bulan mulia ni dan Alhamdulillah masih lagi meniti perjalanan Ramadhan. Bekalan yang kita collect time bulan puasa ni saja yang kita tak tau banyak mana, kan? But, itu bukan main point, yang paling penting tingkatkan ibadah & amalan baik kita. Yang mana memberatkan bahu kiri kita tu tinggalkan la cepat-cepat, bulan puasa ni waktu untuk praktis menjauhi perkara yang tak baik.

Harus diingat, ibadah kepada Maha Esa tu yang paling utama. Bila 'perjalanan' kita rasa terpesong sedikit, cepat-cepat refresh diri kita balik, tanya iman apa tujuan kita diciptakan di dunia ni?


Sebagaimana Firman Allah SWT dalam Surah Adz Dzariyat, Ayat 56:

Dah jelas Allah nyatakan yang kita ni diciptakan untuk menyembah & beribadah kepada Dia, jadi jom sama-sama kita menuju ke landasan yang tepat ok. Jadikanlah Ramadhan ni platform untuk menyuburkan lagi iman kita  :)


Cerita pasal puasa, kalau kecik-kecik dulu aku (tak tau la korang camner) buat syarat puasa sendiri. Hari ni puasa 1/2 hari, esok sambung 1/2 hari, jadi cukuplah sehari. Ligat otak masa kecik berfikir, sampai yang tak sah jadi sah. Bwahaha... Kecik-kecik perut tak cukup strong, anytime je boleh jadi waktu berbuka  :p

Puasa bukan sekadar menahan lapar & dahaga je, itu budak tadika pun boleh buat. Masa ni la kita harus perbanyakkan amalan kepada-Nya. Perlu kita improve ibadah puasa kita setiap tahun. Janganlah ibadah puasa tahun ni sama dengan 10 tahun lepas, no initiative for improvement. Mesti akan rasa macam kurang something.

Hurm, yang puasa tapi tak solat tu macam mana ek? Tak patut, tak patut. Mesti berubah! Pun begitu, yang menunaikan solat pula kena ada pekerti yang baik. Jangan solat je, tapi perangai macam makhluk yang sekarang kena kurung tu, no point jugak. Dosa kita still kena catat wey... Nauzubillah.

Selain tu, jom perbanyakkan sedekah. Jangan kita bazirkan untuk isi perut ja. Selagi kita ni berkemampuan, lebihkan memberi daripada membuang. Betulkan? Kan pahala sedekah atau amal jariyah tu takkan putus walaupun selepas kita mati, so grab this valuable chance.


Sebagaimana Firman Allah SWT dalam Surah Ali 'Imran, Ayat 92





Sekarang secara online pun boleh bersedekah, salah satunya melalui CIMBClicks (ni antara yang aku tau). Jadi no problem sebenarnya kalau nak membuat kebajikan, di hujung jari pun boleh.


By the way, sepanjang Ramadhan ni, ada satu tazkirah daripada seorang ustaz ni yang sangat memberi 'tamparan kuat' kepada aku yang duduk mendengar. Isi yang disampaikan dah biasa kita dengar tapi penyampaian & ayat tu yang terasa seperti mencucuk jiwa raga.


Antara point tazkirah ustaz tersebut:
(lebih kurang macam ni la ayat dia)

"Manusia boleh mati disebabkan jatuh sakit, accident kereta, jatuh bangunan, mati ketika tidur, macam-macam lagi. Tapi tu semua CARA MATI di dunia, tak kisahlah mati dalam keadaan selesa, biasa ataupun teruk. Yang penting kita tahu janji Allah yang kita sememangnya akan mati di dunia sementara ni, dan seterusnya dibangkitkan di akhirat sana. Hanya masa dan cara kita mati je yang kita tak tahu.

Kita juga tahu janji Allah yang kita akan diadili samada layak masuk syurga atau dicampak ke neraka selepas dibangkitkan. Itu semua kita sedia maklum, so pilihan terpulang kepada diri sendiri. Kalau rasa nak masuk syurga, buat cara macam orang yang nak masuk syurga. Kalau nak merasa api neraka, boleh buat cara macam orang nak masuk neraka. Buatlah pilihan anda sendiri, selagi ada kesempatan di dunia ni. Wallahualam."



Satu bulan Allah bagi kita peluang untuk praktis menjadi insan yang lebih baik, tinggal kita je samada nak berubah atau tak. Allah bagi kita praktis bangun sahur sebelum subuh mesti antara hikmahnya untuk membiasakan diri kita bangun awal beribadah menyembah-Nya. Melambatkan solat tu kan tak bagus.

Allah nak biasakan kita pergi masjid & berjemaah melalui solat terawih. Bayangkan kalau solat terawih tak ada, mesti ramai yang tak pergi masjid seperti kebiasaannya, kan? Allah bagi kita hint yang malam Lailatul Qadar berada di sepuluh malam terakhir Ramadhan, mesti salah satu sebabnya ialah Allah nak kita teruskan praktis 'pergi ke masjid' agar amalan sebegitu kekal walaupun selepas Ramadhan.

Bila menghayati keadaan ni, aku terasa malu dengan diri sendiri & sememangnya diri ini masih lagi jauh dengan Allah. Sebagai manusia biasa yang sering buat silap, ini sebenarnya adalah satu ekspresi peringatan & nasihat untuk diri aku sendiri & untuk korang yang sudi baca. Siapa yang kenal aku diharap boleh memberi teguran kepada aku yang lemah ni jugak.

Jom kita berdoa kepada Allah agar kita sentiasa diberikan kekuatan iman untuk terus menyembah-Nya. Semoga kita semua lebih mendekati Islam di bulan mulia ni & hari-hari seterusnya. InsyaAllah.


Layan lagu Ramadan from Maher Zain  :)





Comments
7 Comments

7 comments:

  1. Terima kasih atas peringatan, suka baca entri ni :)

    ReplyDelete
  2. betul tu, nak masuk syurga wat cara nak masuk syurga dan sebaliknya. tapi sekarang, kalau tanya nak masuk mane, semua jawab nak masuk syurga, tapi puasa malas, solat tinggal. semoga semua orang termasuk mat jo mengambil iktibar daripada dakwah berbentuk entri dari TT, amin

    ReplyDelete
  3. @Teena Tna
    ok...terima kasih jgk sbb sudi singgah & baca entri ni :)

    ReplyDelete
  4. @Mat Jo
    yup..mulut kata nak syurga, tapi jasad kata tak nak...semoga kita semua sntiasa diberikan kekuatan utk terus mendekati Allah & menjauhi larangan-Nya...amin..

    ReplyDelete
  5. Assalammualikum....mat jo,

    Terima kasih bebanyak entry nie...bagus teruskan penulisan anda...

    mselim3

    pls: naper singgah blog mselim3 x komen...hehehe..

    ReplyDelete
  6. Jangan malu2,,,k kita kan saudara...saudara seislam....amin

    ReplyDelete
  7. @Mohd Selim Zainal
    trima kasih sudi masuk ke entri ni..nanti sy singgah lg ke blog mselim3 akan try bg komen :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kisah Bawah Bayu