Sunday, April 8, 2012

Join Audit @ NTV7



Assalamualaikum & salam sejahtera~

Petang tadi member aku, Ammar Farhan ajak temankan dia pergi Studio 1 NTV7. Dia kena datang untuk audit keputusan pertandingan program Mandarin Battle Star. Ini program pertandingan di antara pelajar sekolah rendah cina, dan tak sangka ada juga sekolah dari Sandakan, daerah tempat tinggal aku. 

Ni kira pengalaman baru bagi aku, tengok orang buat penggambaran dan rakaman program TV. Kerja Ammar ni adalah audit keputusan markah setiap peserta, sebagai bukti tiada penyelewengan keputusan semasa tayangan penuh di televisyen. Kitorang berdua memang tak faham Bahasa Mandarin, so tengok je la rakaman tu. Haha~

Studio 1 NTV7

Pentas program Mandarin Battle Star

Inilah auditor yang botak bergaya. Hehe~

Ini orang yang simple-simple aja

Bangunan NTV7. First time sampai sini, aku ambillah gambar.

Nice lori TV3 ni. Macam kejakunan pula aku, kan? Kalau ya, biarkan je. Hehe~

Program ni sangat bagus kepada kanak-kanak, aku dengan Ammar respek dengan program pendidikan ni. Program ni banyak segmen, melibatkan pelbagai subjek seperti Syarahan, Matematik, Pengetahuan Am, Literature dan lain-lain lagi.

Ini barulah program yang mendidik dan bersesuaian dengan kanak-kanak. Baguslah orang Cina buat program TV pendidikan macam ni. Kanak-kanak Melayu pula lagi suka join masuk pertandingan menyanyi dan hiburan lain, macam mana nak maju tinggi? Kecik-kecik nak latih dapat suara sedap, motif? Ibu bapa pula berlumba-lumba hantar anak join program nyanyian, nak jadikan anak popular. Ish ish ish, tak faham.

Dulu masa aku sekolah rendah, banyak juga program TV pendidikan kanak-kanak macam ni dalam Bahasa Malaysia. Aku memang minat dulu terutamanya "Joe Jambul". Haha~ Fanatik kot dulu. Sekarang jangan harap, kebanyakannya berunsur hiburan semata-mata. So, orang yang buat rancangan TV pun fikir-fikirkanlah masa hadapan anak-anak bangsa, bukan hanya pentingkan keuntungan semata-mata. 
Wallahualam.



Comments
3 Comments

3 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...