Trilogi The Matrix:
"Written & directed by The Wachowski Brothers"
Layan balik semua filem The Matrix bulan 8 lepas. Sudah tu, google The Matrix. Lucu & terkejut bila baca ada sequel nak keluar hujung tahun.
"Laa patutlah tetiba layan trilogi Matrix siap-siap, ada filem ke-4 rupanya!"
Then baca lagi, tengok nama director, Lana Wachowski.
"Mungkin adik perempuan diorang kot?"
"Oh rupanya tidak!"
Say bahbye to Wachowski Brothers, say halooo to Wachowski Sisturrs!!!
Tak paham?
Abaikan.
Kronologi berdasarkan latar masa:
[1] The Matrix (1999) >> [2] The Matrix Reloaded (2003) >> [3] The Matrix Revolutions (2003) >> [4] The Matrix Resurrections (2021 - soon)
[1]
The Matrix (1999)
Latar masa:
Matrix: Tahun 1999
Realiti: Tidak diketahui, teori = Tahun 2699 atau lebih
Sinopsis:
Thomas
Anderson, seorang programmer komputer yang berjaya sedar di alam realiti
berjuang bersama kru yang menyelamatkannya menentang komputer berkuasa tinggi
yang mencipta dunia digital, Matrix.
Rating: 8.5 /10
Rating untuk impak: 10 /10
• Merevolusikan filem aksi & science
fiction ketika itu:
(i) Mempopularkan teknik efek visual bullet time (aksi slow-motion) & freeze-frame-camera-movement yang diadaptasi dalam banyak filem
hingga kini
(ii) Aksi-aksi slow-mo yang superb, ikonik & diingati
(iii) Filem western yang berjaya masukkan seni kung fu dengan koreografi padu, best & nampak smooth
(iv) Mempopularkan genre cyberpunk dengan
konsep minda individu dibangunkan di dunia lain, yang menginspirasikan banyak filem, video games & media lain
• Neo hero yang sangat cool bila beraksi, cuma dia sedikit boring & hambar dalam scene tanpa aksi
(Karakter Trinity & Morpheus lagi ada jiwa & feel, mungkin sebab lakonan diorang better?)
• Beberapa babak nampak gah & penuh style tapi agak kurang relevan terhadap naratif
• Klimaks kuasa cinta yang tiba-tiba! Macam out of nowhere hero sungguh dilamun cinta & bangkit gagah perkasa dengan sedikit luahan hati heroin
[2]
The Matrix Reloaded (2003)
Sinopsis:
Neo
& geng masuk ke dunia Matrix untuk mencari Keymaker, satu program komputer yang
dapat membantu diorang bertemu dengan pencipta Matrix. Manakala Zion, kota
terakhir manusia bersedia untuk menghadapi serangan daripada mesin.
Rating: 6.5 /10
• Plot agak kompleks (yet boring) & cerita slow 1 jam pertama
(i) Adegan awal iaitu speech, dancing & s*x scenes terlalu panjang & buang masa
(ii) Memanjang nak tunjuk Neo & Trinity dilamun cinta, ok, ok dah tau kot
(iii) Banyak ‘program komputer’ diperkenalkan hingga mengelirukan & nampak pointless
(i) Adegan awal iaitu speech, dancing & s*x scenes terlalu panjang & buang masa
(ii) Memanjang nak tunjuk Neo & Trinity dilamun cinta, ok, ok dah tau kot
(iii) Banyak ‘program komputer’ diperkenalkan hingga mengelirukan & nampak pointless
• Aksi okey tapi kebanyakan kurang impak
(i) Hand-to-hand
combat nampak
kurang smooth, tak macam 1st film
(ii) Ada aksi best tapi agak stupid dari segi plot & keupayaan hero
(iii) Filem ni diselamatkan oleh satu babak kejar-mengejar yang panjang & syok!
• Kota Zion nampak futuristik tapi budaya manusia
nampak kuno sedangkan tahap sociality diwarisi dari tahun 1999
[3]
The Matrix Revolutions (2003)
Latar masa:
Realiti: Sama dengan 2nd film, iaitu 6 bulan selepas 1st film
Sinopsis:
Neo
yang dalam usaha untuk menghentikan peperangan antara manusia & mesin agar
dapat menyelamatkan kota Zion, perlu berdepan dengan musuh seterunya, agen
Smith.
Rating: 6 /10
• Plot keseluruhan francais yang serabut & bercanggah
(i) Filem pertama punya tujuan manusia ingin mengalahkan mesin yang menakluk dunia
(ii) Filem ke-2 & ke-3 berobjektifkan kota terakhir manusia, Zion perlu diselamatkan tanpa berperang dengan mesin
(iii) Jadi, maksudnya manusia di dunia realiti:
- tak nak menyelamatkan dunia daripada cengkaman mesin?
- tak kisah manusia dalam dunia Matrix diperguna hidup-hidup oleh mesin?
Hmm entahlah bosku...
• Pesta aksi
(i) Pertarungan lebih banyak gunakan teknik CGI
& efek visual yang bagus
(ii) Pertempuran askar Zion dengan mesin kurang
munasabah sebab mesin tetiba nampak tak pintar
(iii) Terbaik adalah final battle antara Neo & Agent Smith!
Cuma mengharapkan filem ke-4 better than ke-2 & ke-3, tapi tak letak expectation tinggi la. Tengok trailer, aksi kelihatannya mantap cuma cerita tak tau la kan.