Klik Untuk Tawaran Hebat!

Sunday, May 27, 2012

External Hard Disk = Sarang Semut



Beberapa minggu lepas aku rasa down sebab external hard disk aku rosak. Sedih + hati hancur! Fuh, parah je bunyi.

Then, aku pun cuba menenangkan hati, belajar menerima kehilangan data-data yang telah lama ku simpan. Movie banyak dalam tu, type BRRIP lagi, hilang gak semua. Nak download balik dah tak dapat sebab file-file download dalam internet dah banyak kena delete. Tension! Dah tak berjaya jadi 'lanun maya' pasni. 

Macam mana rosak? Tak tahulah, memang 'dia' dah penat 'berkhidmat' dengan aku. Ex-roommate aku asyik-asyik salahkan dirinya sebab punca rosak. Dia just ambil kabel external tu try cucuk kat external hard disk office dia. External office dia tu memang dah rosak, so cucuk pakai kabel external aku pun tak berjaya. Pastu, external aku pula dah tak dapat detect.

But seriously memang bukan salah dia, sebab dia pinjam kabel je, kabel tu pun tak rosak. Bagi aku kebetulannya time tu memang external aku maybe dah nazak. Minggu selepas tu, kitorang bawa ke kedai, then berjaya recover beberapa data, gambar-gambar & komik. 

"Saya dah ada semua gambar ni, memang dah back-up dalam laptop. So, berapa kena bayar kalau saya tak nak semua data ni?".

Kedai tu mula-mula bagi bayaran RM350 untuk recover tapi banyak tak dapat recover, so satu pun aku tak nak ambil. Last-last, kedai tu cakap tak payah bayar, ambik je external yang rosak tu. Aku pun lega, nasib baik tak bayar. Tapi, kabel external aku kau lupa nak bagi balik sekali. Ker kedai tu buat-buat lupa? Haha~

Ex-roommate aku Ammar ni pun nak ganti juga walaupun aku berkeras tak nak ambil duit dia. Yalah, bukan salah sesiapa pun, benda dah nak rosak. Masing-masing paksa, aku pun ambillah duit tu, I treated as birthday gift, kasi senang hati aku sikit. Padahal, birthday dah lama lepas. Haha~ Alhamdulillah. Thank you Ammar (in case kau baca. Hehe~)

Nak tahu apa punca rosak sebenarnya? Tengok gambar-gambar kat bawah ni. Aku 'ngeri' tengok. Bila kedai tu buka external aku tu, berkeluaranlah warga-warga semut yang rupa-rupanya dah 'beranak-pinak' selama ni dalam external tu. Jadi, bagi aku tu punca rosak dia. Banyak gila semut tu. Korang kena jaga sikit external hard disk korang, manatau nanti jadi camni.


Hitachi yang dah sampai 'ajal'.

Ni bahagian tepi external, segala-galanya bersemut

Seriously aku meremang tengok, entah kenapa






Comments
13 Comments

13 comments:

  1. ei, gelinye, maybe ader tercurah air manis kot, sbb tu semut wat sarang kat situ....

    ReplyDelete
  2. tak sure la...maybe kot...tapi mesti sbb external tu panas, so tu yg semut suka masuk tu...geli kan tgok...

    ReplyDelete
  3. mak aii byk nya semut...hmm..tu la kan, xde benda yng kita miliki akan kekal..btol x?

    ReplyDelete
  4. ahaaaaa,...ad no fon la kat atas hard disk tu.. =D

    ReplyDelete
  5. yup betul, xkan kekal..tp yg penting gmbar dah back-up awal2...

    a'ah la, no fon ada kt situ...xpe, x jelas pun...haha~

    ReplyDelete
  6. kenapa dia buat rumah kat situ?

    ReplyDelete
  7. entah2 aku pnya laptop tak lama lagi jadi cam ko punya ehd, semut banyak bekeliaran kt laptop aku ni ahahaha

    ReplyDelete
  8. Atyrah: xtau la knpa dia berminat buat rumah kt situ...hard disk tu manis kot..haha..

    Nur-Azam: mgkin dah bersarang la tu....tp laptop aku pun kdag2 bersemut jgak..mybe semut2 tu dlm proses mbesarkan keluarga..haha~

    ReplyDelete
  9. semut-semut tu jadikan rumah dia plak.. geli plak tengok kan.. Ehh, jelas laa nom fon tuu.. hikss.. :P

    ReplyDelete
  10. virus dah menjadi hidup huahuahuha bahaya nie :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kisah Bawah Bayu